Setelah bangkit pada minggu lalu, penyanyi dan penyampai radio Dina Nadzir terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pentas Gegar Vaganza 9 (GV9) pada episod separuh akhirnya.
Perjalanan Dina yang menemui titik noktah itu turut diiringi seorang lagi peserta, Fuad Rahman sekaligus menyaksikan penyingkiran berganda pada malam ini.
Ia juga bermakna pentas akhir GV9 pada minggu hadapan bakal menyaksikan pertarungan di antara Jaclyn Victor, Shila Amzah, Bob Yusof, Tomok, Hazrul Nizam dan kumpulan VE.
Rata-rata peminat bersedih setelah impian mereka untuk menyaksikan Jaclyn dan Dina di pentas akhir tidak kesampaian.
Ads
Rakan sepejuangan yang memulakan kerjaya nyanyian mereka daripada program realiti Malaysian Idol itu sentiasa saling menyokong perjalanan masing-masing di GV9 biarpun di atas kertas bergelar pesaing.
Ads
Dengan tema ‘Separuh Aku Ada Kamu’ pada malam ini, Dina telah menyampaikan lagu Bukan Dia Tapi Aku nyanyian asal Judika. Manakala Fuad pula membawakan lagu Di Alam Fana Cintamu nyanyian asal kumpulan Fotograf.
Terdahulu, Dina telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Juara Next Level Digi berdasarkan undian peminat dan membawa pulang wang tunai RM3,000. Bagaimanapun, kemenangan itu tidak cukup untuk membawanya mara selangkah lagi ke saingan akhir GV9.
Ads
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tahniah sekali lagi kepada Fattah Amin dan Nur Fazura yang telah selamat menjayakan majlis respesi semalam di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur. Semuanya khas bagi meraikan rakan media, rakan selebriti dan ahli keluarga yang belum sempat untuk menyaksikan mereka bersanding secara live di hadapan mata.
Di sebalik semua orang berkata mengenai rekaan dua busana yang disarung Fazura semalam semasa bersanding dan memotong kek, selebriti jemputan yang lain juga tak nak kalah, melaram jua untuk meraikan pasangan pengantin. Ini dia 6 fesyen selebriti wanita pilihan REMAJA malam tadi.
Izara Aisyah
Kecantikan semula jadi pelakon ini memang tak dapat disangkal. Izara Aisyah hadir bersama suami Adib Khalid dalam busana Rizalman Ibrahim yang masih belum menemui pasaran lagi! Talk about wearing it first, Izara menyarung salah satu busana koleksi #rizalmanforzalora untuk musim perayaan tahun ini. Fabrik Georgette Crepe hitam dengan sleeves berwarna beige dan keemasan ini memang sesuai untuk menghadiri acara formal. Cantik Kunti!
Sazzy Falak
Walaupun sudah beranak kembar, Nash dan Sazzy memang nampak muda selalu. Ia dibantu dengan pemilihan warna cerah seperti dress kaftan.
Lisa Surihani
Dalam busana dari INNAIred ini, Lisa memang cantik mengenakan warna chartreuse dan potongan rambut sleek.
Fasha Sandha
Kak Fasha seakan nak beri hint je kepada jejaka seluruh Malaya apabila caption-nya berbunyi, “Bilalah ibu nak naik pelamin ni, asyik tengok orang naik pelamin je.”. Gitu..Fasha mengenakan busana custom made oleh Syus Couture.
Mira Filzah
Macam nak kahwin dah kami lihat Mira semalam! Dalam busana rekaan Amaze Atelier, Mira memang kelihatan cantik bak raja sehari. Tambahan pula dengan solekan natural oleh Yna Sakinah, perincian pada bahu membuatkan Mira nampak moden dan anggun.
.
Elfira Loy
Terus datang dari Kuantan, Elfira enggan melepaskan peluang untuk meraikan Fazura dan Fattah semalam apabila dia menyarung baju kurung rekaan Rizman Ruzaini, pereka sama yang menyiapkan dress Fazura semalam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon Rita Rudaini sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi momen penuh bermakna bersama pelajar sekolah anaknya dalam satu program tanggungjawab sosial (CSR) baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di media sosial, Rita memaklumkan dia sanggup meredah hujan rahmat demi menyertai aktiviti kebajikan tersebut bersama pelajar program Ulul Albab, yang turun padang mengagihkan makanan kepada orang ramai.
Menurut Rita, kesempatan yang ada dimanfaatkan untuk bersama anak-anak pelajar tahun akhir itu menjalankan aktiviti mengagihkan makanan untuk berbuka puasa dan bersahur di sekitar Dataran dan Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR).
“Semalam ada masa terluang, jadi saya join anak-anak Ulul Albab buat CSR agihkan makanan untuk berbuka dan sahur sekitar dataran dan Jalan TAR. Setakat mana yang saya boleh bantu guru dan anak-anak tahun akhir ini,” kongsinya.
Tambah Rita lagi, pengalaman tersebut menjadi satu kenangan indah buat dirinya kerana masa terasa berlalu begitu pantas sepanjang program berlangsung.
Dalam masa sama, pelakon itu turut merakamkan penghargaan kepada guru yang menganjurkan program tersebut, iaitu Cikgu Dzul (@dzulkifli.mahat) yang dilihat berjaya mendidik pelajar supaya lebih peka terhadap masyarakat.
Menurutnya, aktiviti seperti ini bukan sekadar memberi bantuan kepada golongan memerlukan, malah turut membentuk nilai empati, keyakinan diri dan keberanian dalam kalangan pelajar.
Program kebajikan seperti ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk melihat sendiri realiti kehidupan masyarakat di bandar. Melalui pengalaman turun padang, mereka dapat memahami kepentingan berkongsi rezeki dan membantu golongan yang memerlukan.
Inisiatif ini sekali gus memperlihatkan bagaimana aktiviti sukarelawan mampu memberi kesan besar kepada pembangunan sahsiah pelajar.
Agihan Makanan Berbuka dan Sahur Untuk Orang Ramai
Sepanjang program berlangsung, pelajar bersama guru dan sukarelawan bergerak di sekitar kawasan tumpuan orang ramai bagi mengagihkan makanan kepada mereka yang memerlukan.
Aktiviti tersebut bukan sahaja memberi manfaat kepada penerima bantuan, malah membuka mata pelajar tentang pentingnya nilai kemanusiaan dan tanggungjawab sosial dalam kehidupan seharian.
Menurut Rita, program seperti ini juga membantu pelajar membina keyakinan diri serta keberanian untuk berinteraksi dengan masyarakat yang datang daripada pelbagai latar belakang.
Usaha Rita Rudaini bersama pelajar Ulul Albab ini turut mendapat perhatian ramai kerana ia menunjukkan contoh teladan yang baik kepada generasi muda.
Mendidik Generasi Masa Depan Dengan Nilai Empati
Rita juga menitipkan doa agar anak-anak yang terlibat dalam program itu membesar menjadi generasi berilmu dan berakhlak tinggi yang bakal memimpin negara pada masa depan.
“Hari ini mereka belajar, esok mereka memimpin,” katanya.
Menurut Rita, pengalaman menyertai aktiviti seperti ini memberi makna yang besar kerana pelajar bukan sahaja belajar di dalam kelas, tetapi juga belajar tentang kehidupan sebenar di luar sekolah.
Perkongsian mengenai ini menerima pelbagai reaksi positif daripada warganet yang memuji sikap Rita yang sentiasa memberi sokongan kepada aktiviti melibatkan pendidikan dan kebajikan.
Ramai juga menyifatkan kehadiran Rita dalam program seperti ini sebagai contoh terbaik kepada ibu bapa dan masyarakat, khususnya dalam mendidik generasi muda supaya lebih prihatin terhadap keadaan sekeliling.
Secara tidak langsung, usaha ini memperlihatkan bahawa aktiviti kebajikan mampu menyatukan masyarakat serta membentuk generasi yang lebih berempati dan bertanggungjawab pada masa depan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahun 2020 boleh dikatakan detik yang paling sukar dilalui oleh seluruh masyarakat dunia kerana wabak pandemik COVID-19 yang memberi kesan bukan sahaja kepada kesihatan, malah ekonomi dunia.
Ramai yang mengeluh hilangnya pendapatan kerana diberhentikan kerja atau terpaksa dipotong gaji kerana sudah tentu perniagaan juga terkesan disebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dijalankan di Malaysia.
Belum lagi kalau kita lihat kadar pengangguran negara yang semakin membimbangkan. Masih ramai graduan dan indiidu yang masih mencari pekerjaan bagi menampung kehidupan.
Bagi korang yang sedang mencari pekerjaan, selain berusaha meninjau peluang di laman web job vacancy, sebenarnya korang boleh juga cuba menerusi aplikasi Facebook.
Mungkin ramai yang tidak tahu, ‘benda’ yang korang hari-hari hadap tu sebenarnya ada lubang pekerjaan yang boleh dirujuk.
Macam mana caranya? Jom kita lihat tutorial mudah ini.
1. Cari ‘Jobs’ di ruangan Menu
2. Korang juga boleh pilih radius tempat kerja yang berhampiran dengan lokasi kediaman
3. Buat pilihan, sama ada kerja tetap, sambilan atau kontrak. Korang juga boleh pilih bidang pekerjaan disini. Kemudian, pilih See Jobs
4. Ha, setelah itu korang boleh mendapatkan maklumat selanjutnya
Mudah sahaja kan? Moga ada rezeki untuk korang yang sedang mencari pekerjaan. Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pembedahan laparoskopi PMX berjalan lancar bagi merawat para-umbilical hernia. Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menjalani fisioterapi dan proses pemulihan.