Sebagaimana kita tahu, kit ujian kendiri pantas antigen Covid-19 sudah pun digunakan meluas ke seluruh dunia.
Sebelum ini kami pernah menyiarkan artikel tentang Thailand antara negara Asia terawal bakal menerima pelancong asing dengan pengecualian kuarantin wajib.
Keadaan Pulau di Phuket yang kosong tanpa kehadiran pelancong. (Photo by Lillian SUWANRUMPHA / AFP)
Alat ujian diri ini sangat berguna dan membantu orang ramai untuk melakukan pemeriksaan diri untuk mendapatkan hasil status jangkitan COVID-19 mereka dengan cepat dan mudah sebelum tindakan selanjutnya diambil.
Ads
Berita baik untuk korang yang merancang untuk travel ke Thailand lepas raya Aidilfitri nanti. Menurut laporan, bermula Mei depan, Thailand bercadang membatalkan ujian saringan RT-PCR yang diwajibkan ke atas ketibaan antarabangsa sebagai usaha negara jiran tersebut untuk memulihkan industri pelancongannya.
Bagaimanapun, pelancong hanya perlu melakukan ujian antigen kendiri di lapangan terbang.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Dr Taweesin Visanuyothin berkata, di bawah cadangan itu, pengembara yang telah menerima vaksin Covid-19 tidak lagi perlu menjalani saringan RT-PCT dan menempah hotel yang ditetapkan pihak berkuasa.
Ads
Pada masa ini, di bawah program ‘Test & Go’ tanpa kuarantin, pengembara perlu menempah hotel yang ditetapkan lebih awal, serta melakukan saringan RT-PCR pada hari pertama ketibaan dan ujian ATK pada hari kelima.
Taweesin berkata, CCSA turut bersetuju dengan cadangan untuk mengurangkan perlindungan insurans kesihatan serta mengurangkan jumlah dokumen yang diperlukan semasa mendaftar untuk Pas Thailand.
Sementara itu, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha berkata mulai Mei juga kerajaan akan melonggarkan lagi sekatan perjalanan bagi ketibaan pelancong yang menggunakan laluan darat dan udara.
Ads
Wah, boleh la korang pakat dengan kawan-kawan dari sekarang untuk travel ke Thailand ni!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum ini, satu Malaysia berdebar bila mendapat perkhabaran mengenai bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur dua kali berturut-turut dalammasa yang dekat.
Terbaru Dr Mahathir memaklumkan beliau kini sudah mampu melakukan pelbagai aktiviti harian dan berharap untuk pulih sepenuhnya. Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook semalam.
“Adakalanya saya taklah berharap untuk pulih tetapi Alhamdulillah, dengan rawatan yang diberi di IJN, saya pulih.
“Waktu ini saya boleh berjalan, makan, tidur, duduk. Saya hampir macam biasa, tapi tidak begitu kuat untuk buat kerja sebagainya. Tapi saya berharap saya boleh pulih,” katanya.
Dr Mahathir turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatan dirinya sehingga berjaya pulih daripada penyakit yang disifatkan beliau sebagai amat teruk.
Menerusi satu lagi hantaran di Facebook, Dr Mahathir turut berkongsi gambar beliau beriadah di sekitar Tasik Putrajaya pagi ini dengan ditemani isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Sebelum ini, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN untuk menjalani prosedur perubatan elektif.
Alhamdullillah, moga Allah terus berikan kesihatan yang baik buat bekas pemimpin negara yang disayangi seluruh rakyat Malaysia ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang tukang sapu di Thailand secara tidak sengaja menjadi perhatian ramai selepas videonya dimuat naik oleh seorang jurugambar dari Rusia tular di TikTok.
Jurugambar tersebut, Semyon Rezchikov, sering merakam potret individu yang ditemuinya semasa mengembara ke negara-negara baharu.
Kali ini, ketika berada di Chinatown, Bangkok, dia sempat merakam seorang wanita yang sedang menjalankan tugas sebagai penyapu jalan.
Dalam video yang dikongsikan di akaun TikTok miliknya, kelihatan wanita itu yang dikenali sebagai Meen sedang bekerja di kawasan Jalan Yaowarat.
Lengkap dengan seragam rasmi Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA), bertopi, serta membawa penyapu dan penyodok, Meen kelihatan fokus menjalankan tugasnya.
Satu momen menyentuh hati berlaku apabila Meen, yang sedang mengesat peluh menggunakan lengan baju, menyedari kehadiran kamera. Dia sempat merenung ke arah lensa tanpa sebarang senyuman. Namun sejurus ditunjukkan gambar polaroid miliknya, wajah Meen berubah ceria.
“Cantik,” katanya ringkas, sambil mengakui kemampuan berbahasa Inggerisnya agak terhad.
Video tersebut meraih perhatian daripada netizen yang memuji keaslian kecantikan Meen dan menyifatkannya sebagai ‘natural beauty’. Ramai turut meninggalkan komen positif dan menyokong wanita ini.
Meen turut membalas di ruangan komen untuk mengucapkan terima kasih kepada Semyon dan mereka yang memberi kata-kata semangat.
Malah, ada individu yang sempat menawarkan diri untuk menjadikan Meen sebagai ‘kanvas solekan’ dan meminta wanita itu membalas mesej yang dihantar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sering kali kita melihat di jalan raya, anak-anak muda menunggang aksi ala superman. Dimana selalunya rider akan meniarap di atas motosikal dengan kelajuan tinggi, seolah-olah sedang terbang.
Reaksi kita? Adakalanya bersorak dan terus merakam aktiviti tersebut sambil mulut kita membebel, tak sayang nyawa budak ke?
Tapi, awas ye!
Korang tahu tak bahawa perbuatan itu bukan sahaja salah di sisi undang-undang, malah penunggang motosikal yang didapati berbuat demikian boleh dikenakan tindakan tegas.
Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan, aksi berbahaya itu melanggar undang-undang di bawah seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan.
“Sekiranya didapati bersalah, pengguna jalan raya boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan dikenakan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000.
“Seseorang yang disabitkan di bawah seksyen ini juga hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun dari tarikh sabitan,” katanya.
Apa-apapun, moga penunggang motosikal lebih berhati-hati dan sayangi nyawa korang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Toyota Yaris 2027 tampil lebih sporty dengan teknologi moden dan ciri keselamatan menarik. Ketahui harga serta kesesuaiannya sebagai kereta pertama Gen Z.