Memegang status sebagai anak sulung, pelakon berbakat Amir Ahnaf mengakui tanggungjawab terhadap keluarga sentiasa menjadi keutamaan dalam hidupnya.
Lebih bermakna, kejayaan yang diraih dalam dunia lakonan hari ini bukan sahaja mengubah kehidupannya, malah turut memberi manfaat kepada adik-beradik yang sama-sama merasai tempias rezeki tersebut.
Rezeki Lakonan Eratkan Hubungan Keluarga
Bekas peserta Hero Remaja itu mendedahkan, perubahan dalam hidupnya turut memberi kesan positif terhadap hubungan bersama adik-beradik.
“Sebenarnya adik-adik saya terkejut saya sampai ke tahap ini dan bersyukur abang mereka tidak melupakan keluarga.
“Saya rasa disebabkan rezeki berlakon sekarang ini, hubungan kami adik-beradik kembali rapat,” katanya kepada Remaja.
Ads
Percaya Doa Keluarga Jadi Kekuatan
Menurut Amir, sokongan dan doa daripada keluarga menjadi antara faktor utama dirinya mampu bertahan dalam industri seni yang penuh cabaran.
“Saya percaya doa adik-beradik yang membuatkan saya masih ada di sini. Dengan rezeki ini, saya boleh terus berkongsi dengan mereka,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka dan tayangan treler filem Tarung: The Unforgiven di Banglo 289, baru-baru ini.
Tidak Halang Adik Ceburi Dunia Seni
Dalam masa sama, pelakon berusia 26 tahun itu tidak menghalang sekiranya adik-beradiknya berminat untuk mengikut jejak langkah dalam bidang seni.
Ads
“Adik saya ada beritahu mereka berminat nak jadi pelakon. Saya sudah pesan awal-awal, industri ini bukan mudah.
“Tapi saya tidak halang jika mereka mahu pergi uji bakat atau peragaan. Cuma saya beri mereka realiti bahawa bidang ini sangat mencabar,” katanya.
Amir turut berseloroh mengenai cabaran yang mungkin timbul sekiranya ahli keluarganya mempunyai wajah seiras dengannya.
Ads
“Kalau muka sama dengan saya, memang lagi mencabar,” katanya.
Bergandingan Pelakon Hebat Dalam Filem Aksi Terbaharu
Dalam perkembangan lain, Amir bakal muncul menerusi filem aksi Tarung: The Unforgiven arahan Razaisyam Rashid.
Filem tersebut turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Bront Palarae, Aedy Ashraf, Sharifah Sakinah dan Azira Shafinaz.
Naskhah terbitan Alpha47 dengan kerjasama Icon Pictures dan Astro Shaw itu dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 7 Mei ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Remaja excited gila bila Frozen 2 bakal menemui korang semua di pagawam November ini!!
Tonton Trailer Frozen 2!
Trailer yang simple dan padat dengan aksi ini sangat berbeza dari apa yang kita tonton pada filem pertamanya. Tentu sekali, watak-watak utama masih lagi dikekalkan seperti Kristoff, Anna, Elsa, malah Olaf turut serta dalam mewarnai filem kedua ini. Mungkin ada penambahan watak, tapi masih belum ada kepastian.
Tepis watak anggun Elsa sebagai Permaisuri Erendelle, kali ini Elsa beraksi dengan berseluar, namun pakaiannya masih bercirikan biru ais (Ice Queen)dan rekaan yang berbeza. Penggayaan rambut Anna juga berbeza dalam filem ini.
Trailer pertama yang berdurasi selama 2 minit ini tidak memerlukan sebarang dialog, cukup dengan facial expression dan aksi yang menggambarkan betapa menariknya filem ini.
Ada yang menyifatkan filem ini lebih matang dari segi watak, penceritaan malah konflik yang masih tidak diketahui umum. Apa-apa pun, buat penggemar Frozen, November merupakan bulan penting untuk korang bersedia menonton di pawagam.
Tapi sebelum tu, banyak lagi filem produk Disney yang sedang beratur menunggu giliran ditayangkan antaranya Lion King dan Dumbo! Eh, tahun Disney ke 2019 ni?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penganjur JioBuddy mengumumkan akan menganjurkan Anuar Zain 40th Anniversary Concert pada 28 Oktober ini di Malawati Indoor Stadium, Shah Alam.
Pastinya, ia adalah sebuah khabar gembira yang dinanti-nantikan oleh seluruh penggemar muzik penyanyi legenda itu yang bukan hanya berada di Malaysia tetapi juga dari negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.
Menurut figura terkenal tanah air itu, dia menjanjikan para peminat yang bakal hadir ke konsert tersebut akan membawa seribu satu kenangan dan tersenyum manis sepanjang persembahannya pada malam itu nanti.
“Saya mengimpikan agar konsert AZ40 ini akan menjadi kenangan yang terindah di antara kita semua pada malam itu nanti. Juga menjadi kenangan manis buat semua tenaga kerja dan team produksi yang besar didalam menjayakan konsert AZ40 ini. ” ujar Anuar Zain.
Sementara itu, bagi pihak penganjur pula, konsert ini akan menjadi sebuah lagi lakaran sejarah yang penting buat pelantun lagu Lelaki Ini dalam perjalanan karier seninya yang sentiasa mendapat sokongan positif dari semua pihak.
Konsert ini juga bakal menjadi lambang kematangan perjalanan Anuar Zain dalam karrier seninya.
“Kami di JioBuddy berbesar hati untuk menganjurkan Anuar Zain 40th Anniversary Concert kerana ia bukanlah hanya sebuah konsert biasa tetapi sebagai sebuah biografi untuk meraikan perjalanan seninya yang panjang bersama semua peminat dan penggemar muzik beliau.
“Konsert ini juga amat penting untuk kami selaku penganjur bagi menyokong industri muzik tempatan, dan memberi yang terbaik kepada penonton mengikut kepakaran kami,” kata Sean Ng dari JioBuddy.
Jennifer Thompson merupakan pengarah konsert ini manakala Sze Wan dipertanggungjawabkan sebagai pengarah muzik untuk Anuar Zain 40th Anniversary Concert bersama lebih kurang 25 orang pemuzik-pemuzik handalan tanah air.
Tiket-tiket akan mula dijual pada 12 Julai 2023 mulai jam 10 pagi di www.jiotix.asia atau hubungi talian hotline tiket di +6011 510 03 111. Tiket-tiket berharga RM1188 (VIP 1), RM888 (VIP 2), RM488 (Diamond) RM388 (Platinum) dan RM 188 (Gold).
Untuk pembeli tiket pada hari pertama jualan (12 Julai 2023), anda akan berpeluang untuk memenangi telefon bimbit jenama FreeYond. Bagi pembeli tiket VIP 1 & 2 pula, mereka bakal mendapat cenderahati berupa AZ40 Premium Gift Box yang ditaja oleh Arombay, istimewa sempena konsert ini.
Raikan temujanji anda bersama Anuar Zain pada 28 Oktober 2023 jam 8.30 malam sempena Anuar Zain 40th Anniversary Concert di Malawati Indoor Stadium, Shah Alam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan pelancaran single terbaharu berjudul ‘Sejarah’ selepas dinobatkan sebagai Biduanita Negara.
Menerusi perkongsian di Instagram, Siti Nurhaliza berkata beliau ingin mengabadikan perjalanan seninya menerusi karya komposer tersohor Indonesia Erwin Gutawa, setiap detik manis dan penghargaan diraih dalam kariernya dipaparkan pada kulit lagu album tersebut.
“Sejarah perjalanan seni saya selama ini saya abadikan sebahagiannya pada cover art single Sejarah. Lagu Sejarah sudah boleh dilanggan dan strim di seluruh platform digital”
Sebelumnya, Siti Nurhaliza atau lebih mesra digelar TokTi menyifatkan anugerah diberikan kepadanya bukan sekadar pengiktirafan terhadap kerjaya seninya, tetapi turut didedikasikan buat semua pejuang seni tanah air.
“Pertama sekali, dengan penuh keinsafan dan rendah diri, saya ingin menzahirkan rasa syukur tidak terhingga atas penganugerahan Biduanita Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024,” katanya.
Beliau turut berterima kasih kepada ramai pihak termasuk kerajaan khususnya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Kementerian Komunikasi di atas anugerah tersebut.
Datuk Seri Siti Nurhaliza Menerima Anugerah Biduanita Negara
“Saya berikrar untuk terus menggandakan usaha memberikan nilai positif dalam mengekalkan seni budaya untuk terus dihormati, dijaga dan dihargai kerana inilah warisan yang perlu dipelihara,” katanya menerusi satu kenyataan.
Pelantun lagu Bukan Cinta Biasa yang kini berusia 45 tahun itu merupakan individu ketiga dianugerahkan gelaran tersebut selepas Allahyarhamah Datin Saloma pada 1978 dan Allahyarhamah Datuk Hajah Sharifah Aini pada 2006.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!