Dalam dunia pertandingan ratu cantik kemenangan semestinya menjadi dambaan setiap finalis yang mewakili negara masing-masing. Namun pertandingan bukan bererti harus saling menjatuhkan sesama sendiri sebaliknya bersaing secara sihat dan menjalin hubungan baik antara negara.
Terbaharu, Alina Sanko, Miss Universe Russia 2020, terpalit satu kontroversi yang menjadi bualan dunia ratu cantik antarabangsa apabila sebuah video dia dan seorang jurusolek tersebar sedang mengutuk fizikal dan juga gambar finalis Miss Universe 2020 yang lain.
Alina dilihat memegang telefon bimbit terbabit manakala jurusolek tersebut menatal skrin. Menurut Instagram Anglopedia News, jurusolek tersebut berkata yang wakil dari Albania dan Argentina kelihatan seperti maknya manakala wakil Ghana, Canada dan Kosovo mempunyai imej yang teruk. Selain itu dia juga berkata yang wakil Barbados mengenakan solekan yang jelik.
Alina merupakan seorang pelukis yang berbakat.
Walaupun tidak berkata apa-apa, tindakan Alina yang ketawa saat jurusolek tersebut mengutuk peserta lain dilihat keterlaluan dan tidak memiliki semangat ‘sisterhood’ seperti mana yang dianjurkan dalam mana-mana pertandingan ratu cantik. Tawanya seolah-olah menyokong apa yang dikatakan oleh jurusolek terbabit.
Ads
Setelah video itu tersebar luas, Alina telah mengeluarkan satu video memohon maaf bagi meredakan keadaan. Dalam hantaran video tersebut, wanita cantik berusia 23 tahun ini berkata, “Rakan-rakan yang dihormati, ucapan ini tiada kena mengena dengan pertandingan. Saya tujukan penjelasan ini kepada anda kerana saya tidak dapat berdiam diri lagi. Kepada mereka yang menyintai dan mengasihi saya, saya berhutang penjelasan kepada anda semua.
“Saya mesti meminta maaf kepada semua orang yang dihina oleh situasi yang menjerat saya. Saya telah bekerja keras untuk final Miss Universe. Saya menghormati dan mempercayai semua orang yang saya bekerjasama semasa persiapan. Kelas induk dengan jurusolek, Serdar telah diatur. Tetapi tanggal 13 April nampaknya menjadi mimpi buruk.
Ads
“Saya keliru dan tidak segera bertindak balas. Saya minta maaf tanpa henti kerana saya tidak dapat menghalang lelaki itu daripada mengatakan kata-kata kasar mengenai para peserta. Ia menyakitkan, sekarang saya meminta maaf kepada semua orang yang terlibat. Saya minta maaf kerana saya tidak mengatakan apa-apa untuk melindungi gadis-gadis tepat pada waktunya.
“Saya mengasihi dan menghormati setiap orang di dunia dengan ikhlas. Insiden yang berlaku adalah pengajaran bagi saya, dan saya telah mempelajari satu perkara yang penting, suarakan pandangan anda bila perlu, teutamanya bagi setiap wanita. Saya harap teladan saya dapat mengelakkan setiap wanita melakukan kesalahan seperti sayang telah saya lakukan. Tolong maafkan saya.”
Alina sebelum ini pernah mengikuti pertandingan Miss World 2019 mewakili Rusia dan berjaya menjadi barisan top 12. Adakah insiden ini akan merencatkan kemaraannya untuk menjadi antara kelompok terbaik dalam pertandingan Miss Universe 2020? Kita nanti kan sahaja.
Baru saja dilanda taufan teruk bulan lepas, Jepun sekali lagi menerima amaran bakal menghadapi Taufan Hagibis yang dijangka melanda negara tersebut hujung minggu ini.
Taufan Hagibis bermaksud ‘pecutan’ dalam Bahasa Tagalog dan menurut pegawai di Agensi Kaji Cuaca Jepun di satu sidang akhbar, taufan ini membawa hujan paling lebat dan angin. Ribut itu adalah yang paling kuat melanda Tokyo sejak 1958 dan orang ramai perlu bersiap sedia bagi ombak tinggi dan rebut (Berita Harian).
Bencana ini dijangka membadai beberapa daerah di Jepun antaranya Kyushu, Shikoku dan Honshu. Penduduk negara tersebut diminta melakukan persiapan awal dengan menjangkakan taufan ke-19 bakal membadai pulau-pulau utama di Jepun.
Malah, masyarakat disana juga turut berkongsi gambar keadaan langit yang bertukar menjadi ungu di media sosial mereka.
Kebanyakan perlawanan sukan terpaksa dibatalkan termasuklah penganjur Grand Prix Formula Satu Jepun membatalkan semua latihan dan sesi kelayakan yang dijadualkan hari ini dan dua pertandingan Piala Dunia Ragbi juga turut dibatalkan.
Selain itu, syarikat penerbangan juga dilihat membatalkan semua penerbangan domestik dari dua lapangan terbang utama di Tokyo serta beberapa penerbangan ke dan dari lapangan terbang yang berkhidmat di bandar Osaka dan Nagoya.
Kami mendoakan agar masyarakat Jepun dilindungi dan jika ada pelancong dan rakyat Malaysia yang tinggal disana, semoga semuanya dipermudahkan.
Rakyat Malaysia memang hebat! Dalam tempoh seminit, sebanyak 700,000 orang “menyerbu” untuk mendaftar dalam aplikasi MySehjahtera sekaligus menerima RM50 yang dikreditkan terus ke akaun e-wallet mereka.
Serius, memang pecah rekod sebagaimana 1000 bilik ditempah di Langkawi semalam.
Laporan BERNAMA, hanya dalam tempoh seminit, Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 700,000 pendaftaran aplikasi MySejahtera, susulan pengumuman kerajaan akan mengkreditkan sebanyak RM50 ke dalam akaun e-dompet individu yang memuat turun aplikasi itu.
Sehubungan itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah meminta orang ramai untuk turut mengamalkan 'penjarakan sosial' jika hendak memuat turun atau mendaftar di aplikasi berkenaan bagi mengurangkan ‘kesesakan trafik’ yang tinggi.
"Kalau kita boleh amalkan penjarakan, jadi tak ada kesesakan di situ. Kalau semua mendaftar serentak dalam tempoh seminit pasti akan berlaku sesuatu (kesesakan) menyebabkan kita tidak dapat mendaftar.
"Jadi, kita sedang lihat bagaimana kita boleh atasi isu ini dan mungkin kita akan panjangkan pendaftaran dalam tempoh 24 jam atau seminggu untuk membolehkan semua didaftarkan dalam tempoh singkat," katanya pada sidang akhbar harian mengenai perkembangan koronavirus (Covid-19) di sini hari ini.
MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan dengan kerjasama KKM, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Agensi Keselamatan Siber Negara (Nacsa) untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak Covid-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.
Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam e-dompet pengguna setelah mereka memuat turun aplikasi MySejahtera. – Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Makin hari virus Covid-19 ‘menelan’ ramai nyawa yang tidak berdosa!
Terbaru negara jiran kita Singapura mencatat peningkatan kes mendadak sehingga membawa kepada jumlah keseluruhan kes sebanyak 23,336 dan 20 kematian. Fuhh!
Bagi memastikan penularan COVID-19 dapat dibendung dalam kalangan rakyat, kerajaan Singapura telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan melepaskan robot anjing ‘bersiar’ di taman bagi memantau penjarakan sosial di sana.
Robot anjing yang diberikan nama Spot oleh syarikat Boston Dynamics itu dibangunkan dengan suara lemah lembut wanita yang akan mengingatkan orang ramai untuk menjaga jarak satu meter antara satu sama lain.
“For your own safety and for those around you, please stand at least one metre apart. Thank you.”
‘Dilepaskan’ sejauh 3km di Taman Bishan-Ang Mo Kio selama dua minggu bermula 8 Mei, Spot akan bersiar ketika bukan waktu puncak.
Turut dilengkapi dengan kamera yang boleh mengira jangkaan kehadiran pengunjung di taman tersebut, kamera berkenaan bagaimanapun tidak berupaya mengenal pasti individu tertentu. Ini bermakna, tiada data peribadi akan dikumpul dan orang ramai tidak perlu bimbang dengan hal tersebut.
Spot yang dikawal dari jauh membolehkan kerajaan mengurangkan tenaga kerja untuk rondaan taman serta mengurangkan kontak rapat antara kakitangan, sukarelawan mahu pun pengunjung.
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...