Aktor berbakat besar kelahiran Malaysia, Irfan Zaini, baru-baru ini melakar sejarah dalam kerjayanya dengan membintangi filem antarabangsa terbaharu iaitu G.O.A.T. (Greatest of All Time).
Menerusi temu bual eksklusif bersama Remaja, pelakon berusia 29 tahun itu berkongsi pengalaman yang paling berharga apabila dapat bergandingan bersama bintang Bollywood terkenal, Vijay Chandrasekhar.
Irfan yang memegang peranan sebagai pelakon tambahan tetapi penting dalam G.O.A.T, mengungkapkan kegembiraannya apabila dapat bekerja dalam satu set pengambaran bersama pelakon legenda itu.
“Untuk filem terbaharu ini, sampaikan saya ke set pengambaran mereka dan saya minta peluang kepada produksi terbabit untuk dapatkan satu babak bersama Vijay. Jadi, pada tahun lepas saya diberi peluang untuk dalam filem ini di Rusia, saya tidak kisah jika mereka lakukan pengambaran di Pluto pun saya sanggup.
“Saya pun tidak kisah pegang watak apa asalkan dapat berlakon dengan superstar Vijay. Jadi pelakon tambahan pun dah cukup membuatkan saya gembira. Alhamdulillah, untuk filem ini saya lebih daripada pelakon ekstra kerana saya ada beberapa babak,” katanya bernada gembira.
Ads
Dalam pada itu, tidak hanya teruja dengan peluang berlakon bersama Vijay, tetapi juga dengan sikap rendah diri dan profesionalisme bintang Bollywood itu membuatkan Irfan amat bersyukur apabila berada dalam karya tersebut.
“Apa yang saya suka mengenai Vijay adalah walaupun dia dikenali ramai, dia masih rendah diri dan menghormati orang sekeliling.
“Dia sangat menghargai masa kerana dia datang tepat pada waktunya di set penggambaran. Malah, walaupun saya baru, Vijay ajak saya masuk ke caravan dan berborak. Ini adalah perkara yang saya tidak akan lupa dalam hidup,” ujarnya.
Menariknya, tawaran berlakon dalam G.O.A.T datang semasa umat Islam sedang menyambut hari raya Aidilfitiri, Irfan bagaimanapun merasakan peluang ini terlalu penting untuk dilepaskan.
Ads
Selain itu, dia turut mendedahkan perjalanan untuk mendapatkan peluang ini tidak mudah kerana banyak cabaran yang harus dihadapinya ketika di negara orang.
“Keluarga saya memahami betapa pentingnya peluang ini, jadi saya beraya di Rusia. Paling menarik, produksi menyediakan nasi beriani untuk saya supaya saya tidak terlalu merindui keluarga. Saya tidak sangka pasukan produksi yang besar ini sangat prihatin dan menjaga kebajikan saya.
“Cabaran utama adalah mendapatkan peluang berlakon dalam filem ini. Dengan ribuan pelakon yang menunggu peluang untuk berlakon bersama Vijay, dan saya sebagai orang Malaysia, saingannya sangat sengit. Saya rasa ini adalah rezeki yang cukup besar buat diri saya,” tuturnya lagi.
Menutup bicara, pelakon filem Polis Evo 3 itu sempat memberikan nasihat kepada pelakon muda yang bercita-cita untuk menembusi industri filem antarabangsa.
“Tiada formula khusus untuk mencipta nama dalam filem antarabangsa. Bagi saya, jangan terus putus asa dan teruskan mencuba. Masa yang tepat akan datang jika kita bersungguh-sungguh dan mencintai apa yang kita lakukan,” nasihat Irfan.
“Bina diri anda dahulu dan cipta satu profil sebelum melangkah ke luar negara. Belajar di Malaysia dan bersedia untuk segala kemungkinan yang berlaku di sana. Jalannya bukan mudah, tetapi usaha yang berterusan akan membuahkan hasil,” katanya panjang.
Sekadar info, filem yang disutradarai oleh pengarah terkenal Venkat Prabhu dan ditulis oleh skrip yang berpengalaman, menjanjikan sebuah pengalaman sinematik yang luar biasa. G.O.A.T. juga banyak melakukan pengambaran di negara Rusia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terima kasih SZA kerana memilih Malaysia untuk persembahan debut-nya di sini semalam sempena Good Vibes Festival 2018.
SZA merupakan antara senarai penyanyi atau band hari pertama yang memeriahkan acara muzik tahunan paling ditunggu-tunggu ramai, Good Vibes Festival (GVF2018).
Selain daripada penyanyi yang beradal dari Saint Louis, Missouri Amerika Syarikat itu, hari pertama do Gohtong Jaya semalam turut menampilkan kumpulan The Neighbourhood, Vince Staples, Louis The Child, Altimet, Pastel Lite dan ramai lagi.
Sebelum kita lihat klimaks persembahan SZA di hadapan ribuan penonton semalam, jom lihat bagaimana cara dia meluangkan masa sepanjang berada di Kuala Lumpur, minggu ini!
01
Melawat Taman Negara, Pahang
Jarang sekali ada selebriti luar negara yang sempat meluangkan masa di luar kawasan Kuala Lumpur jika berkunjung ke sini. Selalunya mereka lepak di kawasan elit seperti di shopping mall je.
SZA memang berlainan apabila dia dan entourage tiba awal di Kuala Lumpur semata-mata untuk ke Taman Negara, Pahang! Selain mengikuti grup hiking, lepak di air terjun dan sungai, SZA juga berkata, “Saya sempat bermain dengan monyet-monyet di sana!”
Nature lover rupanya.
02
Melayan Peminat
Ketibaan SZA di lapangan terbang KLIA, Sepang mungkin tidak mendapat liputan meluas. Walaupun tidak ramai peminat yang menunggunya ketika sampai, tak bermaksud tiada peminat yang ingin bergambar dengan SZA.
Seriously, dia merupakan antara penyanyi yang mudah mesra dengan peminat apabila tidak jemu melayan mereka.
03
Membeli Sari!
Selalunya, penyanyi antarabangsa yang berkunjung ke Kuala Lumpur akan cuba untuk mempertikaikan kod pemakaian ketat yang dikenakan di sini. Tak boleh terlalu terdedah dan seksi, ada juga pernah membatalkan tour semata-mata disebabkan isu ini. *Ahem*
Namun SZA lain apabila dia cuba untuk menyelami budaya masyarakat kita dengan memakai kain sari merah yang dibelinya di sini. Too cute apabila SZA meminta maaf jika tidak memakainya dengan kemas.
Ahli band yang lain juga memakai seluar bercorak mirip seluar harrem yang selalu dijual di Malaysia.
04
Selamat Hari Jadi, Mama Rowe
Thank you SZA for a fabulous night! Mungkin pemilik nama Solana Imani Rowe ini dikira baru dan hanya mempunyai 1 album penuh setakat ini iaitu CTRL. Namun, tak bermakna SZA tak mempunyai lagu menarik untuk dipersembahkan.
Antaranya termasuklah The Weekend, 20 Something dan Love Galore. SZA turut sempat mengucapkan Happy Birthday kepada ibunya semalam di atas pentas. Sweet!
05
“Assalamualaikum..”
Di penghujung persembahan, SZA mengambil kesempatan untuk mengucapkan, “To all my hijabis, Assalamualaikum and good night.” Penonton rata-rata mula bercakap mengenai latar belakangnya, sama ada SZA muslim atau tidak.
SZA tak pernah malu untuk mengakui dia beragama Islam. Malah, dia juga pernah menghadiri sekolah agama selepas sekolah kebangsaan dahulu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sahaja yang tidak kenal dengan badut yang membawa belon merah ini? Sejak mula diperkenalkan pada awal era 1990-an, karakter yang dikenali sebagai Pennywise ini ibarat sudah menjadi salah satu imej wajib dalam minda peminat filem dan drama bergenre seram.
Justeru, apabila kelibat Pennywise tiba-tiba muncul di pawagam TGV KLCC, Kuala Lumpur baru-baru ini siap dengan belon merah di tangannya, tentulah orang ramai terkejut melihat bukan seorang tetapi dalam satu gerombolan kumpulan.
Rupa-rupanya, kemunculan sekawan Pennywise ini adalah bersempena dengan tayangan perdana episod pertama drama bersiri IT: Welcome To Derry yang kini mula ditayangkan di saluran HBO Max, pengalaman terbaik dengan Astro One.
Ketika ditemui di luar pawagam sebelum acara bermula, pengacara Keanu Azman seperti tidak sabar lagi untuk mengendalikan tayangan perdana berkenaan berikutan minatnya yang mendalam terhadap francais tersebut sejak novel nukilan Stephen King menemui pasaran pada tahun 1986.
Apabila filem IT (1990) arahan Sergei Ovcharov, filem IT (2017) dan IT: Chapter Two yang menampilkan pelakon kelahiran Sweden, penonton diberikan gambaran visual betapa menakutkannya Pennywise.
Malah, majoriti penonton antarabangsa terus melabel watak tersebut sebagai antara yang paling menyeramkan tanpa mengira zaman.
Keanu Azman.
“Tentulah saya excited nak celebrateIT: Welcome To Derry. Korang sudah pernah followjourney Pennywise sebelum ini, dia pernah bunuh budak-budak. Dia capture budak-budak di dalam longkang dan sebagainya.
“Kali ini, ia lebih menarik kerana IT: Welcome To Derry merupakan prekuel kepada kedua-dua filem sebelum ini. Barulah kita tahu punca kemunculan Pennywise dan fenomena yang ditinggalkan olehnya di Derry,” ujar Keanu.
“Orang Tua Selalu Pesan, Jangan Keluar Sorang-Sorang Nanti Ada Yang Ikut…”
Sebelum memasuki pawagam, Keanu sempat juga meluangkan sedikit masa untuk merakamkan foto di booth istimewa yang memberikan gambaran korang berada di pekan Derry, Maine.
Bukan itu sahaja, penganjur turut menyediakan aktiviti interaktif ‘Derry Case File’ di mana pengunjung perlu menyelesaikan kes kehilangan kanak-kanak di Malaysia.
Adakah ia berpunca daripada perbuatan Pennywise buatan tempatan? Hehe… hanya ‘penyiasat’ sewaktu acara itu berlangsung sahaja yang tahu.
Bagi pelanggan Astro Rewards, semestinya mereka merupakan pengunjung yang paling enjoy pengalaman yang disediakan memandangkan mereka boleh membawa pulang pelbagai jenis barangan menarik daripada HBO Original bertemakan IT: Welcome To Derry.
Sedikit info mengenai drama bersiri di HBO Max kali ini, pelakon asal filem berkenaan dari tahun 2017 iaitu Bill Skarsgård kembali membawakan watak Pennywise. Turut ditampilkan kali ini ialah Jovan Adepo, Taylour Paige, Chris Chalk, James Remar, Stephen Rider, Madeleine Stowe dan Rudy Mancuso.
Jangan lupa strim drama bersiri, IT: Welcome To Derry sepanjang lapan episod di HBO Max, pengalaman terbaik dengan Astro One. Manakala episod finale-nya pula bakal ditayangkan pada hari Isnin, 15 Disember nanti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan bekas personaliti TV, Sarah Hildebrand kini melangkah ke fasa baru dalam hidupnya apabila selamat menimang baby pertama bersama suami tercinta. Berita gembira ini nyata mencuri perhatian ramai, termasuk peminat yang sudah lama mengikuti perjalanan hidupnya.
Sarah atau nama sebenarnya Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand memuat naik foto sweet di bilik bersalin, memperlihatkan dirinya bersama suami dan bayi comel mereka. Perkongsian itu terus mendapat ribuan tanda suka serta ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat yang teruja meraikan momen indah ini.
Kalau korang masih ingat, sekitar Ogos 2024 Sarah umumkan yang dia sudah pun mendirikan rumah tangga dengan jejaka asal Amerika Syarikat. Beberapa bulan kemudian, Februari lalu, Sarah kongsi berita kehamilan melalui sekeping foto alat ujian kehamilan yang positif. Fast forward ke hari ini, doa dan penantian itu akhirnya terjawab dengan kelahiran cahaya mata sulung mereka.
Bagi peminat drama, nama Sarah memang sinonim dengan lakonan dalam Pujaan Hati Kanda. Tapi pada 2022, dia buat keputusan mengejutkan untuk undur diri daripada dunia seni dan berhijrah ke Amerika Syarikat. Bukan itu je, Sarah juga join Tentera Udara Amerika Syarikat (US Air Force) satu langkah besar yang totally lain daripada dunia glamor yang pernah dia lalui.
Dan sekarang, perjalanan hidup Sarah berubah lagi dengan role paling besar bergelar seorang ibu. Kehadiran baby pertama ini bukan sekadar melengkapkan rumah tangga, tapi juga membuka lembaran baru penuh cabaran, pengorbanan dan kebahagiaan.
Tahniah Sarah Hildebrand & suami! Semoga baby comel mereka membesar sihat, bahagia dan menjadi penyeri keluarga kecil ini. Korang yang follow Sarah dari dulu mesti happy tengok perkembangan terbaru idol kesayangan ni, kan?