Peribahasa ini sesuai dikaitkan dengan perkongsian daripada dua pemuda kurang upaya atau (OKU) pendengaran mencabar diri mereka dengan bermotosikal kapcai menjelajah Laos dan Thailand yang jarak perjalanan keseluruhan hampir 6,000 kilometer (km), baru-baru ini.
KHAIRUL Azri mengembara di beberapa negara termasuk Thailand dan Laos dengan bermotosikal. FOTO Ihsan Khairul Azri Zahari ( Harian Metro)
Khairul Azri Zahari, 32, yang menunggang Honda EX5 dan rakannya, Izzuan Ahmad, 37, menunggang Honda Dash 125 melakukan kembara selama 20 hari bermula dari Kuala Lumpur sebelum menuju ke Bukit Kayu Hitam, Kedah untuk memasuki Thailand dan Laos.
Berkongsi pengalaman itu, Khairul Azri berkata bagi memudahkan komunikasi dengan masyarakat di negara itu, beliau dan Izzuan menggunakan bahasa isyarat dan banyak menaip di telefon bimbit serta menggunakan aplikasi Google Translate.
“Setiap kali berjumpa dengan rakyat tempatan mereka tidak lokek untuk menghulurkan bantuan, kami akan maklumkan yang kami tidak dapat mendengar dan bercakap. Alhamdulillah, mereka memahami dan setiap urusan dipermudahkan.
“Yang melegakan kami juga ialah tidak menghadapi banyak karenah birokrasi dengan pihak berkuasa di sempadan Thailand dan Laos ketika kami memasuki negara tersebut sebaliknya mereka terkejut dan teruja kerana kami adalah OKU pendengaran dari Malaysia,” katanya kepada Bernama melalui aplikasi WhatsApp.
Ads
Izzuan berkata pengalaman yang tidak dilupakan ialah dapat menunggang motosikal di Wilayah Mae Hong Son, iaitu kawasan tanah tinggi Utara Thailand yang menjadi antara laluan popular dalam kalangan penunggang yang mempunyai 1,864 selekoh dan berada pada ketinggian 1,200 meter dari aras laut yang menyajikan pemandangan sungguh menakjubkan.
Ads
“Walaupun kami OKU pendengaran dan menggunakan motosikal berkuasa rendah, kami bangga dapat sampai di sini (Mae Hong Son) yang menjadi kawasan wajib disinggahi bagi penunggang motosikal lain,” katanya yang menyimpan hasrat untuk bermotosikal ke Makkah pada masa akan datang.
KUALA LUMPUR: Dua pemuda OKU pendengaran mencabar diri mereka dengan bermotosikal kapcai menjelajah Laos dan Thailand yang jarak perjalanan keseluruhan hampir 6,000km, baru-baru ini. pic.twitter.com/Vk6Tr49Zre
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahniah buat masyarakat Malaysia, jika sebelum ini Malaysia diantara negara miliki kadar vaksinasi terpantas dunia menurut The Sydney Morning Herald.
Terkini, Malaysia turut menduduki tempat ke-10 dalam ranking negara-negara dunia yang telah lengkap vaksinasi COVID-19, mengikut kemaskini ‘Tracking Coronavirus Vaccinations Around the World‘ New York Times hari ini.
Kemaskini di laman web COVIDNOW, 94.9 peratus populasi dewasa telah lengkap vaksinasi dan berdasarkan laporan tersebut, 77 peratus daripada populasi Malaysia lengkap vaksinasi, manakala 80 peratus telah menerima vaksin COVID-19. Ia meletakkan Malaysia di tangga ke-14 dalam senarai negara dunia yang menerima sekurang-kurangnya satu daripada dos vaksin berkenaan. Pun begitu, hanya 1.1 peratus penduduk di Malaysia dilaporkan telah menerima suntikan dos tambahan.
Sementara itu, negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) berada di tangga pertama bagi populasi dunia yang telah menerima vaksinasi dan lengkap vaksinasi, di mana lebih 99 peratus penduduk negara tersebut telah menerima suntikan vaksin COVID-19.
Menurut New York Times, lebih daripada 4.02 billion (52.3 peratus) populasi dunia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 setakat ini, manakala 41 peratus daripada jumlah tersebut telah lengkap vaksinasi.
Negara jiran kita Singapura pun tersenarai di tangga ke empat dunia yang telah lengkap vaksinasi COVID-19. Moga penduduk bumi dapat terus melawan virus yang telah meragut jutaan nyawa ini.
COVID-19 di negara kita nampaknya belum lagi reda kerana sehingga semalam, kes positif masih mencatatkan ribuan angka. Namun, kita semua sudah sedia maklum bahawa COVID-19 ini berada dalam fasa endemik dan masyarakat terpaksa mengharunginya.
Terbaharu, sebuah tempat peranginan di Langkawi ditutup sementara mulai semalam berikutan kes positif COVID-19 dalam kalangan pekerja mereka.
Penutupan itu atas inisiatif pihak tempat peranginan tersebut bagi mengekang penularan wabak, sekali gus menjamin keselamatan pekerja serta pelancong.
Hasil siasatan awal, kes itu merupakan penularan tempatan di kalangan pekerja dan tidak melibatkan pelancong tempatan mahupun antarabangsa.
Menurut Bernama, pengesanan awal kes ini didapati apabila pekerja resort itu sendiri membuat ujian kendiri saringan COVID-19 yang perlu dibuat setiap dua minggu dan 17 kes positif telah disahkan Jabatan Kesihatan negeri setakat ini.
Tempat peranginan yang disahkan oleh Bernama adalah Datai Langkawi dan pihak hotel mengambil keputusan untuk menutup sementara premis berkenaan dalam tempoh sekurang-kurangnya 10 hari bermula semalam.
Kontak rapat terhadap kes ini sedang dikesan dan bagi individu yang terlibat mengalami gejala seperti demam, sakit tekak dan sesak nafas yang teruk, segera lakukan ujian saringan COVID-19 dan dapatkan rawatan lanjut di pusat kesihatan berhampiran.
So guys, jika korang pergi bercuti pastikan masih mengekalkan penjagaan SOP lagi-lagi di tempat yang ramai orang. Apa-apa pun, berhati-hatilah setiap kali berada di tempat awam okay?
Jangan lupa amalkan memakai pelitup muka. Stay safe!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Macam mana pula bagi individu yang tidak mempunyai aircond di rumah? Takkan la hari-hari nak tahan peluh kan. Tak tenteram hidup jadinya!
Mengambil inspirasi dari sistem siraman di kebun tanaman, seorang lelaki dan bapa yang berusia 57 tahun itu membuat satu pancuran air menghala ke atas bumbung. Cara paling mudah dan jimat kos, malah katanya ia berjaya mencipta satu sistem yang menurunkan suhu serta bahang di dalam rumah.
Kos Tak Lebih RM100
Berbekalkan sedikit ilmu dalam bidang pertukangan, Ahmad Tarmizi Karjah membina sistem berkenaan dengan kos keseluruhan tidak melebihi RM100.
“Rumah saya rumah kampung, atap zink. Lagilah terasa bahangnya. Jadi timbullah idea untuk sejukkan bumbung dengan gunakan pancuran air.
“Saya guna barang-barang lama yang sedia ada, yang pancuran tu beli dekat kedai hardware. Tak lama pun nak buat, sekitar satu jam sahaja.
“Kalau paip utama dekat dengan rumah, hanya sekitar 10 meter batang paip diperlukan (untuk membina pancuran),” katanya.
Menurut Tarmizi, walaupun sistem ini bakal meningkatkan penggunaan air, pengguna boleh cuba berjimat dengan membukanya secara berkala. Membuka pancuran ketika cuaca panas sahaja, air yang turun dari atap pula boleh ditadah untuk kegunaan lain seperti menyiram pokok.
Harapnya boleh memberi manfaat untuk korang yang tinggal di kawasan kampung, setidaknya tak ada la korang rasa panas sangat nanti.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!