Pada usia kebanyakan anak muda masih tercari-cari hala tuju kerjaya, seorang mahasiswa berusia 24 tahun ini pula sudah mengumpul pengalaman dalam lebih 20 jenis pekerjaan sejak 2018.
Muhammad Syafiq Daniel Zulkarnain atau lebih mesra disapa Syafiq mengakui dia sememangnya gemar mencuba pelbagai pekerjaan kerana sukakan cabaran selain mahu mempelajari perkara baharu dalam hidup.
Minat Cuba Pelbagai Bidang Sejak Remaja
Menetap di Bandar Tun Razak, Syafiq memulakan langkah pertamanya dalam dunia pekerjaan seawal usia 16 tahun sebagai kru katering sebelum beralih menjadi pembantu dapur.
Tidak terhenti di situ, dia kemudian mencuba pelbagai lagi bidang pekerjaan termasuk pekerja am gudang, kru penyelenggaraan, penunggang p-hailing, askar simpanan, pembantu jualan, penghantar barangan dan menjalani latihan industri di mahkamah serta bank.
Terbaharu, Syafiq kini bekerja sebagai pembantu dan penasihat jualan di sebuah premis pakaian dan barangan sukan sambil meneruskan pengajian.
Belajar Sambil Kerja Bukan Halangan
Berkongsi lanjut, Syafiq yang kini mengikuti Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam di Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ), Perlis berkata keluarganya tidak pernah menghalang dia bekerja sambilan.
Ads
“Cuma mereka risau waktu saya kerja sebagai penunggang p-hailing kerana berisiko terbabit kemalangan.
“Kerja lain tak ada masalah… saya pun sebenarnya tak bekerja dalam tempoh panjang di satu-satu tempat.
“Paling lama tiga bulan, bergantung dengan keperluan dan ada kalanya kerja ketika cuti semester. Tapi sekarang saya belajar sambil bekerja sebagai pembantu dan penasihat jualan,” katanya.
Menurut Syafiq lagi, ramai rakannya tertanya-tanya bagaimana dia membahagikan masa antara komitmen belajar dan bekerja.
Namun baginya, pengalaman yang dikumpul sejak muda banyak membantu dirinya lebih mudah menyesuaikan diri dengan rutin harian.
Ads
Anggap Pengalaman Sebagai Guru Terbaik
Walaupun mengakui penat menjalani dua komitmen serentak, Syafiq percaya setiap pengalaman memberi pengajaran berharga untuk masa depan.
“Memang penat tapi masa muda ini kita kuat nak bekerja jadi redah saja dan pengalaman itu yang mahal terutama bila buat silap kerana daripada situ, kita belajar perbaiki diri.
“Buat masa ini, saya hanya ikut jadual kuliah ditetapkan pihak kampus dan waktu kerja ditentukan majikan.
“Tiada masalah kerana bagi saya, setiap kerja ada cabarannya tapi paling mencabar sewaktu berkhidmat sebagai askar wataniah kerana perlu kuat daripada segi mental juga fizikal.
Ads
“Pengalaman kerja paling menyeronokkan pula ketika menjadi pembantu jualan di premis pakaian serta barangan sukan kerana saya suka bantu juga berurusan dengan pelanggan,” katanya.
Dalam pada itu, Syafiq berharap segala pengalaman kerja yang diperoleh mampu menjadi bekalan penting untuk menghadapi dunia pekerjaan yang lebih mencabar pada masa hadapan.
“Pengalaman kerja sebelum ini akan saya gunakan dengan sebaiknya kerana merancang menjalankan perniagaan sendiri satu hari nanti.
“Impian lain saya adalah bergelar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di syarikat perbankan Islam dan harapnya ia menjadi kenyataan,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Metro Online
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Politik sekali lagi menjadi penyebab kepada kekecewaan dalam kalangan peminat bola sepak di negara seberang, Indonesia.
Setelah terpaksa menanggung malu akibat pengurusan lemah semasa tragedi rusuhan di Stadium Kanjuruhan pada Oktober 2022 sehingga menyebabkan lebih daripada 130 kematian, kini sinar baharu untuk membawa semula persada bola sepak Indonesia ke sudut yang lebih positif juga tidak kesampaian.
Ini setelah Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa atau FIFA semalam menarik balik hak Indonesia sebagai tuan rumah kejohanan Piala Dunia Bawah 20 Tahun; hanya beberapa minggu sebelum ia dilangsungkan.
Reaksi pasukan bola sepak bawa 20 tahun Indonesia apabila dikhabarkan berita buruk ini semalam.
Penarikan semula ini berikutan kelantangan protes beberapa kem politik di Indonesia yang menentang penyertaan pasukan bola sepak Israel pada kempen kali ini.
Umum mengetahui bahawa hubungan diplomasi rasmi di antara Indonesia dan Israel tidak wujud memandangkan negara majoriti penduduk Islam itu sentiasa memihak kepada saudara seagama yang menetap di Palestin.
Tambahan pula, dua orang gabenor berpengaruh di Indonesia sebelum ini bersungguh-sungguh melaungkan penentangan mereka terhadap penyertaan Israel dalam kejohanan itu. Penentangan ini sekaligus tidak disenangi oleh badan FIFA yang ingin memastikan semua pasukan dapat bertanding secara selamat di negara tuan rumah.
Disebabkan penarikan drastik oleh FIFA ini juga, penyertaan pasukan bola sepak bawah 20 tahun Indonesia kehilangan tiket automatik sebagai tuan rumah untuk menyertai kejohanan yang berlangsung setiap dua tahun sekali itu.
Lapor media Indonesia, berita tersebut amat memberi kesan kepada peminat bola sepak negara itu terutamanya pemain kebangsaannya.
Penyerang 19 tahun Indonesia, Rabbani Tasnim mengeluh kepada pemberita di sana dengan berkata, “Tenaga, masa, peluh dan darah yang kami curahkan, tetapi ia digagalkan disebabkan alasan politik. Ini adalah impian besar kami yang telah anda hancurkan.”
Manakala penyerang 18 tahun Indoneisa, Hokky Caraka turut berkongsi sentimen sama. “Kami, para pemain, kini terkesan. Bukan hanya kami tetapi semua pemain bola sepak Indonesia.”
Haih, sabarlah pasukan Garuda.
Untuk pengetahuan korang, kejohanan Piala Dunia bawah 20 tahun pada asalnya dijadualkan berlangsung di Indonesia dari 20 May hingga 11 Jun hadapan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Amalan gaya hidup sihat boleh mengurangkan pelbagai risiko penyakit pada masa hadapan. Ingat…penyakit tak mengenal usia, bangsa dan pangkat ya!
Nampaknya semakin ramai mengejar untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Rakyat Malaysia juga tidak terkecuali mula mengambil perhatian terhadap kesihatan mereka untuk kehidupan yang lebih sejahtera lebih-lebih lagi mi musim COVID-19 ini.
Ketika ini, masing-masing cuba untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu, menjadikan kesihatan dan kesejahteraan berada di kedudukan teratas! Menurut satu kajian yang dikeluarkan oleh Ipsos mengenai diet dan kesihatan, menunjukkan bahawa rakyat Malaysia lebih kerap bersenam dan mengawal pengambilan gula secara umum.
Mungkin di sebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan kesedaran rakyat Malaysia terhadap gaya hidup yang sihat meningkat. Menurut laporan Ipsos walaupan banyak negara mempunyai isu dengan kenaikan berat badan, namun di Malaysia perkara sebaliknya yang berlaku apabila ramai orang yang sudah berusaha untuk menurunkan berat badan.
Dia menambah bahawa antara langkah positif yang diambil rakyat Malaysia untuk menguruskan badan adalah dengan mengurangkan pengambilan gula sebagai bahan makanan atau minuman yang utama.
Maka tidak hairanlah keprihatinan kesihatan dalam populasi Malaysia menunjukkan angka peningkatan. Apakah ia dalam erti kata sihat sebenar?
Selain daripada beriadah, diet membentuk asas kesihatan yang baik. Tapi jangan lupa, apa yang korang makan. Tapi syabas buat rakyat Malaysia, hasil kajian ini menunjukkan bahawa 36% rakyat Malaysia mengatakan mereka telah berjaya menurunkan berat badan, sementara 19% telah menambah berat badan dengan rata-rata 4.8 kg.
Dari segi pengambilan karbohidrat pula, rakyat Malaysia masih perlu memperbaiki masalah ini. 64% rakyat Malaysia sedang berusaha mengurangkan minuman bergula, diet (63%), dan olahraga lebih banyak (61%).
Penulis rasa ini satu benda yang membanggakan rakyat Malaysia, jika sebelum ini World Population Review 2019 yang mengatakan bahawa Malaysia mempunyai tahap obesiti tertinggi tapi berbeza pula tahun ini.
So, keep it up guys! Tapi ingat musim-musim sekarang ni SOP jangan lupa pula.
Nak beraya dengan kuih raya buatan air tangan sendiri? Tapi terlalu sibuk dan penat? Haaaa.. jangan risau sebab kali ini Remaja akan kongsikan resipi badam coklat ala ferrero rocher yang hanya menggunakan dua bahan sahaja.
Mudah dan sedap, pasti anda akan non-stop makan di malam raya sambil layan telefilem khas raya bersama yang tersayang.
Bahan-bahan:
400g badam
6 pek coklat Cadbury dairy milk
Cara membuatnya:
Goreng badam tanpa minyak. Api sederhana, rajin dikacau.
2. Selepas digoreng kemudian masukkan dalam oven pula. Suhu 150 untuk 20 minit. Pastikan selang lima minit buka pintu oven dan kacau supaya ranggup sebati.
3. Guna 6 pack untuk 400 gram almond tadi. Letak dalam mangkuk yang tahan panas.
4. Wapkan di bawah periuk letak air yang sedang mendidih kemudian kacau coklat tersebut sampai cair.
5. Dah cair begini letak tepi dalam 15 minit. Tunggu dia sejuk.
6. Dah sejuk coklat tadi masukkan almond. Bila sejuk masuk almond rangupnya tak boleh bawa bincang. Kalau panas-panas masukkan almond hilanglah kerangupan almond tu. Kacau sebati semua.
7. Kemudian ambil sudu letak comel-comel atas dulang. Dah siap masukkan dalam peti ais selama 20 minit.
8. Setelah ianya keras, bolehlah susun dalam balang sesiap. Letak luar pon tak cair tau!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.