Hari ini dunia bola sepak Indonesia baik di kalangan lagenda mahupun peminat menangisi pemergian seorang pemain bek kanan berbakat besar, Alfin Lestaluhu dari skuad Timnas U-16 Indonesia yang disahkan meninggal jam 10.11 minit malam di Rumah Sakit Harapan Kita, Jakarta malam tadi.
Lebih menyayat hati pemain berusia 15 tahun ini meninggal akibat gegaran otak yang dialami dalam satu kejadian gempa bumi yang melanda kepulaun Ambon bulan lepas dengan kekuatan magnitud 6.8 skala ritcher.
Dalam kejadian gempa yang mengorbankan 23 orang mangsa, dapat dilihat Alfin dan keluarganya berlindung di sebalik runtuhan rumah namun masih terselamat. Namun kesakitan di bahagian kepala yang dialami selepas kejadian itu memaksa pemain ini mendapatkan rawatan dan lebih kurang sebulan kemudian disahkan meninggal dunia akibat encephalitis (jangkitan di bahagian otak) dengan hypoalbumin.
Lebih menyedihkan, Alfin sebenarnya baru saja pulang menziarahi keluarga pada 24 September lalu selepas membantu pasukan Indonesia mara ke pusingan Piala Asia U-16 2020 . Dua hari selepas pulang, ketika itulah Ambon dilanda gempa bumi yang agak kuat.
Ads
Di sebalik ramai berduka, rakan-rakan sepasukannya turut mengucapkan salam takziah di twitter, Instagram termasuk ucapan takziah datang dari beberapa orang lagenda bola sepak Indonesia. "It's been a long day without you my friend, And I'll tell you all about it when I see you again. Hard work forever pays, Now I see you in a better place. Selamat jalan kawanku, my right defend guardian," tulis Made yang juga rakan sepasukan sambil menunjukkan gambar Alfin menangis saat menyanyikan lagu Indonesia sebelum perlawanan bermula.
Sementara itu, Resa Aditya Nugraha pula menulis "Selamat jalan alvin, kita semua sayang sama oseee, kangen canda dan tawamu, kangen liat permainanmu yang g pernah ada rasa takut, pantang menyerah, berjuang demi bangsa," tulis Resa sambil menyebut sapaan yang biasa diberikannya kepada Alfin. "Terima kasih perjuanganmu ose, kita tidak akan melupakanmu. Kita sayang osee (Alfatihah)," lanjutnya.
Lagenda bola sepak Indonesia, Kurniawan Dwi Yulianto pula menulis,
Ads
"Innalillahi wa innalillahi rojiun. Telah berpulang menghadap Sang Pencipta, Alfin Farhan Lestaluhu. Semoga amal ibadah dan segala kebaikan diterima Tuhan Yang Maha Esa. Terima kasih atas jasa-jasamu untuk Indonesia, Alfin," tulis Kurniawan yang kini menjadi penolong jurulatih skuad pasukan nasional Indonesia U-23.
Sementara itu, Bima pula menulis, "Selamat jalan, Alfin. Semoga husnul khotimah, terima kasih atas perjuanganmu buat bangsa ini," kata Bima Sakti di akun Instagram pribadinya. "Kau telah berjuang tanpa kenal lelah, tanpa rasa takut sedikit pun seperti pesan kedua orang tuamu. Jasamu pasti kami kenang dan meneruskan cita-citamu agar timnas ke depan bisa lebih baik lagi, Aamiin YRA," tulis Bima.
Bek kanan cukup digeruni Memulakan karier bola sepak pada usia muda, bakat Alfin sebelum terpilih mewakili Indonesia bermula di Sekolah Khusus Olahraga (SKO – Sekolah Sukan) Ragunan. Sangat cemerlang mengemudi permainan, Alfin terpilih mewakili Skuad Bawah 16 tahun negara Indonesia U-16. Penampilan dirinya di peringkat antarabangsa yang turut bertanding di Piala AFFU-16 2019. Malah sebelum pulang ke kampung halaman itu, Indonesia turut mengalahkan Thailand dalam penampilannya.
Dalam kejadian gempa itu sebelum meninggal, Alfin sempat mendapat rawatan rapi di Ambon sebelum dibawa ke Jakarta dan berada dalam keadaan koma hampir sebulan sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.
Jenazah bek kanan ini akan dibawa ke Bandara Halim Perdanakusuma sebelum dikebumikan di kampung halamannya di Tulehu selepas Jumaat nanti.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dah ada ke yang mula merancang untuk bercuti tahun 2023?
Sejak virus pandemik COVID-19 menyerang bumi, antara industri yang sangat terkesan akibat pandemik ini ialah industri pelancongan.
Syarikat penerbangan yang biasanya sibuk kini mengalami impak yang sama sehingga mereka yang bekerja dalam sektor ini terpaksa dipotong gaji dan ada juga dibuang pekerjaan kerana kesan kelembapan ekonomi atau penutupan disebabkan wabak ini.
Menurut satu kajian yang dijalankan oleh LuggageHero mendapati bahawa kebanyakan orang akan memilih untuk melancong dalam negara, pilih destinasi yang dekat dan hanya dalam waktu yang singkat.
Malaysia Airlines is on standby at KLIA to mobilise medical staff and professionals across the country. — AZHAR MAHFOF/The Star (25/3/2020)
Manakala, Atmosphere Research Group (ARG) yang merupakan pakar pelancongan global mengatakan bahawa industri pelancongan akan pulih sedikit demi sedikit dalam masa 2 tahun selepas COVID-19 diisytiharkan di bawah kawalan.
Tidak pasti sama ada proses pemulihan akan bermula selepas COVID-19 di bawah kawalan dengan kadar jangkitan COVID-19 tiada lagi atau ketika vaksin berjaya dihasilkan dan tersedia di mana-mana.
Anggaran tempoh pemulihan
Kemungkinan penularan wabak COVID-19 akan terkawal pada penghujung tahun 2020 dan dalam tempoh 6 hingga 9 bulan pertama diramalkan kumpulan pertama yang akan memulakan langkah meneroka semula dunia dikenali sebagai ‘tiptoe traveller’.
Golongan ini adalah terdiri daripada mereka yang memulakan perjalanan atas urusan perniagaan dan juga melibatkan perjalanan peribadi serta percutian. Kemudian, dalam tempoh 8 hingga 16 bulan pula akan berlaku gelombang ‘perintis’.
Bagi golongan ini, mereka akan memulakan perjalanan perniagaan bersama penumpang kerap serta diramalkan akan membuat perjalanan antarabangsa berjarak sederhana. Bagi tempoh 12 hingga 18 bulan kemudian, industri pelancongan yang melibatkan penerbangan, perhotelan dan banyak lagi akan mula sibuk.
Ketika ini, golongan ‘fast follower’ akan mula menerokai semula dunia dan sebahagian besar industri akan kembali hampir seperti sebelum berlakunya penularan wabak COVID-19.
24 bulan selepas COVID-19 berjaya dikawal, ARG menjangkakan bahawa industri pelancongan akan kembali pulih. Pastinya industri pelancongan terkesan berikutan penularan wabak COVID-19 ini dan memerlukan masa untuk pulih seperti sedia kala.
So kalau nak siapa nak ‘book’ tiket flight tu, sila fikir betul-betul tarikh yang sesuai dan buat perancangan bijak. Takut nanti ‘burn’ lagi tiket travel korang tu.
“Perkongsian saya ini bukanlah untuk menyalahkan mana-mana pihak , nak nak lagi memburukkan agensi klinik kerajaan , saya tak dendam , saya MARAH saya TERKILAN… sesungguhnya kesemua ini adalah salah dan silap saya sendiri…”
Itulah luahan seorang ibu yang menzahirkan rasa terkilan apabila anaknya yang berumur dua tahun meninggal dunia selepas didakwa tidak mendapat rawatan sewajarnya akibat kecuaian seorang doktor di sebuah klinik kesihatan.
Berdasarkan hantaran daripada Facebook Erma Iswani, dirnya begitu kesal apabila anaknya tidak mendapat rawatan yang sewajarnya sehingga menghembuskan nafas terakhir hanya dalam tempoh satu hari.
Katanya, tidak wajarnya apabila anaknya Muhammad Umair Muhammad Ridhwan, yang telah sehari mengalami cirit-birit sebanyak 21 kali hanya diberikan tiga bungkus air garam ketika dia ke klinik kesihatan berkenaan pada 12 Julai lalu.
“Saya turut bertanya adakah anak saya kena keracunan makanan dan beliau (doktor) berkata “ya” “mungkin”, pada ketika itu saya rasa agak risau kerana mata sudah mula kelihatan tenggelam dan saya sedikit kecewa kerana saya mengharapkan ‘refer’ ke hospital atau pun darah diambil tetapi tiada.
“Sebaik keluar daripada klinik apabila di dalam kereta saya melihat kaki anak kemerahan berbintik dan mata pun cengkung ke dalam dan saya rasa tidak berpuas hati, tanpa berlengah saya terus pergi ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan dari doktor lain,” katanya.
Dalam masa sama, dia juga memberitahu selepas diperiksa dan ujian darah diambil doktor klinik swasta berkenaan telah memberi surat rujuk ke hospital memandangkan bacaan darah putih terlalu tinggi dan anaknya sudah tidak aktif.
Jelasnya apabila dibawa ke Hospital Bentong anaknya yang sudah ‘lembik’ dan tidak sedarkan diri telah ditidurkan sebelum di hantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh dan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.34 pagi, semalam.
“Kesilapan terbesar saya adalah saya pergi ke tempat yang salah setelah memikirkan klinik kesihatan yang paling hampir serta berharap darah diambil serta mendapatkan surat rujukan cepat, jika ‘admit’ diperlukan dan ini saya sangat kesalkan sehingga sekarang.
“Saya ini bodoh sebab itu saya perlukan orang yang pandai macam doktor untuk bantu rawat anak saya, saya hilang senyuman anak saya hanya dalam masa satu hari je,” kongsinya lagi.
Sementara itu Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus berkata, pihaknya akan melakukan siasatan dalam kes ini dan akan mengambil tindakan lanjut.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desas-desus tentang status halal produk makanan di FamilyMart telah pun terjawab kerana kedai tersebut kini sudah didaftarkan halal, susulan pengendali dapur pusat khusu untuk kedai serbaneka itu berpengkalan di Jepun.
QL Kitchen Sdn Bhd telah mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan akan meningkatkan tahap keyakinan pelanggan Islam untuk membeli makanan-makanan seperti onigiri, bento, sandwich dan produk bakeri serta soft ice cream yang dijual di kedai tersebut.
Kami pasti ramai yang menarik nafas lega apabila mendengar berita ini. Mana tidaknya, kesemua makanan yang dijual memang sangat menyelerakan dan rasanya juga tidak mengecewakan. Kalau rasa rindu nak makan snek dari Korea, FamilyMart inilah yang diserbu terlebih dahulu. Hiks!
Jadi selepas ini, tidak ada lagi rasa was-was tentang isu halal atau tak, korang boleh terus ‘membeli-belah’ di FamilyMart tanpa ragu-ragu. Hehe!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...