
Alhamdulillah, resepsi di antara pelakon, Farah Nabilah dan suami, Amirul berlangsung gemilang semalam.
Ternyata, Farah bijak memilih pereka fesyen duo, Rizman Ruzaini untuk menyiapkan dress bagaikan puteri semalam.
Selain Farah, jemputan selebriti yang bertandang ke majlis mereka turut tak melepaskan peluang untuk ‘melaram’. Jom tengok.
01
Scha Alyahya

Ditemani oleh suami, Awal Ashaari yang bertindak selaku pengacara majlis, Scha kelihatan elegan dalam persalinan biru gelap dengan trend puffed sleeves popular kini.
02
Mira Filzah

Pada pandangan kasar, Mira mungkin kelihatan minimal dalam sarungan baju kurung polos oleh Merah Jambu. Namun itulah keinginan Mira sewaktu proses rekaan – klasik dan tak ditelan zaman.
03
Syamim Farid

OMG, Syamim kelihatan cukup glamor dalam persalinan merah Samm Republic.
04
Izara Aishah & Tya Ariffin

Ke mana saja dua orang menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza ini pergi, pastinya mata tak terlepas daripada memberikan tumpuan kepada mereka.
05
Fazura

Selain daripada dress hijau zamrud yang menurut trend terkini, pasti ramai terkejut bila mendapat tahu Fazura menyiapkan solekannya sendiri semalam!
06
Siti Saleha

Turut menggayakan tas tangan daripada Dior sama seperti Scha Alyahya, Siti Saleha kelihatan ayu dalam persalinan tradisional moden. Macam nak bertunang sekali lagi, hehe..
*
Stail siapa yang menjadi kegemaran kamu?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Stanford Ryan Sidi Raih Emas Di WCOPA, Dari Juruteknik Ke Jaguh Sape Dunia

Stanford Ryan Sidi, seorang pemuda berumur 26 tahun dari Sibu, Sarawak, harumkan nama Malaysia di WCOPA Amerika Syarikat.
Pemain sape, Stanford Ryan Sidi dari Sibu, telah mendapat pengiktirafan dunia dengan memenangi pingat emas untuk karya asli beliau, “Borneo Journey” di peringkat akhir Kejohanan Dunia Seni Persembahan (WCOPA) ke-27 di Amerika Syarikat.

Stanford, yang berusia 26 tahun, menonjol dalam kategori Karya Asli Muzik di bawah Bahagian Senior. Selain pingat emas, beliau turut memenangi pingat perak dalam kategori Kontemporari, Klasik, dan Terbuka, serta pingat gangsa dalam kategori Jazz.
“Saya sangat gembira dipilih mewakili Malaysia di WCOPA 2024. Pada masa yang sama, saya sangat gementar kerana bertanding dengan 20 peserta dari 60 negara lain dalam kategori saya,” kata Stanford, yang bekerja sebagai juruteknik, menurut laporan.
“Pertandingan bermula dengan pusingan awal, dan walaupun saya gemetar, saya terkejut dapat melayakkan diri ke separuh akhir bersama lapan peserta lain dan kemudian ke peringkat akhir bersama lima peserta lain. Lebih mengejutkan lagi apabila memenangi pingat dan diumumkan sebagai Pemenang Bahagian untuk kategori Karya Asli,” tambahnya.

Stanford menjelaskan bahawa beliau dan beberapa peserta lain diminta untuk mencipta gubahan asli untuk WCOPA 2024.
“Ia agak mencabar untuk mencipta lagu sendiri, terutamanya dengan sape sebagai alat muzik. Saya mengambil masa dua bulan untuk mengarang karya untuk kategori Karya Asli. Saya tidak bersendirian dalam usaha ini; Ajis The Crew membantu meningkatkan kualiti muzik,” katanya.
Stanford merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif & Seni Persembahan (MTCP) Sarawak kerana membiayai penyertaannya di Amerika Syarikat.
“Tanpa pembiayaan tersebut, saya tidak akan dapat ke WCOPA. Saya juga berterima kasih kepada Persatuan Anak Seni Sape Kuching (Pusak) atas bantuan penting mereka dalam semua persiapan untuk penyertaan saya di WCOPA 2024,” tambahnya lagi.
5 fakta menarik tentang alat muzik Sape Sarawak
- Asal Usul: Sape adalah alat muzik tradisional kaum Dayak di Sarawak, terutamanya dimainkan oleh kaum Kenyah, Kayan, dan Iban.
- Bentuk dan Reka Bentuk: Sape biasanya mempunyai bentuk bujur dan panjang, dengan badan yang lebar dan tali yang tegang. Ia sering diukir dengan motif etnik yang indah.
- Bahan Pembuatan: Sape diperbuat daripada kayu keras seperti kayu adau atau kayu meranti, yang diukir dengan tangan untuk menghasilkan bentuk dan bunyi yang diingini.
- Tali Sape: Pada asalnya, sape mempunyai dua hingga empat tali yang diperbuat daripada serat tumbuhan atau rotan. Namun, versi moden menggunakan tali nilon atau dawai.
- Permainan dan Teknik: Sape dimainkan dengan cara memetik tali menggunakan jari. Pemain biasanya menggunakan teknik khas seperti plucking dan strumming untuk menghasilkan bunyi yang merdu.
Sape bukan hanya alat muzik, tetapi juga simbol identiti budaya yang kaya dan warisan yang dihargai oleh masyarakat Dayak di Sarawak.
BACA LAGI: Kenangan Manis Capai Top 24 Miss Supranational 2022, Melisha Lin Akui Bukan Semuanya Glamor – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
5 Sebab Mengapa Drama Adaptasi ‘Dari Mata Turun Ke Hati’ Tidak Kalah Dengan Versi Original Dari Jepun

Berita baik untuk semua peminat drama bersiri Melayu & Jepun di Malaysia!
Salah satu buah tangan terbaru yang sedang hangat diperkatakan sekarang adalah drama bersiri Dari Mata Turun Ke Hati (DMTKH) lakonan Hero Remaja 2021, Mierul Aiman dan naib juara Dewi Remaja 2023, Arabella Ellen.
Diadaptasi daripada manga popular Jepun ‘Love’s In Sight’ nukilan Yuko Matsuda dan pernah diterbitkan oleh Nippon TV, DMTKH telahpun menerima pelbagai respon menarik biarpun ia baru sahaja ditayangkan sejak 12 Ogos lalu.
Ia mengisahkan kehidupun Jai Jerung (Mierul), seorang remaja nakal yang jatu cinta dengan seorang gadis bernama Iris Sofea (Arabella). Disebabkan isu penglihatan, Iris terpaksa menggunakan tongkat putih dan mereka berdua bertemu di atas blok Braille yang sedang digunakan Iris sewaktu berjalan.
Selepas sahaja kejadian itu, mereka menjadi amat rapat dan akhirnya saling jatuh cinta. Disebabkan perasaan sayang yang ada dalam hati, Jai cuba melakukan segalanya untuk menyenangkan Iris dalam kehidupan seharian namun sebaliknya, ia lebih merumitkan lagi hubungan mereka. DMTKH seterusnya akan membawa penonton mengekori rapat kisah mereka sama ada mereka akan terus kuat bersama atau lebih rela mengambil haluan masing-masing.
Nah! REMAJA senaraikan lima sebab mengapa kami rasakan drama bergenre romantik komedi ini tidak kalah dengan versi original dari Jepun.
BARISAN PELAKON YANG LEBIH ‘FRESH’
Selain Mierul Aiman dan Arabella Ellen, DMTKH turut membariskan ramai lagi pelapis baharu yang juga merupakan wajah-wajah dari pencarian Hero Remaja seperti Evertts Gomes (Farhan), Afiq Hamidon (Dayat) dan Azri Safix (Haikal). Selain mereka, ia juga dibintangi oleh Qistina Khaled (Aira Sofea) dan Darien Aeldra (Jaha).
Sewaktu ditemui REMAJA di acara sidang media DMTKH, Mierul berkata bahawa kesemua rakan-rakan gandingannya itu cukup teruja untuk membintangi drama bersiri ini dengan semangat jitu untuk belajar. Ia secara tidak langsung turut membantu dirinya dalam menghidupkan watak sebagai Jai Jerung.

JENIS PENYAKIT TERHAD PENGLIHATAN
Watak Iris lakonan Arabella menceritakan mengenai seorang gadis yang berdepan masalah penglihatan yang dikenali sebagai Amblyopia di mana dia hanya dapat melihat objek yang terletak amat dekat dengan matanya.
Di sini, penonton dapat menghayati bahawa bukan semua insan yang mempunyai masalah penglihatan itu adalah buta sepenuhnya. Sebaliknya, jalan cerita Iris mengajar penonton mengenai kepayahan seseorang yang masih mampu melihat dalam skop yang amat terhad.

HUBUNGAN BAIK ANTARA HERO HEROIN
Kongsi Mierul dan Arabella, mereka tidak mengambil tempoh masa yang panjang untuk berjaya mencungkil chemistry yang wujud di antara mereka sebagai rakan gandingan.
Percaya atau tidak, ketika kali pertama mereka berpeluang untuk saling mengenali dan bertegur sapa untuk kali pertama, Mierul berkata mereka berdua hanya memerlukan lebih kurang 3 saat sahaja untuk mencari keserasian demi menjayakan watak masing-masing. Amboi! Hehe..
Bukan setakat itu, Mierul dan Arabella juga sudah bersiap sedia sekiranya impak lakonan mereka berdua akan membuatkan peminat dan penonton sejagat berharap agar mereka membawa rasa cinta yang wujud antara Jai Jerung dan Iris ke dunia realiti. Apapun, mereka berharap agar gandingan kali ini mampu membuatkan para penonton terhibur dengan jalan cerita adaptasi yang bersalut ‘rasa dan gaya’ Malaysia.

JEPUN VS MALAYSIA
Tambah Mierul lagi, antara perbezaan utama kedua-dua versi drama ini adalah kelainan budaya ‘Mat Motor’ di Jepun dan Malaysia.
Sebelum memulakan penggambaran, Mierul merujuk kepada karakter komik under 18 iaitu X bagi ‘menghidupkan’ watak Jai Jerung. Pelakon yang berasal dari Putrajaya itu juga banyak mempelajari dialek percakapan kelompok anak muda jalanan di sekitar ibu kota Malaysia agar karakternya tampil lebih realistik dan mudah difahami.
Dalam pada itu, Arabella pula merasakan karakter Iris direalisasikan dengan lancar apabila dia mendapati karakter itu mempunyai perwatakan yang hampir sama dengan dirinya; selalu bersemangat, berkeperibadian positif dan comel!
AUDIO ISTIMEWA UNTUK PENONTON TERHAD PENGLIHATAN
Perkara ini mungkin tidak asing di negara-negara maju seperti di Jepun sendiri. Namun istimewa di Malaysia, teknologi ‘Keterangan Audio’ yang diperkenalkan khas untuk drama DMTKH ini adalah sesuatu yang baharu di Malaysia.
Ciri audio istimewa yang membantu penonton yang terhad penglihatan ini membolehkan mereka memilih keterangan audio dalam Bahasa Melayu. Apa yang perlu mereka lakukan adalah menekan fungsi ‘Multiple’ di tetapan ‘Audio’ pada TV atau menerusi On Demand semasa menonton drama ini nanti.

Memang menarik bukan drama adaptasi Dari Mata Turun Ke Hati!
Ia sudah mula bersiaran menerusi slot MegaDrama bermula 12 Ogos 2024, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di saluran Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan SOOKA.


Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
2021 PADAT Dengan Filem & Drama Baru Di Disney Plus! Lihat 9 Pilihan REMAJA

Acara Disney Investor Day yang berlangsung hari ini telah membuatkan ramai peminat dunia animasi Disney, peminat Marvel Cinematic Universe, pengikut setia Star Wars dan secara amnya, peminat dunia hiburan lakonan seluruh dunia tersenyum lebar.
Ia bukan hari pengumuman biashe-biashe seperti mana yang dilakukan sebelum ini.
Sebaliknya, Disney telah menyenaraikan kesemua projek filem, drama bersiri dan siri animasi yang bakal dimulakan, sedang dihasilkan dan yang akan menemui penonton dari akhir tahun ini hinggalah ke tahun 2023 kelak.
Terlalu banyak projek baru yang menarik perhatian kami. Oleh itu, penulis telah memilih 9 buah projek yang akan ditayangkan sepanjang tahun 2021. Kesemuanya akan ditayangkan menerusi platform penstriman Disney Plus.
.
.
Drama Bersiri Wandavision (15 Januari 2021)

.
.
Filem Raya & The Last Dragon (Mac 2021)

ARTIKEL BERKAITAN: Filem Terbaru Disney Dengan Karakter ‘RAYA’ Ini Ditulis Oleh Wanita Malaysia! Siapakah Dia? – REMAJA
.
.
Filem The Falcon & The Winter Soldier (Mac 2021)

.
.
Drama Bersiri LOKI (Mei 2021)

.
.
Siri Animasi What If…? (Pertengahan 2021)

.
.
Drama Bersiri Miss Marvel (Suku Ketiga 2021)

ARTIKEL BERKAITAN: Iman Vellani Bintangi Watak Adi Wira Muslim Pertama Dalam Siri Marvel – REMAJA
.
.
Drama Bersiri Hawkeye (Penghujung 2021)

.
.
Filem Peterpan & Wendy (2021)

.
.
Filem Pinocchio (2021)

.
.
Bukan itu saja, kami juga pasti akan setia menantikan filem Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings yang akan menemui menonton pada bulan Julai 2021. Istimewanya, ia menanmpilkan pelakon lagenda, Tan Sri Michelle Yeoh!
ARTIKEL BERKAITAN: Michelle Yeoh Jadi Pelakon Malaysia Pertama Dalam Filem Marvel Untuk 2021 – REMAJA
Jadi, yang mana satu yang membuatkan korang tak sabar menunggu?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

