Pelakon, Helen McCrory yang memainkan watak Narcissa Malfoy dalam siri filem Harry Potter telah meninggal dunia akibat penyakit kanser.
Hanya pada usia 52 tahun, kematian Helen itu telah mengejutkan ramai pihak termasuklah pelakon yang memainkan karakter anaknya, Draco Malfoy dalam filem Harry Potter, Tom Felton.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Tom meluahkan rasa sedih dan juga kecewa kerana ada beberapa perkara yang tidak sempat untuk disampaikan olehnya kepada Helen secara personal.
Ads
Pada bahagian kapsyen untuk foto daripada salah satu babak akhir filem Harry Potter and the Deathly Hallows, Tom menulis, “Saya amat sedih kerana terpaksa menyatakan selamat tinggal secara tiba-tiba.
“Saya tidak pernah mengambil peluang untuk memberitahu Helen bagaimana dia telah membantu saya menjadi insan seperti sekarang, di dalam set dan di luar set.
“Helen selalu menjadi dirinya sendiri, selalu pantas menangkap, bijak berkata-kata, mesra dan selalu mempunyai masa untuk melayan semua orang.
Ads
“Terima kasih kerana membantu saya ke hadapan dan ‘memimpin’ tangan saya apabila saya memerlukannya.”
Di ruangan komen, peminat Tom memberikannya sokongan dan mengucapkan takziah kepada pihak Helen McCrory.
Untuk pengetahuan, Helen meninggalkan seorang suami bernama Damien, anak-anaknya dan seluruh ahli keluarganya. Selain watak Narcissa, Helen juga dikenali menerusi watak ikonik lain dalam filem seperti Peaky Blinders dan Penny Dreadful.
Dalam banyak-banyak pengumuman yang disampaikan sepanjang Belanjawan 2021 hari ini, pemansuhan status ‘duty free’ daripada rokok yang dijual di kepulauan bebas cukai dekat Malaysia menarik perhatian REMAJA.
Jelas Menteri Kewangan iaitu Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, kerajaan akan mula mengenakan cukai ke atas semua jenis rokok dan produk tembakau di semua Pulau Bebas Cukai.
Ini termasuklah di Wilayah Persekutuan Labuan, Pulau Tioman di Pahang, Pulau Pangkor di Perak dan tentunya, destinasi pulau bebas cukai popular, Pulau Langkawi di Kedah.
Keputusan ini pada hemat REMAJA diambil berikutan penurunan kemasukan pelancong di pulau-pulau di Malaysia sehingga menyebabkan kerugian dalam sektor pelancongan. Lalu, tindakan memansuhkan rokok ‘duty free’ ini adalah salah satu cara bagi menambah pemulangan semula kepada kerajaan.
Bukan itu sahaja yang diumumkan oleh Tengku Zafrul.
Kerajaan juga bakal mengenakan duti eksais pada kadar 10 peratus ke atas semua peranti rokok elektronik dan bukan elektronik bermula 1 Januari 2021.
Ini termasuklah vape dan electronic heated tabacco product serta hookah bagi penggemar shisha dan rokok paip.
Cecair rokok elektronik juga akan dikenakan duti eksais pada kadar RM0.40 per mililiter.
Semalam Shivangi Pathak berusia 16 tahun diiktiraf sebagai remaja perempuan termuda berjaya mendaki Gunung Everest, puncak tertinggi dunia.
Anak kelahiran Hisar di Haryana yang terletak di Utara India ini membuktikan dirinya apabila berjaya menjejak kaki menawan puncak Everest pada ketinggian 8839 meter yang mana ramai tahu ada pendaki maut ketika menuju je puncak kerana angin kencang selain risiko terkena kereputan kerana semakin tinggi pendakian, oksigen semakin kurang.
Turut mencatat kejayaan bersamanya ini adalah beberapa pendaki dari negara seperti Poland dan India serta sherpa masing-masing turut berjaya sampai ke puncak pada hari sama dan ianya diakui Thaneswar Guragai dari Seven Summit Treks.
Gunung Everest setinggi 8848 meter adalah puncak tertinggi di duniaMampu menawannya adalah kejayaan terbesar bagi seorang pendakiShivangi Pathak berusia 16 tahun diiktiraf sebagai remaja perempuan termuda
Di sebalik kejayaan Shivangi sebenarnya ada lagi remaja yang telah berjaya menawan puncak tertinggi dunia. Paling muda berusia 13 tahun tetapi sayang kerana usianya terlalu kecil dia tidak diiktiraf kepada negara Nepal hanya mensyaratkan mereka berusia 16 tahun ke atas layak mendaki gunung tertinggi dunia itu. Bagaimana pun Tibet tidak kisah dengan usia.
Malavath Poorna – 13 tahun dari India
Anak seorang petani miskin, Malavath Poorna merupakan remaja termuda berjaya mendaki ke puncak Gunung Everest setinggi 8848 meter pada 25 Mei 2014. Malangnya, baik pemerintah dari China dan Nepal tidak memberikan pengiktirafan di atas kejayaannya kerana kerajaan Nepal mensyaratkan pendaki mestilah berusia 16 tahun ke atas.
Malavath berjaya mencapai puncak pendakian melalui pendakian dari Tibet yang agak berbahaya namun 10 sherpa ada bersamanya semasa pendakian tersebut dan dia berjaya memacakkan bendera India di puncak. Remaja itu berkata, dia mula berlatih 7 bulan sebelum memulakan ekspedisi tersebut. Ekspedisi yang memakan masa 52 hari itu dibiayai oleh sebuah organisasi,” katanya yang memiliki tubuh agak kecil.
“Pada hari pendakian ke puncak, saya menyaksikan enam jenazah sehingga timbul rasa gentar,” katanya yang menguatkan semangatnya meneruskan pendakian kerana tahu dia dari kasta rendah
Bagaimana pun kejayaannya sampai ke puncak diiktiraf oleh Himalayan Database sebuah badan berkredibiliti dalam soal sampai ke puncak.
“Malavath adalah remaja termuda berjaya menakluk Everest,” kata Jeevan Shrestha, yang membantu pakar pendakian Elizabeth Hawley menyusun data pendakian di Himalaya itu.
Temba Tsheri – 15 tahun warga Nepal
Seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Nepal, Temba Tsheri, 15 tahun menjadi orang paling muda sampai ke puncak dalam cubaan keduanya. Sebelum ini seorang remaja Nepal, Shambhu Tamang yang berusia 16 tahun berjaya melakukannya pada tahun 1973.
Ini adalah percubaan kedua Tsheri di mana pada Mei tahun lalu dia hanya 22 meter dari puncak Everest tetapi terpaksa berpatah balik ekoran kabus tebal. Bagaimanapun dia kehilangan tiga jarinya.
Alyssa Azar – 19 tahun warga Australia
Seorang remaja perempuan, Alyssa Azar menjadi kebanggaan Australia apabila berjaya menakluk Gunung Everest pada usianya 19 tahun sekaligus mencatat sejarah sebagai warga Australia melakukannya pada usia muda.
Berasal dari Queensland, dirinya mula naik ke puncak pada jam 4.00 pagi pada ketinggian 800 meter dari puncak sebelum sampai beberapa jam kemudian. Ini percubaan ketiganya. Dalam dua percubaan sebelum ini iaitu pada tahun 2014, berlaku runtuhan salji di base camp Khumbu yang mengorbankan 16 sherpa.
Pada April 2015, sekali lagi dirinya berusaha untuk melakukan pendakian dan ketika berada di base camp, kota Nepal dilanda gempa bumi yang mengorbankan 3218 orang. Kejayaan remaja ini amat dibanggakan kerana dia berusaha tiga kali dan semangat yang tak pernah putus. Dirinya juga seorang yang sangat tekad. Mula mendaki pada 2005 melintasi Jalur Kokoda di Papua New Guini dan telah mendaki 10 puncak gunung tertinggi di Australia. Sebelum ini Rex Pemberton menjadi warga Australia termuda berjaya mendaki pada usianya 21 tahun.
Jordon Romero- 13 tahun dari Amerika Syarikat
Seorang remaja dari Amerika Syarikat dikatakan berjaya menjadi orang termuda menakluk Gunung Everest pada usianya 13 tahun. Jordon Romero telah menelefon keluarganya dari puncak gunung tertinggi dunia itu pada tahun 2010.
“Mama, saya menelepon dari puncak dunia,” kata Leigh Anne Drake mengutip perkataan anaknya. Jordan Romero mendaki gunung bersama ayahnya dan tiga pemandu Sherpa.
Rekod pendaki termuda Everest sebelumnya dipegang oleh seorang remaja laki-laki Nepal berusia 16 tahun. Romero sekarang sudah pernah menaklukkan gunung-gunung tertinggi di lima benua dunia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Amelia Henderson meniti dibibir ramai warganet kebelakangan ini dek kes saman yang melibatkan dirinya dan Dato’ A. Aida. Kelmarin, keputusan mahkamah telahpun membuat keputusan bahawa Amelia perlu membayar ganti rugi lebih RM200 ribu kepada Dato’ A. Aida atas pelanggaran kontrak lakonan.
Namun begitu dalam temu bual bersama media, Amelia menyatakan bahawa dia akan membawa kes tersebut ke peringkat rayuan. Namun begitu di sebalik tularnya kes ini, Amelia merupakan salah seorang anak seni yang semakin ‘naik daun’ namanya.
Sejak kecil kecantikan Amelia terserlah.
Bukan sahaja hebat sebagai seorang pelakon dan model, dia merupakan seorang pengacara masa kini yang cukup bagus dalam kerjayanya. Ini dibuktikan menerusi saluran Studio Sembang kendaliannya yang berjaya memukau penonton dengan caranya mengemudi setiap temu bual.
Jom kita lihat beberapa fakta menarik mengenai dirinya..
Dilahirkan pada 20 Oktober 1995, nama sebenar Amelia ialah Amelia Thripura Henderson.
Berasal dari Klang Selangor. Ibu Amelia merupakan kacukan Sri Lanka-Malaysia manakala bapanya pula berdarah Scotland.
Aktif sebagai model sejak kecil, Amelia kerap menghiasi naskah iklan dan pernah menjadi wajah hadapan majalah Bintang Kecil yang sangat popular satu ketika dahulu.
Pernah ‘meninjamkan’ suaranya sebagai Barbie dalam tiga siri animasi Barbie.
Amelia bersama ibu ketika bayi.
Amelia pernah bergelar sebagai kerabat Diraja Kedah apabila mengahwini Tunku Dato’ Harrunnarasheed Putra Tunku Annuar ketika berusia 20 tahun. Namun perkahwinan itu hanya bertahan selama tiga tahun sahaja.
Bukan calang-calang orangnya, Amelia memiliki IQ 180 dan bergelar ahli Mensa International. Pertubuhan itu dikhususkan untuk mereka yang memiliki IQ yang tinggi.
Memiliki tubuh yang tinggi lampai, Amelia pernah dinobat sebagai Malaysia Model of The Year pada Asia Model Festival 2019 yang diadakan di Seoul, Korea.
Berbakat sebagai pelakon dan model, Amelia kini mengorak langkah sebagai seorang pengacara. Kalau nak tahu Amelia pernah menjadi pengacara program Hero Remaja pada tahun 2020 yang mana Nadhir Nasar menjadi juara edisi tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!