Siapa sahaja tidak mengenali figura terkenal dalam industri penyampaian radio, Faizal Ismail yang lebih dikenali sebagai FBI. Pernah berkhidmat sebagai penyampai radio Hot FM selama hampir sedekad, beliau kini beralih ke radio ZAYAN.
Baru-baru ini beliau ditemui di acara World #QuranHour yang bersiaran secara langsung di Masiid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Turut teruja dengan kehadiran peserta program tersebut yang dikatakan berlipat ganda jumlahnya berbanding tahun-tahun sebelumnya, beliau turut mengakui akan kehebatan kitab suci Al-Quran dalam hidupnya.
Ads
“Dulu saya pernah dijemput tapi kali ini lebih bermakna kerana baru-baru ini, saya banyak mendalami maksud Al-Quran dengan lebih lagi. Saya juga ingin kongsikan rahsia di mana perubahan yang berlaku dalam hidup saya ini, asbabnya sebab Al-Quran juga,” ujar beliau kepada Remaja.
Menurut penyampai radio ZAYAN itu lagi, Allah SWT telah memberinya peluang untuk memuhasabahkan diri dan mengubah perjalanan hidupnya dari dunia yang dahulu kepada dunia yang lebih dekat dengan Allah SWT menerusi kehadiran kitab tersebut.
Ads
“Al-Quran ini adalah satu mukjizat yang sangat besar dan kita patut ambil kesempatan ini. Mukjizat ini relevan kepada kita sepanjang zaman dan dapat menjadi ‘healing’ kepada kita,” tambah beliau lagi.
Beliau turut berkesempatan menyampaikan sampul duit raya kepada hadirin yang menghadiri program World #QuranHour.
Sekadar info, bapa kepada empat cahaya mata itu pernah menyambung pengajian peringkat sarjana dalam bidang industri kreatif di Universiti Cardiff, United Kingdom (UK) pada Ogos 2019. Namun disebabkan penularan wabak Covid-19, situasi itu memaksa semua pusat pengajian ditutup dan pembelajaran diteruskan secara dalam talian.
Ads
Akhirnya beliau mengambil keputusan pulang ke tanah air dan sekembalinya beliau di sini, FBI mengambil keputusan menyertai tabligh, bagi melakukan perubahan dalam diri selepas didekati jemaah terbabit sewaktu di UK.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: Astro, Kosmo
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa yang tidak kenal dengan nama Dr. Hairul Anuar Harun, penulis lirik berpengalaman yang telah melakar lebih 300 karya seni, termasuklah lagu-lagu malar segar Cindai, Balqis dan Hati Kama nyanyian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Terbaharu, figura seni berusia 50 tahun ini mencipta satu lagi pencapaian membanggakan apabila berjaya menggenggam Doktor Falsafah (PhD) Peradaban Melayu sempena Istiadat Konvokesyen ke-27 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Namun, perjalanan menuju kejayaan ini bukanlah semudah bait-bait indah yang pernah beliau hasilkan. Dr. Hairul jujur mengakui bahawa dirinya hampir berputus asa ketika melalui proses penyelidikan dan penulisan tesis yang memakan masa tiga tahun, sebelum menunggu setahun lagi untuk kelulusan penyelia.
“Sebenarnya, saya hampir putus asa menunggu proses kelulusan tetapi atas beberapa faktor terpaksa berkeras kepada diri sendiri untuk menamatkan apa yang telah dimulakan. Alhamdulillah, tahun ini saya berjaya menyelesaikan kesemuanya,” katanya.
Lebih mengagumkan, inspirasi utama di sebalik tesis beliau datang daripada minat mendalam terhadap pembacaan dan penghayatan karya seni sejak usia muda.
“Saya mula menulis pada umur 22 tahun. Sebagai seniman, kita perlu banyak membaca dan menelaah supaya dapat memberi sesuatu yang baru kepada masyarakat dan industri.
“Begitu juga dengan tesis saya yang mengkaji karya M. Nasir, sangat mencabar kerana ini adalah kajian pertama seumpamanya di dunia,” jelasnya.
Menurut Dr. Hairul, proses menghasilkan lirik dan menyiapkan kajian akademik mempunyai persamaan tersendiri, kedua-duanya menuntut penguasaan ilmu, proses analisis serta kehalusan dalam menyampaikan makna.
Beliau turut meluahkan rasa penghargaan buat penyelia tesisnya, Prof. Madya Dr. Mohd. Azam Sulong, atau lebih dikenali dalam dunia muzik sebagai Azam Dungun yang sentiasa membimbingnya hingga tamat pengajian.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: KOSMO!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Komposer dan penyanyi terkenal, Ajai bakal hadir dengan lagu duet terbaharu bersama penyanyi berbakat besar, Nadeera.
Perkhabaran gembira itu dikongsi sendiri Ajai menerusi satu hantaran di Instagram. Menurutnya, proses rakaman bersama Nadeera berjalan lancar dan dia amat kagum dengan kualiti vokal penyanyi tersebut.
“Alhamdulillah. Selesai recording dengan Nadeera. Saya hendak berkongsi seni dengannya.
“Melamarnya berduet bersama-sama untuk lagu terbaharu.
“Nadeera, awak mempunyai kawalan suara yang bagus setiap kali capai notasi tinggi. Saya harap semuanya dipermudahkan,” tulis Ajai.
Dalam hantaran sama, Ajai turut memuat naik beberapa foto ketika mereka berada di studio rakaman untuk tatapan peminat.
Bukan sekadar memuji vokal, Ajai juga mengagumi semangat juang Nadeera yang tidak pernah mengenal erti putus asa sejak awal pembabitannya dalam industri.
“Seorang insan seni yang bersuara merdu dan tinggi. Mengenalinya sejak dari dahulu lagi ketika dia memasuki beberapa pertandingan nyanyian.
“Dia tidak pernah berputus asa, sebab dia percaya pada bakat besar yang dimilikinya. Saya seronok melihat pencapaiannya sekarang,” katanya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat tidak sabar menantikan hasil kolaborasi dua nama besar ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan model jelita, Natasha Hudson, sekali lagi menarik perhatian ramai apabila dilihat memadam foto-fotonya berhijab di laman Instagram peribadi.
Malah, pelakon berusia 43 tahun itu turut memuat naik gambar tidak lagi bertudung ketika melakukan aktiviti sukan pantai menerusi InstaStory miliknya.
Sebelum ini, Natasha dilaporkan kembali berhijab sekitar Julai lalu, selepas beberapa kali membuat keputusan untuk mengenakan semula tudung.
Pemenang Pelakon Harapan Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-20 ini juga sebelum ini sering berkongsi aktiviti hariannya yang cukup tenang dan sederhana, termasuk kehidupan cara kampung di Pulau Langkawi.
Untuk rekod, ini bukan kali pertama Natasha membuka hijab. Sebelum ini, beliau pernah tampil berhijab dan bahkan pernah memakai purdah.
Sejak mendirikan rumah tangga buat kali kelima pada tahun 2022 dan menetap di Langkawi, Natasha dilihat semakin aktif dengan aktiviti sukan luncur bersama suaminya, serta tampil lebih terbuka berkongsi rutin kehidupannya di sana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah menyentuh hati Leong Kun Xuan yang berusia 10 tahun sanggup menderma sel stem demi menyelamatkan bapanya yang menghidap leukemia, sehingga meraih perhatian dan sokongan masyarakat.