Baru-baru ini, salah satu jenama terkenal, Stanley yang mencetuskan fenomena popular Stanley Cups, kini seolah-olah memberi bayangan tentang kolaborasi eksklusif bersama bintang global, Jennie BLACKPINK.
Pada 10 September lalu, Stanley telah memuat naik sebuah video pendek di media sosial yang menampilkan rekaan cawan berwarna hitam dengan motif bunga yang elegan sehingga membuatkan para peminat BLACKPINK, iaitu BLINK mula membuat spekulasi ia merujuk kepada kerjasama istimewa bersama Jennie.
“Ruby, kelopak, ikon global. 12 September akan mengungkap semuanya,” jelas Stanley di ruangan kapsyen
Ads
Untuk pengetahuan, Jennie atau nama sebenarnya Kim Jennie (29) memang tidak asing lagi dengan produk Stanley. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, peminat kerap melihatnya memegang Stanley Cups dalam pelbagai acara, termasuk ketika sesi siaran langsung dan aktiviti santai bersama rakan-rakan.
Apa yang lebih menarik, Jennie turut mencuri perhatian apabila berpose dengan Stanley Cups berwarna kuning semasa siri konsert jelajah dunia BLACKPINK Deadline baru-baru ini. Aksi itu seakan memberi bayangan tentang hubungan eratnya bersama jenama gaya hidup popular berkenaan.
Jika kerjasama yang hangat diperkatakan di media sosial benar, kolaborasi ini sekaligus menandakan satu lagi pencapaian penting buat Jennie, yang bukan sahaja dikenali sebagai penyanyi dan rapper, tetapi juga ikon fesyen serta trendsetter di peringkat global.
Sementara itu, pengumuman rasmi yang dijadualkan pada 12 September kini menjadi antara momen yang paling dinantikan peminat di seluruh dunia, khususnya BLINK yang tidak sabar untuk mengetahui hasil kerjasama ini.
Dengan populariti Stanley Cups yang semakin meningkat dalam kalangan generasi muda masa kini, ditambah pula dengan pengaruh besar Jennie dalam dunia fesyen dan gaya hidup, kolaborasi ini dijangka mencetuskan fenomena baharu dalam budaya pop global.
Kini, para peminat hanya perlu menunggu detik pengumuman rasmi untuk melihat sama ada Jennie benar-benar bakal menjadi wajah utama kolaborasi terbaharu Stanley ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ummi Nazeera merupakan satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Kehebatannya sebagai seorang pelakon mendapat perhatian ramai kerana mampu membawa apa sahaja watak yang diberi dengan jayanya.
Semalam telah berlangsungnya Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 (TADS) yang menyaksikan ibu kepada dua cahaya mata itu telah diangkat sebagai pemenang kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonan hebatnya dalam drama bersiri, Risik Pada Hati.
Ummi berjaya mengalahkan sembilan lagi calon yang lain yang tidak kurang hebat iaitu Fauziah Ahmad Daud, Nabila Huda, Nad Zainal, Bella Astillah, Fasha Sandha, Nelydia Senrose, Zara Zya, Siti Saleha dan Sofia Albarakbah.
Seiring dengan kemenangannya itu, ia menjadi satu momen bersejarah kerana trofi tersebut merupakan trofi pelakon pertama yang dia terima sepanjang bergelar anak seni.
Usai menerima trofi tersebut, menerusi satu hantaran di laman Instagram, Ummi berkongsi, “Alhamdulillah. Diberi peluang ini after 16 years as an actress. Manis Sungguh terasa.”
Pada majlis tersebut Ummi tampil menawan dalam persalinan nuansa hitam dan putih rekaan Khuntum. Wajahnya pula dirias oleh jurusolek terkenal, Datin Saidatulnisa Aminuddin.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tanpa sedar, isu perdagangan, penjualan dan pemilikan hidupan liar sebagai binatang peliharaan dipandang remeh oleh ramai pihak sehinggalah timbul isu pemilikan bayi beruang matahari oleh seorang penyanyi perempuan berusia 27 tahun, minggu lalu.
Pada tahun 2017, sebanyak 272 spesis hidupan liar telah didaftarkan di bawah kategori ‘Dilindungi Sepenuhnya’ seperti yang termaktub dalam Jadual Kedua Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716). Itu bermaksud hidupan liar ini tidak boleh dikeluarkan dari habitat asal untuk apa-apa tujuan kecuali untuk pemantauan khas dan kajian saintifik oleh pihak berkuasa dengan kelulusan ketat.
Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) iaitu Abdul Kadir Abu Hashim berkata, proses membawa keluar itu juga tidak semudah yang disangka.
“Perlu ada kebenaran dan permit khas yang hanya boleh ditandatangani oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar,” kata beliau kepada rakan media di Berita Harian.
Lantas apabila isu pemilikan bayi Beruang Matahari di Sentrio Suites Condominium di Desa Pandan Kuala Lumpur pada hari Sabtu lalu timbul, ramai yang tertanya-tanya bagaimana ia boleh berada di situ.
Beruang yang mengeluarkan kepala dari tingkap seakan-akan ingin melarikan diri mendapat perhatian para penduduk kondominium setelah ia mengeluarkan bunyi yang kuat. Hasilnya, PERHILITAN telah menahan pemilik dan Beruang Matahari itu di kediaman tersebut atas waran pemilikan hidupan liar tidak sah serta tidak memiliki dokumen pemilikan sah.
Menurut pemilik yang juga merupakan penyanyi, Zarith Sofia, dia menjumpainya di tepi jalan dalam kondisi lemah serta pada mulanya mengingati beruang tersebut merupakan seekor anjing. Menurut NST, Zarith masih dalam siasatan manakala Beruang Matahari itu sedang dalam penjagaan di ibu pejabat PERHILITAN di Kuala Lumpur.
Sumber: NST
Beruang Matahari memang comel tetapi ia bukanlah binatang peliharaan ya gaiss.
Selain Beruang Matahari, terdapat 9 lagi hidupan liar yang sering dijadikan binatang peliharaan sama ada secara sengaja (melalui perdagangan tidak sah) atau tanpa sengaja. Antara yang ‘popular’ termasuklah..
Burung Kakatua Jambul Kuning
Burung Sun Conure
Kucing Hutan (Macam Akar)
Monyet Yaki
Monyet Surili
Musang Pandan
Burung Hantu Tyto Alba
Semua Spesis Burung Helang
Lang Siput (Haliaeetus Leucogaster)
Landak Jawa
Mengkira
Cerpelai Ekor Pendek (Short-tailed Mangoose)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Untuk korang yang bersifat Obsessive Compulsive Disorder (OCD), mesti korang akan serta-merta bengang bila korang terdengar khabar angin ini.
Sejak akhir September lalu, warga internet (dan Instagram) mula terdengarkan khabar angin yang mengatakan Instagram bakal mengubah layout kedudukan gambar penggunanya di page akaun. Jika sekarang kedudukannya ialah 3 x 3, selepas ini kemungkinan ia akan menjadi 4 x 4.
Err, NO!
Perubahan tersebut belum lagi dikuat kuasakan kepada kesemua pengguna Instagram. Mereka masih sedang bereksperimen dan mencubanya di kalangan beberapa pengguna Instagram tanpa pengetahan mereka dan ia telah mencetuskan ‘rasa bimbang’ kerana perkara tersebut berlaku secara tiba-tiba.
Apabila mendapat tahu mengenai khabar angin tersebut, ramai yang mula tak senang duduk mengenangkan mereka telah gigih menyusun satu-persatu gambar di akaun masing-masing. Penulis tertanya juga apa yang bakal terjadi dengan akaun penyanyi Yuna (@yunaroomrecords), pereka fesyen Hatta Dolmat (@hattadolmatofficial) dan diva Beyonce (@beyonce).
Adakah mereka terpaksa delete semula segala gambar yang pernah dimuat naik dan menggantikannya dengan gambar yang baru?
Do not, I repeat – Do not make the Queen angry!
@yunaroomrecords juga merupakan antara akaun Instagram artistik yang selalu memuat naik gambar secara grid.
Bagaimana pula dengan akaun Insta Famous yang sudah bersusah-payah (bukannya senang okay untuk menjadikan akaun Instagram mereka cantik) menyusun gambar mengikut gradien warna, bentuk, susunan paten gambar dan sebagainya. Apa akan akan terjadi dengan gambar pancake 3 x 3, gambar koala 2 x 3 dan siri teaser videos ‘Look What You Made Me Do’ dan ‘Ready For It’ oleh Taylor Swift ?!
Okay, let’s not get myself carried away.
Hakikatnya, Instagram sejak awal lagi menggunakan grid 3 x 3. Semua orang seakan sudah terbiasa dan customized dengan susun atur aplikasi ini. Sebelum ini, Instagram pernah melakukan perubahan seperti menambah Insta Story, Filter ala SnapChat dan fungsi butang baru seperti Insights, Swipe Up, Archieve serta Direct Message (DM).
Adakah hanya kerana hendak menampakkan kelainan, Instagram sanggup melakukan ini? Let’s hope not.
Bak kata orang, if it is not broken, why do you need to fix it?
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...