Lebih 100 peminat berkumpul untuk sesi Meet & Greet Majalah Remaja bersama pelakon, Ikmal Amry semalam and we have scoops for you!
Dek kerana populariti yang dicapai oleh siri drama Gantung The Series, pelakon dan finalis Hero Remaja 2017, Ikmal Amry diserbu oleh para peminat semalam sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2018) yang berlangsung di PWTC.
Walaupun terpaksa menunggu sebentar, peminat masih setia menanti di ruang legar Dewan Tun Dr Ismail sehingga lewat petang dan ternyata pertemuan yang berlangsung selama 1 jam setengah itu tidak dipersiakan. Selain mengambil selfie dan menanda tangan di atas phone case (serius!), kami juga sempat untuk berborak bersama Ikmal dan antara topik hangat yang diperkatakan adalah mengenai – Gantung The Series – duh.
Dekat mana Dahlia International School ni? (merujuk kepada lencana uniform yang dipakai)
Ini sekolah yang ada di dalam Gantung The Series, tetapi lokasi sebenar sekolah itu sebenarnya ada di Negeri Sembilan.
Selepas membaca novel pertama, Am rasakan watak ini sama je dengan diri Am – tak banyak bercakap sangat.
Am pernah jadi begitu dulu semasa sekolah, pernah dibuli dan tak beritahu sesiapa tentang masalah Am. Walaupun korang nampak macam deep, tapi tidak susah untuk Am bawakan watak Ray.
Seperkara lagi, Am memang pentingkan bab berkawan. Jadi persahabatan antara Musketeers ini memang datang secara semula jadi. Bagaimana Ray rapat dengan Gibbs, Troll dan KJ, begitu jugalah Am dengan kawan in real life. Musketeers tak akan berpisah.
Ads
Apa antara pengalaman best sepanjang Gantung The Series?
Tentulah bila Am dapat berlakon bersama Randy Pangalila yang juga Am anggap sebagai pelakon kegemaran Am. Susah nak lupakan.
Kemudian, jika korang dah menonton Gantung, Am sukar nak lupakan scene Ray terjatuh. Walaupun berlakon tapi scene tu memang sakitlah.
Nadia Khan pernah berkongsi yang Brandon (Salim) merupakan seorang prankster. Betul ke?
Memang! (ketawa) Dekat set dia akan kacau Am, curi seluar Randy, tukarkan baju Troll dengan baju Gibbs. Tadi pun dia curi phone Am!
Buat masa ini, mereka ada bercakap mengenai perancangan untuk melakukan sambungan siri kedua ataupun FILEM. Ia bergantung kepada sokongan penonton, terutamanya untuk siri pertama di Astro First.
Cuma itulah, buat masa sekarang kami lihat tak ramai juga yang tonton melalui Astro. Kami perlukan sokongan korang untuk terus bawa sambungan siri ini.
Okay lastly, apa projek terbaru selepas ini?
Sekarang Am tengah dalam penggambaran untuk sebuah projek megadrama yang akan keluar selepas Raya. Kemudian, Am pun akan muncul dalam sebuah drama lagi bersama Kaka Azraff di NTV7. So, support okay!
Sejak kecil lagi, masyarakat kita sudah biasa diceritakan dengan himpunan cerita-cerita rakyat yang sarat dengan pengajaran dan nilai-nilai murni.
Kalau kami sebut beberapa kisah rakyat ini, mesti korang mula mengimbau dan terkenang zaman kanak-kanak dulu. Sastera rakyat ini juga dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu mitos, mistik, kisah haiwan, pahlawan, dongeng, komedi dan lain-lain.
Antara cerita-cerita rakyat yang popular adalah seperti berikut:
1. Bawang Merah Bawang Putih
Bukan hanya di Malaysia, kisah Bawang Putih Bawang Merah ini juga mendapat perhatian di Indonesia apabila kisah ini juga turut dijadikan sinetron di sana.
Cerita tentang dua beradik perempuan yang berlainan ibu, Putih, anak perempuan yang bersifat lemah-lembut dan sopan santun kepada orang tua, manakala Merah pulak anak perempuan yang bersikap kurang ajar dan kasar.
Kisah ini mengajar supaya kita sentiasa menghormati orang yang lebih tua dan segala perbuatan jahat akan dibalas jahat.
2. Si Tanggang
Pernah juga difilemkan, cerita rakyat ini meninggalkan kesan sehingga ada saja ibu bapa yang memberikan contoh kepada anak mereka sekiranya menderhaka kepada orang tua.
Kisah mengenai Tanggang yang hidup suah bersama ibunya mula lupa diri apabila dia berhijrah dan bekerja di atas kapal. Tambah pula apabila dia berjaya memikat anak gadis orang kaya pemilik kapal tersebut.
Anak derhaka ini berasa malu dengan keadaan ibunya dan mengaku bahawa ibunya sudah meninggal dunia. Apa lagi, si ibu pun menyumpah anaknya menjadi batu. Tragis kan?
3. Hikayat Sang Kancil
Ini adalah antara kisah popular yang telah dikomersialkan dalam bentuk buku dan visual. Hikayat ini mempunyai kira-kira 20 buah cerita dan menceritakan tentang sang kancil yang memperdaya binatang lebih besar kerana kesombongan mereka dengan menggunakan kebijaksanaan yang ada padanya.
Korang mesti tahu punya kisah-kisah sang kancil ni kan?
Pak Pandir, Pak Kadok, Lebai Malang dan Si Luncai adalah satu kumpulan cerita jenaka dalam sebuah buku bertajuk “Cherita Jenaka” yang diterbitkan pada tahun 1908.
Kalau nak yang versi moden, pelajar Ijazah Sarjana Muda Teater dan Pengurusan Industri Kreaif semester akhir, Fakulti Filem, Teater & Animasi, UiTM Kampus Puncak Perdana akan menampilkan sebuah pementasan teater berkonsep fantasi muzikal.
Pak Pandir Sebuah Muzikal mengisahkan pengembaraan Pak Pandir bersama kambingnya dal am menyelamatkan Mak Andih yang telah diculik oleh Ratu Labah-Labah. Pengembaraan ini diiringi dengan 17 buah lagu baharu.
Perghh, macam best je. Kalau korang nak tahu, teater ini juga menampilkan finalis Top 10 Hero Remaja 2017, Aziq Mukhriz yang turut sama menjayakan pementasan ini.
Apa lagi geng Aziq, jom sama-sama support hero kesayangan korang ni dalam Teater: Pak Pandir Sebuah Muzikal bermula 4 Mei 2018 hingga 6 Mei 2018.
Untuk mendapatkan tiket, korang boleh semak di instagram @pakpandirsebuahmuzikal
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Dalam kehidupan kita yang serba-serbi lengkap dan selesa rupanya masih ada lagi yang ‘tertinggal’. Diibaratkan seperti “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang” finalis Hero Remaja Jabir Meftah berkongsi kisah sayu salah seorang penerima dana YouthCareMalaysia yang pasti membuatkan kita sebak.
Makcik ni kerja kutip sampah, sebulan alhamdulillah katanya dapat kumpul sampai RM40.. Jiran dia kata setiap kali nampak kucing mesti akan ambil and orng selalu tinggalkan kucing dkt tmpt dia. Tapi mcm mana dia bagi makan dkt kucing? Makcik tu kata biasanya dgn ikan dan ayam.. Bayangkan ikan dan ayam yg sikit dia boleh kongsi rezeki dgn haiwan lain.. Jiran dia anggap makcik ni mcm mak sndiri sebab dia anak yatim. Jiran ni ada ckp yg makcik ni selalu sngt cerita psl anak2 dia sebab rindu. Sampai dia start panggil semua anak kucing dgn nama2 mcm anak, adik dan along sebab rindu..
Menurut Pelajar jurusan Kejuruteraan Kimia ini, pasangan ini kehilangan contact keluarga mereka sebab pindah rumah sebelum ini. Kalau nak bantu mereka kena cari jalan untuk temukan balik mereka bersama keluarga mereka
Tidak meletakkan dunia glamor sebagai satu perkara utama untuknya, Jabir membuka mata masyarakat untuk bersama-sama membantu orang yang susah dalam Youth Care Malaysia.
Tambah Jabir, Youth Care Malaysia perlukan bantuan dan donation sebab tak cukup dana untuk jalankan aktiviti ini nanti. Beliau juga merayu para pengamal media dapat sama-sama memberikan sokongan menyebarkan aktiviti kebajikan ini.
“Basically kita akan kumpul barang-barang terpakai dan rancang untuk edarkan seminggu sebelum raya haji supaya golongan fakir miskin dapat barang baru”
Dia yang juga merupakan Presiden Youth Care Malaysia untuk Pertubuhan Pendidikan Kesedaran Dan Minda Prihatin Malaysia (PPKDMPM) turut turun padang membantu mereka yang memerlukan dan mempelawa para remaja di luar sana bersama-sama join YCM bagi membantu orang yang susah. (klik disini untuk join)
“It is a national level event tapi majority yang run is remaja. Karnival ni juga datang daripada idea sorang remaja perempuan yang bekerja sebagai barista dekat alley. Semua bermula dengan dm di twitter tapi sekarang sampai macam ni”
Jadi, kalau korang berminat ingin menghulurkan derma atau sponsorship kewangan boleh ke website YouthCareMalaysia . Korang boleh menyalurkan juga menyalurkan bantuan dalam bentuk barang seperti pakaian, perabot dan lain-lain lagi. Sponsor services atau makanan untuk committee juga dialukan.
Bersedekahlah. Beri apa yang ada dalam tangan. Bantu tanpa mengharap ia dinilai dan kita dapat pujian.
Sumber: Jabir Meftah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Umurnya baru sahaja menginjak usia 25 tahun Oktober lalu, namun anak jati Indonesia yang dilahirkan di Tangerang, Banten ini sudah mencapai banyak kejayaan dalam hidupnya. Prilly Latuconsina merupakan seorang anak seni yang serba boleh selain pelakon dia juga merupakan seorang hos, penyanyi, penulis, penerbit dan juga usahawan.
Memulakan kerjayanya sebagai pengacara pada usia 13 tahun, Prilly seterusnya mendaki kemuncak dunia hiburan dan menjadi salah seorang selebriti paling berpengaruh di Indonesia. Manakan tidak, jumlah pengikut di akaun Instagramnya sahaja mencecah 46 juta orang, ramai kan?
Aktif berlakon filem, anda pasti kenal dengan Prilly kerana dia memegang watak sebagai Risa Saraswati di dalam siri filem seram popular, Danur sejak 2017. Selain itu, terbaharu gadis genit ini sedang rancak dan popular menerusi filem Ku Kira Kau Rumah yang kini sedang hangat di tayang di pawagam di negara kita.
Selain bergelar heroin untuk filem ini, dia juga berperanan sebagai penerbit. Berkat usahanya, pada tahun 2021, Prilly telah diangkat sebagai pelakon wanita favourite di majlis berprestij Festival Filem Indonesia.
Walaupun aktif dalam dunia seni, sejak dibangku usia kanak-kanak lagi, Prilly tidak pernah mengabaikan pendidikan. Dia yang mendapat pendidikan awal di SDIT Asy-Syukriyyah untuk pendidikan sekolah rendah dan kemudiannya di SMP Negeri 4 Tangerang dan SMA Negeri 7 Tangerang untuk pendidikan menengah.
Namun begitu dek kesibukannya sebagai anak seni, dia memilih untuk meninggalkan SMA dan bersekolah di rumah sahaja. Kemudian untuk pengajian peringkat tinggi, wanita anggun ini melanjutkan pelajaran London School of Public Relation Communication & Business Institute dalam bidang komunikasi dan tamat dengan menggenggam ijazah sarjana muda.
Menariknya dek kecemerlangan yang ditonjolkan, dia telah dianugerahkan sebagai Best of The Best Graduate ketika hari konvokesyennya.
Kecemerlangannya ini menjadi tanda aras bahawa dia bukan sekadar cantik namun memiliki minda yang cerdas. Jadi tidak hairanlah apabila dia sering dijemput untuk menjadi speaker di persidangan dan juga hos untuk majlis-majlis besar yang berunsur akademia.
Prilly pernah menjadi speaker di persidangan RISE di Hong Kong yang merupakan persidangan teknologi terbesar di peringkat Asia pada 2019. Ketika itu, dia berkongsi dengan penonton mengenai isu impak penggunaan media sosial. Kejayaannya sebagai seorang anak seni muda patut dijadikan penanda aras dan juga inspirasi dalam mengejar cita-cita.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!