Model dan personaliti media sosial, Marissa Dania Hakim akhirnya tampil buka mulut mengenai keputusan bernikah secara senyap dengan Aslam, pada Disember lalu.
Memetik laporan media tempatan, anak perempuan kepada pasangan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim itu terlebih dahulu memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak kerana mengambil masa lama untuk menjelaskan tentang pernikahannya.
Menurutnya, dia memerlukan masa dan ruang untuk menyelesaikan masalah rumah tangga tanpa campur tangan pihak luar.
“Saya mohon maaf kerana sudah melukakan hati banyak pihak termasuk keluarga. Saya bukan mahu mengelak atau melarikan diri, sebaliknya saya mahu menjaga nama baik keluarga dan semua pihak yang terbabit.
Ads
“Ini adalah jalan yang saya dan Aslam pilih (hidup berpoligami). Jadi saya mohon semua pihak beri ruang untuk kami menyelesaikan masalah rumah tangga tanpa campur tangan pihak luar.
“Insya-Allah semuanya akan baik-baik saja. Saya sedang berusaha ke arah itu dan doakan semoga semuanya berjalan lancar,” katanya.
Ads
Ditanya pula mengenai hubungan antara suaminya dengan ahli keluarga, gadis berusia 19 tahun itu bersyukur mereka dapat memaafkan dan menerima kehadiran Aslam.
“Saya akui pernikahan kami mendapat tentangan daripada keluarga. Tiada ibu bapa yang bersetuju dengan pilihan seperti ini, lebih-lebih lagi usia saya yang masih muda. Saya dan Aslam tidak mahu hubungan kekeluargaan ini terputus atau dilanda masalah.
Ads
“Jadi kami kuatkan semangat dan harunginya bersama. Walau apapun rintangan yang datang, saya dan Aslam akan cuba selesaikan masalah yang berlaku satu demi satu,” ujarnta lagi.
Sekadar info, Marissa dan Aslam telah mendirikan rumah tangga secara senyap di Songkhla, Thailand pada Disember tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tragedi tak jadi kahwin boleh jadi mimpi buruk kepada setiap wanita, lebih-lebih lagi dengan lelaki yang paling mereka sayang.
Bukan cerita dongeng, kisah ini memang benar berlaku dalam masyarakat kita. Lebih tragis lagi bila tiba hari pernikahan, tapi si pengantin lelaki tidak munculkan diri. Ini yang berlaku kepada Anna (bukan nama sebenar) yang turut berkongsi pengalaman dukanya kira-kira tiga tahun yang lepas.
Perkenalan yang cukup singkat, pertama kali bertemu dengan lelaki tersebut di majlis perkahwinan sepupunya menjadi bibit permulaan kisah cinta mereka. Seminggu selepas majlis, pada first date mereka, A (bukan nama sebenar) ingin berjumpa dengan ibu dan ayah Anna dan memberitahu bahawa dia ingin menjadikan Anna sebagai isteri.
Gambar hiasan
Mama saya terima jika saya terima. Ok, at the same time saya beritahu dia, nak juga kenal dengan mama abah and family dia… Mak dia terus tanya saya belajar sampai mana, kerja ke tak? Dia cakap dekat mak dia. Nanti dia tak nak isteri dia kerja. So ok la kot. Mak dia boleh terima dengan kehendak anaknya. Ok, kami start moving forward terus berkenalan keluar dating same macam org lain. Sepanjang perkenalan kami, kami takde la gaduh-gaduh besar. Cuma gaduh manja je. Sampai satu masa dia kena pergi training anggota unit beruniform.
Masa inilah ramai yang mula mengatakan bahawa Anna desperate. Nak dipendekkan cerita, keluarga A menghantar rombongan meminang dan kebetulan masa tu juga si A baru habis training dan dapat posting kerja. Biasalah kalau anggota beruniform, nak kahwin pun kena buat permohonan kepada pihak atasan.
So, dia buat permohonan tarikh kahwin yang ditetapkan sendiri. Bukan dari saya. Then, dia beritahu pada keluarga saya tetapi saya tak tahu yang tarikh tersebut belum mendapat kelulusan dari pihak atasan untuk buat majlis akad nikah. Tak sampai sebulan sebelum tarikh tersebut, A baru beritahu yang tarikh tu belum diluluskan lagi. Saya dah prepare apa yang patut, walaupun buat persiapan last minit. Tapi, saya tak nak salahkan A.
Mungkin dia ingat sempat lulus. Saya tunggu pihak keluarga lelaki datang berbincang elok-elok atas masalah yang kami hadapi ini tapi tu la, tak ada tindak balas daripada pihak mereka. Saya memang tak sedap hati dah. A nak balik untuk terangkan apa yang terjadi tapi tak dapat, atas kekangan kerja dan memang tak dapat cuti.
Keluarga A pun tak nak datang untuk ceritakan apa yang berlaku sebenarnya. Mak dia memang tak suka saya sebab saya tak ada pekerjaan tetap. Pernah jugalah kena sindir tapi saya buat tak tahu je.
Bila menjelang hari perkahwinan kami, A ada menelefon Mama dan menyatakan memang tarikh tak lulus untuk kami akad nikah, tapi nak buat macam mana, majlis tetap diteruskan sebab kami dah jemput orang. Buatlah macam makan-makan tapi pengantin tak ada. Hehe..
Gambar hiasan
Orang datang majlis saya dengan air mata bila tahu cerita sebenar. Ramai yang bagi kata-kata semangat. Pihak lelaki memang tak datang. Senyap tanpa khabar berita. Kami memang handle sendiri majlis sehingga selesai.
Tiba-tiba, 15 hari selepas itu saya dapat panggilan daripada mak lelaki tersebut yang mengatakan permohonan perkahwinan kami baru diluluskan oleh pihak atasan. Tapi, saya menolaknya dengan baik. Saya bagi tahu mak dia, carilah jodoh yang terbaik untuk anaknya. Mungkin kami memang bukan ditakdirkan bersama.
Gadis ini bangkit semula kerana dikelilingi oleh orang-orang yang banyak memberikan sokongan dan kata-kata semangat buatnya. Alhamdulillah, dia tidak mengambil masa yang lama untuk move on. Baginya, Allah tidak akan hilangkan orang yang kita sayang, malah akan menggantikan dengan yang lebih baik.
Gambar hiasan
A pun ada meminta maaf kepada Anna tentang semua yang telah terjadi ini. Tiada dendam di antara mereka dan apa yang berlaku ini sedikit pun tidak membuatkan Anna berasa serik atau fobia untuk bercinta lagi. Tapi mengakui bahawa selepas ini dia akan lebih berhati-hati untuk memilih pasangan.
Untuk wanita di luar sana, nasihatnya sebelum nak cari bakal suami, pastikan kenal terlebih dahulu dengan keluarga mereka. Bercinta dengan keluarga, barulah bercinta dengan anaknya. Hehe!
Semoga kisah ini dapat dijadikan pengajaran untuk kita semua. Tak kiralah apa yang terjadi, langsung tidak simpan dendam pada bekas pasangan. InsyaAllah kami doakan agar Anna dapat berjumpa dengan calon suami yang boleh menjaganya nanti.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Okay, gosip ini telah menjadi lebih panas dalam masa satu malam saja.
Semalam, khabar angin daripada People’s Magazine US mengesahkan bahawa hubungan di antara pelakon, Bradley Cooper dan Irina Shayk telah terputus di tengah jalan. Setelah 4 tahun bersama dan memiliki seorang cahaya mata, jodoh Bradley dan Irina tidak berpanjangan.
Mereka merupakan antara pasangan Hollywood yang begitu tertutup dalam bab perhubungan. Tak banyak temuramah dan sesi photo shoot yang melibatkan mereka berdua seperti standard pasangan Hollywood lain.
Namun, akhirnya mereka tetap berpisah dan khabarnya, Irina yang meninggalkan Bradleywalaupun ramai beranggapan sebaliknya.
Okay, terlalu banyak sangat perkara yang perlu diperkatakan. REMAJA senaraikan satu-persatu apa yang berlaku sebenarnya.
01
Ramai beranggapan Bradley meninggalkan Irina KERANA dia kencang digosipkan bersama pasangan pelakon A Star Is Born, Lady Gaga. Sejak ‘bersama’ dengan Gaga di karpet merah screening filem tersebut bermula pertengahan tahun 2018, Bradley dan Gaga dilihat amat sedondon dan mempunyai chemistry.
Klimaksnya adalah ketika Bradley dan Gaga mempersembahkan lagu Shallow di anugerah Oscars pada bulan Februari lalu. Mereka kelihatan seperti pasangan kekasih di atas pentas (dan di hadapan Irina Shayk yang duduk di kerusi penonton!) Lihat sajalah video persembahan mereka ini.
Namun hakikatnya, Irina yang meninggalkan Bradley dan ini sebabnya..
02
Tidak, Irina tak berasa ‘terancam’ dengan kehadiran Gaga. Malah, kedua-dua wanita itu duduk bersebelahan di anugerah Oscars 2019 dan saling berpelukan ketika Gaga memenangi kategori ‘Lagu Original Terbaik’.
Sebenarnya, hubungan Irina dan Bradley dilaporkan sudah lama bermasalah, malah sebelum anugerah Oscars berlangsung sekalipun.
Menurut Entertainment Tonight, “Irina mempunyai harapan tinggi untuk masa depan mereka berdua. Selepas kelahiran anak mereka, Irina berharap agar mereka bersedia untuk berkahwin tetapi itu tidak terjadi. Dia ingin mencari kebahagian tetapi Bradley pula sentiasa sibuk bekerja. Kesudahannya, hubungan tersebut tidak ke mana.
“Hanya baru-baru ini, Irina memutuskan bahawa enough is enough. Tanpa komitmen daripada Bradley, mereka juga selalu bertekak dan itu tidak membantu. Kehadiran seorang bayi nyata tidak cukup untuk membuatkan mereka sepadan dan akhirnya, mereka putus.”
03
Irina nampaknya mudah move on daripada hubungan bersama Bradley apabila dia memuat naik foto terbaru di Instagram hari ini. No big deal.
Apa yang menjadikan ia gosip panas adalah apabila bekas tunang Lady Gaga, Christian Carino tiba-tiba memberikan ‘like’ pada foto tersebut. Ini juga adalah ‘kemunculan’ pertama Christian di Instagram atau mana-mana media sosial selepas dia dan Gaga putus tunang pada awal tahun ini.
Err, kenapa kena buat kemunculan di Instagram Irina Shayk SEKARANG? Ramai berpendapat Christian masih tak dapat melupakan Gaga lantas sengaja melakukan sebegitu untuk menagih perhatian bekas tunangnya itu.
Persoalannya, adakah kisah putus tunang Christian dan Gaga disebabkan kehadiran Bradley Cooper di set penggambaran A Star Is Born walaupun Bradley menidakkan tuduhan ‘on-screen love‘ ini? Panas!
*
Apapun, yang penting sekarang adalah Irina Shayk berani keluar daripada hubungan yang tak menjadi itu walaupun Bradley adalah nama besar di Hollywood sekarang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika di Hollywood kita mempunyai kisah cinta remaja Zac Efron & Vanessa Hudgens (High School Musical), Adam Brody & Rachel Bilson (The O.C) dan Chad Michael Murray & Sophia Bush (One Tree Hill), di Malaysia kita mempunyai kisah cinta “Elly & Epit”.
Popular dengan siri kanak-kanak popular Elly & Epit di saluran Astro Ceria sekitar tahun 2011 hingga 2014, pelakon utamanya iaitu Hadi Mazlan dan Siti Amirah Dayana sebenarnya telah mengenali diri masing-masing sebelum memasuki set Elly & Epit lagi.
Hadi dan Dayana merupakan alumni daripada program Idola Kecil di saluran TV9. Dayana merupakan juara Idola Kecil 2 manakala Hadi ialah peserta Idola Kecil 3.
Kiranya mereka berasal daripada dunia nyanyian sebelum memasuki ke dalam set penggambaran drama.
Masing-masing sekarang berusia 20 tahun dan mereka baru saja melangsungkan pernikahan! Perghh, ramai pasangan high school sweethearts tak bertahan pun selepas tamat belajar tetapi Hadi & Dayana selamat sampai ke jinjang pelamin.
Menariknya, mereka berdua yang telah berundur daripada dunia hiburan menyatakan bahawa mereka tidak akan bercinta sebelum bernikah. Sepanjang tempoh bertunang pada tahun lalu, mereka enggan keluar dating ke sana-sini seperti pasangan remaja lain.
Seperti yang pernah ditulis Dayana di Twitter, “Kami tak bercinta dan tak akan bercinta sehingga selepas sahnya akad, InsyaAllah.”
Menurut ibu Hadi di akaun Facebook-nya, perubahan ke arah keagamaan pada usia muda itu bertitik-tolak daripada diri sendiri.
“Hadi merupakan pelajar jurusan Syariah Islam di Kolej Islam As Sofa Ampang. Selepas pulang daripada menunaikan umrah pada tahun 2004, dia mula mendalami agama.
“Dayana pula berdepan momen sukar ketika ayahnya menderita sakit kanser dan menghembuskan nafas terakhir ketika Dayana dan adik-adiknya masih remaja.
“Sebagai anak sulung, Dayana memikul tanggungjawab untuk membantu ibu menguruskan rumah tangga dan adik-adiknya ketika ibu keluar mencari nafkah,” tulis beliau lagi.
Nampaknya semalam, Hadi dan Dayana telahpun selamat diijab kabulkan dan netizen memberikan ucapan tahniah kepada mereka berdua.