Pada minggu ketujuh konsert Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) yang berlangsung semalam, persembahan Dadali Dyrga menarik perhatian ramai dan mendapat pujian daripada juri tetap, Datuk Ramli MS.
Penyanyi berasal dari Indonesia itu, tampil memukau dengan lagu Dikir Rambong nyanyian asal kumpulan Kapilla, meskipun lagu tersebut menggunakan dialek Kelantan yang bukan berasal dari tanah airnya.
BACA: GV11: Liza Aziz Ungguli Tangga Pertama, Fairuz Selamat Pula Berada Di Kedudukan Tercorot

Oleh hal demikian, Ramli memberi penghargaan terhadap ketekunan Dyrga dalam membawakan lagu tersebut.
“Daripada sembilan peserta yang bertanding semalam, saya lihat Dyrga menyerlah meskipun penyampaiannya kurang. Cuma dia ada ketekunan itu.
“Kita kena adil, memang malam semalam Liza Aziz sangat ke hadapan, tetapi kalau cakap pasal ketekunan, saya tengok ada pada Dyrga,” katanya.

Tambahnya lagi, meskipun Dyrga belum pernah menyanyikan lagu tersebut sebelum ini, namun dia berjaya menarik minat penonton.
“Lagu yang dia bawa adalah lagu yang dia tak pernah nyanyikan pun. Kalau diamati pun, memang kita boleh dengar ‘bunyi’ Jawa dia itu pekat berbanding Kelantan.
“Saya tengok di pentas GV pun dia boleh tarik minat penonton dengan keseluruhan repertoir,” jelasnya lagi.

Anda mungkin berminat dengan
“Bayangkan jika dia asah lagi nyanyi lagu ini, Dyrga boleh bawa lagu ini jika dia adakan konsert di sini. Satu Malaysia boleh nyanyi bersama-sama dan itu adalah kelebihan dia,” tambahnya.
Selain itu, Ramli turut memuji persembahan keseluruhan peserta lain yang menunjukkan usaha yang tidak sambil lewa dalam memastikan kelancaran persembahan mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Bukan sahaja pandai berlakon, rupa-rupanya pelakon sensasi Malaysia, Hun Haqeem juga mempunyai suara yang merdu. Hal ini terbongkar apabila nyanyian pelakon tersebut tular di media sosial, TikTok.
ARTIKEL BERKAITAN: Penangan Drama Dulu, Meerqeen & Hun Haqeem Kembali Bergabung
Tular video klip nyanyian pelakon ini di laman TikTok semalam.
Pelakon yang mula terkenal dengan watak ‘Jekfer’ dari drama Kampung People itu menyanyikan lagu Kekasih Bayangan dengan iringan kakaknya yang merupakan seorang pemain piano.
Kakaknya Nureen Qistina, yang merupakan pemain gitar bagi Xpose Band berkongsi video itu di akaun TikToknya semalam. Keluarga itu dilaporkan sedang berkunjung ke rumah saudara untuk beraya apabila video itu diambil.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna memuji kemerduan suara pelakon berusia 25 tahun itu.
“Sedap juga suara Jekfer ni. Boleh buat satu lagu gini,” komen seorang pengguna.
“Suara macam Chakra Khan, tapi dia punya lembut sedikit,” seloroh pengguna lain.
“Dahlah hensem, suara sedap pulak tu. Pakej lengkap,” puji pengguna lain.
BACA LAGI: “Ini Yang Saya Pilih..” Meerqeen Abaikan Kata-Kata Nakal Kononnya Wajah ‘Terlalu Mainstream’
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: TikTok Nureen Qistina
∞
Perkara yang paling membosankan ketika ingin membuat perjalanan jauh menaiki pesawat adalah apabila berlakunya flight delayed yang kadang-kadang boleh makan masa sehinga berjam-jam.
Mood nak pergi bercuti tu boleh jadi spoil kalau berhadapan dengan situasi macam ni. Namun begitu, seorang penumpang yang dalam penerbangan dari Hong Kong ke Bangkok pada Julai lalu telah memuat turun sebuah video pramugari cantik yang menghiburkan penumpang sewaktu penerbangan tertunda.

Pramugari yang sempat menyanyikan dua buah lagu termasuk lagu berbahasa Thai itu mendapat sorakan dan tepukan daripada penumpang yang jelas terhibur dengan kelunakan dan kecomelan pelantun suara tersebut.
Lagu Thai tu mungkin kita tak pernah dengar tapi yang pasti, nyanyian lagu popular Jason Mraz I’m Yours memang mencuri hati pendengar.
Video ini juga menjadi viral setelah di kongsi di laman sosial dan ramai juga turut memuji bukan saja kecantikan pramugari tersebut, malah suaranya juga boleh tahan sedap.

Kalau macam ni la hiburan yang kita dapat bila penerbangan delay barulah tak rasa bosan sangat kan. Setidak-setidaknya pihak mereka cuba berusaha untuk melakukan sesuatu bagi menghiburkan para penumpang yang ada.
Kudos!
Sumber: worldofbuzz.com
∞
Jika pelajar PT3 di negeri lain hadir di sekolah masing-masing dengan menaiki kereta dan motorsikal untuk mengambil keputusan peperiksaan pada hari ini, lain pula ceritanya dengan seorang pelajar dari Besut, Terengganu.
Disebabkan keadaan cuaca yang tak menentu, dia gigihkan juga diri untuk meredah ombak Laut China Selatan untuk mengambil keputusan.
Lela Sofia Ameran merupakan salah seorang daripada pelajar di Terengganu yang perlu berhadapan dengan musim tengkujuh.

“Tak ada masalah pun untuk naik bot di jeti Kampung Pulau Perhentian bagi mengambil keputusan PT3. Dah biasa sebagai ‘orang laut’. Masa musim sekolah pun saya selalu balik kampung naik bot setiap dua minggu sekali,” kata pelajar SMK Nasiruddin Shah, Besut itu.
Hanya seramai 8 orang pelajar sekolah itu yang berasal dari Kampung Pulau Perhentian. Lela yang menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang anggota polis ini berpuas hati dengan keputusan yang diperolehinya.

Sementara itu, bagi pelajar di Pulau Perhentian yang tidak sempat untuk hadir ke sekolah pada hari ini untuk mengambil keputusan PT3, mereka boleh menghubungi guru masing-masing bagi mengetahui keputusan.
Jabatan Pendidikan Daerah Besut memahami kesukaran pelajar untuk keluar dari pulau kerana keadaan laut yang bergelora.
Sumber : BERNAMA
∞