Jika korang belum lagi mendengar album terbaru Taylor Swift berjudul Folklore setelah ia menemui kita 2 hari lalu, WHERE HAVE YOU BEEN?!
Folklore telahpun memecahkan pelbagai rekod dalam tempoh 24 jam ia dipasarkan.
Selain dianggap sebagai antara album terbaik yang pernah dikeluarkan oleh Taylor Swift oleh para Swifties kerana komposisi lagunya yang kembali kepada asal-usul muzik country Taylor, ia juga menunjukkan betapa matang muzik Taylor pada usia 31 tahun.
Namun, dalam banyak-banyak lagu yang dinyanyikan oleh Taylor, ada sebuah lagu yang berjaya mencuri perhatian RAMAI pendengar. Ia berjudul Betty dan mengikut spekulasi ramai pendengar, ia mungkin menceritakan mengenai perasaan Taylor terhadap – hmm – seorang perempuan.
Siapa Betty ni, Taylor??
Terlalu banyak spekulasi yang bertebaran. Ada yang mengatakan Betty adalah nama anak terbaru pasangan Ryan Reynolds dan Blake Lively yang merupakan rakan karib Taylor.
Ads
Ada juga yang beranggapan Betty itu adalah seorang watak lelaki yang dicipta oleh Taylor memandangkan album ini berjudul Folklore (maksud: cerita yang dicipta oleh Taylor).
Namun, majoriti daripada pendengar berangggapan bahawa Taylor sedang bercerita mengenai perasaannya terhadap rakan karib perempuannya. Specifically, model Karlie Kloss.
Ini kerana Karlie memuat naik beberapa foto di Instagram yang menunjukkan dirinya di dalam hutan, mirip album cover Folklore.
Hubungan di antara Taylor dan Karlie (atau Kaylor) telah terjalin bertahun-tahun lamanya. Malah, Kaylor juga dianggap sebagai kembar kerana ketinggian dan paras rupa mereka yang hampir seiras.
Do not get us wrong, Karlie telahpun berkahwin dan Taylor pula sedang bahagian dengan teman lelakinya, Joe Alwyn. Namun, mungkin Kaylor mempunyai perasaan ‘cinta’ di antara dua orang kawan yang lebih rapat berbanding sekadar rakan karib. Mungkin lebih kepada sisterly bond gitu.
Rekod Baharu, Ini Album Terbaik Taylor Swift?
Walaupun baru saja menemui peminatnya, Folklore telahpun dijual lebih daripada 1.3 juta dalam tempoh hari pertamanya ia dipasarkan!
Sekaligus, Folklore telah memecahkan rekod bagi penjualan album terbanyak di Spotify oleh seorang penyanyi wanita dengan 80.6 juta penstriman. Malah di platform Apple Music, ia menjadi album pop paling banyak distrim dalam tempoh 24 jam dengan 25.47 juta penstriman.
OMG Taylor!
Walaupun rekod rasmi hanya akan diperolehi dalam tempoh seminggu selepas sesebuah album dikeluarkan, ramai yang telah menjadi ‘pak nujum’ dan merasakan Folklore bakal dinobatkan sebagai debut album terbaik bagi tahun 2020. Untuk pengetahuan, rekod itu kini dipegang oleh The Weeknd untuk album After Hours, minggu lalu.
Pendapat Taylor Mengenai Folklore
Semasa mengumumkan bahawa Folklore akan menemui semua Swifties pada hari Jumaat lalu, dia menganggap album kelapannya ini adalah “bunyi baharu saya di mana saya ekspresikan ketahutan, impian, perasaan..sebelum tahun ini, saya mungkin akan berfikir panjang mengenai masa terbaik untuk mengeluarkan sebuah album baharu.
“Tetapi dengan waktu yang kita sedang lalui sekarang, saya diingatkan bahawa kita tiada jaminan di dunia ini. Hati saya mengatakan jika saya lakukan sesuatu yang saya cintai, saya harus membiarkan seluruh dunia mendengarnya. Itu adalah sesuatu yang berbeza mengenai Folklore.”
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Atlet taekwondo Thailand, Panipak Wongpattanakit yang telah mencipta sejarah meraih pingat emas pertama untuk negaranya di Olimpik Tokyo telah pun pulang ke tanah air.
Selepas melalui protokol kawalan COVID-19, bintang Taekwondo itu disambut oleh ayahnya dan para penyokong di lapangan terbang Phuket bagi meraikan kejayaan dengan mengucapkan tahniah.
Namun begitu, apa yang lebih menyentuh hati apabila Panipak melutut dan menghadiahkan pingat emas yang telah dimenangi kepada ayahnya. Momen berharga itu berjaya dirakamkan menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh The Nation Thailand.
Atlet berusia 23 tahun ini juga turut mengalungkan pingat emas di leher ayahnya dan kita dapat melihat betapa bangganya seorang ayah apabila anaknya berjaya mengharumkan nama negara.
Sebak pula menonton video tersebut kan? Hiks!
Panipak juga dilihat memberi penghormatan kepada jurulatih, teman sepasikan dan presiden Taekwondo Association of Thailand.
Atlet remaja itu perlu menghabiskan masa sekurang-kurangnya 14 hari di Phuket sebelum dibenarkan melakukan perjalanan ke wilayah lain.
Menteri Pelancongan dan Sukan, Phiphat Ratchakitprakarn menjelaskan Panipak dan pasukannnya diundang ke Phuket supaya mereka dapat mengelakkan kuarantin di bilik hotel.
Di bawah program sandbox, mereka yang mendapat vaksin sepenuhnya tiba di Phuket mesti tinggal di wilayah tersebut sekurang-kurangnya 14 hari sebelum mereka dapat pergi ke wilayah lain.
Untuk rekod, Panipak pernah meraih emas dalam Kejohanan Dunia 2015, Sukan Asia Tenggara 2017 dan Sukan Asia 2018 selain merangkul pingat gangsa di Olimpik Rio 2016.
Tahniah Remaja ucapkan kepada negara jiran kita, Thailand atas kemenangan pingat emas yang diperoleh. Walaupun Malaysia belum ada rezeki mendapatkan pingat emas, namun melihat kejayaan Asia di pentas dunia juga merupakan satu kebanggaan untuk kita.
Jika sebelum ini 61 orang penduduknya di Simpang Renggam, Johor yang dikesan positif wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah dilaksanakan di sana.
Nasib yang sama turut dirasai oleh penduduk 7 perkampungan di Hulu Langat bermula 12 tengah malam semalam (29 Mac). Menurut laporan Harian Metro, ia membabitkan kawasan di Batu 21 hingga Batu 24, Sungai Lui.
Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, perlaksanaan PKPD ini akan dilakukan sehingga 13 April depan dan tindakan ini susulan dari nasihat yang diterima dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengesahkan sebanyak 71 kes positif jangkitan Covid-19 membabitkan 274 penghuni Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah di Batu 23, Sungai Lui.
PKPD di Sungai Lui ini melibatkan 7 perkampungan yang mana 2 perkampungan Orang Asli dan 5 perkampungan Melayu disana. Tujuan PKPD ini dilaksanakan adalah bagi membendung jangkitan Covid-19 dari terus merebak di kawasan berkenaan.
Sepanjang tempoh PKPD ini, semua penduduk dan pelawat di kawasan itu tidak dibenarkan keluar dari rumah selain penduduk dan pelawat yang tidak menetap disitu turut tidak dibenarkan masuk ke kawasan berkenaan.
Semua aktiviti perniagaan dihentikan dan bekalan asas yang mencukupi akan dibekalkan kepada semua penduduk oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Berikut ada sedikit laporan mengenai PKPD Sungai Lui, Hulu Langat yang disediakan oleh Astro Awani malam tadi…
Penggunaan internet di Malaysia terus berkembang dengan dominasi kuat laman-laman web media sosial yang menjadi pilihan utama. Tambahan pula, kini , hampir semua aspek kehidupan kita berkait rapat dengan internet, dari berkomunikasi hingga mencari hiburan.
Jadi, tidak hairanlah bila pelbagai pihak seperti individu, syarikat, institusi, dan perniagaan berlumba-lumba untuk membina laman web yang menggambarkan identiti serta perkhidmatan mereka dalam dunia maya. Menurut Forbes, pada tahun 2023, terdapat anggaran 5.16 bilion pengguna internet dan 1.13 bilion laman web di seluruh dunia.
Angka berkenaan sudah cukup untuk menggambarkan betapa dekatnya hubungan yang wujud antara manusia dengan alam ciptaan manusia tersebut.
Top 5 Mac dalam senarai antara 10 laman web paling kerap dilayari rakyat Malaysia tidak berubah
Dalam pada itu, Similarweb.com setiap bulan akan menerbitkan senarai laman web yang paling kerap dilayari pengguna di sesebuah negara, termasuk di Malaysia.
Laporan terkini menunjukkan bahawa tiga laman web paling popular di Malaysia adalah google.com, youtube.com, dan facebook.com. Dua lagi laman web, whatsapp.com dan instagram.com, yang tergolong dalam kumpulan Meta, juga termasuk dalam lima teratas yang paling kerap dilayari oleh rakyat Malaysia pada bulan Mac.
Shopee.com, pusat berbelanja online kegemaran rakyat Malaysia menduduki posisi keenam, diikuti oleh platform X, yang dulu dikenal sebagai twitter.com, di posisi ketujuh.
Maybank, salah satu bank terkemuka di Malaysia, berada di posisi ke-8 melalui laman maybank2u.com. TikTok, yang digilai remaja, menempati tangga ke-9. Sementara itu, laman web hasil.gov.my dan moe.gov.my, yang masing-masing milik agensi kerajaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia, berada di tangga ke-18 dan ke-26 sebagai laman web kerajaan yang paling banyak dikunjungi. Menurut Similarweb.com, lima besar laman web terpopuler di Malaysia umumnya tetap sama seperti bulan sebelumnya.
Kesimpulannya, fenomena ini menunjukkan betapa pentingnya keberadaan digital bagi entiti perniagaan dan kerajaan, serta bagaimana teknologi terus mempengaruhi dan memperkaya kehidupan kita.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.