Sepanjang penglibatan Malaysia di pertandingan ratu cantik Miss Universe, jarang sekali negara kita berjaya menempatkan diri ke pusingan seterusnya seperti Top 15 atau Top 20.

 

Kali terakhir Malaysia mendapat tempat dalam senarai Top 15 adalah pada tahun 1970 menerusi Josephine Lena Wong (juga tersenarai dalam kategori Top 10 Best Swimwear).

Sementara itu, pelakon negara Yasmin Yusoff pula berjaya mendapat tempat ketiga dalam kategori Best National Costume pada edisi Miss Universe 1978.

Persaingan sengit di antara 80 ke 100 buah negara setiap kali pertandingan Miss Universe diadakan nyata menjadi satu tembok cabaran yang sukar ditembusi oleh wakil negara. Bukannya wakil kita tidak cantik, bijak dan bersopan-santun. Namun saingan di sana bukanlah calang-calang.

Sering Tersenarai Dalam Ramalan Top 15 Miss Universe 2019, Shweta Sekhon Tertekan?
Foto: Remy Othman

Untuk edisi Miss Universe 2019, negara bakal diwakili oleh Shweta Sekhon, 22 setelah anak kelahiran Kuala Lumpur itu ditabalkan pada bulan Mac lalu

Menariknya sehingga bulan Ogos ini, banyak portal digital, akaun YouTube penggemar pertandingan ratu cantik dan akaun media sosial lain yang meramalkan Shweta mempunyai daya x-factor untuk tersenarai dalam Top 15 pada finale kelak.

Wow!

Sempena isu I Am #RemajaMalaysia kali ini, REMAJA sempat bertanyakan sama ada Shweta tertekan dengan sokongan yang diterimanya itu atau ia adalah pemangkin semangat baginya melakukan persediaan rapi sebelum bertanding.

 

Sering Tersenarai Dalam Ramalan Top 15 Miss Universe 2019, Shweta Sekhon Tertekan?
Penata Gaya: FZ Solekan: Che Wan Pakaian: Nerd Unit

Mengapa Ingin Sertai Miss Universe Malaysia?

SS: Misi saya sejak awal tidak berubah iaitu saya ingin menjadi versi terbaik diri sendiri. Miss Universe mampu mencabar saya untuk melangkah ke step seterusnya.

Yes, I have to impress others when competing later. Tapi apabila saya tahu saya sedang lakukan yang terbaik, saya rasakan itu adalah satu bentuk kejayaan.

 

Miss Universe Malaysia Kegemaran?

SS: (Ketawa) Mereka semua adalah kakak saya! Jika perlu memilih seorang, secara peribadi saya gemarkan Deborah Henry. Dulu saya sekadar stalk Instagram-nya, kini saya berada di posisi Deborah.

 

Ramalan Sebagai Top 15.

SS: To be honest, I am honored with such predictions. Lebih-lebih lagi terdapat ramai wakil dari seluruh dunia yang seperti saya, sedang melakukan persiapan. Tetapi mereka melihat Malaysia mempunyai kelebihan pada kali ini.

Setiap kali ada rakan yang memberitahu saya tentang ramalan seperti ini, saya akan berterima kasih kepada mereka dan ia membakar semangat saya untuk mempergiatkan persediaan.

Lihat contoh posting ramalan yang dilakukan sepanjang Ogos ini oleh peminat dunia ratu cantik.

Sering Tersenarai Dalam Ramalan Top 15 Miss Universe 2019, Shweta Sekhon Tertekan?
Instagram

 

Sering Tersenarai Dalam Ramalan Top 15 Miss Universe 2019, Shweta Sekhon Tertekan?
Instagram

 

Sering Tersenarai Dalam Ramalan Top 15 Miss Universe 2019, Shweta Sekhon Tertekan?
Instagram

 

Antara Cheongsam, Kebaya & Sari, Mana Satukah Pilihan Kamu Ketika Minggu Pertandingan?

SS: Wow. Sebagai Miss Universe Malaysia saya akan mewakili keseluruh negara dan bukan hanya satu kaum tertentu saja. Jadi jika diberi kesempatan, saya ingin sekali menggabungkan ketiga-tiga pakaian tradisi wanita itu.

Leher dengan sentuhan Cheongsam, siluet baju Kebaya dan layah kain sari di bahagian bahu. Jika ia boleh menjadi realiti, it will mean the world to me kerana saya boleh berbangga berjalan sebagai identiti negara sendiri di sana.

Sering Tersenarai Dalam Ramalan Top 15 Miss Universe 2019, Shweta Sekhon Tertekan?
Artikel penuh dalam Majalah Remaja isu Julai – September 2019. Kini di pasaran.

All the best kepada Shweta Sekhon!

 

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI