Bagi warganet yang tidak pernah lekang mengikuti perkembangan pelakon berkaliber, Nad Zainal, yang telah dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri sejak 20 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Terbaharu, keadaan pelakon naskhah popular Dendam Seorang Isteri itu kini beransur pulih selepas hampir sebulan dirawat di hospital tersebut.
Menurut laporan Kosmo!, perkhabaran baik itu dikongsikan pengarah dan penerbit terkenal tanah air, Shahrulezad Mohameddin yang lebih disapa Budak Ijat.
Katanya, Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, sudah sedar dan tidak lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
“Untuk pengetahuan semua keadaan Nad sekarang sangat baik. Dia bukan lagi di ICU. Tidak lagi ditidurkan. Dia sudah sedar, boleh berbual dan bergelak ketawa.
Ads
“Malah dia juga boleh berjalan pergi ke toilet sendiri walaupun kami berpesan jangan, paru-parunya masin belum begitu kuat. Dia juga masih perlu berehat panjang demi kekuatan paru-paru akibat luka masa pendarahan tempoh hari,” ujarnya.
Ads
Dalam pada itu, pengarah drama Nur itu turut menjelaskan, dia memilih untuk tidak kerap berkongsi perkembangan semasa keadaan kesihatan Nad bagi menjaga perasaan ibu bapa pelakon drama Cina Buta itu selain dia dan rakan-rakan berbuat demikian bagi mengelakkan berita tidak sepatutnya disebarkan pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sebelum ini, rakannya yang juga pelakon, Ungku Ismail memaklumkan keadaan Nad Zainal yang masih dalam pemulihan dan perlu banyak berehat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Berita pemberhentian staf di syarikat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad hujung minggu ini membuatkan ramai orang marah dan gelisah.
Menurut laporan Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ), 800 orang staf daripada 1,500 orang ditawarkan dengan Voluntary Separation Scheme (VSS).
Kata mereka, VSS tersebut akan dibayar secara ansuran bulanan, instead of, bayaran pukal (lump sum).
Hhm, shady. Tetapi itulah realiti yang sedang berlaku di beberapa buah syarikat gergasi di Malaysia.
Bagi yang tidak pernah melalui pengalaman menerima tawaran VSS terutamanya pekerja muda / junior seperti korang, VSS can be scary.
Bagi pekerja senior yang telah berkhidmat selama berbelas sehingga berpuluh tahun di situ, tawaran VSS ini seharusnya diterima saja oleh mereka memandangkan jumlah pampasan yang akan dibayar dilihat setimpal.
Tetapi, macam mana pula dengan staf baru seperti kita? Paling kurang pun, kita baru bekerja setahun dua. Cukupkah VSS yang diberikan itu untuk menanggung hidup sebagai penganggur sekejap?
Err takutnya tak ada duit!
Haa, seorang pekerja perempuan di Malaysia (namanya diminta dirahsiakan) berkongsi dengan penulis kenapa dia menerima VSS daripada syarikat lama dan apa yang terjadi selepas tamat bekerja di sana.
01
Be Realistic
First of all, korang kena berfikiran realistik. Mana ada majikan yang nak syarikat mereka rugi dan terpaksa memecat lebih separuh staf di bawah mereka? Jadi apabila solusi terakhir bagi majikan untuk menyelamatkan syarikat adalah melalui Voluntary Seperation Scheme (VSS), maksudnya mereka dah cuba sebaik mungkin lah tu.
Jadi, kita kena redha dengannya.
Ya, korang akan memberontak, “Senanglah kau cakap.”
Saya pun pernah laluinya, jadi saya tahu apa yang korang lalui. Korang kena realitik – itu perkara pertama.
02
Sejarah Syarikat
Kedua, ambil tahu serba sedikit tentang sejarah syarikat korang.
Kalau dalam masa 3-4 tahun kebelakangan ini, syarikat berada dalam senarai ‘merah’ (bermasalah dari segi kewangan), better terima saja VSS.
Terima VSS beramai-ramai?
Selalunya di dalam surat penerimaan VSS, akan ditulis sebab utama VSS ditawarkan kepada pekerja.
03
Tunggu..?
Jangan ambil masa terlalu lama untuk membuat keputusan. TAPI jangan pula buat keputusan terburu-buru.
Consult dulu staf senior yang pernah berdepan dengan situasi VSS.
Syarikat akan memberi masa 2 minggu untuk kamu menghantar semula surat tawaran VSS. Selepas itu, jumlah wang tawaran akan berkurangan (mengikut undang-undang) atau lebih teruk, KOSONG bayaran apabila korang mengambil masa terlalu lama sehingga syarikat ‘gulung tikar’.
Ada 2 kakak di syarikat lama saya yang terpaksa diberhentikan tanpa apa-apa pampasan.
Kasihan, tapi itulah kesan tunggu-sebab-sayang-nak-berhenti.
04
Cara Kiraan
Selagi bayaran VSS setimpal dengan tempoh korang bekerja, tak ada masalah pun untuk korang terima VSS.
Okay, macam mana VSS dikira?
Khidmat 0-2 tahun : 10 hari bekerja x tahun bekerja.
Khidmat 2-5 tahun : 15 hari bekerja x tahun bekerja.
Contohnya:
Gaji RM2,400 sebulan, baru bekerja 2 tahun.
= RM800 (gaji 10 hari) x 2
= RM1,600
Err, sedih memang sedih tengok jumlah tu, tapi korang kena kuat dan terima!
Sebabnya, ada dua possibility selepas tempoh VSS tamat. Sama ada pekerja senior diberhentikan kerana kos menanggung mereka teramat tinggi. Atau pekerja junior seperti kita yang diberhentikan kerana tak cukup pengalaman.
Trust me, you do not want to be a 50% bait to the employer.
05
Hantar Resume
Katakan korang sudah menghantar surat penerimaan tawaran VSS. Selalunya, majikan akan memberi notis sebulan sebelum berhenti. Gunakan masa sebulan itu betul-betul untuk mencari kerja baru. Yes... bukan senang tetapi tak mustahil.
Hantar cepat resume.
06
Lebih Yakin
“Lemme show you…”
Dapat saja tawaran interview, pergi. Semasa saya ke tawaran pertama, surprisingly, saya langsung tak rasa gugup malah memang yakin berdepan dengan bakal bos baru. Mungkin sebab saya tahu di dalam bank sudah terisi wang VSS.
Sedikit atau banyak jumlah VSS tu bukan soalnya.
Korang boleh!
Semasa interview, yakinkan diri. You have nothing to loose. Duit VSS dah ada dalam bank, cuma sampai bila nak duduk rumah kan? Lagipun, korang masih muda. Peluang untuk dapatkan kerja masih cerah. Jangan putus harapan, itu yang paling penting.
* * * * *
Remaja berharap agar korang yang terpaksa berdepan dengan VSS sentiasa kuat dan buat pilihan yang bijak!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon versatil tanah air, Azhan Rani, meluahkan rasa sedih dan simpati kepada rakan seindustri, Amyza Aznan, selepas kehilangan putera sulungnya, Andre Mikhail, yang telah kembali ke Rahmatullah, semalam.
Dalam perkongsian yang dimuat naik di Facebook, Azhan Rani menzahirkan kata-kata empati dan doa buat Amyza serta keluarga.
“Aku tahu ramai dah cakap tentang sabar, kuat, dan redha. Aku pun tahu kau sendiri lebih tahu jawapannya sebab kau yang berdepan dengan semua ni.
“Dari kita shooting sama-sama lagi baru-baru ini, aku tau kau banyak simpan macam-macam yang kau tak nak tunjukkan pada orang lain disebalik gurau gelak kau yang macam tak ada apa-apa setiap hari di set itu.
“Kau dah buat yang terbaik untuk dia. Selebihnya Allah yang punya kuasa,” katanya.
Selain itu, pelakon drama Nur itu turut mendoakan agar Amyza dan keluarga sentiasa tabah menghadapi saat sukar ini.
“Apa pun aku cuma doakan saat ini Allah peluk kau, anak-anak dan seluruh ahli keluarga kau. Semoga juga Allah sediakan tempat terbaik untuk Andre Mikhail bersama orang-orang yang beriman.
“Syurgalah tempatnya insya-Allah. Maaf tak dapat nak menziarahmu saat ini kerana masih shooting di Sarawak ini. Insya-Allah ada rezeki nanti aku ziarahmu.
“Moga dimudahkan serta lancar segala urusan. Al-Fatihah buat Allahyarham Andre Mikhail bin Khairil Izhar,” coretnya panjang.
Terdahulu, jenazah Andre Mikhail telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdanakira-kira jam 10.40 pagi tadi. Jenazah Allahyarham terlebih dahulu dimandikan dan disolatkan di Masjid Al-Khairiah AU3 sebelum dibawa ke tanah perkuburan.
Andre Mikhail menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 10.30 malam semalam di Hospital Kuala Lumpur, selepas hampir setahun bertarung dengan kanser paru-paru tahap tiga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pertama sekali, tahniah Remaja ucapkan kepada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) secara umumnya dan khasnya buat semua mahasiswa yang telah menyertai Ikrar Bebas Rasuah (IBR)yang berlangsung malam tadi.
Menurut laporan dari Sinar Harian, kumpulan mahasiswa UIAM ini menjadi pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang pertama melafazkan IBR di Malaysia.
Pada majlis yang dilangsungkan di majlis Konvensyen Mahasiswa Anti Rasuah (KOMAWAR) di UIAM semalam, lafaz IBR oleh mahasiswa diketuai oleh pemimpin pelajar dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIAM, saudara Amir Ridwan Idris.
Ia turut disaksikan oleh Ketua Pesusuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan Rektor UIAM, Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamarudin.
Foto hiasan (Kredit: Jalurgemilang.my)
Jelas Rektor UIAM, dia berasa sangat bangga dengan komitmen yang ditunjukkan oleh mahasiswa UIAM untuk memerangai dan menjauhi segala bentuk amalan rasuah.
Kesedaran serta pendedahan tentang bahaya gejala rasuah kepada mahasiswa ini sangat penting sebelum mereka menjejaki dunia pekerjaan profesional yang pastinya terdedah dengan ancaman ini.
Bagi Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Duzlkifli pula beranggapan bahawa mahasiswa memainkan peranan penting dalam usaha negara memerangi rasuah. Beliau menyeru mahasiswa UIAM bersama-sama SPRM untuk menolak dan membanteras amalam rasuah.
Pada majlis ini juga berlangsung perasmian Gerakan Mahasiwa Anti Rasuah (GEMA) yang merupakan program yang menjalankan pelbagai kempen anti rasuah untuk menyuntik kesedaran tentang perlunya mahasiswa menghindari gejala rasuah.
Sekali lagi, tahniah Remaka ucapkan buat mahasiswa-mahasiswa UIAM! Semoga langkah ini akan disusuli oekh semua mahasiswa di IPTA serta IPTS di seluruh negara.
Mahasiwa merupakan generasi yang bakal mewarisi pucuk kepimpinan serta mewarisi masa depan Malaysia. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Dan pastinya menolak rasuah biarlah dari usia muda remaja!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!