Sejak kecil lagi, masyarakat kita sudah biasa diceritakan dengan himpunan cerita-cerita rakyat yang sarat dengan pengajaran dan nilai-nilai murni.

Kalau kami sebut beberapa kisah rakyat ini, mesti korang mula mengimbau dan terkenang zaman kanak-kanak dulu. Sastera rakyat ini juga dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu mitos, mistik, kisah haiwan, pahlawan, dongeng, komedi dan lain-lain.

Antara cerita-cerita rakyat yang popular adalah seperti berikut:

1. Bawang Merah Bawang Putih

4 Cerita Rakyat Yang Pernah Popular Dalam Masyarakat Melayu, Mana Paling Korang Suka?

Bukan hanya di Malaysia, kisah Bawang Putih Bawang Merah ini juga mendapat perhatian di Indonesia apabila kisah ini juga turut dijadikan sinetron di sana.

Cerita tentang dua beradik perempuan yang berlainan ibu, Putih, anak perempuan yang bersifat lemah-lembut dan sopan santun kepada orang tua, manakala Merah pulak anak perempuan yang bersikap kurang ajar dan kasar.

Kisah ini mengajar supaya kita sentiasa menghormati orang yang lebih tua dan segala perbuatan jahat akan dibalas jahat.

IKLAN

2. Si Tanggang

4 Cerita Rakyat Yang Pernah Popular Dalam Masyarakat Melayu, Mana Paling Korang Suka?

Pernah juga difilemkan, cerita rakyat ini meninggalkan kesan sehingga ada saja ibu bapa yang memberikan contoh kepada anak mereka sekiranya menderhaka kepada orang tua.

Kisah mengenai Tanggang yang hidup suah bersama ibunya mula lupa diri apabila dia berhijrah dan bekerja di atas kapal. Tambah pula apabila dia berjaya memikat anak gadis orang kaya pemilik kapal tersebut.

Anak derhaka ini berasa malu dengan keadaan ibunya dan mengaku bahawa ibunya sudah meninggal dunia. Apa lagi, si ibu pun menyumpah anaknya menjadi batu. Tragis kan?

IKLAN

3. Hikayat Sang Kancil

4 Cerita Rakyat Yang Pernah Popular Dalam Masyarakat Melayu, Mana Paling Korang Suka?

Ini adalah antara kisah popular yang telah dikomersialkan dalam bentuk buku dan visual. Hikayat ini mempunyai kira-kira 20 buah cerita dan menceritakan tentang sang kancil yang memperdaya binatang lebih besar kerana kesombongan mereka dengan menggunakan kebijaksanaan yang ada padanya.

Korang mesti tahu punya kisah-kisah sang kancil ni kan?

4. Pak Pandir dan rakan-rakan

Antara Barisan Ensemble @pakpandirsebuahmuzikal. Jangan lupa untuk menyertai contest #PPSM2018 bagi memenangi tiket ‘One Republic’ Live in Malaysia 2018??? ?Tarikh: 4, 5 & 6 Mei 2018 ?Tempat: Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam. ?Waktu pementasan : 8.30 malam (4 Mei 2018) 3.00 petang & 8.30 malam (5 & 6 Mei 2018) ?Tiket : RM 10 bagi pelajar sekolah & tadika RM 15 bagi pelajar IPTA/IPTS (Bersama kad pelajar) Harga kombo : ?Kombo A: RM 22 (Single Pop Corn & Soft Drinks) ?Kombo B: RM 35 (Single Pop Corn, Soft Drinks & Tshirt Pak Pandir Sebuah Muzikal edisi terhad) ?Kombo C: RM 42 (Single Pop Corn, Soft Drinks, Lunch/Dinner Meal & Tshirt Pak Pandir Sebuah Muzikal edisi terhad) ? 10% dari setiap kutipan tiket akan disalurkan ke rumah anak-anak yatim yang terpilih! Call☎ / What’s App?️ : 0173629608 /0172508708 Ayuh berhibur bersama sahabat handai dan keluarga tercinta serta beramal bersama kami! Sokongan anda dalam memartabatkan seni tempatan amatlah kami hargai. #pakpandirsebuahmuzikal #PPSM#teater#teatermuzikal #drama#musical#muzikal #theatre#theater#musical#localteater#stagemanagement #kakiseni#perfomanceart #Knocks #senipersembahan #universiti #broadway #ShahAlam #Selangor #Malaysia #Asia#PPSM2018#FiTA#FilemTeaterdanAnimasi #DewanSribudiman #Dsb#UiTM#UiTMPuncakPerdana #UitmPuncakAlam#UiTMShahAlam

A post shared by Pak Pandir Sebuah Muzikal (@pakpandirsebuahmuzikal) on

IKLAN

Pak Pandir, Pak Kadok, Lebai Malang dan Si Luncai adalah satu kumpulan cerita jenaka dalam sebuah buku bertajuk “Cherita Jenaka” yang diterbitkan pada tahun 1908.

Kalau nak yang versi moden, pelajar Ijazah Sarjana Muda Teater dan Pengurusan Industri Kreaif semester akhir, Fakulti Filem, Teater & Animasi, UiTM Kampus Puncak Perdana akan menampilkan sebuah pementasan teater berkonsep fantasi muzikal.

Pak Pandir Sebuah Muzikal mengisahkan pengembaraan Pak Pandir bersama kambingnya dal am menyelamatkan Mak Andih yang telah diculik oleh Ratu Labah-Labah. Pengembaraan ini diiringi dengan 17 buah lagu baharu.

Perghh, macam best je. Kalau korang nak tahu, teater ini juga menampilkan finalis Top 10 Hero Remaja 2017, Aziq Mukhriz yang turut sama menjayakan pementasan ini.

Apa lagi geng Aziq, jom sama-sama support hero kesayangan korang ni dalam Teater: Pak Pandir Sebuah Muzikal bermula 4 Mei 2018 hingga 6 Mei 2018.

Untuk mendapatkan tiket, korang boleh semak di instagram @pakpandirsebuahmuzikal

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI