Keputusan mematikan watak Tongki pada episod kedua drama Budak Tebing 3 pada episod kedua, Khamis minggu lepas telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat drama bersiri itu.
Tidak dinafikan, watak Tongki lakonan Aedy Ashraf telah menjadi penguat jalan cerita drama Budak Tebing di samping gandingan utamanya, Adam Lee yang membawakan watak Arif.
Bagaimanapun, Aedy sendiri telah mengusulkan kepada penerbit dan pihak saluran TV3 agar Tongki ‘dimatikan’ demi memberi peluang untuk watak-watak lain dikembangkan.
Aedy ketika ditemui REMAJA memahami kerinduan peminat terhadap watak yang dipopularkan olehnya itu apabila Budak Tebing 3 memasuki episod-episod berikutnya pada minggu ini. Pelakon berusia 29 tahun ini turut merasai sentimen rindu tersebut.
“Tipulah jika saya kata saya tidak sayangkan karakter Tongki dan drama Budak Tebing. Pada masa yang sama, saya rasakan penting untuk saya ‘keluar’ daripada kepomping Tongki,” ujarnya.
Pada masa yang sama, Aedy juga tidak menolak sekiranya mana-mana pihak berminat untuk mencipta naskah ‘spin off’ melibatkan dia sebagai Tongki pada masa akan datang.
Ads
“Mana tahu pada masa akan datang, kita akan terbitkan cerita ‘spin off’ seperti filem atau supertele berdasarkan watak Tongki. Prekuel ke, mana tahu?
“Saya akui ‘Tongki’ telah memberi impak besar serta mesej berguna kepada penonton remaja drama Budak Tebing.
“Tidak kira di mana kita berada dan dalam apa jua situasi, Tongki mengajar kita semua bahawa kesabaran dan persahabatan akan ‘membawa’ kita jauh.
“Bagi saya, mesej ini yang membuatkan ramai penonton ‘melekat dengan Tongki kerana mereka mudah relate dengan cerita kehidupannya,” dedah Aedy.
Ads
Terdahulu, REMAJA semalam telah berkongsi mengenai sebab utama Aedy Ashraf memutuskan untuk ‘menamatkan hayat’ watak Tongki dalam drama Budak Tebing musim ketiga selepas berbincang dengan pihak penerbitan serta saluran TV.
Menerusi perkongsian REMAJA di Facebook dan Instagram, rata-rata penonton setia Budak Tebing dari musim pertama dan kedua tidak bersetuju dengan ketiadaan Tongki lakonan Aedy selepas ini.
Ads
Mereka turut meluahkan rasa kurang senang dengan ketiadaan dua lagi pelakon yang menjayakan watak lama iaitu Bella Dowanna (Laura) dan Fariz Isqandar (Yoyol).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berkongsi tentang rahsia cantik, Hawa Rizwana juga ada mengamalkan petua lama yang dia dapat daripada ibunya iaitu dengan mengamalkan minum air halia suam.
“Kalau boleh, amalkan setiap hari untuk kecantikan tubuh badan,” itu reaksi Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, sewaktu ditanya mengenai adakah dia masih mengamalkan petua lama sebagai rutin kecantikan dirinya.
Si cantik ini memberitahu baginya, menjaga kecantikan bukan setakat menitikberatkan bahagian luaran namun ia perlu selari dengan dalaman.
Selain itu, anak kedua daripada tiga adik-beradik ini juga berkongsi dia bangun seawal pukul 4 pagi setiap hari.
“Kenapa bangun pada pukul 4.00 pagi? Ini kerana untuk mencari semangat pada keheningan fajar memang suatu hal yang sukar dilakukan. Saya ketepikan itu semua demi pendengar radio dan penonton di kaca televisyen.” Kongsinya.
Lebih menarik tentang pengacara Wanita Hari Ini, Hello Doktor dan Meletop ini baharu sahaja menamatkan pengajian sarjana dalam bidang Komunikasi Massa dan menerima skrol pada Istiadat Konvokesyen UiTM-95.
Berjaya mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif 3.78, ternyata Hawa Rizwana salah seorang wanita yang layak digelar Beauty With Brain. Malahan dia berazam untuk menyambung ke peringkat PhD pula.
Memiliki raut wajah persis selebriti tersohor, Neelofa, Hawa juga berpegang kepada prinsip buat sehabis baik dan tidak gemar menunda kerja.
Haaa.. jadi kalau anda mahu tergolong wanita cantik dan bijak pandai, masih belum terlambat untuk ikut cara Hawa Rizwana. Pastikan ada niat mahu berganjak ke depan dan bukan menjadi orang yang gagal di bawah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kita sering bertanya, mana lebih baik, memiliki rumah sendiri atau menyewa sahaja pada usia muda? Kadang kita terfikir, kalau terus menyewa rumah orang, sampai bila pun tak ada harta sendiri sampai tua. Kalau beli rumah sendiri, bayar sikit-sikit pun lama-lama akan jadi harta kita juga. Betulkan!
Keluarga pun selalu akan bertanya, bila kita mahu beli rumah sendiri. Mana tahu sautu hari nanti ada jodoh, kan dah senang duduk rumah sendiri. Tak adalah nak tumpang rumah mak ayahkan atau rumah mentua!
Rumah mahal mana mampu, gaji pun ala ala…itu sebahagian jawapan kita dengar.
Memang pening fikir soal rumah dalam keadaan ekonomi sekarang. Membeli rumah bermakna kita akan terikat dengan komitmen selama 20, 25, 30 tahun atau lebih dan kalau tak boleh bayar lebih dari tiga bulan, bank akan bagi surat peguam. Memang ngeri memikirkannya.
Tapi kalau duduk menyewa, kalau tak mampu bayarpun paling-paling tidak kita dihalau oleh tuan rumah. Pergi cari lagi rumah sewa lain dan boleh ada tempat teduh. Masa yang sama, nama kita pun tak di black list oleh pihak bank. Nampak tak dilema di sini.
Bagi yang pening memikirnya, jawapan dari pakar hartanah dikenali sebagai Mr Hartanah@twthartanah telah memberi kita pilihan dalam membuat jawapan!
Baca tweetnya dan selepas itu kita boleh fikir baik-baik!
Pendapat ini boleh kita fikirkan dengan baik kerana dalam satu situasi, nampaknya menyewa ini seperti memberi manfaat kepada golongan yang bijak menilainya dalam jangka masa panjang. Kalau menyewa sahaja, bermakna kita ada lebihan wang tunai di tangan tetapi kalau terikat dengan perjanjian bank, dalam situasi di bawah, wang tunai secara alirannya semakin mengecil.
Ini memang biasa iaitu dilema seorang anak yang ingin membantu mak ayah beli rumah kerana mahukan sebuah kehidupan yang lebih selesa tetapi masa yang sama aliran wang tunai akan menguncup dengan banyak di tangan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Amboi, kalau barang percuma cepat je eh korang take action! Hehe..
Laporan Menteri Kewangan telah menyatakan bahawa sambutan luar biasa ditunjukkan oleh rakyat Malaysia terhadap perlaksaan program e-Tunai Rakyat.
Buktinya, dalam tempoh 2 hari saja, sebanyak RM18.8 juta telah dibelanjakan. Perbelanjaan tersebut hadir daripada sejumlah 672,000 pemohon yang diluluskan.
Untuk pengetahuan, korang hanya boleh menuntu pemberian e-Tunai sebanyak RM30 itu daripada tiga pengendali e-Dompet saja kaktu Boost, GrabPay dan Touch ‘n Go.
Penggunaannya hanya sah dari 15 Januari lalu hinggalah 14 Mac akan datang. Jika ada jumlah yang tak dibelanjakan dalam tempoh tersebut, ia akan luput selepas itu.
*
Mungkin korang boleh belanjakan e-Tunai itu di Tealive sempena promosi mereka bulan ni.
Profesor Adjung UPSI menjadi pengiktirafan baharu buat Datuk Syafinaz Selamat dalam usaha memperkukuhkan pendidikan muzik, vokal dan pembangunan bakat generasi muda.