
Anak kepada pelakon dan usahawan terkenal, Ziela Jalil, iaitu Dr Puteri Julia Nabilah Megat Junid sekali lagi mengharumkan nama keluarga apabila berjaya meraih Membership of the College of Anaesthesiologists of Ireland (MCAI).
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Dr Julia menerusi satu hantaran di Instagram yang turut disertakan dengan luahan rasa syukur atas pencapaian tersebut.

Titip Rasa Syukur Buat Keluarga
Menerusi perkongsian berkenaan, Dr Julia mendedikasikan kejayaan itu kepada insan tersayang yang sentiasa menjadi sumber kekuatannya, selain berharap pencapaiannya dapat memberi inspirasi kepada dua anak perempuannya.
“MashaAllah Tabarakallah.. Allahumma Barik.. MCAI. Untuk ibu bapa saya, suami saya dan yang paling penting untuk menjadi inspirasi kepada anak-anak perempuan saya. Satu pencapaian hari ini, dan banyak lagi yang ingin dikecapi, insya-Allah,” tulisnya.

Bukti Dedikasi Dalam Bidang Perubatan
Kejayaan memperoleh keahlian MCAI itu membuktikan dedikasi serta komitmen tinggi Dr Julia dalam bidang perubatan, khususnya anestesiologi, sekali gus mengharumkan nama keluarga di peringkat antarabangsa.
Difahamkan, Dr Julia kini menetap dan bertugas di Ireland bersama suami serta dua cahaya mata mereka.

Raih Ucapan Tahniah Daripada Warganet
Perkongsian tersebut turut dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan-rakan dan para pengikut media sosial yang sama-sama berbangga dengan pencapaiannya.
Kejayaan Dr Julia bukan sahaja menjadi kebanggaan buat keluarganya, malah diharap dapat menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang masing-masing.

Bahagia Bersama Keluarga
Untuk rekod, Dr Julia mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Dr Dziya Faqhran Mahmod Fauzi pada 11 Julai 2018.
Hasil perkahwinan itu, pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata perempuan, iaitu Tun Alayna Zeeya dan Tun Ameena Zeeya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!




Aktiviti mewarna boleh membantu individu yang mengalami tekanan akibat trauma (PTSD atau post traumatic stress disorder), kegelisahan dan stres kerana ia bertindak menenangkan mereka. Bahagian otak ini mengawal tindak balas ‘lawan atau lari’ (fight or flight) yang membuatkan mereka berada dalam keadaan berjaga-jaga, bimbang dan takut apabila ia aktif. Bagi mengurangkan tindak balas tersebut dan merehatkan otak, aktiviti yang menenangkan seperti mewarna sangat membantu.
Mewarna melibatkan penggunaan bahagian otak yang meningkatkan daya tumpuan dan perhatian. Ia juga membantu meningkatkan daya penyelesaian masalah dan kemahiran organisasi. Mewarna corak yang kompleks boleh mengaktifkan semua fungsi tersebut.
Aktiviti mewarna boleh meningkatkan kesedaran kita dengan menggantikan pemikiran negatif kepada positif dan menyenangkan. Jika anda sedang menjalani rawatan tertentu dalam tempoh yang panjang, memberikan tumpuan kepada aktiviti ini dapat mengurangkan perasaan cemas dan tidak selesa. Anda dapat mengalihkan tumpuan anda daripada kesakitan fizikal atau emosi dengan melakukan sesuatu daripada hanya melihat.







