Gambar Siti Aafiyah Jadi Trending, Baru Sehari Video Di Muat Naik Sudah Lebih 1.8 Juta Tontonan…

Share

Semalam telah berlangsung majlis tahnik dan aqiqah, Siti Aafiyah Khalid, bayi comel kepada pasangan Dato’ Sri Khalid Mohd Jiwa dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin.

Wajahnya yang comel dengan senyuman manis  ini dilahirkan seberat 3.55 kilogram di sebuah pusat perubatan di ibu negara Isnin lalu melalui pembedahan. Siti yang baru saja muncul  dengan single “Comel Pipi Merah” ini sebelum ini menamakan anaknya Fatimah Az Zahra sebelum mengumumkan nama Siti Aafiyah secara rasmi semalam yang membawa maksud yang sangat baik.

Inilah Siti Aafiyah Khalid, memang comel betulkan…

 

Kata Dato’ Sri  Siti pemilihan nama itu turut disepakati mereka sekeluarga kerana namanya tersebut cukup indah dari segi maknanya dalam bahasa Arab sendiri.

“Saya dapat nama ini ketika menunaikan umrah.  Saya dapati ia sering disebut dalam doa dan maknanya adalah yang baik-baik saja,” katanya pada pada majlis Maulid Nabi, aqiqah dan tahnik yang disempurnakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di kediamannya di Bukit Antarabangsa dekat ibu negara malam semalam.

Sementara itu suaminya, Dato’ Sri Khalid, 59, berkata, nama anaknya itu mudah diingati.

 “Nama ini dipilih berdasarkan doa diajar Rasulullah kepada bapa saudaranya, Abbas bertanya apakah doa terbaik untuk dibaca.

“Dalam doa itu ada menyebut perkataan ‘Aafiyah’ yang membawa maksud untuk menyelamatkan daripada sebarang kesusahan menimpa, menjadi sihat dan memiliki wang cukup. Berpandukan itu, saya namakan anak saya Siti Aafiyah,” katanya.

Betapa bertuahnya Siti Aafiyah, baru berusia 8 hari  tetapi sejak semalam selepas videonya dimuat turun secara rasmi di Instagram CTDK milik ibundanya, wajah Siti Aafiyah yang comel sudah mencatat 1,864, 176 tontotan sejak 15 jam yang lalu. Alahai, ramainya yang mulai sayangkan Siti Aafiyah inikan.

Ramai peminat mengatakan bayi comel ini ada iras-iras kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza.  Apa pun tahniah kepada Dato’ Sri Siti dan Dato’ Sri Khalid atas kelahiran yang sangat ditunggu-tunggu ini selepas 11 tahun mendirikan rumahtangga. Malah kehadiran cahayamata perempuan ini sudah ditunggu oleh Dato’ Sri Khalid sejak 18 tahun lalu kerana sebelum ini kesemua anaknya lelaki.

 

 

 

 

IKLAN