Industri seni hiburan tanah air hari ini berduka setelah mendapat tahu pemergiaan pelantun lagu Terlalu Istimewa, Adibah Noor binti Mohamed Omar pada jam 7.45 petang tadi.
Berita tersebut disampaikan rakan seperjuangan, Datin Emylia Rosnaida yang juga merupakan isteri kepada Datuk AC Mizal menerusi satu hantaran di Facebook.
“Allahuakbar, terkejut dapat berita ni ..sahabat kita yang versatile Adibah Noor baru sahaja meninggal dunia. Salam Takziah dari kami sekeluarga.
“Ya, betul arwah baru sahaja meninggal dunia di hospital sebentar tadi,” ujarnya.
Ads
Adibah, 52 mengembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles. Menurut sumber, arwah telah lama menghidap kanser ovari dan ia telah mencapai tahap empat. Namun, beliau memilih untuk merahsiakannya daripada pengetahuan umum.
Adibah sememangnya dikenali ramai sebagai seorang selebriti tempatan yang, bak kata Datin Emylia, cukup versatil. Hampir kesemua bidang seni pernah diterokainya; dari dunia lakonan, nyanyian, pengacaraan, di konti radio dan sebagainya.
Di antara filem-filem lakonannya yang berbekas di hati termasuklah Sepet, Gubra, Mukhsin, Talentime, Magika, Hoore! Hoore!, Fundamentally Happy dan banyak lagi.
Ads
Kemampuan serta bakat beliau memang tidak boleh dipertikaikan. Sehingga ke akhir hayat, Adibah tetap aktif bergerak dalam industri dek minat mendalam; seperti menerusi penyertaannya dalam program Gegar Vaganza 2021.
Adibah juga pernah bergelar seorang guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah di Petaling Jaya sebelum ‘terjun’ ke industri hiburan sebagai seorang anak seni sejati.
Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Adibah Noor dan doakan agar rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang yang beriman.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Mira Filzah tidak asing lagi dalam dunia seni tanah air. Sikap lemah lembut, berwajah ayu dan berdedikasi membuatkan pelakon ini dikenali sehingga hari ini.
Bukan sahaja bergiat aktif dalam bidang lakonan, figura ibu kepada seorang putera ini turut menghiasi pelbagai jenama antarabangsa yang berada di pasaran.
Terkini, Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman mengubat rindu peminatnya dengan tampil membuat come back semula menerusi naskhah terbaharu berjudul Imam Instant Ustazah Scammer.
Selain Mira, drama sohor kini itu juga menampilkan bakat-bakat baharu seperti Mierul Aiman, Hun Haqeem dan Qasrina Karim yang menceriakan lagi layar skrin pencinta drama tempatan.
Baru-baru ini, menerusi ruangan AskMe di Instagram pelakon tersebut, ada seorang peminatya bertanya mengenai cara Mira bekerja di set pengambaran memandangkan ketiga-tiga bintang baharu berkenaan lebih muda berbanding dirinya.
“Macam mana awak bekerja dengan Hun Haqeem, Mierul Aiman dan Qasrina di mana mereka adik-adik sedikit dari awak” tanya seorang pengikutnya.
Jawab pelakon popular drama Pujaan Hati Kanda itu, dia tampil memuji para pelakon muda itu dengan menyifatkan masing-masing adalah seorang anak seni yang sangat matang dan bagus ketika sama-sama menjayakan naskhah tersebut.
Selain itu, Mira Filzah turut memberi contoh hero dan heroin dalam siri Netflix Alchemy Of Soul di mana kedua pelakon berkenaan dapat menjalinkan chemistry sebagai pasangan walau mereka jauh beza dari segi umur.
“Adik adik? Haha. Beza beberapa tahun sahaja pun. Tidak rasa beza sangat pun. Mereka sangat matang, bagus serta tidak terasa langsung ‘adik’ itu,” katanya.
“Lee Jae Wook umur 24 tahun berlakon dengan Jung So Min berumur 33 tahun, power sahaja! Siap tidak boleh move on lagi dengan chemistry mereka,” coretnya lagi.
Sekadar informasi, Imam Instant Ustazah Scammer sudah mula ditayangkan bermula 5 Mac lalu, setiap hari Ahad jam 9 malam menerusi Astro Ria.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Nampaknya trend filem yang berkisar tentang superhero/anti-hero yang asalnya daripada komik tidak akan terhenti dalam waktu yang terdekat, well at least untuk dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Apabila berbicara tentang genre ini kita pasti tidak dapat mengelak daripada membicarakan tentang MARVEL, sebuah nama gergasi yang dahulunya antara pelopor industri komik di Amerika Syarikat dan kini mencipta nama sebagai pengeluar filem blockbuster saban tahun.
Sony Picture Entertainment yang sebelum ini menjadi pemegang lesen bagi universe komik ‘Spider-Man’, kini mengetegahkan filem solo watak anti-hero (dan kadangkala menjadi villain utama) pada tahun ini iaitu Venom. Bakal ditayangkan di seluruh dunia dan di Malaysdia pada 4 Oktober 2018, ‘VENOM’ menjadi antara filem adaptasi komik paling dinantikan tahun ini.
Tapi sejauh manakah korang mengenali ‘VENOM’? Jom ikuti 10 fakta menarik tentang watak fiksyen yang menggamit rasa gerun ramai peminat komik dengan penampilanya.
1. Pencipta watak
Karakter Venom pertama kali muncul di dalam komik ‘The Amazing Spider-Man #299’ yang dikeluarkan pada bulan April 1988.
2. Suara Pertama
Menerusi siri animasi ‘Spider-Man: The Animated Series’, watak Venom diberikan ‘suara’ buat pertama kali oleh Hank Azaria, pelakon suara yang terkenal menerusi ‘The Simpsons’.
3. Filem Sebelum Ini
Mungkin korang perasan bahawa watak Venom/Eddie Brock pernah muncul di dalam filem ‘Spider-Man 3’. Ia dilakonkan oleh Topher Grace yang muncul untuk membongkar identiti Peter Parker tetapi menjadi Venom selepas dijangkiti symbiote.
4. Kemunculan Yang Tak Jadi
Re-boot kedua karakter dan universe Spider-Man yang dilakonkan oleh Andrew Garfield menyaksikan filem arahan Marc Webb pernah dirancang untuk turut memperkenalkan watak Venom di dalam filemnya. Namun ia terhenti di tengah jalan selepas watak Venom dirancang untuk filem solo.
5. Ahli Guardian of Galaxy
Yes, you heard it right. Lagipun watak Venom masih di dalam universe komik Marvel. Menerusi dsalah sebuah komik Marvel, Venom yang dibelakang sut symbiote adalah Flash Thompson, bekas pembuli Peter Parker telah menjadi salah seorang ahli Guardian of Galaxy.
6. Harga Idea Asal
Percaya atau tidak idea kasar watak Venom datang daripada seorang peminat Spider-Man bernama Randy Schueller. Marvel telah membeli hak tersebut dengan hanya USD220 sahaja. Idea Spider-Man dengan sut hitam dikuasakan oleh molekul tidak stabil telah dihantar kepada Marvel. Dan ketua editor Marvel pada masa itu iaitu Jim Shooter menghantar surat dan menawarkan untuk membeli idea tersebut.
7. Versi Baru
Filem solo Venom telah dirancang oleh Sony sejak tahun 2007 lagi. Selepas berlaku banyak perubahan skrip dan juga jalan cerita mereka akhirnya mula menjalani proses penggambaran pada tahun 2017. Dan ia merupakan filem pertama dikeluarkan oleh Sony selepas perkongsian ‘universe‘ bersama Marvel Studio menerusi ‘Spider-Man: Homecoming’. Namun ‘Venom’ adalah filem stand alone di dalam universe-nya sendiri.
8. Pemegang Watak Baru
Di dalam filem terbaru ‘Venom’, watak Eddir Brock dipegang oleh Tom Hardy yang sebelum ini popular dengan filem-filem seperti ‘Mad Max: Fury Road’, ‘The Revenant’, ‘Dunkirk’ dan The Dark Knight Rises’. Watak Eddie Brock ialah sebagai seorang jurnalis penyiasat yang mendapat kuasa luar biasa selepas dijangkiti symbiote.
9. Perancangan Masa Depan
Pada awalnya Sony merancang untuk memasukkan karakter Venom ke dalam Marvel Cinematic Universe menerusi crossover mereka di dalam filem Spider-Man. Namun dalam perkembangan terbaru, mereka mengumumkan bahawa filem Venom adalah stand alone dan terpisah daripada universe tersebut. Tom Hardy juga dilaporkan telah menandatangani kontrak untuk muncul dalam dua lagi filem Venom pada masa akan datang.
10. Symbiote
Kita tak akan dapat membicarakan tentang Venom tanpa menyentuh tentang symbiote. Jadi apakah sebenarnya symbiote? Symbiote (yang kemudiannya dikenali sebagai Klyntar) merupakan sejenis makhluk asing yang muncul dalam bentuk seperti cecair pekat. Ia menghuni badan hosnya dan mencipta satu persona entiti baru. Ia juga dapat mengubah bentuk badan, wajah serta penampilan hosnya.
—————————————————–
CONTEST REMAJA x VENOM
Jawab soalan dan lengkapkan slogan di bawah untuk memenangi hadiah eksklusif ‘VENOM’ dari Sony Pictures Entertainment! Hantarkan jawapan ke mohd_farizul@ideaktiv.com. Pemenang akan diumumkan dan diberitahu menerusi emel.
2 X HADIAH UTAMA
T-shirt edisi terhad VENOM
3 X HADIAH KEDUA
Topi edisi terhad VENOM
SOALAN
1. Siapakah yang memegang watak sebagai Anne Weying di dalam filem terbaru ‘VENOM’ pada kali ini?
___________________
2. Bilakah ‘VENOM’ akan mula ditayangkan di Malaysia”
__________________
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa je yang tak inginkan rupa paras yang cantik dipandang?
Namun di sebalik luaran yang flawless itu, hakikatnya keutamaan sebenar terletak pada kepintaran dan adab seseorang. Betul tak?
REMAJA tertarik dengan kemasukan intake terbaru di Universiti Malaya (UM) pada 1 September lalu. Daripada sejumlah 4,200 orang pelajar baru yang mendaftar masuk ke kampus UM bagi kemasukan sesi 2019/2020, salah seorang daripadanya pernah bergelar Miss World Malaysia 2018.
Larissa Ping Liew merupakan anak kelahiran Kuching Sarawak dan sebelum ini pernah diberikan mandat untuk mewakili negara ke pertandingan akhir Miss World 2018 di China, pada tahun lalu.
Kini pada usia 20 tahun, Larissa sudah bersedia untuk bergelar pelajar pula di kampus.
Katanya kepada rakan media di NST, “Saya sudah bersedia untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai pelajar universiti. Di luar kampus, mungkin ada yang mengenali saya sebagai Miss World Malaysia. Tetapi di sini saya hanyalah pelajar biasa and I intend to keep myself low profile.”
Larissa ketika berada di Sanya, China tahun lalu untuk mewakili Malaysia.Larissa dalam persalinan kostum nasional masyarakat Sarawak.
Larissa sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan memilih untuk menetap di kolej kediaman saja.
“Kalau boleh, saya tidak mahu dikenali sebagai ratu cantik di sini kerana pelajaran menjadi keutamaan. Gelaran tersebut mungkin hanyalah sementara tetapi pendidikan adalah bekalan terbaik untuk masa depan,” katanya yang bercita-cita untuk menjadi peguam kelak.
Bagaimana pula dengan bakat dan peluang Larissa sekarang dalam bidang peragaan? Tak kan nak tinggalkan begitu saja?
“Jika ada waktu terluang, okay je. Lagipun saya boleh dapatkan pendapatan sampingan sebagai model memandangkan saya membiayai sendiri pengajian ini.”
All the best kepada Larissa dan pelajar baru yang lain! Buktikan bahawa rupa paras bukanlah segalanya.
Sumber: NST
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siti Nordiana, yang lebih dikenali sebagai Nana, adalah nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik Malaysia. Meniti usia 39 tahun, wajah nana yang...