Siapa sangka minat, tiga sepupu terhadap sajak membawa mereka menyandang gelaran johan sempena Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Landak.
Tiga pelajar yang berjaya memenangi pertandingan tersebut telah melayakkan diri untuk mara ke pertandingan peringkat kebangsaan sempena Karnival Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan 2024, yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Oktober akan datang.
Johan Deklamasi Sajak Kategori Sekolah Rendah
Johan deklamasi sajak bagi kategori sekolah rendah disandang oleh Qhasif Khadeeja Muhammad Zamani, 12, dari SK Rantau Petronas, Kemaman, yang membawakan sajak bertajuk Warisan Keberanian karya S.M. Noor.
Hobi Tiga Sepupu Membawa Tuah, dinobatkan sebagai juara sempena Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Landak, Besut, baru-baru ini.
Sementara itu, johan bagi kategori menengah rendah dimenangi oleh Nur Aleesya Amani Muhammad Zul, 14, dari SMK Bukit Sawa, Marang, dengan sajak bertajuk Sumpah Anak Bangsa.
Manakala johan bagi kategori Tingkatan Enam pula disandang oleh Muhammad Danish Haziq Zulkifli, 17, juga dari sekolah yang sama dengan sajak Bunga Popi karya (Allahyarham) Datuk Dr. Usman Awang.
Ads
Latihan dari Ibu Saudara
Ketiga-tiga sepupu itu dilatih oleh ibu saudara mereka, Roslina Mat Khalid, 43, dan Murni Kartika Mat Khalid, 39, yang juga adik-beradik. Menurut Roslina, persediaan yang rapi sangat penting untuk memastikan anak saudara mereka bersedia mendeklamasikan sajak di pentas yang lebih besar dengan penuh keyakinan.
“Kami mengambil masa yang agak lama untuk melatih mereka kerana perlu menitikberatkan aspek seperti artikulasi, penghayatan, dan beberapa aspek lain untuk bergelar johan,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Tekad dan Kebanggaan
Roslina, yang pernah menyandang gelaran johan deklamasi sajak peringkat kebangsaan, bertekad untuk memberikan yang terbaik bagi memastikan persembahan anak-anak buahnya berjaya memikat hati juri.
Ads
“Saya rasa bangga kerana ketiga-tiga anak buah saya berjaya membawa nama Terengganu dan mengharumkan nama negeri ini di pentas kebangsaan yang akan berlangsung di Negeri Sembilan pada awal Oktober nanti,” katanya.
Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri Terengganu, yang berlangsung pada 4 September lalu, turut melibatkan acara bercerita sekolah rendah, deklamasi sajak, dan dendangan syair bagi sekolah menengah.
Info Tentang Sajak
Sajak adalah sejenis puisi yang terikat dengan rima dan irama, yang lazimnya digunakan dalam sastera Melayu untuk menyampaikan sesuatu mesej, perasaan, atau pemikiran secara kreatif dan puitis. Sajak seringkali menekankan keindahan bahasa melalui penggunaan perkataan yang bernas, berirama, dan padat makna.
Ads
Kesimpulannya, sajak bukanlah sesuatu yang ketinggalan zaman di kalangan remaja. Malah, dengan sokongan dan pendekatan yang betul, sajak boleh terus berkembang sebagai bentuk seni yang relevan dan memberi makna mendalam dalam kehidupan mereka. Sajak mengajar mereka untuk berfikir secara kritis, mengekspresikan diri secara kreatif, dan pada masa yang sama, menghargai nilai kesusasteraan yang mendalam dalam dunia yang serba moden ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khabib Nurmagomedov mengejutkan peminatnya baru-baru ini, apabila mengumumkan persaraannya selepas kemenangannya ke atas Justin Gaethje pada aksi UFC 254.
Keputusan bintang MMA memutuskan untuk meninggalkan arena UFC, ketika dia sedang berada di kemuncak kariernya, mendapat reaksi banyak pihak.
Selepas Khabib bersara, lima atlet Muslim MMA ini menjadi perhatian dan dijangka bakal menjadi penerus legasi kejuaraan Khabib.
1. Usman Nurmagomedov
Sumber: The Sun UK
Sepupu kepada Khabib ini mencuri perhatian apabila berjaya menewaskan Jerry Kvarnstrom dalam tempoh masa 40 saat. Sudah pun melakar 11 kemenangan sempurna (11-0), Usman, 23 tahun turut menerima tunjuk ajar daripada Abdulmanap dan Khabib.
2. Umar Nurmagomedov
Sumber: Essentially Sports
Umar, 25 tahun juga merupakan sepupu Khabib telah mencatatkan kemenangan sempurna (12-0). Dalam tempoh masa dua tahun sahaja, Umar berjaya membina nama yang besar dalam dunia MMA.
3. Islam Makhachev
Sumber: Forbes
Berusia 29 tahun, Islam Makhachev yang merupakan rakan Khabib berjaya menang 18 daripada 19 perlawanannya (18-1), yang mana satu kekalahan adalah ketika beraksi dengan Adriano Martins pada 3 Oktober 2015. Khabib pernah menyatakan hasrat untuk Islam menjadi penerus legasi kejuaraan beliau selepas beliau bersara dari dunia UFC.
4. Zabit Magomedsharipov
Berusia 29 tahun, Zabit memegang rekod 18-1. Di awal kariernya, Zabit bertarung dan berjaya mengumpul rekod profesional 6-1 sebelum menandatangani kontrak dengan ACB.
5. Khamzat Chimaev
Khamzat, 26 tahun merupakan nama yang sering dibandingkan dengan Khabib mendapat perhatian dengan catatan rekod 9-0, terutamanya selepas mencatatkan aksi hebat di Abu Dhabi pada Julai lalu.
Ini menunjukkan tanggapan individu yang beragama Islam sukar menempa kejayaan di luar negara, terutamanya di negara yang didominasi oleh masyarakat bukan Islam adalah salah kerana ramai je individu Muslim yang berjaya di peringkat dunia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebagaimana kita sedia tahu, Festival Bon Odori diadakan setiap tahun di beebrapa negeri di Malaysia antara lain bertujuan mempromosi dan mengukuhkan ikatan kebudayaan antara Malaysia dan Jepun.
Selepas 2 tahun, festival Bon Odori akan dianjurkan kembali di Shah Alam pada 16 Julai dan Pulau Pinang pada 30 Julai 2022.
Malah, festival tahunan Jepun Bon Odori seringkali diraikan dengan tarian dan nyanyian diiringi paluan rancak gendang, gong dan seruling. Di Malaysia menjadi semakin besar hingga melibatkan penyertaan hampir 30,000 orang yang terdiri dari bukan sahaja warga Jepun tetapi juga rakyat negara ini.
Namun, laporan ini mengejutkan rakyat Malaysia apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata, berdasarkan kajian dibuat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati festival Bon Odori itu mempunyai unsur-unsur keagamaan
Foto Via Japan Guide
Oleh itu, umat Islam di negara ini dinasihatkan untuk tidak menyertai program bertentangan dengan hukum syarak Islam termasuklah festival Bon Odori ini. Tambahnya, kekeliruan tidak perlu wujud walaupun risalah Festival Bon Odori menggunakan wanita bertudung.
Untuk pengetahuan anda, Bon ialah salah satu istiadat penganut Buddha di Jepun yang diadakan untuk menghormati roh nenek moyang mereka. Sementara Bon Odori ialah tarian yang diadakan pada sambutan istiadat itu. Malah, Bon Odori seringkali diraikan dengan tarian dan nyanyian diiringi paluan rancak gendang, gong dan seruling. Di Malaysia, festival ini bermula sejak tahun 1977.
Dah tahu ni, jangan pergi pula tahun ni bagi yang beragama Islam..hehe
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Faisal Halim tidak menunggu lama untuk mengotakan janjinya menghadiahkan motosikal baharu kepada penyokong setia Harimau Malaya, Derrick Gan yang juga motosikal kedua diterimanya sebaik pulang daripada menyaksikan perlawanan Harimau Malaya di Piala Asia dekat Doha, Qatar.
Tonggak utama Harimau Malaya itu bersama penajanya, Blast Active secara rasminya menyerahkan motosikal model Yamaha LC135 kepada Derrick menerusi satu majlis ringkas.
Menerusi video pendek di Instagram Story Blast Active, Faisal dilihat menyerahkan sendiri motosikal itu selain mengucapkan terima kasih kepada Derrick yang sanggup menjual motosikalnya untuk menyaksikan perlawanan Harimau Malaysia di Piala Asia.
“Saya sebagai duta daripada Blast, inilah duit permulaan awal saya dapat dari Blast, saya beli motor untuk awak. Saya sebagai pemain memang agak terharu, teruja dan agak sedih sebenarnya melihat awak menangis waktu kita (bertemu) dengan Korea hari itu.
“Jadi saya dah niat dengan Blast nak hadiahkan motor kepada awak. Inilah motor awak,” kata Faisal menerusi video pendek itu.
Semalam Derrick menerima hadiah motosikal jenis skuter daripada syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas) dengan kerjasama sebuah stesen radio swasta tempatan sebaik dia tiba di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Doha.
Terdahulu, reaksi Derrick yang menangis selepas Malaysia beroleh gol kedua menerusi sepakan penalti Arif Aiman Hanapi ketika bertemu Korea Selatan menghadirkan rasa sebak dalam kalangan penyokong negara yang turut berkongsi rasa sama ketika menyaksikan aksi terakhir Kumpulan E itu.
Namun ada cerita di sebalik tangisannya di bumi Doha itu selepas tular Derrick sebenarnya sanggup menjual motosikalnya untuk mencari dana demi menyaksikan perlawanan membabitkan Harimau Malaya di Doha.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!