Lain orang, lain citarasanya..

 

Untuk kebanyakan pelajar di luar sana, ramai yang memilih untuk membawa beg ringkas seperti tote bag ke mana saja.

Well, pertama sekali ia mempunyai efek kasual yang ramai gemari. Tote bag is also known to be multipurpose. Korang boleh mengisinya dengan apa jua barang dan ia tidak pernah ‘lari’ dari stail.

Ini merupakan 3 jenama yang baru memperkenalkan koleksi tote bag baru. Dengar cerita ia bukanlah tote bag ‘biashe-biashe’..

.

.

01

Skechers

Untuk pengetahuan, jenama kasut Skechers baru saja membuka superstore baru mereka bertempat di 1 Utama, Petaling Jaya. Bersempena pembukaan tersebut, Skechers telah memperkenalkan satu sudut di dalam stor tersebut untuk pelanggan mereka mencipta rekaan tote bag sendiri.

Korang boleh ke sana dan memilih pelekat (sticker) grafik yang direka oleh Skechers untuk ditampal ke atas tote bag masing-masing menggunakan mesin heat press. Menarik kan?

IKLAN

Bolehlah korang jinjing bag tersebut bersama kasut baru daripada Skechers.

Ada Sesuatu Yang Istimewa Tentang ‘Tote Bag’ Keluaran 3 Jenama Ini

Ada Sesuatu Yang Istimewa Tentang ‘Tote Bag’ Keluaran 3 Jenama Ini
Pandangan hadapan.
Ada Sesuatu Yang Istimewa Tentang ‘Tote Bag’ Keluaran 3 Jenama Ini
Pandangan belakang.

.

.

02

Uniqlo

Satu perkara yang membuatkan kita sebagai rakyat Malaysia lebih bersatu hati adalah makanan (dan minuman!) Dengan budaya yang pelbagai, kita sememang bertuah kerana memiliki pilihan makan minum di merata tempat. Salah satu daripada lokasi lepak kegemaran kita semua adalah Kopitiam.

Kolaborasi istimewa oleh Uniqlo bersama artis kontemporari tempatan, Red Hong Yi telah membuatkan beberapa rekaan tote bag istimewa dengan konsep kopitiam.

IKLAN

Red Hong Yi terkenal dengan teknik melukis tanpa menggunakan berus dan setiap rekaan tote bag bersama Uniqlo kali ini tidak terkecuali. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan aksesori rare ini dan bawanya ke mana saja.

Ada Sesuatu Yang Istimewa Tentang ‘Tote Bag’ Keluaran 3 Jenama Ini

Ada Sesuatu Yang Istimewa Tentang ‘Tote Bag’ Keluaran 3 Jenama Ini

Ada Sesuatu Yang Istimewa Tentang ‘Tote Bag’ Keluaran 3 Jenama Ini

.

.

03

Hatta Dolmat

IKLAN

Sekiranya korang inginkan sesuatu yang lebih ‘signature’ dan boleh dijadikan sebagai statement piece, korang pasti akan menggemari HD Monogram Totebag terbaru daripada Hatta Dolmat ini.

Aksesori bag ini adalah kesinambungan daripada koleksi Monogram yang dilancarkan Hatta Dolmat sempena KLFW Digital, November lalu.

Justeru, ia menggunakan material yang lebih mesra alam iaitu 30-40 peratus kapas dan 60-70 peratus botol plastik yang telah dikitar semula.

Ada Sesuatu Yang Istimewa Tentang ‘Tote Bag’ Keluaran 3 Jenama Ini

Ada Sesuatu Yang Istimewa Tentang ‘Tote Bag’ Keluaran 3 Jenama Ini

*

*

Jadi mana satu yang korang gemari??

Sekiranya korang lebih meminat pakaian dan aksesori lain, ini adalah di antara koleksi yang baru menemui pasaran.

https://www.remaja.my/girls-lihat-6-jenama-pilihan-remaja-untuk-koleksi-pakaian-musim-cuti-2020/

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI