Sejarah bakal dilakar di kejohanan Piala Dunia FIFA Qatar 2022 apabila tiga orang pengadil wanita dipilih untuk bertugas dalam beberapa buah perlawanan yang dijadualkan.
Tiga srikandi ini telah disenaraikan dalam kalangan 36 individu berkaliber untuk mengadili perlawanan. Mereka terdiri daripada Yoshimi Yamashita (Jepun), Salima Mukansanga (Rwanda) dan Stephanie Frappart (Perancis).
Kelibat mereka bertiga di Piala Dunia FIFA mula mencuri tumpuan memandangkan jarang sekali perlawanan bola sepak pasukan lelaki diadili oleh wanita. Ingat, jangan pandang mereka sebelah mata ya! Masing-masing tampil dengan pengalaman serta kebolehan tersendiri hinggakan mereka boleh tersenarai oleh FIFA.
Yoshimi Yamashita umpamanya pernah bertugas pada kejohanan Piala Dunia Wanita 2019 di Perancis dan sewaktu Sukan Olimpik Tokyo 2020 sewaktu pasukan Amerika Syarikat bertemu Sweden.
Malah, pengadil berusia 36 tahun ini terlebih dahulu telah melakar satu lagi sejarah setelah muncul sebagai pengadil wanita pertama yang mengadili aksi Liga J1 menerusi perlawanan di antara FC Tokyo dan Kyoto Sanga.
Ads
Hasratnya hanya satu; agar orang ramai boleh melihat potensi wanita berkembang dan agar kaum wanita dari Timur Tengah diberikan peluang untuk bergelar pengadil di sana.
Bagi Salima Mukansanga dari republik Rwanda pula, impiannya untuk bergelar pemain bola keranjang profesional berubah menjadi pengadil bola sepak setelah beliau mendapati agak sukar untuknya menceburi sukan bola keranjang.
Terdahulu, Salima pernah ditugaskan mengadili perlawanan bola sepak lelaki Piala Negara Afrika, awal tahun ini dan di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Keupayaan pengadil wanita ketiga, Stephanie Frappart dari Perancis pula tidak boleh disangkal lagi.
Beliau terlebih dahulu telah menempa populariti setelah beliau menjadi pengadil wanita pertama yang mengadili aksi Liga Juara-Juara Lelaki dan pernah ditugaskan untuk perlawanan akhir Piala Perancis 2022.
Baginya, sejarah yang dilakar oleh mereka bertiga sempena Piala Dunia FIFA 2022 ini adalah satu petanda kukuh oleh FIFA untuk mempunyai lebih ramai pengadil wanita di kejohanan tersebut dan juga petanda kukuh agar pengadil wanita diiktiraf serta diberikan peluang di negara Qatar.
*
Ads
Untuk pengetahuan, kehadiran Yamashita, Mukansanga dan Frappart juga disertai tiga penolong pengadil wanita sepanjang kejohanan. Mereka terdiri daripada Neuza Back (Brazil), Karen Diaz Medina (Mexico) dan Kathryn Nesbitt (Amerika Syarikat).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Saya tak mahu dikasihani, sebaliknya saya mahu dihormati kerana usaha dan pencapaian sendiri.”
Begitulah kata-kata penuh semangat daripada Zulfaqar Aslam Zulkefli, 24, pemuda orang kurang upaya (OKU) kategori cerebral palsy yang baru sahaja menamatkan pengajian dengan Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Anak sulung daripada empat beradik yang berasal dari Kuala Berang, Hulu Terengganu ini bukan nama asing bagi warga kampus. Zulfaqar sering berkongsi kisah kehidupannya sebagai pelajar OKU di TikTok, di mana dia berkongsi cabaran, kisah harian, dan semangat untuk terus berdikari.
“Melalui media sosial, saya mahu tunjuk kepada masyarakat bahawa OKU juga mampu hidup berdikari, belajar dan berjaya seperti orang lain.
“Saya mahu menjadi inspirasi kepada insan senasib agar tidak menjadikan kekurangan diri sebagai alasan untuk berhenti berusaha,” katanya ketika ditemui selepas majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-17 baru-baru ini.
Menariknya, kedua ibu bapanya iaitu Zulkefli Mamat dan Rohana Sulong, kedua-duanya bekas guru yang menjadi sumber kekuatan utama buat dirinya sejak kecil. Mereka sentiasa menanam keyakinan bahawa pendidikan adalah kunci untuk membuka peluang dan mengubah persepsi masyarakat terhadap golongan OKU.
Sebagai bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah, Zulfaqar tidak menafikan ada cabaran yang harus dihadapinya sepanjang pengajian. Namun, dia memilih untuk membuktikan kemampuan melalui kerja keras dan semangat yang tinggi.
“Kadang-kadang orang rasa kasihan apabila tengok fizikal saya tapi saya tidak mahu dikasihani. Sebaliknya saya mahu dihormati kerana usaha dan pencapaian sendiri,” ujarnya lagi.
Baru-baru ini, nama Zulfaqar kembali tular selepas video di majlis konvokesyennya mendapat perhatian ramai. Dalam rakaman tersebut, para hadirin memberikan tepukan gemuruh dan ‘standing ovation’sebagai tanda penghormatan terhadap semangat luar biasa pemuda ini.
Di sebalik senyumannya yang tenang, tersimpan kisah perjuangan yang menjadi inspirasi ramai. Zulfaqar membuktikan bahawa kejayaan bukan milik mereka yang sempurna, tetapi milik mereka yang tidak pernah berputus asa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Kosmo! & TikTok Unisza
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Enam kes varian baharu COVID-19 XBB1.16 atau Arcturus telahpun dikesan di Lembah Klang kelmarin lantas menjadikan jumlah kes dijangkiti meningkat kepada 12 di Malaysia, setakat ini.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa memaklumkan bahawa empat kes bagi varian itu telah dikesan di Selangor manakala dua lagi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Enam lagi kes awal dikesan di Sarawak.
Katanya, individu yang dijangkiti Arcturus yang merupakan subvarian kepada wabak Omicron didapati hanya mengalami gejala ringan dan berada dalam keadaan stabil.
Begitupun, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) enggan mengambil mudah peningkatan kes varian baharu Arcturus ini dan kini mencadangkan agar langkah pengawalan COVID-19 dengan mengesyorkan pemakaian pelitup muka dibuat di peringkat sekolah selepas cuti perayaan Aidilfitri.
Maklum Dr Zaliha lagi, beliau akan mengadakan pertemuan segera dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bagi membincangkan perkara ini.
Besar kemungkinan, garis panduan prosedur operasi standard atau SOP membabitkan pelajar di sekolah akan dikeluarkan sebelum persekolahan bermula pada 2 Mei 2023 sebagai langkah berjaga-jaga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dari golongan kanak-kanak hingga dewasa, McDonalds sudah menjadi sebahagian dari kehidupan kita sebagai makanan segera kegemaran ramai. Pastinya kita semua sudah kenal dengan bungkusan setiap makanan yang ditawarkan.
Terbaharu, Pearlfisher, sebuah agensi penjenamaan telah mereka semula bungkusan untuk McDonalds bagi menyuntik ilustrasi menu-menu klasik jenama ini dengan lebih menarik. Bungkusan ini bakal diperkenalkan di semua rangkaian global restoran yang terkenal dengan maskot badut ini.
Comelnya! Bungkusan untuk Fillet-O-Fish
Bungkusan yang direka semula ini merupakan satu simbolik yang menjadi refleksi kepada keriangan yang dilalui ketika menjamu selera. Setiap makanan akan dihidangkan dan dibungkus di dalam bungkusan yang mewakili apa menu di dalamnya.
Rekaan grafik yang menarik.
Menurut Hamish Campbell yang merupakan seorang pengarah kreatif di Pearfisher kepada Deezen, “Kami sangat teruja kerana diberi peluang untuk membawa keriangan McDonalds kepada setiap bungkusan. Cara ini menjadikan setiap menu mudah dikenali tanpa perlu diperkenalkan apa yang berada di dalam bungkusan.”
CORAK SEGAR & MODEN Jika dilihat kepada setiap rekaan bungkusan, ia direka dengan cukup berseni dengan tampilan rekaan grafik yang moden dan warna-warna menarik. Sebagai contoh rekaan kotak bungkusan Fillet-O-Fish diberikan suntikan corak lautan dalam rona biru (Turqoise) dan bungkusan Egg McMuffin pula diberi corak telur di atas bungkusan. So cute!
Selain dari corak grafik yang menarik, bungkusan yang telah direka semula ini hanya akan menampilkan nama menu dan juga logo sahaja.
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.