Bayangkan hidup kprang tanpa telefon pintar. Tentu ia agak sukar dan tak dapat dibayangkan. Golongan belia dan remaja merupakan antara peratusan pengguna tertinggi telefon pintar dan menggunakan Internet. Segala aktiviti yang dilakukan kini kebanyakannya berlegar di sekitar teknologi yang semakin memudahkan kehidupan kita.

Nak bertemu rakan? Guna saha laman media sosial seperti Facebook atau Whatsapp. Ingin keluar berjalan-jalan? Panggil sahaja perkhimatan e-hailing seperti Grabcar. Malah untuk pesanan makanan juga kini sudah banyak boleh dilakukan dengan hanya menggunakan apps.

Begitu juga dengan kebergantungan kita terhadap pelbagai peranti pintar dan gajet yang lain seperti jam pintar, tablet dan juga komputer yang kini diintegrasikan ke semua peranti.

Tapi apa yang merisaukan ramai pihak sekarang ialah penggunaan telefon pintar dan gajet tanpa kawalan di kalanagan remaja terutamanya yang masih bersekolah.

‘Ketagih’ Telefon Pintar & Gajet Punca Remaja Makin Lemah Bahasa Malaysia, Betul Ke?

Menurut Sasterawan Negara, Datuk Dr Zurinah Hassan penguasaan bahasa kebangsaan yang lemah di kalangan remaja terutama dari Generasi Z yang lahir dari tahun 1995 ke atas kini amat membimbangkan.

IKLAN

Jelasnya ketika ditemu bual oleh Bernama, antara punca utama yang menyumbang kepada punca masalah ini ialah akibat penggunaan telefon pintar dan gajet tanpa kawalan. Umum mengetahui bahawa pelajar sekolah menengah kini sudah ramai yang memiliki telefon pintar.

Akibat terlalu asyik dengan gajet menyebabkan mereka kurang bersosial sehingga menjadikan mereka pasif seterusnya gagal berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

Jelasnya lagi, masalah ini semakin membimbangkan dan ia lebih menyedihkan kerana ramai remaja dibiarkan menghabiskan masa bersama telefon pintar dan gajet tanpa pengawasan yang lebih ketat daripada ibu bapa.

IKLAN

Selain itu, mereka juga dikatakan semakin hilang minat untuk membaca dan masalah ini sukar dibendung jika ibu bapa dan penjaga tidak memainkan peranan mereka dengan baik.

‘Ketagih’ Telefon Pintar & Gajet Punca Remaja Makin Lemah Bahasa Malaysia, Betul Ke?

Adakah bagi korang selaku golongan remaja merasakan masalah ini sangat meruncing dan ketara?

IKLAN

Bagi REMAJA, walau apa jua teknologi atau peranti yang kita gunakan tidak perlu sampai ada rasa ‘ketagih’. Kita sudah dengar sebelum ini beberapa kes di negara China yang menyebabkan kematian akibat bermain permainan video komputer terlalu lama. Begitu juga dengan penggunaan telefon pintar dan gajet.

Walaupun setakat ini belum lagi yang mendatangkan maut tetapi janganlah sampai ia menggangu kehidupan korang. Jika ia menyebabkan korang menjadi anti sosial, mudah stres, kurang tumpuan dalam kelas dan resah jika telefon pintar tiada dalam radar penglihatan itu menunjukkan korang sebenarnya sudah parah.

Dan kesemua faktor itulah telah menyebabkan korang boleh lemah dalam menguasai Bahasa Melayu; malahan juga boleh lemah dalam semua subjek mata pelajaran yang lain.

Ingat, jadilah remaja yang pandai membahagikan masa. Gunakan telefon pintar dan gajet sebagai pemangkin untuk kehidupan kamu lebih senang, berpengetahuan dan berilmu.

Sumber: BERNAMA

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI