Pemilihan R’Bonney memberi isyarat kepada era baharu pertandingan Miss Universe di mana peserta tidak lagi sekadar perlu memperagakan ‘catwalk’ menarik dalam pusingan pakaian mandi dan gaun malam. Peserta pada era ini juga perlu bijak dalam berkata-kata dan mempunyai misi tertentu untuk bergelar seorang ratu cantik.
Tidak hairanlah apabila sebahagian daripada 16 orang wakil terbaik yang dipilih bagi memenuhi slot Top 16 pada 14 Januari lalu tidak disangka-sangka oleh pemerhati ratu cantik. Rata-rata ramalan mereka meleset dan negera-negara yang popular dengan gelaran ‘powerhouse’ seperti Filipina, Thailand, Indonesia dan Mexico gagal menembusi senarai Top 16.
(Dari kiri) Wakil dari Mexico, Irma Miranda; Anna Sueangam-iam (Thailand) dan Celeste Cortesi (Filipina).
Ini kerana 50 peratus daripada pemarkahan penuh mereka pada pusingan awal (preliminary) diambil daripada sesi temuduga tertutup bersama barisan juri. Sedangkan pusingan pakaian mandi hanya mengambil kira 25 peratus dan selebihnya terletak pada prestasi mereka sewaktu pusingan gaun malam.
Menariknya pada edisi ke-71 ini, organisasi Miss Universe menerusi pemilik baharunya iaitu Anne Jakapong Jakrajutatip ataupun Anne JKN (nama syarikatnya) mengambil inisiatif segar untuk mendedahkan sebahagian daripada sesi temuduga bersama wakil yang bertanding. Ini secara tidak langsung memberi penjelasan mengenai pemilihan beberapa negara yang mencipta kejutan seperti Laos, Kanada dan Australia.
Dalam video temuduga bersama wakil Kanada, Amelia Tu yang dimuat naik pada 25 Januari 2023, gadis berdarah kacukan Cina-Kanada itu seakan menutup mulut-mulut pengkritik apabila sesinya berjalan dengan amat lancar.
Antara topik yang disentuh oleh Amelia yang juga merupakan seorang graduan University of California, Berkeley adalah mengenai koleksi set penjagaan kulit organik dan pakaian ‘sustainable’ yang diusahakannya, sama ada dia pernah berdepan kritikan kerana menyertai pertandingan Miss Universe dan apakah suatu elemen daripada budayanya yang disemat dekat di hatinya.
“Saya datang daripada latar belakang keluarga Cina dan saya amat berbangga bergelar gadis Cina-Kanada. Di Kanada, masyarakatnya amat terbuka dan menerima kehadiran imigran dari seluruh dunia.
“Saya berpendapat, kepelbagaian budaya yang kami terapkan di sini adalah sesuatu yang amat saya hargai. Sejak saya dilahirkan di Montreal, saya telah diterima sebagai sebahagian daripada komuniti Kanada. Dan saya belum pernah lagi berdepan isu perkauman dan sebagainya di sana,” ulasnya.
Ads
Melihat ke arah cara Amelia menjawab setiap soalan yang diajukan dengan lancar dan yakin, tidak hairanlah dia terpilih ke peringkat Top 16!
Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet memuji betapa jelasnya misi Amelia sejak menyertai pertandingan Miss Universe Kanada.
“Saya langsung tidak yakin mengapa dia terpilih semasa acara berlangsung. Tapi disebabkan video ini, saya sekarang boleh menilai sebab utamanya. Dia berjaya membuatkan barisan juri tertarik untuk mendengar apa yang ingin disampaikannya.” – Onya Mark
“Amelia mempunyai keperibadian yang asli dan tidak dibuat-buat.” – Glazn Flip
Ads
“Dia mempunyai fakta, data dan berkomunikasi dengan jelas. Dia bukan sekadar membaca skrip.” – 7.5M Views
“UC Berkeley ialah salah satu universiti terkemuka di dunia. Amelia mewakili Kanada dengan bangga, bijak, pandai bertutur, ikhlas dan merendah diri. Miss Universe telah menetapkan standard yang lebih tinggi.” Sarah Chung with an accent
Kini, platform YouTube Miss Universe sedang perlahan-lahan memuat naik video-video temuduga wakil negara lain. Tak sabar nak lihat jika video Miss Universe Malaysia, Lesley Cheam akan dikongsikan ataupun tidak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap berus mekap yang dihasilkan mempunyai tugas dan peranan masing-masing. Malah untuk solekan yang sempurna penggunaan berus mekap adalah diperlukan.
Pernah heboh dahulu tentang kewujudan berus yang diperbuat daripada bulu khinzir. Ternyata, ramai masih terlepas pandang dan tak ambil endah tentang pemilihan berus mekap.
Bulu sintetik vs bulu binatang
Kebiasaannya kita akan memilih bulu daripada sintetik untuk digunakan. Bulu sintetik ini diperbuat daripada sumber plastik dan nilon yang dicipta untuk menyerupai helaian rambut atau bulu binatang.
Tapi banyak juga yang dijual di pasaran berus yang menggunakan bulu binatang seperti kambing, anak kudai, tupai cuma yang ditakuti kita terbeli dan terpakai bulu daripada binatang yang ‘haram’ digunakan untuk Muslimah.
Jadi macam mana mahu mengenal pasti bulu sintetik dan bulu binatang terutama yang haram? Sebelum beli sila lihat ciri ini pada berus mekap yang dijual.
Cara kenal pasti berus daripada bulu binatang termasuk khinzir
1. Ia boleh dikenal pasti melalui istilah yang mungkin tertera pada label produk seperti “Hog Bristle”, “Pig Bristle” atau “Boar Bristle”.
2. Ada beza berus daripada bulu sintetik dan juga bulu binatang seperti khinzir. Bulu sintetik biasanya akan dilihat lebih bersinar daripada bulu binatang. Jadi anda boleh mengenal pasti dengan cara ini tanpa perlu menyentuhnya.
3. Selain itu berus mekap dari bulu binatang juga akan lebih mudah dicabut berbanding bulu sintetik yang lebih kuat.
4. Berus mekap yang berasaskan bulu binatang juga lebih lembut teksturnya berbanding berus sintetik.
4. Bulu daripada khinzir juga boleh dikenal pasti melalui ciri-ciri. Paling jelas bulu khizir biasanya bercabang. Jadi elak dari membelinya.
5. Selain itu jika sudah terbeli dan meragui ia adalah bulu daripada binatang, anda boleh membakarnya. Jika terbau seperti daging terbakar bermakna ia adalah bulu binatang.
Di samping berus mekap, bulu daripada binatang ini juga boleh digunakan untuk membuat berus pembersih rumah mahu pun berus cat. Korang boleh mengenal pastinya dengan cara yang sama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun pandemik covid-19 melanda negara, itu tidak menjadi penghalang bagi organisasi Miss Grand Malaysia untuk mencari wakil yang seterusnya bagi menggalas tugas mewakili Malaysia dalam pertandingan Miss Grand International 2021 yang dijangka berlangsung pada Disember tahun ini.
Mengadakan pertandingan secara virtual. Seramai 23 peserta yang menyertai pertandingan ini dikecilkan menjadi 5 finalis sahaja. Kelima-lima finalis ini diadili dalam beberapa peringkat dan juga cabaran selama sebulan pada Julai lalu. Akhirnya Lishalliny Kanaran, 24, dinobatkan sebagai juara.
.
Dia yang mendapat markah 80.2 peratus secara keseluruhan mendahului pertandingan dengan margin yang sangat besar. Berada di tempat kedua pula ialah Malveen Kaur dengan 72.2% diikuti dengan Poorani Raju, Anya Kimberly dan Kelly Kahil masing-masing memperolehi 71.8%, 68.3% dan 68%.
.
Gadis dengan ketinggian 175cm ini bukanlah asing bagi pertandingan ini. Ini merupakan percubaan kali ketiganya dan ternyata tidak sia-sia. Nampaknya usaha yang ditonjolkan membuahkan hasil dan dia kini bergelar Miss Grand Malaysia 2021. Merupakan pelajar dalam bidang seni bina, Lishalliny membawa advokasi untuk memberi kesedaran mengenai kemiskinan haid dan juga pendidikan kanak-kanak.
.
Organisasi Miss Grand Malaysia sudah menghantar wakil ke pertandingan ini sejak tahun 2013. Dalam tempoh itu dua wakil berjaya menjadi semifinalis menerusi Ranmeet Jassal yang berada dalam kelompok top 20 pada tahun 2016 dan Jesabel Robert yang berjaya berada di kedudukan top 10 pada edisi 2020.
Selamat maju jaya Remaja ucapkan kepada Lishalliny!
Bagi korang yang mengikuti drama popular, Cik Reen Encik Ngok Ngek yang tengah ke udara sekarang di Astro RIA, mesti korang perasan dengan kemunculan debut Farhan Asri.
Pemenang tempat kedua Pencarian Hero Remaja 2017 ini melakukan debut menerusi watak Q di dalam drama yang kini memasuki episod keenam. Walaupun masih baru, ramai yang menerima baik lakonan Farhan, good job bruh!
Bukan je watak tersebut jadi ingatan, ramai juga yang memerhatikan kepada fizikal badannya yang sado.
Foto: Akmar Azimi Stylist: FZ Aimman Solekan: Vee Muhamad
Dan sebab itulah, REMAJA bertanyakan rahsianya untuk mendapat bentuk badan ideal.
“Dulu masa sekolah, Paan pun sejenis yang tinggi melangit. Kurus je, serius! Kulit pun gelap, tak macam sekarang,”katanya.
Haa, macam mana boleh berubah jadi sado pulak? Nah, cuba 5 langkah ini yang dikongsi oleh Farhan.
01
“Bila tamat Form 3, Paan mula bersenam. Paan google je video step by step di YouTube dan pergi ke kedai buku untuk dapatkan bahan bacaan workout.
“Masuk je Form 4, semua terkejut dengan perubahan badan!”
Foto: Akmar Azimi Stylist: FZ Aimman Solekan: Vee Muhamad
02
“Paan ada lift up bar di belakang pintu bilik tidur. Bila tak ada masa untuk ke gym disebabkan kerja, kelas atau masa bulan puasa, Paan akan lakukan pull up dan chin up di belakang pintu tu.
“40 kali sebelum mandi, 40 kali selepas mandi.”
03
“Diet memang penting. Paan pernah diet dengan hanya mengambil ikan salmon, oat, ayam rebus, brokoli dan ulang balik menu itu selama sebulan.”
04
“Air mineral atau air masak adalah rahsia nak bina badan. Elakkan minuman manis kerana ia hanya buatkan korang senang merasa mengah dan penat. Sabar je lah bila ada minuman manis, elakkan.
“Kulit Paan menjadi lebih cerah pun sebabkan air masak, senang detoks.”
Foto: Akmar Azimi Stylist: FZ Aimman Solekan: Vee Muhamad
05
“Jangan ambil pil suplemen tanpa merujuk kepada doktor atau ahli farmasi. Selepas dapatkan consultation mereka, Paan amalkan pil vitamin 30 minit sebelum bersenam sebagai suplemen.
“Selepas tamat, Paan akan ambil minuman protein powder untuk recover semula tisu otot. Pada masa inilah, tisu sudah ‘kembang’ dan mudah untuk kandungan daripada air tenaga mengalir masuk.”
P.S:
“Just take your time. Jangan terburu-buru nak nampak result kerana ia boleh bahayakan kesihatan dan badan sendiri. Slowly but surely, okay.”
So, korang mampu tak?
Baca artikel penuh bersama Farhan Asri di dalam Majalah Remaja isu Oktober-Disember 2018. Kini di pasaran.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!