Meskipun penganjuran konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur pada Rabu, 22 November 2023 diulit sedikit kontroversi apabila timbul desakan agar ia dibatalkan kerana dianggap sebagai sebuah program melalaikan; rapper tempatan Bunga tidak menjadikan isu itu sebagai satu penghalang untuknya meneruskan latihan bersungguh-sungguh.
Rapper, Bunga.
Bunga atau nama sebenarnya, Noor Ayu Fatini dijadualkan membuat persembahan pembukaan pada konsert tersebut dan tentunya, peluang yang hadir sekali seumur hidup itu tidak akan dilepaskan olehnya.
Ketika ditemui REMAJA di acara sambutan ulangtahun keempat jenama Wonderlab di Kuala Lumpur, baru-baru ini, Bunga menyifatkan dirinya sudah sepenuhnya bersedia.
“Nervous itu mesti kena ada. Cuma, saya lebih merasa teruja.
“Kita sudah melakukan persiapan mantap. Kita sudah jamming, lakukan rehearsal malah saya juga berguru dengan pelatih vokal. Dengan band juga sudah berlatih bersama. I cannot say I am 100 percent well prepared, yet but I am ready!” katanya.
Difahamkan, seramai 85,000 penonton dijangka akan memenuhi stadium bagi menyaksikan persembahan band yang berasal dari United Kingdom itu, esok. Sebagai penyanyi yang dipilih untuk melakukan persembahan pembukaan, Bunga menjanjikan sesuatu yang lebih segar dan berbeza berbanding persembahannya sebelum ini.
“Ini bakal menjadi persembahan pertama saya dengan gubahan baharu untuk lagu-lagu saya yang sedia ada. Kemungkinan juga, saya akan persembahkan sebuah lagu baharu yang belum diluncurkan lagi! Lagu tersebut hanya akan diluncurkan pada tahun hadapan tetapi saya akan berikan previu awal di konsert Coldplay.”
“Kepada mereka yang bakal hadir di konsert Coldplay nanti, kita jumpa di sana. Jangan lupa sokong Bunga dan saya harap kita dapat berhibur bersama-sama..”
– BUNGA –
Bunga semasa meraikan ulangtahun keempat jenama Wonderlab di Malaysia.
Bunga Is On Another Level
Tanpa disangka, Bunga perlahan-lahan meletakkan dirinya di aras yang lebih tinggi. Hanya pada usia 23 tahun, Bunga sudahpun terpilih untuk berkongsi pentas dengan beberapa penyanyi antarabangsa seperti Pink Sweat$ di acara Good Vibes Festival 2022 dan kali ini di konsert Coldplay.
Malah jika korang imbas kembali, Bunga juga telah menghiasi papan iklan digital gergasi New York Times Square pada Januari 2023 sempena kempen Equal oleh Spotify.
Lantas, tidak keterlaluan sekiranya ada yang beranggapan Bunga kini is on another level!
“Alhamdulillah, saya tidak pernah menyangka pun karier saya akan berada di tahap ini, secepat ini. Apabila orang menganggap saya berada di satu aras yang lain sekarang, terima kasih saya ucapkan.
Ads
“Tapi bagi saya, saya sangat baharu dalam industri ini dan ada banyak lagi perkara yang saya perlu belajar dan banyak lagi yang perlu saya perbaiki dengan cara berguru,” ujarnya.
Sebagai info, Bunga mula mencipta nama menerusi persembahannya di pentas ’16 BARIS’. Dijulang sebagai gadis rapper baharu yang akan menggegarkan industri hip hop tempatan, Bunga mencuri tumpuan bukan saja kerana skil penyampaian lagu bergenre rap dan suaranya yang unik, tetapi juga kerana stailnya yang gemar berbaju kurung sambil berkasut sneakers.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi peminat filem haiwan buas, sudah tentu korang akan teruja menonton Crawl, filem edaran United International Pictures (UIP) yang dibintangi oleh Kaya Scodelario, Barry Pepper, Ross Anderson, Anson Boon ini.
Crawl mengisahkan tentang seorang perenang wanita (Haley) yang cuba untuk mencari ayahnya (Dave) ketika rebut taufan sedang melanda di daerah mereka. Walaupun sudah ditegah oleh pihak polis untuk meneruskan perjalanan ketika taufan, namun Haley tetap meneruskan niatnya untuk mencari Dave. Dalam misi menyelamat tersebut, mereka terperangkap dalam sebuah rumah banjir dan perlu melarikan diri daripada sekumpulan buaya ganas.
Korang bayangkanlah macam mana keadaannya bila kena berhadapan dengan bukan seekor, tapi sekumpulan buaya ganas.
Tak senang duduk kami menonton filem ini. Hiks!
Aksi penuh debar
Jalan cerita disusun kemas dengan permulaan pengenalan watak utama filem ini, Haley yang bercita-cita untuk meraih kemenangan dalam acara renang. Dibimbing oleh ayahnya yang juga sewaktu itu pernah menjadi jurulatih kepada Haley, Dave merupakan antara penyokong kuat dan sentiasa percaya akan kebolehan anaknya itu.
Jadi sewaktu diserang oleh buaya ganas, kepantasan dan kecekapan Haley nyata memberi kelebihan buat mereka untuk menyelamatkan diri.
Setiap babak dalam filem membuatkan penonton berdebar dan tertunggu-tunggu apakah yang bakal terjadi kepada mereka. Banyak juga adengan yang membuatkan kami tutup mata dan telinga. Iye la, sebab tak nak terkejut. Hehe!
Jadi korang bayangkanlah macam mana cemasnya bila melihat sekumpulan buaya besar menyerang manusia.
Adakah Haley dan Dave berjaya diselamatkan? Jom saksikan kesudahannya di pawagam yang berhampiran bermula 11 Julai 2019.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang lagi anak Malaysia yang membanggakan diri dan negaranya.
Shobitha Kalaiselvan yang berasal dari Lembah Klang ini seharusnya berbangga dengan pencapaiannya apabila dia terpilih untuk memegang watak Lelia di dalam siri televisyen popular US, Gotham.
Shiva yang menetap di New York dalam posting di Instagram telah meluahkan rasa syukurnya terhadap peluang yang diterima olehnya ini.
“Saya tidak tahu nak cakap apa, saya hanya boleh senyum saja. Terima kasih kerana selalu berada bersama saya dan menyokong karier saya. I am a lucky gal!“, kata Shiva
Katanya lagi, dia selalu membayangkan impian untuk melakonkan watak superhero atau super villain.
Watak yang dibawakan oleh Shiva ini juga bukan sekadar watak tempelan. Bagi peminat siri Batman, pastinya korang tahu tentang latar belakang Lelia.
Beliau merupakan ketua kepada kontinjen perempuan di dalam League of Shadows, skuad yang setia kepada pasukannya. Dalam di dalam siri Gotham yang boleh ditonton di saluran Fox ini, Lelia melakukan kemunculan pada episod A Dark Knight: One of My Three Soups.
Shiva merupakan graduan dalam jurusan kewangan dari Indiana University pada tahun 2006 dan pernah bekerja sebagai pegawai pelaburan di Milwaukee, US dan London.
Dia kemudiannya mengambil jurusan postgraduate dalam bidang lakonan di Columbia University, New York dan pernah menerbitkan dua nukilan teater bersama syarikatnya, Next in Line Productions.
Di Malaysia pula, Shiva pernah berlakon di pentas teater After Juliet dan Malaysian Girls di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPaC)
Congrats girl! Tak sabar untuk menantikan kemunculan Lelia dalam episod seterusnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Adakah ia akan mengembalikan fenomena plot drama asalnya ataupun program realiti spin-off ini hanyalah sekadar ‘filler’ sebelum musim kedua hadir?
Well, kita sama-sama kenalah nantikan 22 November ini bagi kemunculan program realiti terbesar dari Korea Selatan, Squid Game: The Challenge.
Netflix hari ini memperolehi kata putus untuk menyiarkan program realiti tersebut yangg diinspirasi daripada drama Squid Game.
Biarpun ia tidak menyentuh soal hidup mati seperti mana yang ditunjukkan dalam drama itu, seramai 456 peserta dari seluruh dunia masih berhempas pulas untuk mara ke pusingan-pusingan seterusnya memandangkan produksi ini menawarkan hadiah terkumpul bernilai USD4.56 JUTA!
Ya, memang mantap hadiah yang menanti juara bertuahnya. Ia juga disahkan sebagai hadiah paling lumayan pernah ditawarkan dalam mana-mana program realiti di mana-mana negara.
Bagi yang terkandas di setiap pusingan pula, mereka tidaklah akan ditembak mati seperti mana dalam drama Squid Game. Sebaliknya, mereka hanya akan dihantar pulang dengan tangan kosong.
Disebabkan itulah, masing-masing dapat dilihat cuba mengatasi ketakutan dalam diri dan sanggup berbuat apa shaaa menerusi iklan acah (teaser) yang dipaparkan hari ini. Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa permainan baharu yang diperkenalkan oleh produksi.
Adakah ini sebahagian daripada hint kepada drama Squid Game musim kedua? Hehe..nantikan!
Squid Game: The Challenge bakal disiarkan pada 22 November 2023 dan REMAJA percaya, akan ada lebih banyak iklan acah yang menunggu penonton sebelum ia keudara kelak.
P.S: Agak-agak, ada tak peserta dari Malaysia yang terpilih untuk menyertai program realiti ini?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.