Hampir dua tahun isu kes cabul membabitkan pelakon versatil, Puteri Balqis, ibunya meluahkan perasaan terkilan apabila anaknya tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Kata ibunya, Norashikin Mohd. Aziz, dia bersuara selepas merasakan berlaku ketidakadilan, bahkan semakin ramai melemparkan kutukan termasuk agamawan yang menganggap pendedahan dibuat sebagai membuka aib.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kahwin Dengan Pasangan Bawah Umur Umpama Memetik Bunga Yang Belum Mekar” -Puteri Balqis

Ibu Puteri Balqis Terkilan Kes Amang Seksual Anaknya Tiada Pembelaan Yang Wajar

“Untuk apa yang terjadi, sangat tidak adil untuk kami, kes bercerai tiada pula orang kata aib, tetapi apabila kes melibatkan cabul anak saya, semua orang masuk campur ibaratnya kami buka pekung sendiri.

“Kami menderita lebih 10 tahun kerana tiada siapa-siapa, rasa sangat tidak adil dan terbela. Kes kami yang sememangnya jenayah itu tiada pula dicanangkan satu Malaysia bahkan dikatakan fitnah.

IKLAN

“Jangan kata apa yang yang berlaku kepada saya dan anak sebagai aib, ini jenayah,” katanya menerusi Instagram Aqish.

Ibu Puteri Balqis Terkilan Kes Amang Seksual Anaknya Tiada Pembelaan Yang Wajar

Selain itu, ibunya turut memaklumkan hanya mereka berada dalam hidupnya sahaja akan memahami segala situasi dialami mereka.

Bahkan, tiada apa yang dimahukan mereka selain keadilan serta layanan sama rata diberikan membabitkan kes yang menimpa dia dan anaknya.

IKLAN

“Orang tuduh anak saya macam-macam sampai kata dia fitnah ahli keluarga sendiri.

“Dunia dan jiwa aku sudah mati, ini bukan untuk saya tetapi untuk anak, dia adalah adalah segala-segalanya bagi aku.

“Saya ibu yang gagal pertahankan anak, saya mengaku itu. Dengan apa yang jadi, saya letakkan kesalahan atas diri saya. Cakaplah apa pun, saya hanya mahukan keadilan,” ujarnya lagi.

IKLAN

Terdahulu, sekitar akhir tahun 2022 pendedahan Aqish yang mendakwa menjadi mangsa amang seksual ketika kecil mengejutkan banyak pihak.

Pengakuan menerusi temu bual bersama Bros Gang TV di saluran YouTube itu bukan sahaja mengejutkan tetapi mengundang pelbagai reaksi dan pandangan masyarakat.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Instagram Puteri Balqis

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI