Penyanyi dan pelakon terkenal, Minho daripada kumpulan SHINee sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila menyertai pertandingan kecergasan HYROX di Singapura buat kali ketiga pada tahun ini, membuktikan komitmennya terhadap gaya hidup aktif dan disiplin tinggi dalam dunia kecergasan.
Menerusi beberapa perkongsian di Instagram miliknya, Minho atau nama sebenarnya Choi Minho (35) dan pasangannya Beomseok berjaya menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 56 minit 21 saat, sekaligus menduduki tempat pertama dalam kategori Doubles Lelaki 35–39.
Lebih membanggakan, gandingan mantap ini bukan sahaja mengungguli kategori mereka, malah turut berada di kedudukan keempat keseluruhan daripada 1,144 peserta, meletakkan mereka dalam kelompok atlet berprestasi tinggi di peringkat antarabangsa.
Pertandingan HYROX yang berlangsung dari 3 hingga 5 April itu menampilkan format perlumbaan unik yang menggabungkan larian sejauh lapan kilometer bersama lapan stesen senaman berintensiti tinggi, menjadikannya antara acara kecergasan paling mencabar dan kompetitif di dunia.
Selain beraksi dalam kategori beregu, Minho turut mencabar dirinya secara individu dalam kategori Lelaki 30–34 tahun dan berjaya menamatkan perlumbaan dengan masa 1 jam 13 minit 9 saat, sekali gus berada dalam kelompok 50 terbaik daripada lebih 1,500 peserta.
Dalam pada itu, Beomseok turut meneruskan prestasi cemerlangnya apabila bergandingan bersama atlet elit Amerika, Gabe Heck dalam kategori Pro Doubles Lelaki 35–39 dan sekali lagi meraih tempat pertama keseluruhan.
Jay Park antara selebriti yang turut mencuri perhatian di Hyrox Singapore
Fenomena HYROX kini dilihat semakin mendapat tempat dalam kalangan selebriti antarabangsa, apabila ramai figura terkenal mula menyahut cabaran ini sebagai simbol gaya hidup sihat dan aktif, sekaligus menggabungkan elemen kecergasan dan pengaruh populariti.
Sebelum ini, Minho turut pernah mencuri tumpuan apabila menyertai HYROX di Taiwan dan Osaka serta berkongsi rutin kecergasan beliau ketika berada di Jakarta, menjadikan beliau antara selebriti Korea yang konsisten mempromosikan gaya hidup sihat di pentas global.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, syarikat SM Entertainment telah mengumumkan bahawa penyanyi dan juga anggota kumpulan K-Pop terkenal, Taeil telah dikeluarkan dari NCT disebabkan jenayah seksual yang tidak dapat dinyatakan lagi.
Menerusi sebuah perkongsian di media sosial yang dimuat naik oleh akaun rasmi SM Entertainment, pihak syarikat berkenaan mengumumkan pemecatan Taeil.
Menurut mereka, Taeil atau nama sebenar Moon Tae Il (30) telah terlibat dalam kes jenayah seksual yang amat serius.
“Ini adalah SM Entertainment. Kami baru-baru ini mengesahkan bahawa Taeil telah terlibat dalam kes jenayah yang berkaitan dengan jenayah seksual.”
“Ketika sedang menyiasat kes dan situasi tersebut, pihak kami menyedari bahawa masalah ini sangat serius dan memutuskan Taeil tidak dapat melanjutkan sebarang aktiviti bersama kumpulan (NCT),” jelas SM Entertainment dalam kenyataan sama yang dimuat naik.
Tambah syarikat berkenaan itu lagi, pihaknya juga telah membahas masalah ini bersama ahli anggota NCT tersebut dan telah membuat keputusan untuk mengeluarkan Taeil daripada menjadi sebahagian anggota kumpulan K-Pop yang terkenal dengan lagu Cherry Bomb, Simon Says dan Kick It.
SM Entertainment juga memberitahu bahawa Taeil kini sedang memberi kerjasama dengan pihak polis penyiasat dan akan memberikan kenyataan tambahan dari masa ke semasa.
Melalui kenyataan sama, SM Entertainment turut memohon maaf kepada para peminat di atas kontroversi yang dilakukan oleh artis mereka.
Sekadar info, NCT adalah sebuah kumpulan yang diasaskan oleh SM Entertainment pada tahun 2016 dan mempunyai 25 orang ahli anggota. Di dalam NCT, mereka juga terbahagi kepada enam (6) kumpulan sub-unit iaitu NCT 127, NCT Dream, NCT U, NCT Wish, WayV, dan NCT DoJaeJung.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kanak-kanak serta remaja Autistik adalah satu kurniaan Tuhan kepada manusia.
Dilahirkan istimewa dan berbeza dengan kanak-kanak lain, ramai sebenarnya yang masih tidak memahami apakah itu autism.
Lalu sempena Hari Kesedaran Autism Sedunia pada 2 April, penulis bercakap dengan finalis Dewi Remaja 2018/19 iaitu Arena Wan Mun Yi yang mempunyai seorang adik autism bernama Adam Wan Mun Yu, 19.
“Sudah tentu, apabila kita mempunyai ahli keluarga Autistik, seluruh keluarga akan terlibat sama dalam proses menjaganya. Sama jugalah dengan kami.
“Cuma kadangkala jika Arena terlibat dengan kerja di luar seperti pergi ke event ataupun penggambaran drama, Arena perasan yang ibu tidak mahu merisaukan Arena dengan situasi Adam di rumah. Sedih juga bila mereka perlu mengawal Adam sendiri,” kata Dewi Favourite 2018/19 itu.
Menerusi akaun Instagram @adamsautismfamily, keluarga Arena yang diketuai oleh ayahnya, Iman Wan tidak lokek untuk berkongsi pengalaman mereka menjaga Adam. Bukan semuanya indah.
Kadangkala ketika keluar dari rumah, Adam mempunyai momen di mana dirinya mudah gelisah dan mengalami tantrum. Apabila ia berlaku, mereka sekeluarga perlu ‘pin him down’ ke atas lantai sehingga orang di sekeliling salah faham. Mereka menganggap Adam sedang dibuli sedangkan itu cara terbaik untuk menenangkannya.
“Kita tidak mahu Adam cederakan orang lain terutamanya kanak-kanak dan warga emas. Jadi tindakan pantas seperti ini perlu dilakukan.”
Bercakap mengenai diet Adam, Arena berkongsi bahawa dia tidak boleh mengambil makanan manis kerana mempunyai kondisi ADHD. Walaupun makanan jenis ‘gluten-free’ agak mahal, ia amat digalakkan agar saluran darah remaja autistik tidak terkesan. Jika tidak, dia akan mudah hyper ataupun meltdown.
“Adam sama juga seperti kita, dia suka sangat makan pasta dan nasi dengan kari ayam,” katanya.
*
Seboleh mungkin, Arena dan keluarga ingin memperbetulkan persepsi kanak-kanak serta remaja Autistik kepada masyarakat.
Autism bukanlah symptom down syndrome. Autism juga bukanlah penyakit yang boleh ‘hilang’ dengan menelan pil.
“Alhamdulillah, Adam dalam kategori verbal autism di mana dia masih boleh berkomunikasi dengan kami. Lebih sukar jika seseorang itu dalam kategori non-verbal. What they need is enough protection, care, attention and love.”
*
Selamat hari kesedaran autism sedunia kepada semua. Klik video di bawah untuk mengetahui keadaan Adam yang pernah ke sekolah
Lawa anak gadis Faizal Hussein dan Suhaila Sulaman ni!
Bakal mencecah usia 19 tahun pada Jun depan, penampilan versatil gadis bernama Fazryn ini jadi tumpuan. Apatah lagi, bersandarkan statusnya sebagai anak selebriti. Bagi peminat seni negara, bakat Faizal Hussein tidak perlu dipertikaikan lagi. Cukup berdisiplin di set penggambaran dan mampu membawa watak yang diberikan dengan sebaik mungkin antara faktor mengapa dirinya kekal relevan sampai sekarang.
Yang pasti, kehebatan anak seniman Allahyarham Hussein Abu Hassan dan Allahyarhamah Mahyon Ismail di pentas lakonan tetap teguh meskipun Faizal meniti usia 57 tahun.
Sudah menjadi lumrah anak seni dan public figure, pastinya kehidupan dan keluarga Faizal Hussein turut menerima tempias dunia glamor. Selain penampilan suri hatinya, Suhaila yang juga seorang pelakon satu masa dulu, kelibat anak-anak Faizal turut menjadi perhatian peminat.
Menerusi perkongsian Suhaila di media sosial miliknya, anak gadis mereka iaitu Fazryn kian meningkat dewasa dan tampil jelita. Bersempena Hari Raya, keluarga bahagia ini mengabadikan momen indah mereka menyambut syawal.
Dalam foto Syawal mereka, kelihatan wajah matang Fazryn di sisi ibu bapa dan adik kesayangan. Malah, ada dalam kalangan peminat mengatakan anak gadis Faizal Hussein dan Suhaila ini mirip wajah arwah neneknya iaitu Mahyon Ismail.
Fazryn merupakan bekas pelajar di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Klawang. Pertengahan April lalu, keluarga Faizal Hussein turut meraikan ulang tahun kelahiran anak kedua mereka iaitu Fazrick yang kini berusia 16 tahun.
Faizal dan Suhaila mendirikan rumah tangga pada tahun 2004. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata yang aktif dan cemerlang dalam bidang akademik.
Disifatkan antara pasangan selebriti yang merendah diri dan saling melengkapi di antara satu sama lain, kemesraan Faizal Hussein dan isteri tersayang sentiasa dicemburui peminat.
Walau sudah lebih sedekad hidup bersama namun kedua-duanya ibarat pasangan baru berkahwin. Ada saja masa terluang pasti mereka akan beriadah bersama-sama di samping anak tersayang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!