Billie Eilish dan majalah Vanity Fair memang mempunyai chemistry yang rapat. Masakan tidak Billie telah menjayakan 4 video berjudul “Billie Eilish: Same Interview” untuk tahun keempat sejak pertama kali melakukannya pada tahun 2017.
Kali ini, Billie memulakan satu lagi siri baru bersama Vanity Fair dengan menjawab soalan peribadi secara “Slow Zoom”.
Menariknya dalam video temuramah itu, Billie menyentuh sedikit mengenai perihal peribadi mengenai dirinya, keluarga dan – ahem – cinta. Satu tindakan yang jarang sekali dilakukan olehnya dalam temuramah media terdahulu.
Walaupun tidak sepenuh berkongsi pengalamannya, dia mengakui pernah merasa amat terkongkong dalam hubungan dengan bekas teman lelakinya meskipun tidak menamakan individu tersebut.
Ads
“Saya merasa terkongkong semasa saya berada dalam hubungan yang benar-benar mendera emosi saya,”katanya.
Billie juga bukan saja pernah berada dalam perhubungan yang toksik, tetapi dia juga pernah berdepan pengalaman yang kurang enak apabila ramai mempertikaikan kemenangan 4 kategori anugerah Grammy’s pada tahun 2020 sepanjang minggu kemenangannya itu.
“Saya mendapat pujian dan pada masa sama, internet memberitahu saya tidak layak menerima. Ia adalah minggu yang pelik.”
Tambah Billie, sejak mula menjadi seorang yang cukup dikenali di seluruh negara, dia secara automatik perlu ‘mencampak’ maksud privasi dalam hidupnya memandangkan tiada lagi sekelumit privasi dalam kehidupannya yang tidak diketahui masyarakat.
Ads
Namun pada pendapat kami, Billie ialah di antara selebriti muda Hollywood yang bijak untuk menentukan ruang waktu untuk bersama peminat dan bila masa yang penting untuk bersendirian dengan keluarga.
Not everything has to shared publicly, people.
“(Ada masanya) saya dapat lupakan yang saya ini seorang selebriti apabila saya berada di rumah ibu bapa saya, bermain skuter, bermain basikal atau semasa saya di lautan.
“Jangan pernah berharap kamu adalah saya. Ini semua bukanlah seperti apa yang kamu harapkan. Dan kamu hanya akan mahu menjadi diri sendiri, saya selalu streskan perkara ini,” jelasnya lagi.
Untuk pengetahuan, Billie Eilish akan melancarkan filem dokumentari mengenainya bulan hadapan di Apple TV. Tak sabar nak tunggu!
*
Tapi sebelum itu, korang boleh tonton temu ramah penuh Billie bersama Vanity Fair ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi penulis – soal kepercayaan agama, Tuhan dan budaya seseorang adalah sesuatu yang amat personal. Ia adalah urusan di antara dia dan Tuhan.
Namun, jika sudah nama pun selebriti dan penyanyi terkenal dunia, hal kepercayaan agama juga turut tak terkecuali daripada diseret bersama.
Bekas ahli kumpulan One Direction iaitu Zayn Malik pernah berkongsi bahawa dia dibesarkan dalam persekitaran keluarga Islam.
Malah, dia juga menyambut Aidiladha bersama keluarganya serta teman wanita, Gigi Hadid.
Bagaimanapun, menerusi temuramah bersama majalah British Vogue bulan ini, Zayn berkata, “Saya tak pernah berkata yang saya merupakan seorang Muslim. Malah, saya tak pernah mengeluarkan statement berkenaan agama yang saya anuti.
“Saya tidak percaya kepada tuntutan makan makanan tertentu saja. Dan saya tak percaya tuntutan untuk membaca ayat dalam bahasa tertentu di dalam sembahyang 5 waktu.
“Ya, saya percaya adanya Tuhan. Tetapi neraka? Tidak sama sekali,” katanya sekaligus menjelaskan spekulasi peminatnya selama ini yang tidak pasti sama ada dirinya seorang Muslim atau tidak.
“Saya percaya jika saya berbuat baik, balasannya juga pasti baik.” Tambah Zayn, dia pernah dibesarkan dalam famili majoriti Muslim dan diajar untuk ke masjid.
“Kesemua itu adalah pengalaman yang indah. Islam sendiri adalah indah dan saya gembira dibesarkan oleh ibu bapa saya dalam keadaan tersebut. Namun, mereka memberikan pilihan sama ada saya ingin mendalaminya atau tidak.”
Untuk pengetahuan korang, bapa Zayn iaitu Yaser Malik berketurunan Inggeris-Pakistan manakala ibunya, Tricia pula berasal dari Ireland dan memeluk Islam selepas berkahwin dengan Yaser.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada saat ini, penulis percaya apa saja bentuk foto, video, status atau mesej yang dikongsikan oleh grup K-Pop popular, BTS di media sosial akan menerima berjuta-juta likes dan ribuan komen.
Video J.Hope melambai tangan selama 6 saat di Paris = 4.2 juta tontonan.
OMG, apa saja yang dilakukan oleh mereka bertujuh, ia umpama satu kuasa dominasi dunia yang tak akan berhenti. #worldpeacewithBTS
Terbaru, Jungkook berkongsi video melakukan parodi kepada lagu ‘Bad Guy’ nyanyian Billie Eilish. Video berdurasi 19 saat itu menunjukkan dia menyanyi dan menari mengikut ritma chorus lagu tersebut and you guessed it, ARMY sekali lagi menjadi obses.
‘Bad Guy’ merupakan single kelima Billie yang dipetik daripada album When We Fall Asleep, Where Do We Go? dan disebabkan lagu serta liriknya yang lain dari yang lain, ‘Bad Guy’ menjadi popular di kalangan pendengar remaja.
Ia menjadi bahan kepada beratus-ratus bentuk parodi dan memes, jadi Jungkook juga tidak mahu ketinggalan untuk mencipta video parodinya sendiri.
Dalam tempoh kurang 24 jam, video tersebut telah menerima 1.9 juta likes dan sehingga kini, 346000 komen di Twitter. Nampaknya para ARMY telah ‘berkhidmat’ dengan cemerlang, sekali lagi.
Disebabkan video ini juga, peminat berharap agar impian mereka untuk melihat kolaborasi BTS dan Billie Eilish akan menjadi realiti. Mengapa tidak, kolaborasi BTS dan Halsey untuk single ‘Boy With Luv’ menjadi kegilaan ramai.
Tambahan pula, Jungkook pernah berkata bahawa dia adalah peminat Billie sebelum ini. Tak mustahil mereka akan bergabung untuk single seterusnya.
Billie, *wink*.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Tomok baru-baru ini mencuri perhatian para peminat apabila beliau bersama isterinya, Rahayu Abas, terpilih untuk menjadi tetamu Allah bagi menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun ini.
Menerusi sebuah perkongsian Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail (42) dan isterinya di Instagram, mereka meluahkan rasa syukur atas jemputan istimewa tersebut ke Tanah Suci yang dianggap sebagai rezeki paling bermakna dalam kehidupan mereka sebagai pasangan suami isteri.
Dalam hantaran yang sama, Rahayu atau Ayu turut berkongsi rasa syukur apabila dipilih menjadi tetamu Allah bersama suami tercinta. Menurutnya, tiada doa lain yang diharapkan selain agar perjalanan ibadah itu dipermudahkan serta diberkati.
Rahayu juga menyifatkan peluang tersebut sebagai satu anugerah besar yang tidak ternilai, selain berharap agar segala urusan mereka sepanjang berada di Tanah Suci dipenuhi dengan rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.
Perkongsian tersebut turut disertakan dengan foto keluarga kecil mereka bersama tiga orang cahaya mata, sekaligus menambahkan lagi rasa sebak dan gembira dalam kalangan para peminat yang mengikuti perkembangan pasangan ini.
Menjengah ke ruangan komen di media sosial, ramai daripada rakan selebriti dan peminat menitipkan ucapan tahniah serta mendoakan agar perjalanan ibadah haji pasangan ini dipermudahkan serta dikurniakan haji yang mabrur.
Untuk rekod, Tomok dan Rahayu Abas telah mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Arrianshah Akid, Andrashah Iman dan Siti Khadijah yang menjadi penyeri dalam kehidupan mereka.
Sumber: Instagram Tomok & Ayu Abas
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!