
Siapa sangka kepulangan seorang cucu ke kampung halaman berjaya membuat transformasi drastik bagi penampilan orang tua yang berusia 84 tahun.
Naoya Kudo pulang bercuti di Akita Prefecture, Jepun sempena cuti Golden Week dan mengisi masa terluang dengan membuat tranformasi fesyen kepada datuknya, Tetsuya dalam persalinan high-fashion yang sering digayakan oleh orang muda.
Kudo kemudiannya berkongsi foto datuknya di Twitter dan tanpa diduga, perkongsiannya itu menjadi viral.
View this post on Instagram
監督スタイル #あきらめたらそこで人生老後ですよ #slvrtetsuya
A post shared by SLVR.TETSUYA | シルバーテツヤ (@slvr.tty) on
Menurut BuzzFeed News, Kudo mengambil foto tersebut di beberapa lokasi yang memberi makna buat datuknya yang juga merupakan seorang bekas guru kimia.
Ini termasuk di sekeliling padang dan pantai berdekatan rumah keluarga mereka, tidak terkecuali di sekolah yang mana Tetsuya pernah berkhidmat sebagai pengetua.
Luar dari kebiasaan
“Transformasi ini merupakan satu perkara baru yang dapat dilihat daripada datuk saya kerana dia bukanlah seorang yang suka kepada fesyen, lagi-lagi dengan pakaian yang dia tidak pernah sangka untuk menggayakannya,” jelas Kudo.
Apa yang mengejutkan, Tetsuya banyak memberikan idea bagai lokasi untuk sesi photoshoot.
Pergh, memang ‘sporting’ habis atuk ni!
Kudo telah membuat sebuah akaun Instagram untuk memuat naik foto-foto datuknya yang kini telah pun mempunyai seramai hampir 100 ribu followers.
Kalau korang nak tahu, akaun IG Kudo pun hanya ada lebih kurang 2000 followers. Power kan atuk dia? Hiks!
Okay jom kita lihat antara foto-foto fesyen hipster Tetsuya.
View this post on Instagram
シルバーテツヤ(84)と生チヅコ(84) . #カップルフォト #妻はデフォルト
A post shared by SLVR.TETSUYA | シルバーテツヤ (@slvr.tty) on
Kudo juga berhasrat untuk mengumpulkan foto tersebut di dalam album atau mungkin mengadakan photo exhibition kerana datuknya itu tidak menggunakan media sosial.
Haih, atuk umur 84 tahun pun bergaya, korang tak makan hati ke? Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Saya Datang Untuk Sokong Suho & Chanyeol” Kehadiran Lay Zhang Datang Dari Jauh Ke SMTOWN 2025 Buat Peminat Terharu

Baru- baru ini, penyanyi dan bekas anggota kumpulan EXO, Lay meraih perhatian peminatnya apabila kelibatnya dilihat hadir di konsert SMTOWN 2025 bagi memberi sokongan kepada rakan-rakannya, Suho dan Chanyeol.
Menerusi sebuah video yang tular di media sosial, Lay Zhang atau nama sebenarnya Zhang Yixing (34) terlihat sedang berbual dengan beberapa orang peminat sambil mengungkapkan mengenai keberadaannya di situ.
“Saya datang untuk sokong EXO. Ada dua anggota di sini iaitu Junmyeon dan Chanyeol,” katanya.


Dalam pada itu, kehadirannya di konsert itu juga ibarat memberi tanda positif berkait dengan komentar positifnya sebelum ini mengenai kemungkinan EXO untuk ‘reunion’ pada tahun 2025 ini.
Pada masa yang sama, selama konsert berlangsung, Lay juga terlihat sangat menikmati saat-saat lagu EXO, ‘First Snow’ dipersembahkan.
Selain itu, ada beberapa dari kalangan peminat turut mempersoalkan mengapa Lay tidak tampil bersama EXO. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa Lay kini bukan lagi sebahagian dari artis yang berada di bawah pengurusan SM Entertainment sejak tahun 2022.


Namun, penyanyi lagu ‘Lit’ dan ‘Veil’ itu datang bagi memenuhi undangan SM Entertainment sebagai bentuk penghormatan kepada bekas syarikat pengurusannya sebelum ini dan ini juga menunjukkan hubungan baik yang masih terjalin antara kedua pihak.
Sekadar info, Lay Zhang mula mencipta nama bersama EXO pada tahun 2012 dan mula meraih populariti menerusi lagu MAMA, Growl, dan Wolf. Penyanyi itu mengumumkan pengunduran dirinya dari EXO dan SM Entertainment secara baik pada April 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dari lagu kegemaran mereka, apa yang mereka akan bawa kalau hilang di angkasa, hingga pandangan mereka tentang DURIAN—semuanya ada dalam video ni! 🌟CRAVITY adalah kumpulan K-pop yang terdiri daripada 9 ahli berbakat: Serim, Allen, Jungmo, Wonjin, Minhee, Hyeongjun, Taeyoung, Seongmin, dan Kangmin. Mereka dikenali dengan konsep yang penuh tenaga dan muzik yang catchy.
Jangan lupa tonton temubual penuh semangat bersama CRAVITY! 💥
#majalahremaja #remaja #remajamalaysia #CRAVITY #FindTheOrbit #LUVITY” />
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
6 Perkara Yang Perlu Kamu Ingat Semasa Melancong Di Jerman, No 4 Itu Memang Mengejutkan

Selain daripada United Kingdom, Perancis dan Itali yang sememangnya merupakan destinasi melancong popular di Eropah, ada sebuah lagi negara yang semakin digemari oleh pelancong dari Asia Tenggara.
Jerman, negara yang terkenal dengan kepelbagaian binaan bersejarah serta bangunan pencakar langit baru semakin diminati oleh pelancong dek kerana keterbukaan masyarakat di sana untuk menerima kunjungan pelancong first timer. Antara bandar di Jerman yang dikategorikan sebagai tourist-friendly pula adalah Berlin, bandar yang dahulu terpelit dengan isu peperangan namun kini telah berubah menjadi bandar cantik!
Walaupun kita mempunyai perbezaan bahasa, namun itu tak sama sekali bermaksud korang akan berdepan dengan masalah di Berlin
Selagi korang faham mengenai 6 perkara yang perlu dilakukan di Berlin ini, mesti korang tak ada masalah untuk melancong ke sana dalam masa terdekat.
01
Jangan Lupa Stem Tiket Kereta Api

Walaupun sudah membeli tiket, jangan lupa stemkannya pada mesin ‘Bitte Entwerten’ di platform. Jika tidak, tiket tersebut akan dikira tidak valid dan korang boleh didenda, there and then.
02
Lampu Merah Bermaksud Berhenti

Jika di Malaysia korang boleh melanggar lampu trafik terutama bagi laluan pejalan kaki. Di Berlin, ia boleh dianggap sebagai kesalahan serius jika melintas jalan tanpa menekan buzzer lampu trafik dan korang boleh didenda.
03
Jangan Menggunakan Laluan Basikal

…kecuali korang menunggang basikal di sana. Jika tidak, elakkan melintasi laluan basikal kerana Berlin sememangnya dipenuhi dengan kelibat penunggang basikal. Kalau ada yang menjerit dan memaki korang, jangan salahkan mereka okay.
04
Rancang Weekend Korang Dengan Teliti

Berlin bukanlah seperti Kuala Lumpur di mana hari Ahad merupakan hari untuk netizen berkunjung ke shopping mall dan kedai makan. Di Berlin, kebanyakan daripada kedai ditutup pada hari Ahad kerana ia merupakan ‘hari berehat’ untuk mereka. Jadi, pastikan korang beli makanan secukupnya, beberapa hari sebelum hujung minggu.
05
Masyarakat Berlin Tidak ‘Membawang’

Bukan saja mereka tidak bergosip, malah mereka juga tidak gemar ‘small talks‘ yang tidak relevan. Lebih baik korang bercakap straight to the point.
06
Jangan Sesekali Terlambat

Budaya On-The-Way orang Malaysia tidak dipraktikkan di Berlin. Mereka adalah kelompok yang sentiasa patuh kepada masa. Jika korang terlambat tiba di platform kereta api, jangan haraplah gerabak akan menunggu korang.
* * * * *
Nampak seperti Berlin ini mempunyai banyak peraturan yang perlu dipatuhi? Hehe.
Sebenarnya Berlin sama je dengan Kuala Lumpur, cuma setiap bandaraya mempunyai cara masing-masing. Bak kata orang, masuk kandang kambing mengembek. Berlin masih merupakan antara destinasi baru Eropah yang semakin diminati oleh pelancong Asia Tenggara.
Jika tidak, takkanlah syarikat penerbangan kos rendah Singapura iaitu Scoot akan menawarkan laluan penerbangan tanpa henti (13 jam) dari Asia Tenggara ke Berlin bermula Jun ini.

Untuk penerbangan Singapura – Berlin, korang boleh pilih kelas ekonomi dari 5 bandar di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh, Langkawi dan Kuching dengan tambang serendah RM1,807 untuk dua hala termasuk cukai. Okay lah kan! Bagi korang yang berminat, boleh kunjungi laman web flyscoot.com.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kenapa Orang NS Tak Dibenarkan Kahwin Sesama Suku? Tak Sangka Ini Sebabnya

Siapa orang Negeri Sembilan yang membaca artikel ini?
Jangan pula bersangka ianya agak “kejam” tetapi negeri yang terkenal menjunjung adat perpatih ini amat menitik beratkan adat yang sudah turun temurun diamalkan.
Sebagai satu-satunya negeri yang mengamalkan adat Pepatih yang menumpukan perhatian lebih kepada golongan perempuan, sudah tentulah negeri yang kaya dengan adat ini dijunjung sepenuhnya.
Bagi korang yang ingin tahu dan belum tahu, di Negeri Sembilan ada 12 suku iaitu biduanda (suku inilah yang membolehkan individu dilantik sebagai pemimpin), Batu Hampar, Paya Kumbuh, Mungkal, Tiga Nenek, Seri Melenggang, Seri Lemak, Batu Belang, Tanah Datar, Anak Acheh, Anak Melaka dan terakhir sekali Tiga Batu.
Bagi korang yang nak tahu kenapa gadis Negeri Sembilan dilarang bertemu sesama suku diamalkan, ini sebab-sebabnya. Hikz, Admin pun orang Negeri Sembilan, lahir di Negeri Sembilan tapi bukan adat Pepatih kerana nenek orang luar yang merantau, hahaha.
Jom baca kenapa dilarang kahwin sesama suku di Negeri Sembilan.

Walaupun sistem Adat Perpatih menyediakan sedikit ruang kepada anak adat (keturunan) suku tertentu berkahwin sesama suku, pada prinsipnya sistem adat yang dianuti oleh masyarakat Negeri Sembilan itu tidak membenarkan perkahwinan di kalangan sesama anak suku – “Sama Suku Tidak Boleh Berkahwin”. Contoh, lelaki dari Suku Tiga Nenek tidak boleh berkahwin dengan wanita dari Suku Tiga Nenek.
Perkahwinan yang dibenarkan oleh sistem Adat Perpatih adalah di kalangan pasangan yang berlainan suku atau lain suku.
Masyarakat Adat Perpatih menganggap mereka di kalangan suku yang sama umpama adik-beradik. Ini adalah kerana anggota sesuatu suku itu berasal daripada seorang nenek moyang (nasab dalam adat perpatih mengikut nasab ibu) yang mulanya membentuk keluarga, kemudian rumpun, perut dan apabila keturunan berkembang melalui perjalanan masa mewujudkan suku.
Masyarakat Adat Perpatih mempunyai rasional mereka sendiri mengenai larangan berkahwin sesama suku. Antaranya; Larangan berkahwin sesama suku memperkasa institusi kekeluargaan kerana setiap anggotanya yang mengetahui ikatan kekeluargaan tentunya mengambil tahu dan menjadi pelindung kepada masyarakat sukunya.
Sementara itu, golongan lelaki pada setiap masa memandang dan mengganggap anggota perempuan yang sesuku dengan mereka sama ada sebagai ibu, kakak, adik atau anak yang wajib dihormati, dijaga, dilindungi dan disayangi.
Mungkin di atas faktor inilah menyebabkan tiadanya kejadian sumbang di kalangan jiran sekampung dalam masyarakat Adat Perpatih di Negeri Sembilan.
Catatan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan pembaca mengenai hukuman yang ditetapkan Adat Perpatih terhadap pasangan yang berkahwin sesama suku.
Perkahwinan sesama suku terbahagi kepada dua kategori. Kategori pertama diklasifikasikan sebagai perkahwinan ’Sumbang Sewaris’. Yang kedua, ‘Sumbang Sekadim’.
Hukuman yang dikenakan terhadap pasangan yang berkahwin sesama suku dinamakan ‘ Hukum Kahar ‘.
Masyarakat Adat Perpatih memandang pelaku kahwin sesama suku ibarat haiwan dan tidak layak wujud dalam masyarakat. Pelaku dan pasangan akan dipulaukan dan disisihkan daripada segenap sudut kehidupan seharian masyarakat.
(a) Sumbang Sewaris
Definasi: Sumbang sewaris adalah berkahwin sesama suku.
Hukuman: Pasangan dihalau oleh ahli-ahli sukunya, tidak dibenarkan duduk di dalam sukunya dan juga tidak diterima oleh suku-suku lain di wilayah atau luak (daerah) berkenaan. Digambarkan bahawa betapa jijiknya pasangan itu di mata masyarakat adat sehingga bekas tempat duduk mereka akan dibasuh.
Lelaki yang melakukan kesalahan hilang hak memegang jawatan ( menjunjung saka) yang terdapat dalam sistem Adat Perpatih. Seandainya pelaku itu memegang jawatan semasa melakukan kesalahan, jawatannya akan dilucutkan dengan serta merta.
Pelaku kesalahan perempuan akan kehilangan hak ke atas segala harta pusaka suku.
Pasangan terlibat diperbilangkan sebagai, “Laksana buah beluluk, Tercampak ke laut tidak dimakan ikan, Tercampak ke darat tidak dimakan ayam.
Cantiknya sistem Adat Perpatih adalah kerana walaupun tegas tetapi masih ada jalan pulang kepada pesalah adat yang ‘ingin pulang ke pangkuan adat’. Bagaimanapun, pelaku kesalahan adat perlu melalui dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan terlebih dahulu. Dikatakan bahawa syarat asas pengampunan pesalah adat tidak seragam antara luak (daerah).

Ada luak yang mensyaratkan pesalah adat yang kematian pasangan atau bercerai sahaja boleh diampunkan. Sebaliknya, ada juga daerah yang tidak mensyaratkan peraturan sedemikian berat.
Penerimaan sistem adat/masyarakat terhadap pelaku kesalahan adat yang ingin kembali ke pangkuan adat bergantung kepada keizinan anggota kelompok kekerabatan dan direstui oleh Ketua-Ketua adat. Setelah ada persetujuan yang terhasil dari majlis berkampung dan bermuafakat, pelaku kesalahan adat perlu melakukan syarat-syarat yang ditetapkan dalam majlis yang diawasi oleh Datuk Lembaga (Ketua Suku) suku berkenaan.
Syarat-syarat yang perlu dilaksanakan ialah:
Menyediakan 50 gantang beras, wang tunai RM14.00 dan mengadakan seekor kerbau atau lembu untuk majlis kenduri.
Menjemput Ketua-Ketua Adat dengan penuh istiadat ke majlis kenduri.
Pelaku kesalahan adat (berkahwin sesama suku) mengisytiharkan kesalahan yang telah dilakukan dan membayangkan keinginan untuk kembali ke pangkuan suku serta bergabung semula dalam ikatan keluarga seperti mana dahulu.
Selepas mengakui kesalahan dan meminta maaf kepada orang ramai, pelaku kesalahan adat ‘ menyembah’ semua anggota suku yang hadir untuk meminta maaf. Majlis kenduri tersebut adalah gelanggang bagi menghebahkan kepada masyarakat sesuku dan seluak bahawa pasangan pelaku kesalahan adat telah kembali ke pangkal jalan ( surut ke pangkal jalan), serta mengakui di samping menebus kesalahan (nya/mereka). Majlis itu adalah satu cara memohon maaf secara terbuka.
Pelaku kesalahan adat yang telah ‘diampunkan’, dibenarkan balik ke tempat asal dan diberi kedudukkan seperti sebelum berlakunya kesilapan setelah istiadat dilakukan dengan jayanya.

(b) Sumbang Sekadim
Definasi: Sumbang Sekadim adalah melakukan perkahwinan di kalangan sama suku dengan ‘ahli seperut ‘. Ahli seperut bermaksud lebih kurang, “Ikatan kekeluargaan di kalangan ahli suku yang sama pada kedudukkan selepas keluarga kandung.” Dalam masyarakat Negeri Sembilan, ahli seperut kebiasaannya ialah jiran di sebelah rumah dan lokasi tanah/dusun/sawah pusaka di kalangan ahli seperut kebiasaannya bersebelahan atau berhampiran.
Sama sesuku di kalangan masyarakat adat boleh berlaku kepada masyarakat adat yang berlainan kampung. Bagaimanapun, sama ‘ seperut’ cuma berlaku di kalangan masyarakat adat sekampung sahaja..
Hukuman Kerana Sumbang Sekadim:
Kesalahan kerana berkahwin sesuku di bawah kategori ‘Sumbang Sekadim’ adalah kesalahan besar dalam sistem Adat Perpatih. Ini boleh difahami dengan mudah kerana ikatan kekeluargaan mengikut struktur Adat Perpatih seperti yang diterangkan pada perenggan di atas.
Hukumannya ialah:
Segala harta benda pasangan dirampas.
Diceritakan bahawa pernah berlaku di zaman dahulu mengenai satu pasangan yang melakukan kesalahan kategori ini dikenakan hukuman bunuh. Mereka ditangkap, dimasukkan ke dalam bakul dan dibenamkan ke dalam sungai. Kubur mereka dikenali sebagai Jerat Sumbang.
Ungkapan di kalangan masyarakat Adat Perpatih kepada mereka yang melakukan Sumbang Sekadim ialah: Hidup tidak terpelihara, Mati Tak Ditanam, Harta Diambil, Tuan dibunuh.
Terdapat juga perbilangan yang berbunyi, “ Ke laut tumpah karam, Ke darat sial terbakar”.

ULASAN:
Kejadian berkahwin sama sesuku jarang berlaku. Sepanjang hidup saya yang kini melebihi 50 tahun, belum ada lagi berlaku perkahwinan sama suku di kampong saya di Rembau, Negeri Sembilan. (Perkahwinan sama suku tetapi berlainan sub-suku di kalangan Suku Biduanda Lela Maharaja dengan Suku Biduanda Sedia Raja seperti yang saya kisahkan dalam catatan terdahulu ‘Kahwin Sama Suku ‘ dibenarkan oleh sistem Adat Perpatih).
Secara umumnya, masyarakat adat di Rembau adalah masyarakat yang masih kuat berpegang kepada Adat Perpatih berbanding masyarakat adat di daerah (luak) lain.
Namun demikian, ada amalan dan anjuran dalam sistem Adat Perpatih telah diabaikan kerana sikap ketidakpedulian dan kejahilan pengikutnya. Sebagai contoh, ikatan kekeluargaan ‘ahli seperut’ hampir menemui ‘jalan mati’. Kebanyakkan generasi hari ini dan termasuk juga generasi saya (50-an) tidak lagi mengenali dan ambil-peduli ‘ahli seperut’ sendiri walaupun sekampung.
Ironinya, dalam keresahan institusi Adat Perpatih kerana terhakisnya sesetengah amalan-amalan yang menunjangi kelangsungan adat tersebut, masyarakat Adat Perpatih di Negeri Sembilan masih akur kepada larangan berkahwin sesuku. Hakikatnya, hampir tidak berlaku perkahwinan sesama suku di kalangan masyarakat Adat Perpatih Negeri Sembilan sehingga ke hari ini.
Kes sepasang pelaku kesalahan ‘Sumbang Sekadim’ dihukum bunuh dengan cara memasukkan pasangan malang itu ke dalam bakul dan membenamkan mereka di dalam air sehingga mati tidak boleh diterima oleh masyarakat hari ini.
Bagaimanapun, perbuatan kejam zaman itu bolehlah dikiaskan dengan kesetiaan membabi buta Hang Tuah sehingga sanggup membunuh sahabatnya Hang Jebat yang ingin membela ketiadak-adilan Sultan. Kalaulah hukuman adat tersebut masih wujud lagi sehingga ke hari ini, sudah pasti pelaksanaanya tidak dibenarkan oleh undang-undang negara.
Sumber : FB Minangkabau Negeri 9 Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

