Penyanyi Aweera mengakui selesa tampil dengan imej berjambang dan berambut kembang yang sudah menjadi ‘trademark‘ sejak menganggotai kumpulan Mojo pada 2012.
Terkini, penampilan pelantun lagu Andai Ku Bercinta Lagi ini jadi perhatian dengan rambut kemas.
Aweera menerusi satu hantaran di platform media sosial Instagram berkongsikan satu gambar dipercayai selepas memotong pendek rambutnya dan turut meluruskannya untuk kelihatan lebih kemas.
Ads
Pemilik nama sebenar Nasharul Aweera Norhissham itu turut mengenakan kaca mata hitam di dalam gambar tersebut sekali gus menambah nilai estetik kepada imej baharunya itu.
“Imej baharu, gaya baharu, suasana baharu yang positif, karakter baharu, jiwa baharu, harapan baharu dan Aweera yang baharu (NeWeera). Rock on!,” tulis penyanyi berusia 32 tahun itu di ruangan kapsyen.
Ads
Dalam hantaran yang sama, penyanyi berkenaan juga sempat menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak salun rambut kerana telah berjaya mengubah penampilannya.
Ads
Tinjauan di ruangan komen hantaran tersebut mendapati rata-rata pengguna memberikan respon positif dengan memuji imej baharu ditampilkan penyanyi yang berasal dari Utan Aji, Perlis itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Asma merupakan penyakit paru-paru kronik yang membengkak dan menyempitkan saluran pernafasan. Sewaktu terkena serangan, pesakit akan mengalami wheezing (bunyi bersiul apabila sedang bernafas), kesesakan dada, sesak nafas dan batuk.
Bagi pesakit asma, mereka sahaja yang tahu bagaimana ‘seksanya’ jika terkena serangan ini. Penting untuk menyedari perkara-perkara dalam persekitaran yang cenderung untuk membuat asma jadi lebih teruk. Faktor-faktor ini berbeza untuk setiap individu dan antara perkara yang menyebabkan berlakunya asma adalah seperti berikut:
• Jangkitan pernafasan dan selesema
• Pendedahan kepada asap rokok
• Reaksi alahan atau alergi kepada debunga, kulat, bulu haiwan, habuk, makanan dan lipas
• Pencemaran udara dalaman dan luaran, termasuk ozon dan pencemaran zarah
• Pendedahan kepada udara sejuk atau perubahan suhu secara tiba-tiba
• Tekanan (stress)
• Latihan (senaman)
• Ubat-ubatan termasuk aspirin dan ubatan anti-radang bukan steroid seperti asid mefenamic (ponstan) atau ibuprofen
Pesakit yang menghadapi serangan asma akan ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan dan bagi mereka yangs sering mengalami simptom-simptom asma, mereka biasanya mempunyai alat penyedut (inhaler) sendiri.
Namun begitu, menurut Pengasas Asthma Malaysia, Dr Helmy Haja Mydin mendedahkan penggunaan dan kebergantungan berlebihan kepada alat sedut itu tanpa rawatan ubat kawalan untuk merawat keradangan akan meningkatkan kadar morbiliti dan kematian. Ini kerana penggunaan alat itu sahaja tanpa disusuli rawatan yang sepatutnya tidak menyelesaikan masalah asas.
Tambahnya, jika pesakit hanya menggunakan alat sedut pelega, keadaannya akan berpanjangan dengan risiko komplikasi. Penggunaan alat sedut pelega lebih daripada dua kali seminggu akan meningkatkan serangan asma. Disebabkan ketidakpatuhan dan penggunaan rawatan yang tidak betul, hanya enam peratus daripada pesakit yang mempunyai kawalan asma yang baik.
Justeru itu, bagi korang yang menghidap asma dan menggunakan alat sedut pelega dirumah, sila ambil perhatian dengan kenyataan yang telah dibuat oleh Dr Helmy ini. Jika mendapat serangan asma terlalu kerap, lebih baik terus berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan nasihat daripada pakar.
Jenama streetwear yang berasal dari Anaheim California, Vault by Vans boleh dikategorikan sebagai jenama fesyen dan aksesori yang sangat versatil dan bersifat timeless. Mungkin kerana itu ramai menggemarinya baik perempuan mahupun lelaki – you can never go wrong with Vans.
Sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, Vans kerap melancarkan koleksi kolaborasi bersama nama-nama besar yang bukan saja mempunyai rekaan menarik. Malahan ia juga mempunyai nilai sentimental dan nilai jualan semula (resell) yang agak baik.
Terbaru, Vans kembali berkerjasama dengan jenama dari Amsterdam, Patta untuk koleksi ‘Mean Eyed Cats’ dalam koleksi sneakers terbaru. Kali terakhir Vans dan Patta mengeluarkan koleksi ini adalah pada 2015 dan 2017.
Bezanya untuk versi 2021 ini, ia menggunakan siluet klasik daripada Vans namun dipelbagaikan dalam beberapa warna menarik; jadi pembeli mempunyai lebih banyak pilihan citarasa.
Reka bentuk model Old Skool dan Sk8-Hi lebih segar dengan logo signature Patta. Ia menyerlahkan jiwa keremajaan si pemakai yang memilih warna upper seperti hitam, putih, Frost Grey, High Risk Red, Silver Pink, Salute dan Almond Buff. Banyak betul pilihan!
Pada bahagian midsole-nya pula menampakkan teks Mean Eyed Cats. Manakala, tali kasut yang diberikan juga menerbitkan kelainan apabila ia mempunyai logo Patta.
Bagi siluet SK8-Hi, ia dijual pada harga RM459 manakala siluet Old Skool pula pada harga RM399.
Selain itu, Vans dan Patta ini juga menawarkan 3 rekaan baju-T grafik dan stokin kaki khas bagi pelancaran kali ini.
Koleksi Mean Eyed Cats ini boleh mula didapati di pasaran Malaysia pada 23 Julai 2021 menerusi platform Crossover Online.
Tanpa sedar, jenama Vault by Vans sudah berada dalam dunia streetwear selama 45 tahun sejak dilancarkan tahun 1976. Daripada identiti sebagai pengeluar rekaan kasut berfesyen untuk peluncur-peluncur papan luncur mahsyur, ia kini turut menjadi rekaan staple bagi fesyenista.
Pentas akhir pertandingan Miss Universe 2022 yang berlangsung pada hari ini telahpun menobatkan R’Bonney Gabriel dari Amerika Syarikat sebagai juara edisi ke-71 sebentar tadi.
R’Bonney, 28 yang berasal dari Houston, Texas telah mengenepikan saingan terdekat daripada naib juara, Andrea Rubio dari Venezuela. Manakala, tempat ketiga pula disandang oleh Dominican Republic, Andreina Martinez Founier.
Kali terakhir wakil Amerika Syarikat dinobatkan sebagai juara Miss Universe adalah pada tahun 2012 menerusi Olivia Culpo. (Kebetulan pula, Olivia juga bertugas sebagai hos program Miss Universe 2022 pada hari ini).
(Dari kiri): Andrea Rubio dari Venezuela, Anne Jakrajutatip yang merupakan pemilik organisasi Miss Universe, Miss Universe R’Bonney Gabriel dan Andreina Martinez Founier dari Dominican Republic.
Gadis berdarah kacukan Amerika Syarikat – Filipina ini telah dimahkotakan oleh juara edisi ke-70, Harnaaz Sandhu dari India dengan mahkota baharu bernilai USD5.58 juta.
Mahkota ini juga merupakan mahkota paling mahal dalam sejarah penganjuran Miss Universe.
Kemenangan R’Bonney di New Orleans, Amerika Syarikat ini sekaligus menutup mulut segala spekulasi dan tohmahan negatif yang terpaksa ditelan oleh R’Bonney susulan kemenangannya di pertandingan Miss USA 2022 oleh rakan-rakan seangkatannya sendiri.
Menariknya mengenai kemenangan R’Bonney sebentar tadi adalah persamaan di antara jawapannya sewaktu pusingan Top 5 dan mesej yang disampaikan pada bahagian belakang cape yang dipakai R’Bonney semasa pusingan pakaian mandi.
Dalam jawapannya yang diberikan semasa pusingan Q&A tersebut, R’Bonney berkata satu perubahan yang diharapkan olehnya di pentas Miss Universe adalah faktor usia. Pada usia 28 tahun, sebahagian daripada semangat yang diperolehi R’Bonney untuk melakukan yang terbaik bagi menggapai impian adalah disebabkan usianya itu.
“Jika bukan sekarang, bila lagi? (If not now, then when?),” soal R’Bonney. Mesej yang sama juga terpapar pada bahagian cape yang dipakai olehnya. Dia sekaligus kini merupakan salah seorang juara paling berusia dalam sejarah penganjuran Miss Universe.
Sedikit info menarik mengenainya, R’Bonney bergelar gradual daripada University of North Texas dengan sijil sarjana muda rekaan fesyen dengan minor dalam kepakaran fiber.
Kini aktif bergelar seorang pereka fesyen yang memartabatkan elemen kelestarian alam sekitar dalam penghasilan pakaian, R’Bonney turut mencatat sejarah pada tahun lalu selepas menjadi peserta pertama berketurunan Filipina yang memenangi Miss USA.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Persaingan merebut gelaran pempengaruh terbaik menerusi All Star Influencers Award (ASIA) 2026 semakin hangat apabila lebih 120 peserta dari 20 negara tampil dengan kandungan...