
Pernah atau tidak korang mengalami situasi di mana terpaksa untuk menolak sesi interview kerana terlalu banyak menerima email tawaran bekerja dalam satu masa?
Kalau ikutkan hati memanglah rasa happy bila banyak panggilan interview yang diterima, tapi dah tentu korang tak dapat nak pergi semua tempat.
Seandainya korang berada di situasi seperti ini, janganlah hanya dibiarkan sahaja email tawaran yang tak dapat diterima itu. Manalah tahu di masa akan datang korang nak apply kerja lagi, sekiranya korang hanya berdiam diri dan tidak hadir, besar kemungkinan nama korang akan di blacklist.

Jadi, apa yang korang boleh buat?
Ikuti perkongsian yang telah dibuat oleh Asyraf Khalib ini tentang cara macam mana nak menjawab email panggilan interview yang terpaksa ditolak.
1. Greeting pekerja tersebut dengan menggunakan nama atau position mereka yang tertulis pada email (tengok bahagian signature)
2. Pujilah sikit cakap korang terharu sebab mereka dah habiskan masa untuk check resume korang dan siap balas email jemput datang interview
3. Jangan terus cakap ‘No’ atau ‘Saya tak berminat’. Beritahu dulu dengan cara paling baik yang korang nak tarik balik permohonan tempoh hari.
Tambah sikit ayat menunjukkan korang kecewa terpaksa tolak tawaran meraka. Nampak sikit la korang jaga hati mereka. Hiks!

4. Kalau ada alasan munasabah, tulis alasan tersebut. Kalau tak ada, lebih baik tak perlu. Contohnya cakap sekarang kau dah terima kerja di syarikat lain yang offer lebih awal. Jangan bagi alasan gila seperti korang dah tak berminat nak kerja di situ.
5. Ucap terima kasih sekali lagi dan beritahu yang korang berharap sangat perkara macam ni tak berlaku lagi. Sekurang-kurangnya mereka faham yang korang tak main-main dan bukan jenis suka mohon kerja banyak-banyak dalam satu masa.

6. Akhir sekali, letak signature menandakan korang serius dan bukanlah orang lain yang reply email tu sebab nak sabotaj. Haha!
7. Sebaiknya, balas email guna bahasa yang digunakan oleh pihak mereka. Kalau bahasa Inggeris, maka reply la dalam bahasa tersebut juga.
Kesimpulannya, tak semestinya dengan company yang kita bekerja saja perlu menjaga adab sebab mereka yang bayar gaji. Tetapi, kan lebih elok kalau berbuat baik juga kepada semua orang agar mereka selesa berurusan dengan kita.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Arena Wan & Arabella Ellen – Isu Digital Oktober 2025 Bersama Pelakon Generasi: Perfect 10

Naratif tentang keberanian, identiti diri dan ketabahan gadis remaja dalam mengejar cita-cita mungkin pernah diceritakan dalam naskah drama dan filem tempatan sebelum ini. Begitupun sehingga kini, masih belum ada produksi seberani Generasi: Perfect 10 yang mengangkat semangat atlet gimnastik wanita negara serta komuniti di sekeliling mereka.
Gandingan generasi pelakon baharu, Arena Wan & Arabella menerajui drama bersiri berkenaan serta muncul sebagai penghias muka hadapan digital REMAJA bulan ini; mencoret kisah di sebalik segala lelah yang dirasai di gelanggang GP10.
ketua bahagian New Gen FIEZREEN AHMAD editor & penata gaya FZ AIMMAN perletakan grafik & arahan seni AZNIZA AZIZ penyelaras DALILAH ISMAILUDDIN teks FATH ABU BAKAR pembantu penyelaras ZOE@ZULAIKHA fotografi JAZLAN NANGAR pembantu foto NIZA SUHAIMI suntingan foto HEZRY ROKMAN penerbit video IZY ISMAIL suntingan video AMIRUL IMRAN YUNUS videografi AFIQ NAQIUDDIN, SUFYAN MARHABAN & ERA RODUAN pelatih industri ISHRAF HAQIMI, EIMAN NURSYAZA & IQWAN SHAHMIE solekan & dandanan Arena Wan AYANG KAMELL solekan & dandanan Arabella Ellen ALBIN HASSAN persalinan SUPERDRY (TERIMA KASIH KEPADA F.J. BENJAMIN MALAYSIA) dengan kerjasama CONTENT MARKETING, GROUP MARKETING, ASTRO MALAYSIA

ARENA WAN
#TeamEzie
Dari pentas pencarian Dewi Remaja 2018/2019, graf diskografi aktres yang semakin meningkat dewasa, Arena Wan kini terbuka lebih luas apabila terpilih membawakan watak utama dalam drama bersiri Astro Originals, Generasi: Perfect 10 (GP1O).
Dalam temu bual eksklusif bersama Remaja, Arena berkongsi sisi perjalanan sebagai pelakon, pengalamannya di set dan bagaimana drama ini memberi makna dalam hidupnya.
“Perfect” Dalam Ketidaksempurnaan
Kongsi Arena, tajuk drama ini sendiri bukan sekadar nama kosong atau nama yang dicipta bagi tujuan komersil.
“Generation: Perfect 10 ini sebenarnya adalah istilah dalam sukan gimnastik. Saya rasa ia agak berbeza sekarang. Skor tersebut sudahpun dinaikkan daripada sepuluh menjadi dua belas dan seterusnya. Tapi ya, ia memang istilah skor yang wujud dalam dunia gimnastik”
Mesej paling penting mengenai nama tersebut bukanlah mengenai hitting the perfect score. Sebaliknya, ketidaksempurnaan yang ada pada karakter lapan orang gimnas yang dipertontonkan dalam GP10 menjadikannya satu penceritaan yang sempurna.
“Kalau campur semuanya, ada sepuluh orang watak utama termasuklah Coach Sue (lakonan Sofia Jane) dan Coach Farah (lakonan Sharifah Sakinah). GP10 merupakan produksi yang majoritinya diterajui oleh wanita dan seperti yang kita tahu, this type of production doesn’t come as often in Malaysia.
“Setiap watak ada ketidaksempurnaan masing-masing. Kita semua ada kisah untuk diceritakan and that to me represents the ‘perfection’ in the title,” kata Arena.

Membawa Watak Ezie
Sebagai Ezrina Riyad ataupun Ezie, Arena menghidupkan watak seorang atlet muda dengan impian besar. Sama seperti kita yang pernah suatu masa dahulu menanam impian, Ezie perlu mencipta peluang termasuklah mengharungi segala halangan yang mendatang.
“Ezie bagi saya mewakili semua remaja yang bukan sekadar memikirkan impiannya sahaja tetapi impian seorang ayah. Sejak episod pertama, penonton sudah mengetahui bagaimana ayahnya sudah tiada dan Ezie terpaksa memikul rasa bersalah dalam dirinya.
“Ezie rasa dengan ‘berdegil’ untuk meneruskan sukan gimnastik, dia dapat memegang memori yang sangat rapat dengan jiwa ayahnya. Drama ini mungkin memberi fokus kepada Ezie tetapi ia sebenarnya mewakili semangat seorang bapa yang dibawa orang remaja tersebut sehingga melangkah naik ke podium.
“GP10 bukan semata-mata tentang gimnastik tetapi juga mengenai sifat kekeluargaan, persahabatan, percintaan dan motivasi,” ujarnya.
Tambah istimewa, watak Ezie memberi cermin besar kepada diri Arena yang dibesarkan dalam sebuah keluarga yang cukup istimewa dalam jiwanya dan jiwa warganet yang telah lama mengikuti kisah keluarganya.
“GP10 sebenarnya merupakan projek pertama saya bersama Astro Originals. Seakan mimpi bertukar realiti… apa yang orang nampak mungkin adalah kejayaan momen bersama GP10 ini. Namun mereka tidak sedar sepanjang perjalanan saya untuk menjadi seorang pelakon; ada banyak cabaran, banyak halangan. Seperti Ezie, halangan-halangan tersebut tidak membuatkan dia (Ezie) berhenti. Dia tetap teruskan walau apa pun orang kata.
“Selama kira-kira enam tahun tergolong dalam industri lakonan, terus terang adakalanya saya merasakan agak statik. Jarang pegang watak utama. Projek GP10 akhirnya memberi saya semacam sign… supaya jangan terlalu meragui diri. Kalau rezeki itu tertulis untuk kita, ia akan jadi milik kita. Percayalah, impian boleh jadi nyata,” tuturnya lagi.

Chemistry Bersama Sherie Merlis
Arena tidak dapat menyembunyikan rasa sayangnya terhadap pelakon berpengalaman, Sherie Merlis yang membawakan watak sebagai ibunya, Nazma.
Arena turut berkongsi momen istimewa apabila Sherie mengatakan Arena sedikit-sebanyak mengingatkan terhadap zaman muda beliau.
“Saya sayang dia. Masa dia ada di set, saya rasa macam dia betul-betul mak saya sendiri. Malah sebelum kami masuk set, dia jemput kami ke rumahnya. Masak sama-sama, bina chemistry.
“Saya pun macam tak percaya, Sherie Merlis ajak saya dan buka ruang peribadinya kepada saya? Saya sangat hargai benda tu.”
Mengimbas pengalaman tinggal bersama ketika penggambaran di Sendayan, Negeri Sembilan; Arena merasakan suasana di set Generasi: Perfect 10 begitu erat ibarat sebuah keluarga besar buat Arena.
“Kalau ‘mak-mak’ itu memang Sherie Merlis. Tapi di antara semua gadis lain… susah nak pilih sebab mereka semua macam adik-beradik bagi saya. Sejak mula prep, kami akan berjumpa setiap hari. Peluh, air mata semua kami kongsi bersama.
“Kami semua tinggal satu rumah. Makan sama-sama, masak sama-sama, tidur sama-sama. Sangat seronok.”
Nilai Respect Terhadap Atlet Kebangsaan
Walaupun terpilih untuk membawa watak atlet utama dalam drama bersiri ini, Arena mengakui dirinya tidak begitu fleksibel seperti yang disangka oleh penonton.
Usaha dan semangat berpasukan sepanjang sebulan bagi sesi latihan telah menjayakannya persembahannya lebih realistik untuk digabungkan dengan stunt oleh atlet gimnasitik sebenar.
“Nak buat split pun rasa nak menangis. (Ketawa) Kemahiran yang paling sukar untuk saya adalah gaya ‘aerial’. Sampai sekarang pun saya tak boleh buat. Ia membuatkan saya lebih menghormati para atlet kebangsaan kita yang berusaha sepanjang hidup mereka bagi menyempurnakan skil masing-masing. And they don’t just do it for themselves, they do it for our country.
“Saya berharap agar penonton juga boleh merasai kepayahan yang dirasai oleh atlet-atlet kita apabila mengikuti GP10 daripada episod pertama sehingga yang terakhir. Saya percaya ramai yang boleh relate dengan Ezie. Ada kisah di sebalik gambarannya sebagai seorang atlet. It is definitely more than that tapi saya tak mahulah ceritakannya sekarang. (Ketawa). Rahsia dulu, korang kenalah tengok sendiri,” akhiri Arena.

ARABELLA ELLEN
#TeamVictoria
Biarpun baharu menceburi bidang lakonan selama hampir dua tahun lamanya, nama Arabella Ellen semakin menjadi sebutan produksi dan peminat seni hiburan tanah air. Figura naib juara Dewi Remaja 2023 ini tampil dengan projek terbesarnya pada tahun ini menerusi drama bersiri Generasi: Perfect 10 (GP10).
Menariknya, watak yang digalas Arabella bukan sekadar karakter biasa tetapi cukup dekat dengan kisah hidupnya sendiri sebelum penyertaan dalam pencarian Dewi Remaja.
Queen Bee
Membawakan watak Victoria Zahra yang merupakan seorang gadis yang kelihatan sempurna dari luaran namun sarat dengan konflik dalaman; Arabella percaya Victoria mempunyai sisi tersendiri yang perlahan-lahan tersingkap walaupun awalnya kelihatan dominan.
“Victoria ini ibarat Queen Bee dalam fikirannya sendiri. Sebagai kapten untuk Pasukan A gimnastik PERMAI dan mengetuai Pasukan B, Victoria merasakan dirinya perlu menjadi kental dan tidak mudah rapuh. Tambahan pula, dia memikul tekanan sejarah keluarganya terutama daripada kakaknya yang merupakan jaguh gimnastik.
“Cuma untuk memahami siapa diri Victoria yang sebenar, penonton perlukan masa. Satu-persatu lapisan karakternya akan tertanggal bagi menceritakan mengapa Victoria menjadi sedemikian,” katanya.

Antara Minat dan Cabaran
Untuk pengetahuan korang, Arabella terlebih dahulu pernah bergelar seorang atlet gimnastik berirama (gimrama) kebangsaan pada usia belasan tahun.
“Saya mula ceburi sukan gimrama sewaktu berusia 8 tahun di Kuantan. Ketika berusia 10 tahun saya terpilih menyertai pasukan kebangsaan dan untuk enam tahun berturut-turut, saya jalani latihan di Bukit Jalil.
“COVID-19 melanda ketika tahun terakhir saya sebagai seorang atlet. Ditambah pula dengan kecederaan tulang belakang yang saya alami, syaa ambil keputusan untuk berhenti. Menangis habis waktu itu! Jurulatih bertanya banyak kali, ‘Adakah ini keputusan akhir awak?’ dan saya menjawab ya,” dedah Bella.
Pengalaman keemasan selama lapan tahun itu nyata membantunya bagi menghidupkan watak Victoria Zahra di atas gelanggang tetapi ia tetap hadir dengan kesukarannya tersendiri.
“Victoria tidak 100% mencerminkan siapa diri saya dan rakan-rakan lain sewaktu bergelar gimnas dahulu. Cuma, Bella boleh faham apa yang Victoria rasai sewaktu membaca skrip untuk kali pertama. Pada masa itu, saya menangis kerana belum pernah lagi sebelum ini merasai emosi sebegitu rupa.
“Kisahnya memang menyedihkan… tambah sedih lagi kerana saya tahu perihal kehidupan Victoria juga berlaku dalam realiti sebenar. Tak semua orang nampak pengorbanan yang dipikul oleh atlet-atlet kita,” jelasnya yang merasakan GP10 ialah projek paling ‘intense’ sepanjang kerjaya lakonannya, setakat ini.
Walaupun meninggalkan dunia atletik bukanlah sesuatu yang mudah, Arabella memilih untuk melihat ke hadapan. “Saya tidaklah rasa menyesal. Cuma bila perlu menangis untuk watak Victoria, saya akan mendengar lagu dan mengimbas balik pengalaman semasa bergelar atlet.
“Itulah yang membuatkan saya sedih dan merindui sukan tu. Tapi… itulah, perkara sudah berlaku,” katanya sambil tersenyum.

Kecederaan Bukan Alasan
Proses persiapan GP10 bukan hanya melibatkan kelas lakonan tetapi juga memerlukan latihan fizikal intensif. Dalam tempoh sebulan itu, Arabella sempat berdepan kecederaan sewaktu menjalani latihan di set pengambaran.
“Masa latihan prep training, kaki kanan saya bengkak dan merasa sakit disebabkan inflammation. Painkiller dan muscle relief menjadi peneman, Dalam tempoh seminggu kecederaan, saya tetap hadir cuma saya sekadar buat apa yang mampu.”
Menariknya, bekas gimnas ini turut menjadi penyokong buat rakan-rakan lain di set. Mengambil pengalamannya di gelanggang, Arabella meluahkan rasa gembira apabila dapat membantu rakan-rakan aktres GP10 lain dengan aksi mereka.
“Saya tak nak nampak macam busybody but I was more than happy to share pengetahuan tentang gimnastik seperti kepimpinan, kerja keras dan disiplin.
“GP10 is more than a story about sportsmanship. Ia mengenai persahabatan, hubungan anak dengan ibu. Juga mengenai mana-mana remaja yang mempunyai impian dan berdepan tekanan. Kesemua elemen itu saya percaya telah berjaya direalisasikan oleh kesemua para pelakon GP10.”
Mengangkat Martabat Atlet Negara
Arabella berharap GP10 bukan sekadar hiburan tetapi membuka mata ramai tentang realiti seorang atlet. Menerusi GP10, penonton boleh mengerti apa yang berlaku dalam dunia kesukanan dan Arabella berharap agar penonton lebih menghargai atlet-atlet negara tanpa mengira momen kemenangan mahupun kekalahan.
Ditebak mengenai sumber inspirasinya bagi menjayakan watak Victoria, Arabella mengakui ia bertitik-tolak daripada kisah hidupnya sendiri yang tersirat elemen mirip dunia PERMAI. Arabella juga banyak mencedok inspirasi daripada mentor siri ini, Farah Ann Hadi yang merupakan gimnas kebangsaan yang berjaya menempah tempat ke Sukan Olimpik.

*
Di antara Arena Wan dan Arabella Ellen, wujud titik persamaan ketika latihan dialog yang memudahkan mereka mencipta chemistry dalam banyak babak yang melibatkan mereka. Double trouble much? Maybe. Namun duo ini menyerlahkan hanya sisi-sisi positif bagi membuktikan bahawa produksi yang menolak barisan pelakon dan kru majoriti wanita seperti Generasi: Perfect 10 juga mampu menambat hati penonton dan pengkritik dunia perfileman.
Misi GP10 lebih besar daripada sekadar mengisi slot drama yang tersedia. GP10 ingin mengorak langkah ke arah genre yang jarang sekali dipertontonkan di kaca televisyen. GP10 juga berani menceritakan kisah realiti yang seringkali disembunyikan di sebalik tabir.
Sama ada korang merupakan peminat dunia sukan gimnastik ataupun tidak, GP10 menyediakan ramuan mencukupi untuk tontonan semua.
Jangan lupa saksikan Astro Originals ‘Generasi: Perfect 10’ hanya menerusi Astro One atau aplikasi sooka.
Suka rancangan dan drama terbaharu? Nikmati hiburan tempatan dan antarabangsa tanpa henti dengan Astro One kini dengan bundle eksklusif Disney+ Hotstar dan HBO Max, dari RM69.99/sebulan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Netizen Puji Bae Suzy Comel Pakai Hijab Pemberian Fan

Wow, bekas penyanyi Miss A dan aktres, Bae Suzy dari Korea ini memang pakai apa pun cantik je!
Suzy sering dipanggil untuk menjayakan photoshoot setiap bulan di Korea Selatan.
Hasil gambar photoshoot yang dicari di Internet, tak dapat disangkal lagi Suzy mempunyai rupa paras cantik dan boleh mengenakan apa-apa jenis pakaian.
Pakaian comel, pakaian high fashion, streetwear atau apa sajalah yang dipakainya, bahagian komen pasti akan dihujani dengan pujian!

Terbaru, muncul video di media sosial yang menunjukkan Suzy sedang melayan peminat dalam acara fan meeting.
Video milik akaun Instagram @noona_bigos itu menunjukkan salah seorang peminat menghadiahkan Suzy dengan sehelai selendang atau shawl berwarna biru dan berbunga tabur.
Pada caption tertulis, “Seorang fans (ber)asal (dari) Indonesia memberikan sebuah Hijab untuk @skuukzky pada saat fan sign ‘faces of love’, hari minggu kelmarin.”

Dalam video tersebut, peminat bertuah itu meminta izin untuk mengenakan selendang pada kepala Suzy.
Suzy terus menerimanya, memakai dan pose pada kamera di belakang. Siapa sangka, pakai hijab pun comel!
Lebih mengharukan, Suzy terus mengenakan selendangnya itu walaupun selepas peminat tersebut beredar.
Selebriti berusia 24 tahun ini sememangnya terkenal dengan attitude yang sopan, ‘selamba’ dan sentiasa senyum. Jadi tak hairanlah apabila Suzy terbuka hati dan minda untuk mencuba selendang pemberian peminat.



Comelkan!
Ini pula antara komen yang diberikan peminat di Instagram @majalahremaja hari ini.

Kami berharap Suzy akan terus mengekalkan imej positifnya seperti ini (dan mungkin boleh memikat hati bekas teman lelaki, Lee Min Ho semula?). Hehe #ship.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Bangga Tapi Jangan Dabik Dada” Sara Yap Recap Jadi Penyumbang Pingat Pertama Malaysia

Kehadiran tahun 2020 tak lama lagi membawa banyak maksud kepada Malaysia, terutamanya kepada arena sukan negara. Para atlet remaja dijangka bertarung mati-matian dalam beberapa kejohanan dunia yang bakal dianjurkan.
Antaranya termasuklah Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang dijangka akan berlangsung bermula 24 Julai. Kebanyakan persatuan sukan tempatan sedang sibuk mempersiapkan anak buah masing-masing untuk kelayakan ke Sukan Olimpik dan Persatuan Taekwondo Malaysia tak ketinggalan.
Bercakap dengan REMAJA sempena isu ‘I Am #RemajaMalaysia’ pada keluaran Julai – September 2019 ini ialah salah seorang atlet harapan Taekwondo negara iaitu Sara Yap Khim Wen.
Atlet berusia 25 tahun itu masih diingati sebagai penyumbang pingat pertama Malaysia di Sukan Asia 2018 di Indonesia dan kini, dia juga sedang mempersiapkan diri.

Atlet taekwondo negara, Sara Yap, memasang misi untuk meraih pingat emas dalam Sukan SEA Filipina, November depan selepas membawa khabar gembira dalam Kejohanan Kesatuan Taekwondo Asia, baru-baru ini.
Sara pulang daripada kejohanan di Filipina itu dengan kilauan pingat emas kategori berpasangan campuran.
Penglibatannya dalam kejohanan itu sedikit-sebanyak memberikan bayangan tentang cabaran yang akan dihadapinya dalam Sukan SEA.

*
Walaupun Sara merupakan atlet Taekwondo, namun dia bertanding dalam kategori Poomsae iaitu displin persembahan, bukannya displin tempur. Melalui kategori itu jugalah, dia memenangi pingat pertama negara pada tahun lalu di Sukan Asia 2018.
“Pingat gangsa itu amat bermakna bagi saya dan persatuan kerana Poomsae ialah displin yang baru diperkenalkan di Malaysia. Kali terakhir atlet Taekwondo memenangi pingat di peringkat Sukan Asia adalah pada tahun 2002 di Korea Selatan. Jadi ini adalah satu pemberi semangat kepada kami semua,” katanya yang tak lokek dengan senyuman.
*
Bercakap mengenai sumbangan atlet wanita pada Malaysia, Sara merasa tak seharusnya ada perbezaan di antara atlet lelaki dan wanita pada zaman ini.

“Atlet perempuan sudah membuktikan mereka juga boleh bersaing di peringkat antarabangsa dan menjuarai banyak kejohanan. Contoh terbaik pada saya ialah Datuk Nicol Ann David yang meneruskan momentum untuk bertahun-tahun lamanya.
“Beliau adalah salah seorang role model bagi kami semua, tak kiralah untuk atlet lelaki atau wanita.”
REMAJA ucapkan all the best kepada salah seorang personaliti I AM #RemajaMalaysia kali ini iaitu Sara Yap!
Dia merupakan seorang yang kental fizikal, mental dan jiwa ketika melangkah masuk ke gelanggang.

Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

