Peminat pasti terujua melihat pelakon baru, Iman Vellani yang akan membuat penampilan pertama sebagai Ms Marvel, iaitu watak adiwira Muslim pertama dalam siri Marvel Cinematic Universe (MCU).

Baru berusia 18 tahun, gadis ini bakal memegang watak sebagai Kamala Khan, iaitu anak perempuan kepada pendatang Muslim Pakistan yang berusia 16 tahun, menetap di Jersey City, Amerika Syarikat.

IKLAN

Kamala dilahirkan sebagai manusia biasa, namun dia mendapat kuasa luar biasa apabila Black Bolt daripada Inhumans melepaskan Terrigen Mist ke atmosfera bumi yang mencetuskan kuasa luar biasa itu.

Siri yang bakal disiarkan di saluran Disney+ ini akan diarahkan oleh gabungan pengarah hebat Adil El Arbi, Bilall Fallah, Sharmeen Obaid-CHinoy dan Meera Menon.

Iman juga turut memuat naik berita gembira ini di laman instagramnya dengan kapsyen, “Speechless and excited! Wish me luck

IKLAN

View this post on Instagram

Speechless and excited! Wish me luck. ❤️ #msmarvel

A post shared by Iman Vellani (@imanvellani) on

Ramai yang mengucapkan tahniah kepada anak muda ini dan pelakon dari Pakistani-America, Kumail Nanjiani turut terharu mendengar berita bahawa Iman Vellani bakal menyertai siri Marvel.

IKLAN

Wah, tak sabar rasanya nak tengok kemunculan watak Muslim Marvel yang pertama ini. Tahniah kami ucapkan kepada Iman dan semoga siri animasi ini menjadi batu loncatan untuknya terus membina nama di industri hiburan antarabangsa.

Sumber: malaymail.com