Akhirnya pertanyaan dan teka teki orang ramai sama ada gula-gula White Rabbit halal di makan atau tidak disahkan apabila gula-gula berkenaan disahkan mengandungi gelatin babi.
Dalam siaran berita di TV Al Hijrah semalam, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh yang dihubungi secara langsung melalui sykpe mengesahkan bahawa gula-gula berkenaan yang dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan gula-gula berkenaan disahkan mengandungi gelatin babi dan geletin lembu.
Ia sekaligus mengesahkan kerisauan orang ramai sama ada gula-gula berperisa susu yang diimport dari China ini halal dimakan atau tidak. Sesuatu yang cukup menakutkan, di kedai-kedai jualan murah seperti kedai RM2, banyak menjual gula-gula ini yang amat mudah dicapai atau dibeli oleh kanak-kanak.
Bagi generasi 80-an dan 90-an dahulu, gula-gula berwarna putih dengan rasa susu ini cukup popular di kalangan kanak-kanak dan remaja kerana rasanya yang enak namun tidak disangka sama sekali bahawa ia bercampur gelatin babi yang sudah pastinya haram dimakan oleh umat Islam.
Sebelum isu sah mengandungi gelatin babi ini timbul, dalam laporan BERNAMA sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh memaklumkan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) setakat ini tidak pernah menerima permohonan sijil halal terhadap gula-gula susu White Rabbit yang diimport dari China ini.
Ads
Fuziah Salleh mengesahkan bahawa gula-gula White Rabbit ini mengandungi geletin babi selepas ujian dilakukan oleh Jabatan Kimia Malaysia.Inilah gula-gula yang sangat popular di kalangan kanak-kanak dan diimport dari negara China.
Jelas Fuziah Salleh lagi, pengimport gula-gula itu seharusnya membuat permohonan tersebut, yang akhirnya dapat menghentikan polemik berhubung status halal gula-gula berkenaan.
“Bagaimanapun, saya akan meminta supaya Jakim membuat siasatan, dan ujian makmal terhadap gula-gula itu bagi menentukan status halalnya, kerana isu halalnya telah lama diperkatakan dalam media sosial.
Ads
“Saya lihat isu ini menyebabkan umat Islam berada dalam keadaan dilema dan tidak pasti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Ziarah Kasih Rahmah 2019, Peringkat Zon Timur di Sungai Lembing di sini.
Dalam pada itu REMAJA turut menghubungi Ustaz Azhar Tuarno yang juga pegawai JAKIM apa yang perlu dilakukan andai seseorang itu sudah termakan makanan tidak halal ini.
Menurutnya, apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam, segeralah beristigfar dan memohon keampunan dari Allah taala di atas kekhilafan yang dilakukan.
“Cuma perlu istigfar dan minta ampun pada Allah. Jangan mengulanginya lagi selepas kita menyedari kekhilafan ini. Adalah lebih baik dalam bab makanan, umat Islam berhati-hati memilih pengeluar makanan tersebut kerana kita tidak mahu ada unsur-unsur shubahah dalam makanan yang kita makan,” katanya ketika dihubungi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masih berbekas lagi kejadian seekor kucing bunting yang dipukul oleh seorang wanita sehinga mati hanya disebabkan haiwan terbiar itu membuang najis di hadapan kediamaanya di Pulau Pinang, akhir Disember lalu.
Dalam kejadian tersebut, broker hartanah berusia 51 tahun yang dikenali sebagai Hah Chong Kheng dilihat memukul dua ekor kucing dengan sebatang besi hingga menyebabkan seekor mati dan seekor lagi cedera di bahagian mulut.
Menurut laporan Sinar Harian, kejadian tersebut telah disedari oleh penduduk yang kebetulan sedang duduk berehat di sebuah pondok berhampiran.
Hasil daripada aduan mereka, sepasukan pegawai Jabatan Veterinar hadir ke tempat kejadian, melakukan pemeriksaan dan mengambil bangkai serta kucing yang cedera balik ke Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar.
Hari ini, wanita tersebut dihadapkan dengan pertuduhan memukul dua ekor kucing di Mahkamah Seksyen Butterworth di bawah Seksyen 29 (1) (a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang boleh membawa denda sehingga RM100,000 jika disabit kesalahan.
Wanita tersebut mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan itu dan diikat jamin RM10,000. Terdahulu, beliau telah direman selama 4 hari untuk membantu siasatan.
*
Haih, memang kejam betul tindakan wanita ini sekiranya benar didapati bersalah. Tak perlulah sampai tahap nak pukul dengan batang besi sekiranya kucing menaburkan najis di hadapan rumah.
Antara cara termudah adalah meletakkan botol berisi air merah di hadapan rumah. Ini kerana kucing dikatakan takut untuk menghampiri warna merah. Ada juga petua orang tua-tua yang menyuruh menyiram minyak tanah di kawasan bertanah yang selalu dihampiri kucing kerana mereka tidak suka dengan bau kuat seperti ini.
Bagi korang yang penat melayan kucing yang sesuka hati ‘melabur’ ini, sudah tiba masa untuk korang menyemburkan beberapa jenis air semburan yang boleh dihasilkan sendiri di rumah. DIY je!
Jenis semburan pertama adalah campuran air, cuka dan sedikit sabun cecair. Semburan jenis campuran air dan peluntur pun popular kerana ia mempunai bau yang kuat.
Sekiranya korang tidak berapa gemar dengan bau kuat clorox dan cuka, tempatkan saja daun serai wangi di kawsan luar dan dalam rumah kerana ia boleh menghalau haiwan dan serangga.
Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Korang masih ingat tak kes kebakaran pusat tahfiz kira-kira tiga tahun lalu?
Paling sadis, kebakaran itu didakwa berpunca oleh dua orang remaja yang berusia 16 tahun ketika itu.
Terbaru, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengarahkan seorang remaja yang kini sudah berusia 19 tahun untuk membela diri atas tuduhan tersebut.
Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh pertama.
Sementara itu, seorang lagi remaja yang juga berusia 19 tahun dibebaskan atas pertuduhan yang sama tanpa memanggilnya membela diri.
Mahkamah memutuskan 2 dan 3 Mac untuk peringkat pembelaan, tertuduh berpeluang membangkitkan keraguan munasabah terhadap kes prima facie pendakwaan.
Pada Ogos lalu, Mahkamah Tinggi memaklumkan bahawa pemetik api digunakan untuk membakar pusat tahfiz berkenaan dan ia disimpan di atas meja di bilik tidur rumah salah seorang daripada tertuduh.
Mereka yang kini berumur 19 tahun masing-masing menghadapi 23 pertuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati di bawah Seksyen 97(1) Akta Kanak-Kanak 2001, namun boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Seksyen 97(1) Akta Kanak-Kanak 2001 menyatakan bahawa hukuman mati tidak boleh dijatuhkan ke atas pesalah kanak-kanak bawah umur 18 tahun namun mahkamah boleh menjatuhkan hukuman penjara selama mana diperkenankan Yang di-Pertuan Agong dan mengikut Seksyen 94 akta sama juga mempunyai kuasa untuk memerintahkan supaya ibu bapa dikenakan denda atau membayar pampasan.
Untuk info, menyayat hati ini berlaku pada 14 September 2017 apabila kebakaran di bangunan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah meragut nyawa 23 penghuninya.
Itu lah pepatah ada berkata, ikutkan hati badan binasa. Baru berusia 19 tahun dah melakukan jenayah. Moga kes ini dapat diselasaikan dengan sebaiknya. Al-fatihah untuk mangsa kebakaran ini.
Seiring dengan hasrat kerajaan Malaysia bagi membendung wabak COVID-19 daripada terus menular dalam kalangan rakyat, Malaysia bakal mempercepatkan lagi program suntikan vaksin apabila menerima bantuan dos dari dua negara besar dunia.
Malaysia terima sumbangan 1 juta dos vaksin AstraZeneca dari Jepun esok dan 1 juta lagi vaksin Pfizer dari Amerika Syarikat pada lusa, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin.
Sebanyak 1 juta dos vaksin AstraZeneca daripada Kerajaan Jepun akan tiba pada Khamis, manakala 1 juta dos vaksin lagi keluaran Pfizer akan diperoleh pada Jumaat sumbangan kerajaan Amerika Syarikat. pic.twitter.com/dkorHoCMLv
Jelasnya Malaysia amat mengalu-alukan dan menghargai sumbangan berkenaan yang melambangkan keprihatinan serta kepercayaan kedua-dua negara itu terhadap kerajaan Malaysia dalam usaha memerangi COVID-19 di negara ini dan sebagai sokongan terhadap program imunisasi global.
“Bekalan ini akan dapat memperhebat PICK dan bantu Malaysia mencapai nilai-nilai ambang yang digariskan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN). Kesemua vaksin yang telah diperoleh akan diedarkan segera ke semua fasiliti dan PPV untuk kegunaan PICK dalam masa terdekat,” katanya.
Wah, ni merupakan berita baik buat korang yang belum mendapat tarikh untuk menerima vaksin. InsyaAllah ada rezeki untuk semua terima vaksin. Cuba kena sabar je!
Sumber: Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.