Ramai lelaki dan wanita yang bekerjaya hari ini jarang memikirkan jodoh mereka. Rata-ratanya sibuk membina karier dan masa depan ketika usia masih muda dan kuat untuk bekerja. Dengan soal wang hantaran tinggi, kurangnya lelaki yang berkualiti, tahap pendidikan yang sudah ada jurang selain malu untuk memulakan sebuah perbualan antara sebab mengapa ramai yang masih menyendiri.
Bukan itu saja, memegang prinsip tidak mahu merampas hak wanita lain, menjadi isteri kedua atau ketiga, senang menyendiri kerana tak perlu pening-pening menerima dan meminta pendapat orang lain antara sebab mengapa orang memilih secara bersendirian sehingga ke akhir hayatnya. Namun sebab paling utama ialah jodoh pertemuan itu di tangan Allah taala, antara sebab kenapa seseorang itu hidup bersendirian.
Mungkin sebelum teruskan niat untuk hidup sendiri, fahami kenapa kita perlu ada pasangan hidup!
Berkahwin itu sebahagian dari sunnah Rasulullah “Apabila seorang hamba telah berkahwin ia telah menyempurnakan setengah dari agamanya maka hendaklah ia bertakwa untuk yang setengah lagi” [HR Al-Baihaqi dalam Asy-Syu’ab, dinilai “Hasan” dalam Sahih Al-Jami’]. Kalau tak berkahwin bermakna belum menyempurnakan sebahagian sunnah Rasulullah.
Berkahwin juga mengekalkan keturunan – maksudnya apabila seseorang itu mendirikan rumahtangga maka keturunannya akan berkekalan dan tidak terputus begitu sahaja. Jika kita memilih single, dari mana keturunan itu akan datang?
Boleh memelihara dari godaan syaitan yang banyak mengajak manusia ke arah kejahatan seperti berzina, bersekedudukan tanpa nikah dan banyak lagi. Jika satu anak Nabi Adam berkahwin secara sah, maka menangislah syaitan yang berjanji akan merosakkan umat Islam sehingga ke akhir hayat. Mungkin bagi yang tak berkahwin senang untuk menjadi seorang yang bebas tetapi KEBEBASAN sampai bila? Tepuk dada tanya selera!
Mendapat ketenangan apabila suami isteri berkasih sayang. Tidak dinafikan alam rumah tangga memang banyak ujian dan godaannya tetapi ia mampu memberi pahala besar buat suami dan isteri jika sama-sama memahami maksud perkahwinan itu. Jika tak berkahwin, kita tak ada teman nak borak, nak gaduh dan sebagainya.
Dan paling akhir, apa yang ditakuti jika korang tak kahwin, bacalah pandangan dari makcik-makcik dan pakcik ini yang duduk di Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Kampung Pulau Meranti, Puchong, Selangor ini.
“Makcik dahulu boleh bawa lori- Makcik Hamidah berusia sekitar awal 70-an dan sudah dua tahun duduk di sini. Dahulu dia boleh bawa lori semasa mudanya. Kudratnya masih kuat ketika itu. Tetapi bila usianya sudah tua, tenaga tidak sekuat mana, tiada anak kerana tak berkahwin, ini antara sebab mengapa dia duduk di rumah orang tua-tua ini.
Ads
Kata makcik Hamidah, dia tak berkahwin ketika mudanya dan bila tua, di sinilah dia memilih menghabiskan usia tuanyaTengok betapa gembiranya hati Makcik Hamidah bila ada orang datang melawat dan menziarahinya di rumah jagaan orang tua-tua ini
Begitu juga dengan temuramah bersama beberapa dari mereka yang mana rata-ratanya mengaku dahulu tidak berkahwin. Ada masa mereka menumpang di rumah adik beradik tetapi makin lama masalah semakin banyak dan akhirnya ke rumah orang tua-tua jugalah tempat akhir mereka sebelum dijemput illahi.
Ingin sebahagian dari cerita mereka yang duduk di rumah jagaan orang tua-tua ini. Hanya menunggu masa dan menumpang kasih sayang yang masih bersisa dari orang luar yang mudah berasa simpati kepada warga tua.
Remaja berkesempatan mengikut team fb Imah & Joe yang mengadakan majlis silaturahim bagi beramah mesra dengan warga tua ini. Diakui kehidupan masa tua begitu berbeza ketika muda.
Ads
Team FB Imah & Joe mengerat silaturahim bersama warag tua di siniTengok, inilah team fb Imah & Joe yang cukup sporting
Jika dahulu kita berasa tidak kisah untuk berkahwin kerana sibuk dengan kerja tetapi memandang wajah tua ini membuatkan korang perlu berfikir, boleh ke hidup sendirian sehingga hari tua? Buktinya sudah ada, makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang akhirnya perlu menumpang kasih dengan orang lain kerana tiada anak, suami dan adik beradik yang ambil berat bila usia sudah tua.
Jom tanya Mama Juwita Anggun kerana dia memilih buat majlis di rumah orang tua-tua ini?
Ads
Menurut Mama Juwita Anggun atau nama sebenarnya Rahimah Rahmat, majlis ini sebagai tanda ingatan dan bermesra dengan warga tua demi menghiburkan hati mereka yang sudah lama kesepian.
Inilah Imah & Joe yang meraikan warga tua
Ramai rakan-rakan fb yang bermurah hati bersedekah demi menjayakan majlis ini. Kita belikan mereka dua buah kerusi roda, adakan sesi menghiburkan hati dengan memangggil Man Raja Lawak, Ayati Tasrip dan banyak lagi.
“Syukur kerana ahli-ahli datang dari jauh demi memberi keceriaan kepada golongan warga tua ini. Terima kasih atas sokongan semua rakan-rakan yang cukup sporting,”katanya yang hadir bersama sebahagian ahli fbnya.
Apa-apa pun jodoh di tangan Tuhan, yang penting berdoa, usaha dan tawakal agar ditemui jodoh yang baik. Ya tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza, salah salah seorang figura seni yang memiliki bakat nyanyian yang cukup sempurna yang dikurniakan Ilahi.
Bukan sekadar cemerlang dalam arena hiburan tanah air dan antarabangsa, malah pelantun lagu Jerat Percintaan ini juga tampil berjaya sebagai seorang usahawan.
Ya, semestinya sebagai seorang wanita yang bekerjaya, jadual hariannya tentu padat bagi menguruskan kerjaya hakiki dan keluarga tercinta. Namun, pada masa sama harus juga menitik beratkan penjagaan kesihatan dan wajah agar kekal sihat dan sejahtera.
Sempat Remaja menemu bual penyanyi kelahiran negeri Pahang ini mengenai antara ‘rahsia’ rutin penjagaan wajah dan tubuh badan. Maklumlah, figura ini sentiasa kelihatan awet muda persis anak dara.
Kongsi Siti Nurhaliza yang lebih disapa Tokti, dia memaklumkan dirinya tidaklah terlalu obses dalam penjagaan, namun sudah tentunya dia akan menggunakan set produk keluarannya agar kekal sihat luaran dan dalaman.
Selain daripada produknya, penyanyi lagu hit Wajah Kekasih itu juga tidak terlepas peluang untuk melakuan aktiviti senaman di kediamannya sahaja seperti Muay Thai dan gimnasium.
“Saya tidaklah terlalu obses dalam penjagaan tetapi sebagai pengasas produk, saya berusaha menghasilkan produk terbaik dan akan menggunakannya.
“Set penjagaan kulit muka dan juga kosmetik tentunya dari SimplySiti dan untuk minuman kesihatan luaran dalaman dari BeauSiti. Saya juga melakukan senaman, Muay Thai atau di gimnasium di rumah juga,” tuturnya kepada Remaja.
Bagi aktiviti outdoor pula, selain berbasikal, legenda negara ini turut akan ke sauna dan melakukan urut badan jika mempunyai kelapangan waktu.
“Selain berbasikal, saya juga akan masuk ke sauna jika ada waktu dan melakukan urutan badan juga,” kongsinya lagi.
Bagi yang mengikuti ibu kepada dua cahaya mata itu di media sosial, pasti gemar dan tidak akan terlepas melihat celoteh Tokti jika selebriti kesayangannya itu melakukan sesi siaran langsung.
Ada kalanya penyanyi berusia 44 tahun itu melakukan sesi siaran langsung memasak, bersolek di dalam kereta dan sebagainya. Sempat juga Remaja bertanya mengenai perkara tersebut.
“Saya jarang ada waktu terluang dan saya gunakan waktu di dalam kereta untuk siaran langsung (live). Memasak juga saya buat live sekali sekala.
“Ini adalah realiti kehidupan, saya mahu memberitahu peminat bahawa saya juga seperti mereka menjalani kehidupan seperti orang lain,” ujarnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sesat dalam hutan adalah situasi paling ditakuti oleh individu yang sering melakukan aktiviti-aktiviti seperti hiking, mahupun jungle trekking. Paling tragis bila situasi ini berakhir dengan kematian (harap-harap dijauhkan).
Ada beberapa faktor yang mendorong individu tersesat dalam hutan, antaranya adalah faktor kepenatan, jurupandu yang tidak bertanggungjawab meninggalkan ahli kumpulannya dan gangguan makhluk halus.
Kali ini kami nak kongsikan tip yang boleh korang buat sekiranya tersesat dalam hutan yang telah dikongsi oleh Media Hutan ini.
Kalau korang selalu masuk hutan, mesti korang pernah nampak batang pokok yang besar kan? Ia dipanggil sebagai banir. Banir ini mempunyai kegunaan yang sangat banyak terutamanya bagi individu yang sesat dan memerlukan pertolongan.
Mesti korang selalu jumpa dalam hutan kan?
Macam mana cara nak hantar isyarat kecemasan/minta bantuan guna banir ini? korang boleh ikut langkah-langkah seperti berikut:
1. Pegang parang/batang kayu sederhana besar di tangan
2. Ketuk bahagian atas banir menggunakan belakang parang/batang kayu sederhana besar dengan kuat
3. Ulangi ketukan sebanyak 2 kali untuk memberikan isyarat kepada pasukan penyelamat ataupun pendaki lain
4. Pastikan korang menjarakkan 2-3 saat diantara setiap ketukan untuk memberikan masa dan isyarat yang betul kepada orang lain yang mendengar
Selama ni nampak di hutan ingatkan hanya sebatang pokok yang besar, tetapi rupanya ternyata banir ini ada kegunaannya. Kalau korang nak tahu, bunyi yang terhasil daripada ketukan banir ini boleh didengari sejauh beberapa kilometer bergantung pada lokasi korang ketika itu.
Hebat kan? Walaupun mungkin kita jarang sekali masuk ke hutan, namun kami percaya informasi ini sangat berguna untuk pengetahuan bersama.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peminat jenama kecantikan dan penjagaan diri, Lush kini tak lagi perlu ‘berkerumun’ di stor tunggal di Pavilion Kuala Lumpur setelah jenama itu membuka stor keduanya, akhir tahun lalu.
Bertempat di Ground Floor Sunway Pyramid, Petaling Jaya, stor kedua Lush ini masih mengekalkan rangkaian produk yang pelbagai untuk keperluan korang.
Menariknya mengenai stor baru ini, mereka mempertingkatkan lagi konsep mesra alam sebaik mungkin dalam rekaannya. Lampu LED dipasang bagi mengelak pembaziran elektrik.
Bahan yang digunakan juga tidak mengakibatkan bahan buangan yang banyak.
Tapi yang paling menarik adalah senarai produk Lush yang diperbuat secara mesra alam. Mereka turut ‘mengajar’ pembeli akan kepentingan alam semulajadi.
Jom lihat 6 kategori kaunter pilihan REMAJA di stor Lush baharu ini
01
FRAGRANCE
Memilih wangian adalah seperti memilih pasangan (eh!). Setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza.
Bagi REMAJA yang sukakan bauan segar dan tidak terlalu kuat, kami menggemari wangian SUN yang diperbuat daripada orange oil, sandalwood dan mimosa absolute.
02
FACE MASK
Di Lush, ada pelbagai jenis mask seperti fresh mask, jelly mask dan body mask. Again, ia bergantung kepada keperluan maisng-masing.
Jika korang tak tahu untuk memilih di antara jelly mask dan fresh mask, apa kata korang cuba kedua-duanya.
Bagi jelly mask, REMAJA menyukai FOMO Jelly Face Mask yang menyegarkan kulit. Untuk fresh mask pula, cubalah Rosy Cheeks Fresh Face Mask yang mengurangkan masalah kemerahan pada kulit. Love!
03
BODY SPRAY
Bila Lush menjadikan wangian kegemaran korang kepada vegan body spray, OMG kami amat berterima kasih. Ia sesuai untuk disemburkan pada badang, tilam, baju, bantal dan… you get it.
REMAJA gemarkan bauan Honey I Washed The Kids dan BIG.
04
SHAMPOO BAR
Bandingkan Shampoo Bar dan syampu yang biada korang gunakan, kandungannya lebih sihat untuk mendapatkan kilauan semulajadi dan volume.
Shampoo Bar pilihan REMAJA ialah Honey I Washed My Hair yang berkesan untuk apa-apa jenis rambut!
05
BODY CLEANSER
Akhir sekali, kami menggemari bahawa produk cleanser daripada Lush boleh digunakan untuk badan dan wajah. 2 – dalam – 1, what is not to love!
Walaupun Cup O Coffee menjadi kegemaran ramai kerana ia mampu menyegarkan seseorang pada waktu pagi, REMAJA sukakan Herbalism kerana ia baik untuk mengatasi masalah kulit berminyak dan bermasalah.
*
Bagi first timer yang tidak pernah ke LUSH, korang juga boleh melihat 10 lagi pilihan produk oleh REMAJA ini.
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...