Terbaru, jaguh perseorangan wanita profesional negara, Goh Jin Wei, akhirnya menamatkan penantian panjang selama lapan tahun untuk kembali bergelar juara apabila menjuarai Kejohanan Cabaran Antarabangsa Singapura, pada Ahad.
Memetik laporan Bernama, pemain berusia 26 tahun itu turun selaku pilihan ketiga kejohanan dan mempamerkan aksi cukup dominan apabila hanya mengambil masa 30 minit untuk menewaskan wakil Indonesia, Komang Ayu Cahya Dewi, dengan keputusan straight set 21-11, 21-11 pada aksi final yang berlangsung di Singapore Badminton Hall East Coast @ Expo.
Kejayaan tersebut menyaksikan Jin Wei, yang kini menghuni ranking ke-55 dunia, meraih gelaran sulung Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sejak kali terakhir menjuarai Cabaran Antarabangsa Orleans di Paris pada 2016. Ia sekaligus menjadi titik kebangkitan baru buat pemain yang pernah di label sebagai prospek besar negara.
Kredit foto: FB BAMKredit foto: Facebook Zahid Hamidi
Sebelum ini, Jin Wei pernah mencipta sensasi apabila meraih pingat emas perseorangan wanita Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, selain menjuarai Sukan Olimpik Remaja di Buenos Aires serta muncul juara Kejohanan Dunia Remaja sebanyak dua kali pada 2015 dan 2018.
Ads
Namun perjalanan kariernya tidak sentiasa indah apabila masalah kesihatan berkaitan perut yang dialami selepas 2018 menyaksikan prestasinya merudum dan terpaksa melalui fasa sukar untuk kembali kompetitif di pentas antarabangsa.
Menurut jurulatih, Nova Armada, beliau percaya kejayaan di Singapura mampu menjadi pencetus keyakinan baharu buat anak didiknya itu.
Ads
“Apa yang berbeza dengan Jin Wei kebelakangan ini adalah keinginannya untuk terus memperbaiki diri. Beban latihannya juga meningkat dan saya fikir itu yang membawa kepada kemenangan ini,” katanya.
“Saya harap kemenangan ini dapat meningkatkan keyakinan dirinya. Kami juga akan bekerja lebih keras untuk meningkatkan stamina kerana saya merancang untuk menyertainya dalam lebih banyak kejohanan bertaraf lebih rendah,” jelasnya.
Dalam perkembangan terkini, Jin Wei dijadualkan menyertai kejohanan Super 100 China Masters di Ruichang bermula 10 hingga 15 Mac sebelum mengharungi cabaran lebih besar dalam kejohanan Super 300 di Taiwan serta beberapa kejohanan Super 500 termasuk di Thailand, Malaysia dan Australia.
Ads
Kemenangan di Singapura turut menjadi suntikan semangat menjelang saingan Piala Uber di Horsens, Denmark, selain membuka laluan buatnya memburu impian layak ke Sukan Olimpik Los Angeles.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampaknya tahun ini merupakan tahun kedua masyarakat Islam di Malaysia tidak dibenarkan untuk meraikan Aidilfitri secara meriah ekoran wabak pandemik COVID-19 yang masih menular di negara kita.
Seperti yang kita semua sedia maklum, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah pun mengumumkan daerah-daerah yang dikenakan PKP menjelang Aidilfitri ini, termasuklah negeri Selangor dan Kuala Lumpur.
Bagi kawasan PKP, ziarah hari raya hanya dibenarkan pada 1 Syawal dengan kehadiran tetamu tidak melebihi 15 orang pada satu-satu masa mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal.
Walaupun menerima tetamu pada hari raya pertama sahaja, eloklah jika korang sediakan kemudahan daftar melalui QR Code bagi merekod kehadiran tetamu menerusi aplikasi MySejahtera. Manalah tahu kalau ada kes yang melibatkan dengan tetamu korang, mudahlah sekiranya ingin menghubungi mereka kan?
Namun begitu, mungkin masih ramai yang tidak tahu untuk menyediakan QR Code bagi majlis anjuran mereka.
Nah, tak perlu risau lagi kerana seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ummu Tasnim Mustafa telah pun berkongsi tutorial bagaimana untuk menyediakan QR Code ini.
Jom kita try!
1. Klik link https://mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin
2. Masukkan nombor telefon, klik verify (I’m not robot) dan register
3. Masukkan nombor OTP yang diterima melalui SMS dan submit
4. Isi kan maklumat nombor telefon, majlis/kedai/no.contact, alamat majlis/kedai, poskod dan negeri. Kemudian, submit
5. Done! Terus boleh print dan bolehlah diletakkan di majlis/kedai korang
6. Kalau nak send dekat email kita pun boleh, klik email me dan nanti masukkan alamat email. Siap!
Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk memudahkan urusan korang nanti.
Setiap kesultanan memiliki keistimewaan dan juga sejarahnya yang tersendiri. Negeri Perak merupakan negeri berdaulat yang memiliki sejarah panjang. Ketika jatuhnya Kesultanan Melayu Melaka, Sultan Mahmud Syah I telah mangkat di Kampar, Sumatra dan meninggalkan dua anak lelaki. Sultan Alauddin Riayat Syah II dan Juga Sultan Muzaffar Syah.
Sultan Alauddin Riayat Syah II telah menjadi Sultan Johor lama yang pertama manakala Sultan Muzaffar Syah pula telah dijemput untuk menjadi Sultan Perak yang pertama pada 1528. Sehingga kini telah 35 orang sultan ditabalkan bagi mengetuai negeri bertuah ini.
Suatu ketika dahulu banyak amalan istiadat bertentangan agama yang dilakukan di dalam Istana Perak. Antaranya adalah Istiadat Tabal Jin yang dilakukan pada sebelah malam yang mana ketika siang harinya berlangsung istiadat pertabalan Sultan Perak. Istiadat ini dipercayai sebagai untuk membuktikan kedaulatan seseorang Sultan apabila menaiki takhta.
Kini istiadat Tabal Jin telah digantikan dengan istiadat Tabal Pusaka. Sumber gambar: orangperak.com
Ketika mula-mula menjadi Mufti Perak pada tahun 1985, apabila mengetahui amalan sebegini dilakukan sebelum ini, Tan Sri Harussani menasihati sultan Perak ketika itu iaitu Sultan Azlan Shah untuk menghentikan amalan yang bertentangan dengan agama ini di Istana. Biarpun begitu, beliau bukanlah memarahi atau menghina sebaliknya dengan baik cuba memahamkan perkara-perkara yang khurafat bertentangan dengan ajaran Islam.
Sultan Azlan Shah yang bersikap terbuka mendengar pendapat tersebut akhirnya memansuhkan Istiadat Tabal Jin dan ia digantikan dengan Istiada Tabal Pusaka yang tidak melibatkan sebarang anasir lain yang menyekutukan Allah SWT ataupun penggunaan sebarang mantera.
Selain istiadat Tabal Jin satu lagi amalan yang telah berjaya dimansuhkan dari Istana perak adalah amalan memasang ‘sangkar-sangkar’ disekeliling Istana.
Hasil daripada nasihat-nasihat yang diberikan, ketika majlis pertabalan Sultan Nazrin Shah sebagai Sultan Perak ke-35, tiada unsur-unsur khurafat yang melanggar syarak berlaku, sebaliknya istiadat yang dilakukan lebih kepada memelihara adat dan adab Melayu yang diwarisi dari turun temurun.
*** P/S – Tan Sri Harussani mula menjawat jawatan sebagai Mufti Perak bermula tahun 1985 sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 30 Mei 2021. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham dan juga Almarhum Sultan Azlan Shah yang sama-sama membawa perubahan dalam istiadat di Istana Perak.
Penyampai radio, Fizi Ali menitipkan dedikasi yang teristimewa buat anakanda perempuannya, Ameena Sofia.
Menerusi sebuah hantaran di entri Instagram miliknya, Fizi kotakan kata-kata janji buat anak tersayangnya di mana akan memberi kebahagiaan maksimum selain sedaya upaya membuatkan kehidupan Ameena bahagia setiap kali mereka menghabiskan waktu berdua.
“Untuk anakku Ameena Sofia, memang betul kita tak banyak masa bersama. Daddy tak dapat bagi 100 peratus masa dengan awak. Daddy tak dapat bagi macam ayah orang lain bagi dekat anak mereka.
“Tapi daddy janji setiap kali kita jumpa, daddy akan buat awak manusia paling bahagia dalam dunia,” katanya.
Bersempena ulang tahun kelahiran kelima Ameena, Fizi memuat naik video memaparkan momen-momen manis mereka sejak anak perempuannya itu kecil untuk dijadikan sebuah kenangan terindah.
Berniat video tersebut ditonton semula apabila puterinya dewasa kelak, dia langsung tidak kisah andai ada pihak melihat luahan itu sebagai cubaan merebut Ameena daripada bekas isterinya, Shakilla Khoriri.
“Insya-Allah, Daddy akan buat yang terbaik untuk awak. Mungkin ada mulut-mulut akan cakap daddy ini bapa ‘terpaling’ konon nak rebut awak.
“Daddy tak kisah, janji satu hari nanti bila daddy dah tiada ada, awak tengok balik semua video-video ini. Khas untuk awak sayang.
“Daddy sayang awak. Kami semua sayang awak. Selamat hari jadi sayang. Nanti jumpa kita sambut ya,” coretnya panjang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dalam dunia yang serba pantas hari ini, bukan mudah untuk melihat remaja seusia 14 tahun mencipta pencapaian luar biasa.
Namun, itulah yang berjaya dilakukan oleh...