Bintang K-Pop popular, Tomorrow X Together (TXT) baru-baru ini meraih perhatian apabila melancarkan kempen global terbaru bersama UNICEF bagi menyokong kesihatan mental dan kesejahteraan remaja di seluruh dunia.
Menurut laporan media antarabangsa, kempen yang dinamakan Together for Tomorrow ini memberi fokus kepada empati sebagai asas penting dalam menjaga kesihatan mental. Ia juga menggalakkan perbualan terbuka, mengurangkan stigma, serta memberi kuasa kepada remaja untuk membina ketahanan diri sesuai dengan pada awal kemunculan TXT yang dikenali sebagai kumpulan yang menekankan nilai empati dan kebersamaan melalui muzik mereka.
Dalam pada itu, nama kumpulan itu sendiri, Tomorrow X Together, membawa maksud bersatu di bawah satu impian untuk hari esok yang lebih baik, seiring dengan mesej utama kempen ini. Kerjasama tersebut turut disokong dengan komitmen dana sebanyak AS$1.4 juta daripada label agensi, BigHit Music untuk program berkaitan kesejahteraan remaja dan kempen global bagi menghapuskan stigma.
Ads
Di majlis pelancaran, TXT bertemu dengan Pengarah Eksekutif UNICEF, Catherine Russell, untuk membincangkan kepentingan projek ini. Acara yang dihoskan oleh pelakon Justin Min, Duta UNICEF USA, dimulakan dengan ucapan daripada Timbalan Pengarah Eksekutif UNICEF, Kitty van der Heijden, dan diikuti dengan ucapan penghargaan oleh Cho Mijin, Pengarah Eksekutif Jawatankuasa Korea untuk UNICEF.
Menurut ketua kumpulan TXT, Choi Soobin (25) dalam ucapan penuh emosi mewakili ahli kumpulan berkata, “Sepanjang perjalanan muzik kami, kami belajar bahawa meluahkan perasaan adalah tanda kekuatan.”
“Kini dengan kempen bersama UNICEF, kami mahu membantu mewujudkan ruang yang selamat dan inklusif untuk remaja bebas meluahkan emosi mereka,” jelasnya lagi.
Ads
Choi Soobin ketika berucap di UNICEF
Pada majlis yang sama juga menampilkan sesi soal jawab bersama pemimpin belia UNICEF di mana TXT menjawab soalan tentang bagaimana muzik membantu mereka mencari kekuatan emosi, sambil menekankan nilai empati, kebaikan hati dan harapan untuk masa depan remaja yang lebih sihat di seluruh dunia.
Ads
Sesi itu bukan sahaja memberi peluang kepada pemimpin belia untuk menyuarakan pandangan, malah mengukuhkan lagi misi kempen ini yang mahu memperkasakan suara remaja dalam isu kesihatan mental. Selain itu, ia menjadi platform bermakna untuk mendengar secara langsung pengalaman dan harapan generasi muda.
Melalui kerjasama ini, TXT akan terus menggunakan pengaruh mereka untuk menyokong inisiatif kempen dan memberi impak lebih besar dalam menyebarkan kesedaran tentang kesihatan mental. Untuk perkembangan terkini, TXT sedang menjalani siri konsert jelajah dunia keempat mereka ‘Act: Tomorrow’ yang bakal menutup tirai bahagian Amerika Utara di Prudential Center, Newark pada 1 dan 2 Oktober ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Februari dianggap sebagai bulan cinta kerana hari memperingati kekasih jatuh pada tanggal 14 Februari. Istimewanya kali ini, sebuah filem romantis berjudul ‘Marry Me’ bakal ditayangkan di seluruh pawagam pada 11 Februari depan, jadi korang bolehlah ambil peluang ini untuk menonton bersama yang tersayang.
Dibintangi oleh Jennifer Lopez, Owen Wilson, Maluma, John Bradley-West dan Sarah Silverman, Marry Me menceritakan tentang kisah seorang Bintang Latin, Kat Valdez, bersedia untuk berkahwin dengan pasangannya di atas pentas, Bastian, di hadapan seluruh peminatnya. Namun, beberapa saat sebelum membuat ikrar perkahwinan, dia telah mendapati dirinya ditipu dan membuat keputusan untuk berkahwin dengan orang yang tidak dikenalinya.
Charlie, seorang lelaki yang memegang papan tanda “Marry Me” dalam ribuan peminat yang menonton mereka, adalah pilihannya sebagai pengantin lelaki baharunya.
Wah, drama betul kan. Hiks!
Kami ingin mengajak korang untuk menonton tayangan perdana Marry Me dengan hanya menjawab soalan-soalan mudah.
Tarikh: 8 Februari 2022 Masa: 8.00 malam Lokasi: GSC The Starling
Penyertaan hanya dibuka kepada individu yang tinggal di Lembah Klang dan sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19. Pemenang bertuah akan diumumkan di DM instagram. Korang berpeluang memenangi sepasang tayangan perdana secara percuma dan pastikan akaun Instagram korang boleh diakses secara umum.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menurut sumber, ahli BLACKPINK itu telah membeli sebuah vila di kejiranan ‘UN Village’ yang terkenal di Seoul tanpa sebarang pinjaman.
Dia dilaporkan telah membeli apartmen mewah itu secara tunai dan mendaftarkan alamatnya dengan pejabat perbandaran tempatan.
Di tengah-tengah laporan rundingan kontrak Jennie dengan YG Entertainment, ahli BLACKPINK itu didapati dilaporkan telah membeli sebuah unit di kompleks vila LaTerrace di UN Village pada Julai lalu.
Pangsapuri seluas 2636 kaki persegi itu dikatakan mempunyai 5 bilik tidur dan 3 bilik mandi, dan Jennie dilaporkan telah membuat bayaran pendahuluan sebanyak 10% untuk tempat itu pada Februari 2021.
Jirannya termasuk pelakon terkenal Lee Jong Suk, yang didakwa memiliki sebuah apartmen di kompleks yang sama.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selain jerawat, whitehead dan blackhead adalah perkara yang paling dibenci semua orang!
Sudahlah selalu muncul, satu hal pula nak buang semua whitehead dan blackhead tu lepas tu sakit lagi dapat.
Untuk pengetahuan, punca utama munculnya whitehead adalah kerana liang pori yang tersumbat. Bila dah tersumbat membuatkan kawasan tersebut dipenuhi minyak dan tidak dibersihkan dengan betul membawa kepada masalah tersebut.
Tempat selalunya muncul whitehead adalah di bahagian muka iaitu di hidung, dagu dan juga dahi. Kawasan yang kita kenali sebagai T-Zone.
Manakala, blackhead pula adalah benjolan kecil yang muncul di kulit anda kerana folikel rambut/ liang roma tersumbat. Tidak hanya muncul di muka, blackhead juga boleh ditemui di bahagian belakang badan dan dada.
Kenapa kena buang?
Sebab utama adalah untuk kebersihan dan kesihatan kulit. Kalau sinki di rumah yang tersumbat pun kita kena betulkan inikan pula kalau ada yang ‘tersumbat’ di bahagian muka kan?
Selain itu, kita juga akan rasa lebih selesa dan yakin bila wajah kita bebas daripada whitehead dan blackhead ini kan?
Jangan Picit!
Kebelakangan ini kelihatan ada banyak video menunjukkan bagaimana whitehead dan blackhead dibuang dengan cara memicitnya. Kalau nak tahu, banyak video tersebut dilakukan oleh pakar ya.
Seeloknya, jangan picit whitehead dan blackhead korang dan lebih sesuai menggunakan essential oil ataupun produk skincare. Tapi, makan masa sikitlah kalau guna cara ini. Ada yang ambil masa sampai 8 minggu tau.
Kena Jaga Muka
Proses penjagaan muka sangat penting ya. Pastikan sentiasa cuci muka mengikut produk sesuai dengan kulit, kemudian kepada mereka sering memakai alat solek, buang makeup menggunakan makeup remover.
Kadang-kadang punca whitehead dan blackhead ini sebab tak cuci makeup betul-betul je, jadi prevention is better than cure kan?
Apa-apapun, yang penting kita kenalah konsisten. Bak kata orang, beauty is pain!
Sumber: Healthline
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!