Sesi uji bakat pencarian Hero Remaja kembali semula untuk edisi 2021!
Selepas kemenangan Hero Remaja 2020 berpihak kepada Ahmad Nadhir Ahmad Nasar pada bulan Julai lalu, kesemua 12 orang finalis telahpun mula mengorak langkah dalam industri seni, fesyen dan pelbagai bidang tempatan.
Lantas, ia membuktikan bahawa platform pencarian Hero Remaja merupakan platform terbaik untuk mencungkil bakat, personaliti, potensi dan kebolehan remaja lelaki dari seluruh Malaysia.
Melihatkan kepada respon yang diberikan oleh pemain industri yang mendambakan lebih ramai anak-anak muda berbakat untuk ditonjolkan pada masa ini, Nu Ideaktiv menerusi Majalah Remaja kembali bersama penyiar rasmi, Astro RIA untuk membuka peluang uji bakat pencarian Hero Remaja bermula hari ini (7 Disember) sehingga 20 Disember 2020.
Ads
Satu perkara yang membezakan sesi uji bakat pada kali adalah penghantaran penyertaan para peserta yang dilakukan secara atas talian (online) bagi peringkat awal. Ini demi mengikuti norma baharu yang ditetapkan oleh pihak berkuasa selari dengan musim pandemik COVID-19 yang masih berleluasa di seluruh negara.
Apa yang perlu dilakukan oleh peserta yang ingin menyertai Hero Remaja 2021 adalah menghantarkan borang penyertaan secara online di LAMAN WEB RASMI. Isikan butiran diri dengan lanjut seperti yang diminta.
Selain itu, peserta juga perlu memuat naik foto dan video di halaman borang yang sama.
FOTO
Ads
Satu keping foto berketinggian penuh (full body) dan satu keping foto profil (close up) dengan saiz maksimum 10 MB.
VIDEO
Satu video pengenalan diri peserta berdurasi 1 minit. Peserta dikehendaki menceritakan serba sedikit mengenai dirinya dan tujuan menyertai pencarian Hero Remaja 2021. Video tersebut haruslah dimuat naik sebagai link WeTransfer. (Cara-cara muat naik video ada dinyatakan di borang penyertaan).
Setelah berakhirnya peringkat pertama uji bakat ini, barulah penganjur dan kru produksi memulakan sesi uji bakat secara fizikal pula bersama peserta Hero Remaja 2021 yang disenarai pendek. Butiran mengenai uji bakat peringkat kedua ini akan dikongsikan bersama peserta setelah mereka terpilih.
Senang bukan?
Jadi, jika korang berkeyakinan dan ingin sekali mengikut jejak langkah finalis Hero Remaja yang telah berjaya dalam bidang yang mereka ceburi, hantarkan penyertaan masing-masing bermula hari ini sehingga 20 Disember 2021 di SINI.
All the best!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap pasangan suami isteri pastinya teruja menantikan kelahiran cahaya mata. Namun, apa yang dirasai oleh finalis Hero Remaja 2017, Safwan Nazri dan isterinya hanya sebentar kerana menerima ujian terbesar dalam hidup apabila kandungan pertama Fathin Nur Amalina mengalami keguguran.
Berita ini disahkan sendiri oleh Safwan di laman instagramnya yang menjelaskan rezeki mereka untuk dapat cahaya mata yang pertama hanya sampai disini sahaja. Safwan turut memberi nama anak lelakinya itu sebagai Muhamad Kaif yang brmaksud Semangat Yang Kuat!
“Kita jumpa di Syurga nanti ye Kaif! Teruskan doa untuk mummy dan Daddy okay! Dia dah cukup sifat, dah nak masuk 4 bulan, comel, sempurna tapi Allah lebih sayangkan dia,” luah Safwan.
Safwan dan isteri tidak pernah mengumumkan tentang kandungan itu kepada umum, namun baru-baru ini di majlis perkahwinan Harris Annuar, kami seakan boleh meneka bahawa isteri kepada finalis Hero Remaja itu telah mengandung.
Apa yang lebih menyedihkan lagi, disaat ditimpa ujian ini Safwan tidak berada disisi isterinya kerana berada di Turki bagi menjalani penggambaran filem Bakara. Safwan sempat mengucapkan terima kasih kepada Lyna dan mengatakan bahawa dia seorang isteri yang hebat dan kuat.
Safwan Nazri bersama pasangan, Fathin Nur Amalina selamat diijab kabulkan pada 5 Mac lalu dengan hanya sekali lafaz. Perkenalan bermula sejak 9 tahun lalu sewaktu mereka sama-sama menuntut di universiti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pencarian Hero Remaja 2021 yang merupakan edisi kesebelas, kini berada di akhirnya apabila Sabtu ini merupakan penentu diantara empat finalis Top 4 iaitu Afiq Hamidon, Aqil Taqee, Amirul Aiman dan juga Fazziq Muqris.
Sekali lagi kami meraikan suara, kuasa dan mewakili kejayaan remaja lelaki di Malaysia. Kurang dari 3 hari menjelang final, penulis sempat bertanyakan tentang perasaan dan harapan kepada salah seorang finalis kita iaitu Fazziq Muqris.
Menurut anak kelahiran Selangor ini, beliau tidak sangka dan sedar yang Pencarian Hero Remaja 2021 ini sudah sampai ke hujungnya. Hal ini juga membuatkan Fazziq lebih teruja dan bangga sampai ke tahap ini. Namun beliau menyatakan selepas Hero Remaja ini barulah pertandingan dan perlawanan yang sebenarnya yang kita perlu berlawan antara satu sama lain untuk menonjolkan bakat kita dalam industri seni Malaysia.
Harapan Fazziq untuk final ini, Insyaalah Fazziq akan buat yang terbaik dan lakukan yang terbaik untuk membanggakan ibu ayah, kawan-kawan dan orang sekeliling.
Fazziq amat bernasib baik dan bersyukur dapat sokongan 100% daripada mereka lagi-lagi daripada ibu ayah dan keluarga. Mereka nampak kepayahan dan keperitan Fazz sampai ke tahap ini. Jadi Fazz ingin memberikan penghormatan ini kepada mereka.
“Mereka dah banyak habiskan duit, tenaga dan beri kasih sayang secukupnya. Jadi Fazz ingin memberikan ‘kemenangan’ ini kepada mereka. Fazziq ingin mereka tahu, anak mereka mampu menjadi ‘Juara Hero Remaja'”,
Harapan Fazziq paling penting ialah untuk membanggakan orang sekeliling Fazz dengan gelaran Juara Hero Remaja 2021 di pentas finale nanti.
” Fazziq nak Juara, ialah tiada siapa nak nombor dua dan tiga. Bagi Fazziq manjadi juara itu bukan mudah, menjadi juara itu memang betul-betul kena buat hardwork, efford, disiplin dan juga pengorbanan.”,ujar Hero Remaja berdarah kacukan ini.
Perasaan menanti malam final nanti yang tinggal lagi dua hari ini, satu perkataan yang boleh Fazziq cakap ialah gementar. Tetapi, di waktu yang sama rasa tak sabar juga sebab pentas itu akan menjadi titik mula Fazz dalam industri seni negara nanti.
“Tapi ia bukanlah gementar takut tapi lebih kepada gementar tak sabar’, Fazziq tak sabar bersama sahabat-sahabat Fazziq di pentas final nanti kerana sahabat-sahabat Fazz masing-masing ada kelebihan dan kekuatan masing-masing. Ini adalah satu games yang mencabar dalam hidup saya yang saya tidak akan lupakan sepanjang hidup saya, jawap Fazziq
Ini apa yang Fazziq nak dalam hidup Fazziq jadi Fazziq tidak akan sia-siakan peluang sekali dalam hidup ini.
“Fazziq pernah kena reject pada audition Hero Remaja 2020 tapi saya tidak putus asa dan mencuba Hero Remaja 2021, saya tidak akan sia-siakan peluang yang ada dan akan buat sehabis baik. Allah susun sehabis baik rezeki Fazziq. Andai kata bukan rezeki Fazziq menjadi juara Hero Remaja 2021, Fazziq redho dengan rezeki NYA’. akhiri Fazziq Muqris.
Jangan lupa untuk terus mengundi Hero Favourite korang di www.remaja.my/hero dari sekarang hingga malam finale pada 6 November 2021. Satu undi bagi setiap hero pada setiap hari! Klik saja pada profil mereka dan tekan butang ‘VOTE’.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini Harris Annuar mencabar dirinya untuk kayuhan sejauh 315 kilometer dari Shah Alam ke Cherating, kini pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2017 ini melangkah lebih jauh lagi apabila mencipta rekod berbasikal sehingga ke Langkawi.
Harris berjaya menamatkan kayuhan sejauh 540 km bermula dari rumahnya di Shah Alam sehingga ke Pulau Langkawi dalam masa lebih kurang tiga hari. Ini merupakan pengalaman serta rekod peribadi Harris yang sememangnya tidak menyangka dia mampu membuat kerja ‘gila’ ini.
Remaja berkesempatan menemu-bual figura ini bertanyakan tentang pengalaman dan cabaran yang dilalui ketika trip kayuhan basikal ke Utara.
“Selama ni memang Harris jarang penat, tapi trip kali ini memang Harris rasa betul-betul penat sangat. Kalau dalam istilah cyclist ia dipanggil ‘bonk’. Kalau nak diikutkan for the lastmonth, Harris memang tak cycling dan tak training pun. Then, terus pergi buat kayuhan 500 km ni, jadi memang barai la. Harris boleh cakap dari Shah Alam ke Langkawi memang mental game dia strong gila dan Alhamdulillah Harris dapat juga sampai dengan selamat,”
“Pada hari pertama memang Harris ‘bonk’ sangat-sangat, tapi bila hari kedua Harris mula dapat stamina balik dan hari ketiga memang mental kena jadi lebih kuat sebab setiap kayuhan rasanya macam lama sangat. Kalau tinggal 1 km lagi, kita rasa lama sangat sebab nak cepat habis. Lagi pun, kami perlu mengejar bot yang dijadualkan berlepas jam 12.30 tengah hari. Jadi, seawal 3 pagi kami sudah mulakan kayuhan daripada Kedah untuk kejar feri yang akan bertolak di jeti Kuala Perlis,” jelasnya lagi.
Apabila melakukan aktiviti seperti ini, sudah tentu mereka tidak lari daripada cabaran dan dugaan sepanjang kayuhan. Antara cabaran utama yang dilaluinya adalah faktor cuaca.
“Dalam trip ini memang macam-macam perkara berlaku. Selain daripada kaki cramp, Harris juga mengalami keracunan makanan yang menyebabkan muntah-muntah. Tapi, Alhamdulillah ia tidak menganggu dan kami sampai dengan selamat,”
“Cuaca pada masa itu juga masyaAllah, panas sangat. Waktu tu suhu mencecah 39 darjah Celsius dan itu yang membuatkan kami ‘koyak’. Badan jangan cakap la, memang sunburn terus. Part paling best sekali bila kami terpaksa berhenti dan membasahkan kepala dengan ais. Ini kerana kami tidak mahu salah seorang daripada kami terkena heat stroke atau pengsan,”
“Memang cabaran yang paling dasyhat adalah faktor cuaca dan kebetulan sepanjang tiga hari kayuhan, memang tidak ada hujan langsung,”
“Lagi satu, bila badan dah penat sangat, nak tidur pun tak boleh. Bayangkan kami sampai jam 5 petang, kemudian perlu bangun jam 2 pagi untuk misi kayuhan seterusnya.
Tapi, bila badan terlalu penat, memang mata pun susah nak terlelap,” tambahnya lagi.
Bukan sekadar follow trend
“Ramai yang bertanya kenapa Harris mahu lakukan kayuhan ini hingga ke Langkawi. Harris nak tunjukkan yang sebenarnya Harris memang betul-betul minat main basikal, bukan hanya sekadar nak ikut trend. InsyaAllah Harris akan bertahan dengan sukan ini kerana Harris beli basikal ini pun bukan sebab nak ikut trend, nanti end up jual balik,”
“Harris nak nasihatkan kalau korang betul-betul tak minat jangan beli basikal sebab harganya pun bukan murah. Kalau memang betul minat, boleh lakukan aktiviti ini tapi tak perlulah sampai nak kayuh 500 km. Cuba dulu kayuh 100 km, itu pun dah berbaloi,” jawab Harris.
Melihat kepada isu viral sebelum ini, ramai pengayuh basikal yang dikecam masyarakat kerana mengayuh basikal tidak mengikut undang-undang, berada di tengah jalan raya dan ada juga kumpulan tak bertanggungjawab yang memanjat roundabout Elmina baru-baru ini untuk bergambar.
Ini komen Harris Annuar.
“Harris nasihatkan agar masyarakat tidak terus menyerang penunggang basikal kerana yang melakukan perkara-perkara tidak bertanggungjawab ini sebenarnya adalah bergantung kepada individu. Ia bukannya seperti seorang cyclist yang melakukan kesalahan, semua penunggang basikal dipersalahkan. Sama juga seperti pemandu kereta. Ada yang tidak bertanggungjawab melakukan double park, tapi bukan semua pemandu bersikap seperti itu,”
“Sebenarnya yang salah adalah individu itu sendiri dan janganlah samakan kami seperti itu. Untuk mereka yang telah melakukan kesalahan-kesalahan seperti itu, korang kena tahu apa implikasinya terhadap masyarakat. Korang kena jaga nama cyclist yang lain juga kerana ia memberikan tanggapan buruk kepada penunggang basikal lain yang tidak bersalah,”
“So, nasihat Harris kalau boleh janganlah melakukan perkara-perkara itu lagi dan sekiranya mahu mengambil gambar, berhenti di tempat yang sepatutnya. Senang, tak perlulah sampai nak panjat-panjat roundabout,” ujar Harris lagi.
Untuk perancangan masa hadapan, Harris dan rakan-rakannya bercadang untuk melakukan kayuhan ke Desaru dan kalau boleh, mereka juga mahu tour satu Semenanjung Malaysia.
Kami di Remaja sentiasa mendoakan kejayaan Harris dan sekali lagi, tahniah diucapkan atas pencapaian yang telah dilakukan ini. Semoga ia memberi inspirasi untuk anak muda memulakan gaya hidup sihat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...