Penyanyi terkenal tanah air, Anuar Zain, menzahirkan rasa sebak apabila mengenangkan nasib yang menimpa rakyat Palestin, terutama golongan kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa korban oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Kata pelantun lagu popular Perpisahan itu, solidaritinya kepada saudara seagama terutama kepada kanak-kanak yang menderita di negara berkenaan sangat kuat.
“Saya menangis tengok keadaan mereka. Hati saya koyak rabak melihat penderitaan kanak-kanak di sana. Mereka tiada dunia untuk melihat dan ada doa sahaja.
“Memang itu yang ada dalam fikiran saya sebelum menganjurkan konsert solo ini. Namun, saya percaya kita sudah menunjukkan kasih sayang dekat saudara kita di Palestin.
“Saya juga ada buat perkongsian sedikit sebanyak di media sosial mengenai keadaan mereka di sana,” katanya pada sidang media selepas Konsert meraikan ulang tahun ke-40 pembabitannya dalam industri seni yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam.
Bintang berusia 53 tahun itu turut berkesempatan menyeru orang ramai untuk sama-sama menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin untuk mengurangkan penderitaan mereka selain memanjatkan doa buat mereka yang berada di sana.
“Kalau ada rezeki lebih boleh infak untuk mereka menerusi pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin.
“Kita kena berdoa dan beri kasih sayang kepada mereka melalui infak. Kita beri sokongan kepada orang yang teraniaya dan semoga urusan mereka dipermudahkan,” ujarnya lagi.
Sekadar informasi, konsert Anuar Zain berjaya memukau lebih 8,000 penonton yang membanjiri Stadium Malawati sejak jam 7 malam walaupun dalam keadaan hujan dan cuaca kurang baik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Untuk korang yang suka sangat pergi travel, mesti pernah berhadapan dengan situasi penerbangan yang panjang sehingga 14 jam atau mungkin lebih lama, tanpa transit pula tu.
Macam mana nak solat atas flight? Memang la kita dikira musafir dan ramai yang cakap dimaafkan sebab dalam keadaan yang susah nak solat.
Tapi korang kena ingat, Islam tu kan memudahkan umatnya. Kita sendiri dah diajar untuk solat tak kiralah dalam keadaan macam mana pun. Walaupun tengah sakit pun boleh solat, apa lagi yang tengah sihat walafiat tu kan.
Nah, kalau tak tahu kita boleh belajar. Ikuti perkongsian yang telah dibuat oleh @adibezymir ni tentang bagaimana nak solat di atas flight.
1. Cari kiblat
2. Cari ruang solat/solat secara duduk
3. Cara nak tahu waktu solat
4. Trick untuk tahu waktu subuh
5. Cara ambil wudhuk
6. Macam mana nak mandi wajib?
Penting untuk orang lelaki alert ya!
Tak pun korang boleh refer situasi ni pada ustaz atau individu-individu yang lebih arif.
7. Aplikasi tambahan
Kalau nak lebih mudah, korang boleh juga aplikasi waktu solat di flight ni. Nampak macam lagi senang.
Lepas ni dah tak ada alasan lagi tak dapat solat kalau jalan jauh kan? Kalau kita selalu jaga solat, insyaAllah Allah pun akan jaga kita. Wallahualam!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru satu pertandingan penciptaan jentera kereta paling efisen telah diadakan oleh Shell Eco Marathon Asia 2018 yang bertempat di Changi Exhibition Centre, Singapura.
Kejohanan yang mempertandingkan jentera paling efisen dari sudut kadar kecekapan ini bermula seawal Ogos 2017 dengan tiga peringkat saringan melibatkan pasukan seluruh benua Asia.
Bermula dari 300 penyertaan pada peringkat awal, seramai 125 pasukan terpilih ke peringkat akhir di Singapura yang perlu melepasi peringkat pemeriksaan layak menyertai perlumbaan.
Apa yang membanggakan, Universiti Malaysia Pahang yang mencipta EV-Tech telah terpilih ke peringkat akhir apabila berjaya menghabiskan 9 pusingan berterusan di bawah 25 minit yang akan direkodkan percubaan serta kadar kecekapan kuasa.
Remaja sempat menemuramah pelumba kereta berkenaan, Muhamad Ezzat Emeer bin Mohd Rizan pelajar tahun 3 dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan (Pembuatan), Universiti Malaysia Pahang (UMP).
Mengakui gembira dengan kejayaan tercipta, Ezzat Emeer berkata, kejayaan ini milik seluruh pasukan UMP Tech yang mana mereka sudah bekerja kerasa sejak 6 bulan lalu.
“Kami bertanding dalam kategori Prototype Bateri Electric. UMP –Tech disenaraikan sebagai pasukan ke 14 terpantas keseluruhan Asia bagi kategori ini,” kata pelajar tahun 3 dan di semester ke-2 ini.
Bangga dengan pencapaian pasukan dan universiti diwakilinya, kata Ezzat Emeer dia sejak kecil dia memang begitu meminati dunia permotoran.
“Lanjutan ini bila berada di universiti khususnya dalam kos Teknologi Kejuruteraan (pembuatan), ia lebih mendorong untuk saya melibatkan dalam bidang penciptaan. Asalnya saya pemandu kedua tetapi mungkin ketua melihat saya dapat menyesuaikan diri dengan litar dengan lebih baik, akhirnya saya menjadi pemandu utama,’katanya yang menyifatkan pertandingan anjuran Shell ini begitu kerana mendedahkan pelajar dalam bidang pembuatan dan penciptaan.
Dalam masa yang sama, Ezzat Emeer berkata, diaw menjadikan pelumba dari negara China sebagai “idola” ketika di litar kerana China sudah biasa mendapat tempat dalam kejohanan yang disertai ratusan pasukan dari seluruh Asia.
“Saya mengekorinya dari arah belakang. EV-Tech ciptaan UMP-Tech sebenarnya boleh pergi lebih dari 50km sejam tetapi saya selaku pemandu bimbang kalau terlanggar tembok kerana semua itu akan dikira sebagai markah bagi pasukan. Menewaskan kereta ciptaaan dari seluruh Asia dengan pencapaian kami ini adalah sesuatu yang sangat membanggakan,” katanya yang melahirkan rasa bangga dengan kerja berpasukan mereka semua.
Selain diiktiraf sebagai pasukan ke 14 terbaik keseluruhan Asia bagi kategori Bateri Electric, pasukan UMP-Tech turut menerima pengiktirafan sebagai pasukan ke 9 terpantas keseluruhan pasukan Asia pelbagai kategori dan No 3 terpantas keseluruhan pasukan Malaysai pelbagai kategori.
“Pertandingan kali ini adalah yang terbaik untuk Universiti Malaysia Pahang. Sebelum ini telah ada wakil bagi tahun-tahun sebelumnya tetapi kali ini pasukan kami berjaya mencipta dengan kepantasan berbeza.
“Saya memang sangat minat dalam dunia penciptaan. Ini satu permulaan baru dan diharapkan pasukan UMP akan mampu mencapai kejayaan berganda untuk tahun-tahun seterusnya,”katanya yang mencurah ilmu biar selepas tamat pengajian.
Menyeru agar golongan remaja lebih memanfaatkan peluang ketika belajar, kata Ezzat Emeer, dia turut berkongsi pendapat bahawa golongan pelajar dan remaja harus berusaha keras dan bukan terus “mengikut” tanpa tahu arah tujuan dan pilihan hidup.
“Budaya ikut-ikutan boleh tetapi di pengakhirannya, kita kena tahu apa kebaikan yang kita peroleh. Jangan ikut tetapi akhirnya menjadi lebih buruk,”katanya mengakhiri perbualan.
Syabas dari Remaja untuk pasukan UMP-Tech yang telah menaikkan nama universiti dan Malaysia di peringkat Benua Asia.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Okay, dengar sini peminat Hello Kitty dan seangkatan dengannya.
Bukan senang untuk kita pergi ke mana-mana pameran Sanrio yang bertempat di Jepun. Iyalah, dengan duit tiket penerbangannya, hotel, makanan, pengangkutan and the list goes on.
Jadi apabila Sanrio terutamanya watak popular Hello Kitty sendiri yang akan ada di Kuala Lumpur bermula hujung minggu ini hingga awal Januari depan, penulis sendiri merasakan kita semua tak patut melepaskan peluang berharga ni!
Berjudul Our Sanrio Times in Kuala Lumpur, jom tengok 8 benda menarik di dalam pameran ini. Sediakan checklist korang..
01
Korang perlu mengambil foto banyak-banyak di Sanrio Village. ‘Kampung’ ni dibuat berdasarkan Gift Gate di Hotanda, Tokyo. Di sini, mereka turut menempatkan kereta api mainan Sanrio yang popular sejak dulu lagi.
02
Lihat bagaimana pelukis Sanrio dari Jepun yang akan berada di pameran ini untuk melakarkan 9 watak Sanrio terkenal (seperti Hello Kitty) secara live! Kawan Otaku korang guarantee suka.
03
Bukan je boleh tengok secara live, korang pun berpeluang untuk belajar cara melukis watak kegemaran secara mudah oleh mereka. Duduk dan lihat tutorial step by step yang akan ditunjukkan oleh pelukis ini.
Ada juga 2,000 boneka watak Sanrio yang ditempatkan di dalam terowong ‘Sanio Time Tunnel’. Dah macam dalam komik pula bila memasuki kawasan ini kerana mereka memaparkan imbasan throwback watak-watak lama Sanrio sehinggalah watak terbaru mereka.
Haa, kalau untuk perempuan yang dulu obses dengan permainan anak patung, mesti korang akan sukakan bahagian ‘Paper Doll Fun’.
07
Peminat stationery seperti penulis (hehe!) akan suakakn bahagian Vintage Stationary House yang menempatkan macam-macam jenis alat tulis Sanrio. Teringat pula zaman sekolah rendah dulu.
08
Dah sampai ke penghujung tu, mestilah nak beli souvenir untuk dibawa pulang kan? Korang boleh dapatkannya di Sanrio Gift Gate, mengikut bajet masing-masing.
Jadi, kalau korang tak ada planning apa-apa dari 24 November (Sabtu ini) sehingga 6 Januari 2019, korang bolehlah ke pameran Our Sanrio Times di Dewan 5, Tingkat 5 Quill City Mall, Kuala Lumpur. Ia dibuka dari jam 11 pagi hingga 9 malam pada setiap hari.
Tak sabar nak jumpa karakter ni semua!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!