Dalam dunia yang mementingkan imej, kebenaran selalunya menjadi mangsa pertama. Namun, bagi barisan pelakon Impiana: Karma, mereka memilih untuk menanggalkan topeng tersebut, walaupun hanya untuk seketika.
Platform TikTok baru-baru ini digemparkan dengan sebuah fragmen video yang memaparkan sisi paling rentan (vulnerable) barisan bintang drama hit, Impiana: Karma.
Tidak hairanlah video tersebut pantas tular. Dalam era kepura-puraan media sosial sekarang, kejujuran adalah komoditi paling mewah yang dicari oleh peminat.
The Confession: Antara Watak dan Realiti
Video digital istimewa bertajuk “Confession Cam” yang kini rancak di laman sosial Astro dan sooka, bukan sekadar bahan promosi biasa.
Ia adalah satu bentuk psychological deep-dive. Menerusinya, kita dapat melihat watak-watak dalam Impiana: Karma seperti Fasha Sandha, Mimi Monirah dan Amir meluahkan ‘kisah hitam’ yang sangat relatable dengan naratif gelap siri drama yang sedang hangat ditayangkan.
Melalui lensa kamera, para pelakon seperti Ezzanie Jasny dan Adriana Adnan dihujani soalan-soalan tajam yang mencabar prinsip. Namun, apa yang menarik perhatian adalah ketenangan mereka.
Terdapat satu bentuk keanggunan dalam cara mereka menjawab seolah-olah mereka sudah berdamai dengan kegelapan watak masing-masing.
“Kalau ada satu benda yang membuatkan saya menyesal… saya ingin stop berdendam sebab dendam tak bawa ke mana. Lebih baik kita cuba memaafkan orang yang berbuat jahat kepada kita,” luah Ezzanie.
Pendedahan penuh ini boleh disaksikan di saluran YouTube Astro Malaysia sebagai ‘aperitíf’ buat penonton setia drama ini.
Sebuah Potret Kehancuran: Ilusi, Obsesi, dan Karma
Impiana: Karmaadalah sebuah karya yang membedah anatomi obsesi. Ia membawa penonton ke dalam sebuah dewan cermin penuh ilusi, di mana sebuah keluarga yang kelihatan sempurna dari luar sebenarnya sedang mereput di dalam.
“Jika ada satu benda yang membuatkan saya menyesal dan jika saya boleh ulang balik masa (untuk membetulkan keadaan), saya ingin pergi balik ke zaman sekolah dan cuba untuk tidak membuli kawan-kawan di sekolah,” kata Che Puan Juliana Evans yang mengakui; siapa sahaja yang tidak ingin mempunyai kawan yang rapat dengannya.
Cuba bayangkan jika kawan baik kita sendiri dibuli oleh pelajar lain. Adakah kita akan okay dengan situasi tersebut?
“Dan kalau boleh delete satu hari dalam hidup saya, saya akan delete hari di mana kawan baik saya hilang penglihatannya.”
Impiana: Karmamenelusuri tiga jiwa yang terperangkap antara ego yang melangit dan tekanan hidup yang menghancurkan.
Apabila rahsia mula memboloskan diri dari almari simpanan, mereka terjatuh ke dalam pusaran karma yang tidak mengenal simpati. Ia adalah peringatan buat kita semua di mana dalam kita sibuk mengejar kesempurnaan, seringkali kita kehilangan jiwa.
*
Saksikan rangkaian drama pilihan yang menggabungkan kisah lokal dan antarabangsa melalui Astro One, semuanya dengan hanya RM49.99 sebulan. Strim sehingga 4 peranti.
Tidak sempat di rumah? Teruskan menonton di aplikasi sooka, di mana sahaja anda berada, muat turun dan strim secara percuma. Langgan sekarang dan nikmati pengalaman hiburan tanpa batas!
Jangan ketinggalan mengikuti drama bersiri Impiana: Karma pada setiap hari Rabu dan Khamis jam 9.00 malam di Astro One dan sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebagaimana kita tahu, Malaysia sebelum ini pernah diiktiraf sebagai antara lima negara tebaik di dunia dalam mengawal pandemik Covid-19. Wow bangga tak?
Mana tak bangga, negara-negara yang dikatakan maju tu pun tak mampu tangani pandemik Covid-19 seperti yang dilakukan oleh Malaysia.
Terima kasih semua frontliner…
Terbaru, satu lagi berita gembira telah dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah baru-baru ini, dan beliau berkata, pengiktifaran itu didedikasikan kepada semua pemegang taruh sektor penjagaan kesihatan Malaysia, atas usaha cemerlang mereka.
Ads
Tonight live news from London, Malaysia won the Health and Medical Tourism Destination of the Year 2020 award. This award is dedicated to all stakeholders in #malaysiahealthcare excellent performance in 2019/2020. Once again my heartiest congratulations to the entire Team. pic.twitter.com/jGwI2mqkru
“Anugerah ini didedikasikan kepada semua pemegang taruh di #malaysiahealthcare prestasi cemerlang pada 2019/2020. Sekali lagi setinggi-tinggi tahniah kepada keseluruhan pasukan,” katanya dalam hantaran di Twitter.
Ciapan Dr Noor Hisham Dibanjiri Kata-Kata Ucapan Netizen
Ads
Untuk info, kejayaan terbaharu itu diumumkan pada Anugerah Pelancongan Kesihatan Antarabangsa Jurnal Pelancongan Perubatan Antarabangsa (IMTJ) yang diadakan secara dalam talian.
Ads
Sementara itu Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) dalam satu kenyataan menyatakan, pengiktirafan kali keempat berturut-turut itu, sekali gus meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai Pusat Penjagaan Kesihatan Mengagumkan Di Dunia dan mencerminkan komitmen negara dalam sektor penjagaan kesihatan, khususnya ketika berdepan pandemik COVID-19.
Cayalah, Tahniah kami ucapkan buat semua kerana mengharumkan nama Malaysia dimata dunia.
Pernah tak korang rasai pengalaman bercuti di rumah orang asing yang baru sahaja korang kenal? Rasanya, kalau diikutkan, memang jarang dibuat orang, lebih lagi kalau kenalan baru kita itu belum rapat atau sampai tahap ‘kawan’.
Menerusi filem ‘Speak No Evil’ yang diadaptasi dari filem Denmark ini pada awalnya mencetus kebimbangan penonton filem kerana dikatakan versi baru atau versi Amerika ini akan merosakkan kualiti asal filem tersebut.
Namun, pengarah dan penulis, James Watkins mengambil cabaran dengan pembuatan semula filem Denmark bergenre seram psiko dengan judul yang sama arahan Christian Tafdrup tetap berjaya menarik hati penonton.
SINOPSIS
‘Speak No Evil’ mengisahkan tentang percutian sepasang suami (Ben) isteri (Louise) bersama anak perempuan (Agnes) mereka semasa di Itali yang bertemu dengan satu pasangan lain (Paddy & Ciara) yang mempunyai anak lelaki (Ant).
Selepas meluangkan masa beberapa kali di Itali dan pulang ke rumah, keluarga Ben dijemput oleh Paddy untuk bercuti selama hujung minggu dan tinggal di rumah mereka yang terletak jauh dari kawasan bandar.
Situasi yang pada awalnya harmoni bertukar menjadi janggal dan berbahaya selepas satu per satu perkara berlaku selepas keluarga Ben mengambil keputusan untuk pulang ke rumah mereka di bandar tanpa memberitahu atau meminta izin keluarga Paddy sehingga mereka terpaksa berpatah semula ke rumah Paddy semata-mata untuk mengambil patung kesayangan Agnes.
Menarik mengenai filem ‘Speak No Evil’ versi 2024 ini juga adalah pembuatan semula filem ini lebih meluas jika dibandingkan dengan filem asal dari Denmark yang lebih menakutkan. Melalui versi tahun 2024, penonton juga dapat melihat bagaimana tema baru diterapkan seperti penyalahgunaan berlaku, dinamik perkahwinan yang kompleks, dan perbezaan hak lelaki kulit putih.
Kalau nak tahu, filem ‘Speak No Evil’ sudah pun ditayangkan di pawagam sejak 12 September lalu tau! Bagi peminat filem seram psiko memang patut tonton cerita ini sebab ia penuh ketegangan dan pasti akan menguji emosi anda!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Genap sebulan menimang cahaya mata, penyanyi terkenal, Shila Amzah akhirnya mendedahkan wajah comel puterinya, Rhe Akhira kepada umum di entri Instagram miliknya.
Penyanyi lagu popular Tiada Dirimu itu menyifatkan wajah bayi perempuannya itu banyak mengikut suaminya yang juga personaliti media sosial, Ubai Mz.
“Hari ini genap usia Rhea Akira sebulan. Doakan Rhea jadi anak yang solehah ya. Gambar tutup mata adalah foto terkini Rhea yang beratnya sudah mencecah 4 kilogram (kg).
“Gambar sebelah lagi ketika baru lahir iaitu 2.84 kg. Muka banyak ikut papa dia, Ubai tetapi dagu tetap milik mama,” katanya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut yang teruja turut bersetuju puteri sulungnya itu ibarat ‘fotostat’ wajah bapa iaitu Ubai.
“Photostat papa dia. Minta maaf Shila, cuba lagi tahun depan,” komen seorang pengguna.
“Betul memang sebiji wajah Ubai tetapi tak mengapa, bahagian dagu itu mahal,” seloroh juga pengikut lain.
Sekadar info, Shila dan Ubai selamat mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023 dan dikurniakan cahaya mata pertama pada 9 Mei lalu.
Sebelum ini, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias namun bercerai pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun bersama.
Hasil perkahwinan tersebut, Shila dan Haris dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.