Baru-baru ini, seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Melawati 2, Syed Dhamir Ahmad Alhabshi Syed Mohd Farid Alhabshi mencuri perhatian rakyat Malaysia apabila berjaya meraih rekod di Malaysia Book of Records (MBOR) selepas melafazkan 200 digit nombor Pi daripada ingatan.
Menerusi perkongsian gambar yang dimuat naik di Facebook ibunya, Nor Harwina, kejayaan luar biasa kanak-kanak berusia 7 tahun itu dikongsikan bersama momen rasmi percubaan rekod yang disaksikan sendiri oleh wakil Malaysia Book of Records pada 9 Februari lalu.
Dalam usia yang masih sangat muda, Dhamir berjaya mencipta rekod bagi kategori ‘Paling Banyak Digit Pi Dilafazkan Dari Ingatan Oleh Seorang Kanak-Kanak (200 Digit Pi)’. Pengiktirafan tersebut sekaligus meletakkan namanya secara rasmi dalam Malaysia Book of Records iaitu satu pencapaian yang jarang diraih oleh kanak-kanak seusianya.

Menurut Harwina, pencapaian itu bukanlah sesuatu yang berlaku dalam sekelip mata. Ia lahir daripada latihan berterusan, disiplin tinggi serta minat mendalam terhadap dunia nombor.
Malah, keputusan ujian IQ WISC-V yang dijalankan sebelum ini menunjukkan Dhamir mempunyai tahap kecerdasan luar biasa dalam bidang numerikal, melebihi purata kanak-kanak seusianya.
“Setiap digit mengalir lancar tanpa henti kerana inilah bidang yang Allah kurniakan sebagai anugerah buatmu. Keputusan ujian IQ WISC-V jelas menunjukkan bahawa kamu seorang kanak-kanak pintar dalam bidang nombor, melebihi tahap usia kamu,” tulisnya.
“Pengiktirafan ini bukan datang daripada tekanan, tetapi daripada rasa ingin tahu, fokus dan kecintaan terhadap pembelajaran yang lahir secara semula jadi dari dalam diri kamu,” jelas ibunya menerusi perkongsian yang sama.

Dalam pada itu, bagi ibu bapa Dhamir, rekod ini bukan sekadar angka atau sijil pengiktirafan, sebaliknya simbol ketabahan dan kepercayaan terhadap potensi diri. Mereka juga percaya setiap anak mempunyai keunikan tersendiri yang perlu digilap dengan sokongan, doa dan ruang untuk berkembang secara sihat tanpa tekanan berlebihan.
“Teruskan melangkah, Dhamir. Sambut setiap cabaran dan setiap peluang yang datang. Kami tidak pernah berhenti berasa bangga denganmu, Dhamir,” coret ibunya lagi.

Anda mungkin berminat dengan
Sementara itu, keistimewaan Dhamir bukan hanya terletak pada kekuatan memorinya semata-mata. Difahamkan, beliau juga mampu menyelesaikan soalan Matematik peringkat Tingkatan 1 termasuk topik algebra dan penyelesaian masalah dengan lancar, walaupun usianya masih di bangku sekolah rendah.
Keupayaan memahami konsep abstrak pada tahap lebih tinggi itu sekali lagi membuktikan bahawa potensinya dalam bidang numerikal berada di luar kebiasaan, sekaligus membuka ruang luas untuk masa depan yang lebih gemilang.
Sumber: Facebook Nor Harwina
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Bermacam cara nampaknya pelobi zionis Israel gunakan demi meraih perhatian dan menampakkan mereka berada di pihak yang betul. Tidak cukup di media sosial, kini mereka sanggup membeli iklan penuh di akhbar The New York Times! Kelakar bukan?
Iklan yang dibeli oleh World Values Network itu menggunakan gambar adik-beradik Hadid dan Dua Lipa tanpa kebenaran ditambah pula dengan tuduhan melampau konon-kononnya selebriti-selebriti tersebut menyemarakkan Holocaust kali kedua.
Tidak duduk diam dek tohmahan ini, Dua Lipa mengeluarkan kenyataan balas menerusi hantaran di akaun Instagramnya. Dia bekata, “Saya menolak tuduhan palsu dan mengerikan yang disiarkan di dalam akhbar The New York Times hari ini yang dibawakan oleh World Values Network.

“Inilah harga yang harus dibayar kerana mempertahankan hak kemanusiaan rakyat Palestin melawan kerajaan Israel yang mana sikap mereka diakui sendiri oleh Human Right Watch dan Organisasi Kemanusian Israel tentang penganiayaan dan diskriminasi yang berlaku di sana.
“Saya mengambil pendirian ini kerasa saya percaya bahawa orang Yahudi, Islam dan Kristian mempunyai hak untuk hidup sebagai rakyat yang sama rata tidak kira negara mana yang mereka pilih.
“The World Values Network tanpa segan silu menggunakan nama saya untuk memacu kempen palsu dan penyalahgunaan secara terang-terangan terhadap apa yang saya prinsip yang saya pegang. Saya berdiri dengan penuh soladiriti bersama mereka yang tertindas dan menolak segala jenis sikap perkauman.”
***P/S: Orang bila terdesak, semua perkara sanggup mereka lakukan. Protest terhadap kekejaman Israel telah berlaku di bandar-bandar besar seluruh dunia dan ia disertai oleh pelbagai kaum termasuk orang Yahudi yang tidak bersetuju dengan tindakan rejim Zionis Israel.
∞
Ajal maut di tangan Tuhan. Siapa pun jodoh kita, sudah ditentukan di luh mahfuz. Namun begitu ada banyak juga perceraian terjadi di pertengahan rumah tangga. Ramai yang tidak serasi bersama, kurang komunikasi, isteri atau suami berlebihan.
Perceraian walaupun halal namun dibenci kerana setiap kali berlaku perceraian, bergegar tiang arash. Sebelum bertemu jodoh, setiap orang berhak memilih pasangan hidupnya. Buatlah pilihan tepat kerana tidak semua mahu berulang kali naik pelamin sebaliknya ramai impikan hanya sekali sahaja.
Imam Al-Ghazali didalam kitabnya Ihya' Ulumuddin (kitab Tassawuf yang terkenal) ada mengatakan ungkapan arab yang bermaksud: "Janganlah kamu menikahi 6 jenis perempuan iaitu:
1. AL-ANNANAH :
Perempuan yang banyak mengeluh dan mengadu, selalu membalut kepalanya sebagai tanda sakit (menandakan dia rasa terbeban dengan tugasan hariannya, kerana malas atau memang sifat aslinya suka mengeluh walaupun disebabkan perkara kecil, perempuan tersebut juga berpura-pura sakit supaya suaminya tidak membebaninya dengan tugasan harian). Menikahi perempuan yang sengaja buat-buat sakit tidak ada faedah padanya.
2. AL-MANANAH :
Perempuan yang memberikan sesuatu kepada suaminya (suka mengungkit-ngungkit). Sampai satu masa dia akan mengatakan, saya telah melakukan untuk kamu itu dan ini.
3. AL-HANANAH :
Perempuan yang suka merindui dan mengingati bekas suami atau anak daripada bekas suami (perempuan seperti ini tidak akan menghargai suaminya walaupun suaminya berusaha memuaskan segala kemahuannya).

4. AL-HADDAQAH :
Perempuan yang menginginkan setiap perkara dalam perbelanjaannya (boros) dan suka membeli sehingga membebankan suaminya untuk membayar pembeliannya.
5. AL-BARRAQAH :
Terdapat dua makna, yang pertama ialah suka berhias sepanjang masa (melampau dalam berhias) supaya wajahnya nampak lebih anggun dan mempersona, sedangkan pada suaminya tidak buatpun dan makna kedua ialah perempuan yang tidak mahu makan, maka dia tidak akan makan kecuali bila bersendirian dan dia akan menyimpan bahagian tertentu untuk dirinya sendiri.
6. AL-SYADDAQAH :
Perempuan yang banyak bercakap sesuatu yang tidak berfaedah (berbicara tidak tentu arah), semoga para muslimah tidak termasuk didalam golongan-golongan yang disebutkan diatas.
Na'udzubillahimindzalik.. Sumber : Muhd Farhan Hakimi
∞
Kejadian dua helikopter yang dipercayai bertembung dan terhempas di Taman Melawati dekat Ampang Selangor tengah hari tadi telah disaksikan oleh beberapa penduduk yang menetap berhampiran tempat kejadian.
Menurut laporan rakan media di Sinar Harian, Ketua Pusat Gerakan (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor iaitu Penguasa Bomba Zulfikar Jaffar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut kira-kira jam 11.47 pagi hari ini.


Kata Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis kepada Astro Awani pula, “Pihak Bomba Selangor telah menghantar 2 jentera daripada Ampang, Pandan dan daripada Taman Melawati, Kuala Lumpur. Ia melibat 3 orang fire risk contender. Kejadian tidak melibatkan orang awam setelah helikopter tersebut terhempas di kawasan lapang.
“Menurut saksi awam, mereka melihat helikopter tersebut berlanggar di antara satu sama lain. Kita juga telah berjaya mengeluarkan keempat-empat mangsa dan dalam proses untuk mengenal pasti identiti mereka,” jelasnya.
Kejadian yang berlaku berhampuran Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJK) Taman Melawati itu telah mengakibatkan dua mangsa yang tidak sedarkan diri. Dua lagi orang mangsa iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan pula terselamat.
Video yang dimuat naik oleh Sinar Harian memperlihatkan saksi kejadian yang melihat bagaimana hehlikopter tersebut terhempas dekat dengan kawasan kejiranan mereka.
Jelas dari balkoni rumah saksi, dua buah helikopter menuju ke bawah sebelum terhempas. Manakala beberapa lagi buah helikopter masih berlegar di ruang udara, dipercayai juga terlibat dalam misi mereka pada tengah hari tadi.
∞