ST Media dengan kerjasama Drias Film Production, sebuah syarikat penerbitan dari Jakarta, serta platform digital KipasKipas mempersembahkan filem seram terbaru, Anak Kunti.
Filem ini mengadakan Tayangan Gala di Kuala Lumpur pada 6 Februari 2025, diikuti dengan dua lagi tayangan di Jakarta, Indonesia pada 11 Februari dan di Surabaya pada 18 Februari 2025.
BACA: Rindu Beraksi Di Lensa Kamera, Zahnita Sedia Kembali Ke Dunia Peragaan

Filem arahan pengarah terkenal Indonesia, Bambang Drias, ini turut disokong oleh naskah skrip hasil tulisan Baskoro Adi. Anak Kunti dijangka ditayangkan serentak di sembilan negara, termasuk Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, Pakistan, dan Bangladesh.
Selain itu, karya ini turut akan ditayangkan di Thailand, Vietnam, dan India pada April 2025, serta di Turki pada Jun 2025. Negara-negara lain di Asia Tenggara juga menjadi pasaran strategik bagi tayangan filem ini.

Anak Kunti berlatar belakang pada tahun 90-an dan memberikan interpretasi moden terhadap legenda Kuntilanak, atau lebih dikenali sebagai Pontianak di Malaysia. Kisahnya mengisahkan Sarah, seorang pelajar pesantren yatim piatu yang kembali ke Desa Wonoenggal untuk menyelidik asal-usul keluarganya.
Kepulangannya membawa kepada kemunculan Kuntilanak yang dipercayai jelmaan ibunya yang meninggal ketika melahirkan anak kembar dalam keadaan kekacauan desa.
Dengan durasi tayangan selama 94 minit, filem ini menggabungkan elemen ketegangan psikologi dan unsur supernatural. Ia juga menampilkan teknologi audio Dolby Atmos untuk pengalaman menonton yang lebih mendalam.

Filem ini adalah hasil kolaborasi pertama antara Afif Shari dan Furqan Adnan (Pengarah Urusan ST Media) sebagai penerbit eksekutif bersama Drias Film Production. Afif Shari menyifatkan kerjasama ini memberi hasil yang luar biasa dan yakin penonton akan terpesona dengan estetika sinematografi dan naratif filem ini.
Furqan Adnan pula berpendapat bahawa Anak Kunti bukan hanya filem seram, tetapi juga membawa elemen kritikan sosial yang menjadikannya unik.

Pelakon utama, Nita Gunawan, yang memegang watak Wati/Kuntilanak, berkongsi cabaran besar dalam penggambaran karya seram ini. Antara babak paling sukar bagi Nita adalah melakonkan adegan melahirkan anak dan adegan aksi tanpa pelakon lagak ngeri.
Anda mungkin berminat dengan
“Penggambaran pada waktu malam yang mencabar sehingga terlibat dengan beberapa kecederaan kecil namun hasilnya sangat berbaloi,” katanya.

Selain itu, Nita turut berkongsi penggambaran pada waktu malam turut menyebabkan beberapa kecederaan kecil, tetapi ia sangat berbaloi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Syukur bumi Malaysia tiada gunung berapi. Tsunami melanda tidak kira masa dan waktu dan tragedi gempa bumi yang melanda di negara-negara jiran kita cukup menyayat hati.

Terbaru, susulan pengeluaran debu dari salah satu gunung berapi paling aktif di selatan Manila petang semalam, Ketua Institut Volkanologi dan Sismologi Filipina, Renato Solidum menjangkakan akan berlakunya fenomena ‘tsunami gunung berapi’ dalam tempoh beberapa hari.
Gunung berapi Taal yang berada kira-kira 65km dari kawasan selatan Manila itu dikatakan meletus kali terakhir adalah pada 1977.
Menurut sumber, gunung berapi Taal telah menunjukkan beberapa tanda sejak akhir Mac lalu. Namun petang Ahad lalu, debu tebal setinggi 15km boleh dilihat dari jauh diikuti dengan beberapa gegeran yang dikatakan seperti ‘raksaksa menghampiri’.



Keadaan ini menyebabkan pihak pejabat bencana tempatan terpaksa mengambil tindakan memindahkan lebih 6,000 penduduk setempat dan penduduk dari kawasan kejiranan ke kawasan yang lebih selamat.
Untuk pengetahuan anda, pulau kecil gunung berapi Taal sering menjadi tumpuan pelancong kerana pemandangannya yang cantik, namun disebabkan amaran bahaya yang sudah meningkat kepada skala empat daripada lima menyebabkan kawasan itu ditutup untuk pelancongan buat sementara waktu.
Setakat ini tiada laporan kecederaan dilaporkan oleh media dan pihak berkuasa tempatan.
So korang yang merancang bercuti ke Filipina tu diharap dapat la postpone hajat korang tu!
Sumber: NY Times, Sinar Harian
∞
Isteri kepada penyanyi lagenda tanah air, Datuk Jamal Abdillah, Datin Zai Izzati Khiruddin, selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat pada pukul 9.38 pagi tadi.
Bayi yang seberat 2.9 kilogram itu merupakan cahaya mata kelima bagi pasangan tersebut dan anak ketujuh bagi Jamal yang kini berusia 66 tahun.
ARTIKEL BERKAITAN: Jamal Abdillah Bakal Timang Cahaya Mata Ketujuh Pada Usia 65 Tahun!

Khabar gembira mengenai kelahiran anak perempuan mereka itu dikongsi oleh penyanyi lagi popular Penghujung Rindu itu melalui aplikasi WhatsApp kepada pihak media.
Menurut sumber, pasangan ini merancang untuk memberi nama Magdalena Yamani Jamal Ubaidilah kepada bayi mereka, yang dipercayai diambil sempena nama seorang gadis yang dipuja oleh Nabi Yusof.
“Alhamdulillah, pembedahan semua sempurna. Anak dan isteri, kedua-duanya okay. Sangat bersyukur kepada Allah kerana memberi kami rezeki ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Jamal Abdillah Timang Cahaya Mata Keenam!

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang menitipkan ucapan tahniah,” katanya.
Pasangan ini yang berkahwin pada 1 April 2017, sebelum ini telah dikurniakan empat anak iaitu Nur Azura Yamani, El Isaac Yamani, Iskandar Rayyan Yamani, dan Rahil Laura Salsabila Yamani, yang kini berusia dua tahun.
Selain itu, Jamal juga mempunyai dua anak lelaki, Osama Yamani dan Ahmad Zaki Yamani hasil perkahwinan terdahulunya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Berita Harian
∞
Boleh dikatakan apa sahaja menu yang berkaitan dengan durian pasti dijual dengan harga yang agak tinggi. Mana tidaknya, harga durian juga ada yang mencecah hingga ratusan ringgit satu biji.
Kali ini, Remaja nak kongsikan resipi daripada Azizi Zamani, Hokkaido Baked Cheese Tart Durian kegemarannya. Kalau nak beli mahal, baginya buat sendiri lebih puas hati.
Betul tak?
Bahan-bahan:
– Kulit tart
– 100 gm gula kaster
– 150gm tepung gandum
– 1 kuning telur gred B


Cara membuat:
1. Kacau marjerin dan gula dengan sudip kayu hingga rata
2. Masukkan kuning telur, kacau sebati
3. Kemudian, masukkan tepung dan uli menjadi doh yang lembut
4. Masukkan ke dalam acuan tart dan trim bahagian atasnya
5. Simpan selama 15 minit di dalam peti sejuk
6. Bakar pada suhu 180c selama 20 minit
7. Selepas itu, angkat dan sejukkan dahulu sebelum diisi filling cheese tersebut

Bahan cream cheese
– 250gm cream cheese
– 200gm isi durian
– 40gm mentega
– 1 putih telur
– 1 sudu kecil esen vanilla
– 1 kuning telur untuk sapuan
– 120gm dairy whipping cream
– 60gm gula kaster

Cara menyediakan:
1. Satukan cream cheese, mentega, whipping cream, isi durian dan gula ke dalam periuk
2. Whisk di atas api perlahan sehingga licin dan tidak berketul
3. Tutup api, kemudian masukkan putih telur dan esen vanilla. Kacau rata. Kalau berketul, kacau pakai mixer sehingga licin
4. Masukkan dalam piping bag dan isikan cream cheese dalam tart tersebut. Masukkan dalam peti sejuk selama 30 minit dan selepas itu, sapu kuning telur
5. Akhir sekali, bakar dalam oven dengan suhu oven 200c selama 6 minit


Selamat mencuba!
Sumber: Azizi Zamani
∞