Untuk memilih skincare yang sesuai dengan kulit wajah, adalah penting bagi korang mengetahui jenis kulit terlebih dahulu supaya tidak tersilap memilih produk.
Kalau produk tidak sesuai dengan kulit, berkemungkinan besar ia boleh memudaratkan. Lagi-lagi bagi mereka yang mempunyai jenis kulit sensitif.
Kulit sensitif disebabkan oleh faktor genetik. Lapisan kulit yang paling sensitif terhadap perubahan persekitaran, rawatan kulit dan produk kosmetik adalah lapisan pelindung kulit (stratum korneum) paling luar.
Ciri-ciri yang korang boleh lihat adalah bila kulit mudah sangat kering dan terjadi iritasi kerana sistem perlindungan kulit kurang baik terhadap faktor persekitaran dan pencemaran.
Selain itu, ada beberapa faktor lain yang korang boleh check sendiri sama ada kulit korang jenis yang sensitif atau tidak.
Jika mengalami keadaan seperti berikut, mungkin korang tergolong dalam masalah kulit kering.
Ads
1. Kulit sensitif mudah bertindak balas dengan faktor persekitaran, seperti sinar matahari, pencemaran, cuaca sejuk, dan bahan-bahan kimia yang terdapat pada kosmetik atau peralatan mandi.
2. Mengalami iritasi, rasa gatal dan rasa seperti terbakar.
3. Perhatikan keadaan kulit korang pada siang hari. Bila kulit kelihatan bersisik dan sangat kering, kemungkinan besar kulit korang termasuk jenis kulit sensitif.
4. Biasanya, tanda yang ada pada kulit seperti bekas luka, bintik hitam, atau bekas jerawat susah nak hilang.
5. Kulit kelihatan sangat nipis sehingga garis-garis halus pembuluh darah boleh dilihat dengan jelas.
6. Selepas bersihkan wajah dengan pencuci muka dan keringkannya dengan tuala, muka korang nampak seperti kemerahan selama beberapa saat. Hal ini kerana kulit sensitif sangat peka terhadap tekanan sekecil apa pun.
So, kalau korang betul-betul ‘kena’ dengan simptom ini, lepas ni dah tahu la nak cari skincare apa yang sesuai untuk kulit muka kan?
Ads
Kalau salah pilih takut makin kering pula kulit tu nanti. Oleh itu, jagalah kulit korang baik-baik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pertandingan ratu cantik diadakan bagi memberi peluang kepada para pesertanya menonjolkan prestasi diri dan dalam masa yang sama meletakkan misi mereka ke hadapan. Sama juga dengan organisasi itu sendiri, setiap satu memiliki mesej dan pemerkasaan yang ingin di ketengahkan.
Terbaharu, buat julung kalinya Miss Environment International telah diadakan. Pertandingan ratu cantik yang beribu pejabat di Mumbai ini bermatlamat untuk menyebarkan kesedaran tentang pemuliharaan alam sekitar dan kepentingan perlindungan sumber asli.
Kayra saat dimahkotakan sebagai Miss Environment International 2022. Kredit foto: Facebook Miss Environment International
Selain itu, platform ini juga digunakan untuk mempamerkan dan mempamerkan budaya, bakat peserta dan mempromosikan kesedaran sosial dengan betul dan positif sebagai pahlawan pemuliharaan alam sekitar.
Edisi pertama ini telah disertai sebanyak 18 buah negara dan wakil Belgium menjadi juara pertama. Kayra Wouters, 21, yang merupakan seorang kerani pengurusan telah membuktikan yang usahanya tidak sia-sia. Dia yang berketinggian 165 cm ini menulis di Instagramnya sebaik kemenangan diumumkan, “Tuhan telah memberi saya peluang, saya terimanya dengan kedua-dua tangan penuh terbuka.”
Top 5 Miss Environment 2022. Kredit foto: Instagram Kayra WoutersKayra bersama Miss Environment India. Kredit foto: Instagram Kayra Wouters
Dalam temubualnya bersama organsasi pertandingan itu, gadis cantik ini menyatakan bahawa dia seorang yang sukakan cabaran serta suka aktiviti luar. “Tidak ada cara yang lebih baik untuk menggembirakan saya daripada membiarkan saya bermain di luar. Jika saya perlu menggambarkan diri, saya merupakan seorang manusia yang sayang akan haiwan dan ingin melihat dunia dengan luas.
“Itulah sebabnya saya membesar menjadi seorang wanita yang kuat yang mengambil berat tentang alam sekitar dan kepayahan dalam hidup. Sebagai wakil Belgium, saya merasakan ini adalah seperti tanggungjawab yang besar. Saya berharap untuk menjadi orang yang menjadikan dunia sedikit lebih indah, hari demi hari, dengan mencuba yang terbaik,” ujarnya panjang.
Wakil Filipina, Michelle Arceo dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua dan memegang gelaran Miss Ecosystem manakala Amelia Michael Sky yang mewakili South Sudan berada ditempat ketiga dan diberikan gelaran Miss Biodiversity. Wakil Zimbabwe dan Peru masing-masing melangkapi dikedudukan kelima dan keempat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masalah parut jerawat merupakan satu mimpi ngeri buat kaum perempuan. Kesan parut pada wajah membuatkan mereka hilang rasa keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang lain.
Jerawat timbul ‘seketul’ atas muka pun dah boleh buat perempuan stres, apa lagi jika ia meninggalkan parut yang berkemungkinan bersifat kekal dan susah untuk dihilangkan.
Namun begitu, kini terdapat beberapa produk didapati boleh membantu untuk mengurangkan masalah ini.
Berikut adalah senarai produk yang boleh korang cari.
1. Bio Oil
Bukan hanya sebagai pelembap kulit, produk ini amat berkesan untuk memudarkan cacat cela pada kulit wajah. Boleh mengurangkan kesan parut seawal dua minggu tetapi mengikut jenis kulit masing-masing.
Harganya yang mampu milik sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Satu botol boleh tahan sehingga dua atau tiga bulan mengikut cara pengunaan.
2. Hiruscar Gel
Kandungan Mukopolisakarida Polysulphate (MPS) dan allium cepa akan menembusi ke dalam kulit dan mampu melicinkan serta melembutkan tisu parut.
Kandungan aloe vera, vitamin E dan vitamin B3 dalam produk ini juga boleh mencerahkan dan mengembalikan kulit menjadi lebih natural serta melicinkan parut yang telah keras.
Jika digunakan secara konsisten, hasil pengurangan parut jerawat dapat dilihat sekitar empat hingga enam bulan mengikut tahap keadaan parut masing-masing.
3. Kiehl’s Clearly Corrective Dark Spot Solution
Produk ini tidak mempunyai sebarang paraben, pewangi, silikon dan dijamin sesuai untuk semua jenis kulit. Kesannya boleh dilihat dalam masa dua hingga 4 minggu dan korang akan melihat hasilnya apabila tompok hitam dan parut semakin pudar.
4. Dermatix
Mengandungi teknologi Cyclopentasiloxane untuk melembapkan dan meratakan bekas luka. Gel ini bukan hanya boleh mengurangkan parut jerawat, malah ia juga digunakan untuk menghilangkan parut luka terbakar dan parut cacar.
Guna at least sekali sehari, kawasan berparut itu perlu dibasuh bersih terlebih dahulu dan seterusnya sapu produk ini dengan rata sehingga kering.
5. Clinelle WhitenUp Spot Corrector Essence
Selepas membersihkan muka, korang boleh terus menggunakan produk ini kerana ia dapat membantu mengurangkan masalah tompok gelap dan parut jerawat. Struktur krim yang pekat membolehkan korang untuk guna sedikit saja pada bahagian bermasalah.
Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masalah kulit berminyak tidak hanya dihadapi oleh golongan perempuan, bahkan kaum lelaki pun turut merasa rimas jika mendapati kulit wajah berminyak.
Persekitaran yang terdedah dengan kotoran menjadi antara salah satu sebab mengapa masalah ini berlaku. Namun, ada juga kemungkinan anda mengamalkan cara penjagaan wajah yang salah selama ini. Jom semak sekiranya ada di kalangan anda yang melakukan lima tabiat buruk ini.
1. Jangan kerap cuci dan skrub
Ramai yang menganggap mencuci wajah menggunakan teknik skrub secara kerap boleh menghilangkan masalah kulit wajah. Hakikatnya, cara ini hanya membuatkan wajah lebih berminyak, kasar dan sensitif.
Sebaiknya, cuci wajah sekerap dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur. Skrub pula hanya diamalkan dua kali seminggu. Sebelum itu, pastikan skrub anda mempunyai tekstur halus, urut lembut dan bilas dengan air suam.
2. Jangan biar peluh kering sendiri
Antara punca kulit sensitif adalah peluh. Walaupun peluh boleh menyejukkan badan tetapi itu tidak bermaksud anda harus biarkan ia kering begitu sahaja.Segera bersihkan muka dengan menggunakan tisu basah atau tuala bersih agar segala kotoran degil tidak lagi melekat di wajah.
3. Jangan picit jerawat
Ada yang merasakan bahawa tabiat memicit jerawat dapat menyelesaikan masalah.Namun ia hanya akan meninggalkan parut dan akhirnya menyebabkan kulit wajah menjadi kusam. Sebaiknya, sapukan krim jerawat agar ia kering dan pantas mengecil.
4. Jangan biar buih syampu melekat
Apabila syampu rambut pastikan buih yang terhasil tidak melekat pada wajah.Ini kerana buih tersebut mengandungi kotoran yang disingkirkan dari rambut. Malah kandungan bahan pelembap di dalam syampu juga boleh membuatkan kulit wajah semakin berminyak.
5. Jangan guna sabun buku
Sabun buku berpotensi menjadi tempat bakteria atau kotoran berkumpul kerana ia terdedah dan telah disentuh oleh ramai orang. Sebaiknya belilah pencuci wajah khas untuk mengatasi masalah kulit wajah anda.
Moga tip ini bermanfaat buat korang yang ada masalah kulit berminyak ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nurhidayah Damanhoori mencipta sejarah sebagai wanita pertama menjadi Pegawai Pemerintah Unit Berkuda PDRM. Kenali perjalanan dan inspirasi kejayaannya.