Ratu cantik Malaysia, Rashmita Rasindran tampil membanggakan negara apabila dinobat sebagai juara pertandingan Miss Charm 2024 yang melabuhkan tirainya pada hujung minggu lalu.
Bertempat di Nguyen Du Stadium dekat Ho Chi Minh City; Rashmita, 24 mengenepikan saingan terdekatnya dari Australia, Alana Deutsher-Moore yang terpaksa berpuas hati sebagai naib juara manakala wakil Vietnam, Nguyen Thi Quynh Nga pula bergelar pemenang tempat ketiga.
Rashmita Rasindran (tengah) bersama naib juara dari Australia, Alana Deutsher-Moore (kiri) dan pemenang tempat ketiga dari Vietnam, Nguyen Thi Quynh Nga (kanan).
Sebaik sahaja terpilih sebagai 20 peserta terbaik, Rashmita tampak selesa beraksi dalam pusingan pakaian mandi dan gaun malam sebelum terpilih untuk menjadi sebahagian daripada 6 peserta terbaik.
Di pusingan soal jawab, Rashmita berjaya menyakinkan para juri profesional yang turut dianggotai oleh naib juara Miss Universe 2023, Antonnia Porxild dari Thailand dengan jawapannya.
Ia sekaligus melayakkan Rashmita untuk diangkat sebagai Miss Charm 2024 dalam kalangan 36 orang peserta yang bertanding.
Ads
Ulangi Kegemilangan Kavita Sidhu
Untuk rekod, kejayaan wakil Malaysia memenangi gelaran Miss Charm ini mengambil masa 34 tahun untuk direalisasikan.
Sebelum Rashmita, terdahulu pelakon dan model terkenal negara, Kavita Sidhu pernah mencipta sejarah sebagai Miss Charm International 1990 sebelum gelaran tersebut dijenamakan semula menjadi Miss Charm.
Miss Charm 2024, Rashmita Rasindran.Miss Charm International 1990, Kavita Sidhu.
Bertempat di Leningrad (kini dikenali sebagai St Petersburg, Rusia), Kavita Sidhu bukan hanya memenangi gelaran Miss Charm International tetapi juga menjadi wakil Malaysia pertama yang menjuarai sesebuah pertandingan ratu cantik antarabangsa.
Ads
Beliau yang ketika itu berusia 19 tahun berjaya mengalahkan 32 peserta lain untuk merebut gelaran Miss Charm International. Dengan kebolehan komunikasi yang baik, kecantikan dan ketinggian yang dimiliki, pantas Kavita menjadi plihan sebagai juara dan mencipta namanya sendiri dalam dunia seni di Malaysia.
Menariknya selepas kemenangan Kavita, pertandingan Miss Charm International tidak lagi dianjurkan sehinggalah ia dijelmakan semula pada Februari 2023 dan dimenangi oleh wakil Brazil, Luma Russo.
Sehingga ke hari ini, Kavita kekal relevan dan jelita seperti dahulu kala malah diangkat sebagai ikon fesyen serta pejuang kemanusiaan. Adakah Rashmita Rasindran akan mengikuti jejak langkah cemerlang Kavita Sidhu? Sama-sama kita saksikan perjalanan beliau sepanjang bergelar Miss Charm 2024 tahun hadapan.
Siapa kata penyakit jantung hanya akan menyerang golongan tua, ia memang benar-benar silap. Serangan jantung kini bukan hanya dihidapi oleh orang tua, malah penyakit ini juga boleh menyerang golongan yang lebih muda.
Jangan pelik sekiranya korang melihat individu yang aktif bersukan juga tidak terkecuali terkena serangan jantung ini. Seperti apa yang dikongsi oleh seorang pemuda di Twitter yang dikenali sebagai Abeden Mung, setelah genap sebulan mengalami serangan jantung, dia mengambil keputusan untuk berkongsi kisahnya kepada umum tentang pengalaman yang dihadapinya.
Gambar hiasan
Mengakui dirinya seorang yang aktif bersukan, jaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup yang boleh dikatakan agak baik, Abeden tidak menyangka bahawa dia juga mengalami masalah gangguan kesihatan ini.
Dua minggu sebelum terkena serangan, lelaki ini mengakui bahawa dia sudah berasa lain macam dengan masalah peribadi yang dihadapinya membuatkan tahap breakdown menjadi teruk dan rasa ingin berputus asa. Hari demi hari, dia terasa seperti anxiety dan berdebar-debar.
Namun begitu..
Pada ketika itu, dia langsung tidak terfikir apa-apa dan beranggapan ia mungkin kerana penat atau rasa mual kerana minum kopi dan makan telur separuh masak pagi tadi. Sejam kemudian, lelaki ini muntah dengan banyak dan menghubungi jirannya untuk meminta bantuan.
Serangan kedua
Doktor datang pada lewat malam itu dan mengatakan ia adalah kerana merokok dan juga punya sejarah keluarga. Arwah ibu Abeden meninggal dunia disebabkan serangan jantung. Kawan-kawan dan keluarga sampai ke hospital tetapi pada masa itu dia sudah tahu keadaan tidak lagi sama seperti dahulu. Hanya yang pernah mengalami serangan jantung sahaja yang akan faham situasinya ketika itu.
Apa yang disimpulkan, merokok hanyalah membawa kepada punca dan baginya, kerana terlalu pendam masalah dan banyak fikirkan masalah adalah antara penyebab serangan tersebut. Ditambah pula dengan faktor-faktor lain seperti merokok dan pemakanan, ia jadi penyebab kepada serangan ini.
So guys, jangan ingat korang masih muda terlepas daripada serangan jantung ya. Lebih baik ambil langkah berjaga-jaga dan paling penting, berhenti merokok dan amalkan gaya hidup sihat.
Ketahui juga tanda-tanda serangan jantung seperti berikut:
• Sakit di tengah dada, mencucuk, rasa berat seperti dihempap batu, sakit merebak ke bahu dan kiri hingga rasa kebas
Apa yang penting konsisten dan tahu pengambilan portion dalam setiap pemakanan yang diambil.
Siapa sangka dalam masa singkat iaitu cuma 4 bulan sahaja lelaki ini, Putra berjaya melenyapkan 16KG. Berat asalnya sebelum ini adalah 97KG dan kini sekitar 81 KG.
Wajib Minum Green Tea Sebelum Sarapan
Masih tidak berpuasa hati dengan penurunan itu dan berazam mahu menurunkan lagi berat badannya menjadi 75KG.
Dalam perkongsian di Grup Diet Suku-Suku Separuh, dia memberitahu mengamalkan diet yang lebih kurang seperti diet suku-suku separuh, tetapi mengira kalori yang diperlukan badannya.
Bukan itu sahaja, dia juga turut mengira kalori defisit. Putra juga turut menghentikan pengambilan makanan/minuman yang berasaskan gula dan bertepung.
Tetapi menggantikan pemakanan yang lebihkan protein seperti pengambilan ayam, ikan, tauhu, telur dan tempe. Bukan itu sahaja dia juga turut mengambil sayuran dan buahan yang banyak.
Pun begitu dalam perjalanan dietnya dia tetap minum kopi dan wajib mengambil green tea. Selain itu Putra turut memastikan pengambilan air mencukupi iaitu 4 liter air sehari (nisbah 25kg berat badan untuk 1 liter).
Rahsia Berat Badan Turun Dalam Masa Singkat
Manakala pengambilan gula yang diamalkan pula adalah jenis ‘O’ dari satu jenama popular. Dia juga turut mengamalkan ambil cuka epal (2 sudu besar 500 ml) dan akan mengambilnya sebelum sarapan pagi.
Tidak hanya mengutamakan pemakanan, dia juga turut melakukan senaman workout di gym di rumahnya sahaja untuk 2 atau 3 kali seminggu. Ini kerana disebabkan empat tahun lepas, dia juga seorang yang sangat aktif melakukan senaman di gym.
Berkat hanya empat bulan diet dia berjaya mendapat berat sekitar 81KG dan masih perlu terus bergerak sehingga mencapai berat yang diimpikan. Pesannya kepada yang sedang diet, jangan putus asa dan teruskan berusaha hingga mencapai matlamat utama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini Miss Universe Malaysia 2022, Lesley cheam telah mempersembahkan kostum nasional yang akan dibawanya ke pentas Miss Universe 2022. Berinspirasikan dari kemegahan Gunung Kinabalu, kostum rekaan Hatta Dolmat itu menerima rekasi yang pelbagai dari peminat ratu cantik.
Kini, rakan dari negara serantau, Laksmi De-Neefe Suardana, Miss Universe Indonesia 2022 telah mempersembahkan kostum nasionalnya kepada umum. Direka oleh Morpachio Body art dan Eko Tjandra, kostum yang diberi nama The Glory of Phinisi itu mengambil konsep kehebatan Indonesia ke atas lautan warisan maritim tradisionalnya.
Sebagai wakil pertama dari Bali yang berjaya memenangi gelaran Puteri Indonesia 2022 dan sekaligus berpeluang mewakili Indonesia di pentas Miss Universe, ramai pageant lovers menasihatkan Laksmi untuk memakai kostum kebangsaan bernuansa Bali. Namun dia mengambil pendekatan menggayakan kostum yang boleh mewakili bangsa Indonesia secara keseluruhan.
Menerusi satu hantaran yang muat naik di Instagram miliknya, wanita berusia 26 tahun ini turut berkongsi bagaimana dia mendapat idea untuk kostum nasional ini. Puteri Indonesia 2022 itu mengakui kagum dengan moto ‘Jalesveva Jayamahe’ yang bermaksud ‘Tepat di Laut Kita Jaya’, ketika membaca autobiografi Presiden Joko Widodo yang pertama kali ditulis dalam bahasa Inggeris.
Buku ini mengisahkan detik-detik sebelum kemenangan presiden Indonesia itu ketika beliau duduk di atas kapal layar Bugis (Pinisi) kerana berjanji untuk mengembalikan Indonesia sebagai negara maritim yang kuat. Mendapat inspirasi melalui pembacaannya, Laskmi akhirnya mengambil keputusan untuk mengambil tema ‘The Glory of Phinisi’ sebagai pakaian kebangsaan yang akan digayakannya.
Merupakan graduan rekaan fesyen dari the Royal Melbourne Institute of Art, Laksmi menggalas tugas yang mencabar bagi memastikan prestasi Indonesia terus cemerlang di pentas Miss Universe apabila wakil-wakil negara itu lolos ke peringkat semifinal tanpa gagal sejak tahun 2013, kecuali pada 2017 yang mana Bunga Jelitha Ibrani gagal mendapat sebarang tempat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, selepas pasangan itu selamat diijabkabulkan dengan...