Penyanyi dangdut era 90-an, Sheeda dan suaminya hadir ke istiadat konvokesyen Allahyarhamah anak perempuan mereka, Nurfazlinda Ahmad Fazli, baru-baru ini.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, suaminya iaitu Ahmad Fazli Mohammad mengucapkan rasa syukur dengan kejayaan arwah puterinya kesayangannya itu.
“Berat kaki melangkah, namun inilah ujian. Konvo tanpa puteriku. Alhamdulillah, hari ini merupakan detik bersejarah..pahit atau manis hanya tuhan sahaja tahu,” coretnya.
Walaupun masih terkesan dengan pemergian Allahyarham Nurfazlinda, namun mereka sebagai ibu bapa amat berbangga dengan puteri mereka.
“Tetapi sebagai seorang bapa dan ibu, kami tetap bangga walaupun dalam kesedihan. Walaupun kami tak dapat melihat kelangsungan hidup dia selepas kejayaan ini.
“Di hari konvokesyen, seperti mana hasratnya..kalau dia tak ada, ibu bapanya ada. Semoga Allah merahmati anak kami,” ujarnya lagi.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak dan mengucapkan tahniah di atas pencapaian yang membanggakan oleh arwah.
Ads
Terdahulu, Allahyarham Nurfazlinda yang juga adik kepada penyanyi Bienda itu meninggal dunia kira-kira pukul 11.30 pagi 28 Mac lalu dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Setapak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Ahmad Fazli
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nyamuk lebih pantas untuk membiak dan bertindak mengigit ketika cuaca sepanas sekarang kerana ketiadaan hujan lebat yang mengganggu aktivitinya. Sudah tentu, semua orang perlu melakukan langkah pencegahan seperti menjaga kebersihan di sekeliling rumah agar ia tidak membiak.
But we can just do so much. Pada waktu malam semasa kita sedang lena tidur, nyamuklah yang akan menemani di katil.
Sumber Gambar : Pexels
Macam orang dahulu, mereka hanya menggunakan lingkaran ubat nyamuk sahaja kerana ia akan mengeluarkan bau asap yang kuat sehingga dapat mematikan dan menghalang nyamuk.
Salah satu barangan di Shopee mempunyai fungsi yang sama seperti lingkaran ubat nyamuk kecoh diperkatakan baru-baru ini. Namun, produk ini tidak mengeluarkan bau yang kuat seperti ubat nyamuk biasa. Pantas ia menjadi pilihan kebanyakkan daripada rakyat Malaysia. Ia juga dijual dengan harga serendah RM1 bagi setiap pembelian, ia terdiri daripada 30 batang pembakar penghalau nyamuk.
Tapi awas ya, baru-baru ini Public Health Malaysia mendedahkan ubat nyamuk seperti itu sebenarnya bahaya digunakan. Tambahan lagi, produk yang dibawa daripada negara China itu TIDAK BERDAFTAR dengan Lembaga Racun Makhluk Perosak (LRMP)
Sumber Gambar : @publichealthmalaysia
“Jangan berani untuk gunakan produk tidak berdaftar secara sesuka hati kerana ia mungkin mengandungi bahan beracun yang mendatangkan bahaya kepada kesihatan khususnya kanak kanak,”
Ubat nyamuk Zenden Micro-Smoke yang diimport dari China contohnya dikesan mengandungi bahan Class 1A carcinogen yang boleh menyebabkan kanser.
Begitu juga dengan Tian Hong Mosquitos Coil, Lengen Mocro-Smoke 12 Hours, Jianbao Mosquito Coil yang masih dijual secara berleluasa di Shopee.
Malah, mana-mana premis atau individu yang didapati menjual produk tersebut akan didakwa di bawah Seksyen 20 (3) Akta Racun Makhluk Perosak 1974 yang membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.,”
So lepas ni harapnya korang lebih berhati-hati dalam membeli racun serangga, nak elak dari gigitan nyamuk nanti timbul la penyakit kronik. Atau pun korang boleh je menghalau nyamuk dengan guna bahan semulajadi tanpa bahan kimia macam serai wangi, lavender, bawang putih. Tanaman penghalau nyamuk ini akan lebih berkesan jika daunnya dihancurkan kerana ia akan mengeluarkan aroma yang dibenci nyamuk. Nak senang beli je essential oils yang organik. Ha settle masalah kan….hehe
Kalau semalam penulis menceritakan tentang taraf pendidikan tiga calon Perdana Menteri Malaysia yang bakal merebut kerusi tersebut selepas dicalonkan oleh gagasan pasti politik masing-masing. Apa kata hari ini kita lihat pula kepada anak perempuan mereka yang juga popular dan dikenali ramai.
Ada yang mengikut jejak ayah mereka dan ada yang lebih selesa dengan pilihan kerjaya masing-masing yang jauh dari lensa politik. Tiga anak perempuan bakal Perdana Menteri Malaysia yang penulis maksudkan ialah Datin Nina Sabrina Ismail Sabri, Nurul Izzah Anwar dan Najwa Mahiaddin.
Datin Nina Sabrina Ismail Sabri
Datin Nina Sabrina binti Ismail Sabri atau lebih mesra disapa dengan nama Nina merupakan anak sulung kepada Perdana Menteri Malaysia kini, Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob dan isteri kepada pereka fesyen dan usahawan terkenal, Datuk Jovian Mandagie. Walaupun bergelar anak kepadaa Perdana Menteri, Nina tidak menceburkan diri dalam dunia politik sebaliknya menumpukan perhatian kepada perniagaan yang dibina.
Merupakan graduan dari Universiti Lim Kok Wing dan The University of Queensland, wanita berusia 35 tahun ini merupakan usahawan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak serta kecantikan. Dia merupakan pemilik kepada Peterana Kindegarten dan salun Capello by Nina.
Nurul Izzah Anwar
Nurul Izzah mengikut jejak langkah bapanya sebagai ahli politik. Terkenal dengan gelaran Puteri Reformasi, wanita berusia 42 tahun ini merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari Universiti Tenaga Nasional. Dia kemudiannya memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Perhubungan Antarabangsa dari Johns Hopkins University.
Mula bertanding dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008, Nurul Izzah mengejutkan ramai pihak apabila dia mengalahkan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti ketika itu. Kemudian dia sekali lagi mencipta sejarah apabila mengalahkan veteran UMNO, Datuk Seri Utama Raja Nong Chik. Kini, ibu kepada dua cahaya mata ini merupakan ahli parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang dan akan bertanding di kerusi tersebut pada PRU ke-15 akan datang.
Anak kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin ini merupakan seorang pengiat seni dan penyanyi. Dia yang dilahirkan pada 26 April 1986 mendapat pendidikan di Berklee College of Music. Terkenal dengan nada suara mendalam dan penuh mendayu, Najwa pernah diiktiraf sebagai Artis Baru Terbaik serta Lagu Terbaik (menerusi lagu Got To Go) di Anugerah Industri Muzik ke-18 pada tahun 2011.
Telahpun berkahwin, Najwa mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya, Idris Koh Keng Hui pada tahun 2015. Dia juga tidak mengikut jejak ayahnya melibatkan diri dalam dunia politik sebagaimana Datin Nina Sabrina Ismail Sabri.
Ketiga-tiga mereka fokus dalam kerjaya masing-masing dan paling penting berjaya dalam cara mereka tersendiri tanpa perlu bergantung kepada populariti sang bapa. Salute!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lagi 24 jam menunggu detik tibanya hari esok tanggal 25 Disember 2021,walaupun kita di Malaysia kini tengah dilanda musim hujan dan bencana banjir. Tapi penulis percaya hari Krismas yang di tunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia terutamanya penganut agama Kristian masih disambut dengan meriah dengan sanak saudara walau apa cara sekali pun.
Disebabkan kita hidup berbilang kaum di Malaysia sudah tentu setiap perayaan akan disambut bersama. Dan mulalah ramai masyarakat Melayu yang bertanya, “Kita boleh wish Merry Christmas ke? Bukan Christ tu nama kepada Jesus Christ?”
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum mengucapkan Merry Christmas dan ucapan-ucapan lain yang bermaksud tahniah dan selamat adalah harus dengan meraikan garis panduan seperti diharuskan untuk mengucapkan Merry Christmas apabila wujud keperluan untuk mengucapkannya bagi menyuburkan semangat muhibbah dan memperbaiki ketegangan sosial yang berlaku dalam masyarakat.
Jika tiada keperluan seperti yang disebutkan, hukumnya cenderung kepada makruh kerana diucapkan sebagai tanda menjaga hubungan baik.
2. Penyertaan dalam majlis sambutan Hari Krismas
Penyertaan orang Islam dalam majlis sambutan Hari Krismas hanyalah pada kadar yang diperlukan sahaja seperti jamuan makan atau bergambar.
Garis panduan orang Islam yang turut merayakan hari kebesaran agama orang bukan Islam yang tidak dibenarkan:
menyertakan simbol-simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok Krismas
menyanyikan lagu bercirikan agama
memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam
tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam
meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahu atau lain-lain anggota tubuh
3. Pakai pakaian tertentu yang lazim dengan sambutan Hari Krismas
Melihat kepada tiada keperluan dalam memakai pakaian yang lazim dipakai semasa sambutan Hari Krismas termasuklah pemakaian topi Santa Claus dan meletakkan pokok Krismas, ianya adalah tidak dibenarkan. Ini kerana ianya seakan pengiktirafan kepada perayaan tersebut.
Jadi, jelaslah tak ada masalah pun untuk korang beri ucapan kepada rakan beragama Kristian. Kalau dah was-was tahap kronik, ucapkan saja Happy Holiday. Kan senang.