Hati mana yang tidak terkesan apabila melihat nasib bungkusan barang yang dibeli oleh mereka secara atas talian dibaling begitu saja oleh para pekerja syarikat kurier.
Jika tidak lama dahulu, tular isu lambakan barang dan pemotongan komisen pekerja sejak PKP 2.0, semalam kecoh media sosial tempatan setelah satu video TikTok berdurasi 15 saat.
Video yang dimuat naik oleh salah seorang pekerja syarikat J&T Express bahagian Perak itu menunjukkan para pekerja J&T dipercayai melakukan tunjuk perasaan tidak puas hati di gudang syarikat itu dan bertindak membaling bungkusan pelanggan mereka. Malah, terdapat juga barangan bertanda fragile yang menjadi ‘mangsa’.
Ia sekaligus menaikkan marah pelanggan J&T yang rata-rata tidak berpuas hati dengan nasib barangan mereka dan berpendapat ia sama sekali tidak profesional.
Bukan hanya pembeli yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka. Malah para penjual atas talian juga mengadu bahawa mereka terpaksa pula memberikan pampasan kepada pelanggan yang menjadi mangsa kejadian selama ini.
Ads
Permohonan Maaf Secara Terbuka
Setelah seharian berdiam diri selepas video tersebut tular, tujuh orang pekerja syarikat J&T Express bahagian Perak itu tampil ke hadapan dengan permohonan maaf di atas tindakan membaling barang pelanggan.
Menurut mereka, insiden itu tidak ada kena mengena dengan sebarang isu dalaman mahupun potongan gaji pekerja oleh syarikat seperti yang dispekulasi oleh warganet. Malah ia juga tidak tercetus daripada apa-apa tindakan mogok.
“Kami sekali lagi ingin memohon maaf kerana telah menjejaskan nama syarikat dan barang pelanggan rakyat Malaysia. Kami sedaya upaya akan proses dan hanyar barang pelanggan secepat mungkin,” jelas mereka. Pada akhir rakaman, mereka turut berjanji akan menghantar barang pesanan pelanggan secepat mungkin.
Ads
Biarpun penjelasan telah dibuat, ruangan komen menunjukkan rata-rata warganet tidak mempercayai dengan permohonan maaf yang dilakukan dan berpendapat ia seperti ‘terpaksa’.
Kenyataan Rasmi J&T
Biarpun para pekerja menidakkan kaitan insiden itu dengan masalah dalaman, syarikat J&T pula dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa ia berpunca daripada ketidak jelasan sistem pengagihan bonus di kalangan kakitangan jabatan.
Menurut mereka menerusi muat naik terbuka di Facebook, “Bonus penuh dibayar kepada pekerja yang bekerja selama satu tahun dan binus dibayar mengikut tempoh masa pekerja yang bekerja kurang dari satu tahun.
Ads
“Oleh kerana kurang jelas dengan sistem pengagihan bonus, ia menyebabkan pengagihan bungkusan secara ganas pada 4 Februari dan menghasut beberapa pekerja untuk membuat gangguan bersama dan menyebarkan video ke media sosial.
“”Kami meminta maaf atas kekurangan dalam pengurusan kami yang telah menyebabkan rasa tidak puas hati dari kerugian pelanggan kami. Kami akan memikul semua tanggungjawab yang harus kami pikul dengan cepat untuk meningkatkan standard pengurusan dan perkhidmatan kami,” catat mereka.
Berikut merupakan paparan penuh surat berkenaan:
Untuk pengetahuan korang, sebarang tindakan dengan niat jahat mahu melupuskan atau memusnahkan, membuka, menyimpan, menahan atau menyembunyikan, melengahkan, mengabaikan atau salah serahan, mengusik atau menghalang mana-mana barang pos dalam perjalanan penyalurannya boleh dikenakan denda dan hukuman penjara di bawah Akta Perkhidmatan Pos 2012.
Bagaimanapun, Remaja merasakan rakyat Malaysia buat masa ini lebih mementingkan barangan mereka untuk selamat tiba ke destinasi berbanding apa-apa kenyataan yang dikeluarkan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mungkin ada di antara kita yang sudah membeli tiket penerbangan ke luar negara masih berharap sekiranya mereka tidak mengalami kerugian dan mendapat semula hak mereka sebagai pengguna.
Berita baik buat pelanggan AirAsia, syarikat penerbangan itu telah melanjutkan tempoh sah Akaun Kredit sehingga 730 hari atau dua tahun berbanding tempoh setahun yang diberikan sebelum ini.
AirAsia membuat kenyataan bahawa penumpang yang mempunyai tempahan penerbangan sedia ada dibuat pada atau sebelum 17 April 2020 dengan tarikh pelepasan antara 23 Mac 2020 dan 30 Jun 2020 kini diberi pilihan pertukaran penerbangan tanpa had.
Antara pilihan yang diberi adalah pertukaran tarikh penerbangan tanpa had meliputi menukar tarikh penerbangan sebelum 31 Oktober 2020 di laluan yang sama tanpa had dan tanpa bayaran tambahan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.
Selain itu, penumpang juga boleh mengekalkan nilai tambang tempahan ke dalam akaun Ahli AirAsia BIG yang boleh ditebus dalam masa dua tahun.
Namun begitu, masih ada pengguna yang tidak berpuas hati mengharapkan agar mereka memperoleh duit refund dan bukannya akaun kredit seperti yang ditawarkan. Malah, ada juga pengguna yang mengatakan bahawa mereka masih belum menerima pindahan akaun kredit yang telah dibuat.
Mungkin kes korang masih lagi dalam rekod dek kerana terlalu ramai yang memohon penukaran kredit/refund sepanjang tempoh PKP ini. Diharap agar masalah ini dapat diselesaikan dengan segera dan harapnya korang pun bersabar sementara menunggu jawapan daripada pihak AirAsia.
Jika sebut tentang restoran makanan segera pandu lalu (drive-thru) rasanya ia sudah tidak asing dikalangan masyarakat kita kerana semua sedia maklum bahawa kebanyakan restoran makanan segera memang mempunyai perkhidmatan seperti itu.
Namun, apa yang berlainannya apabila restoran nasi kandar juga khabarnya bakal diwujudkan secara drive -thru dan ia merupakan yang pertama di Malaysia.
Restoran Hussain Nasi Kandar akan membuka cawangan pandu lalu di Caltex Toll, Sungai Dua di Pulau Pinang.
Foto: Penang Gazette
Restoran tersebut juga kini nampaknya sedang mencari pekerja bagi sebelum membuka cawagan tersebut. Pada yang mungkin sedang mencari pekerjaan, inilah peluang korang untuk mencuba. Mana tahu ada rezeki korang disini.
Wah, bestlah orang Penang lepas ni nak makan nasi kandar boleh beratur sambil tunggu dalam kereta. Tak perlu nak bersesak dengan orang ramai kan. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita gembira dari Tokyo, Jepun buat semua rakyat Malaysia.
Seorang lagi atlet Paralimpik dari Malaysia melakarkan sejarah apabila berjaya menyumbangkan pingat perak kepada negara.
Image via Bernama/Harian Metro
Atlet berusia 26 tahun ini berdepan cabaran sengit daripada juara bertahan David Smith, Chew Wei Lun menyumbangkan pingat yang ketiga buat kontijen Malaysia di temasya Paralimpik Tokyo.
Chew Wei Lun yang beraksi dalam kategori individu bercampuran acara Boccia itu tewas kepada atlet Great Britain 2-4 dalam persaingan yang sengit.
Untuk pengetahuan semua, sukan boccia hanya dimain di sukan Paralimpik dan tiada sukan yang sama wujud di sukan Olimpik.
Image via AP/ExpressDigest
Terdapat empat klasifikasi bagi boccia dalam Sukan Paralimpik 2020:
BC1: Pemain yang mempunyai masalah pergerakan yang serius pada bahagian kaki, tangan dan tunjang badan mereka disebabkan oleh masalah koordinasi. Mereka menggunakan kerusi roda berelektrik untuk bergerak serta memegang dan membaling bola boccia tanpa menggunakan peralatan membantu. Atlet yang boleh menggerakkan kaki mereka dibenarkan untuk menggerakkan bola dengan kakinya.
BC2: Pemain yang mempunyai kecacatan yang kurang serius daripada BC1 dan boleh membaling bola dari atas atau bawa dengan cara memegang yang pelbagai. Mereka juga tidak boleh menggunakan sebarang peralatan membantu.
BC3: Pemain yang mempunyai fungsi yang terhad pada kaki dan tangannya, dan pengawalan tunjang badan yang lemah (atau tidak mampu mengawal) disebabkan oleh penyakit yang berkaitan atau tidak berkaitan dengan serebrum. Selain itu, mereka juga mempunyai masalah memegang, membaling dan menggerakkan bola. Mereka menggunakan tanjakan dan peralatan membantu yang lain untuk menggerakkan bola dengan bantuan Pembantu Sukan.
BC4: Pemain yang mempunyai kecacatan fizikal yang disebabkan oleh penyakit yang tidak berkaitan dengan serebral, seperti distrofi otot, kecederaan saraf tunjang dan amputasi yang melibatkan kedua-dua tangan dan kakinya. Atlet kategori ini biasanya membaling bola dengan ayunan pendulum, kadang kala dengan kedua-dua tangan atau lengan mereka. Mereka boleh menggunakan sarung tangan untuk membantu memegang bola boccia.
Sukan Paralimpik telah bermula pada 24 Ogos lalu dan akan berakhir 5 September ini di Tokyo, Jepun. Juara Boccia Nasional Chew Wei Lun ini membawa pingat ketiga Paralimpik Tokyo 2020 buat Malaysia.
Apa-apapun tahniah kami ucapkan buat Chew Wei Lun dan team acara boccia.
Sumber: Bernama / Wikipedia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!