Usahawan dan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad menghadiahkan sebuah motosikal Honda Beat 2023 kepada keluarga seorang murid perempuan yang tular terpaksa berjalan kaki sejauh 6 kilometer ke sekolah disebabkan oleh masalah kewangan yang dihadapi oleh bapa mereka.
Menerusi hantaran di laman Instagram, suami kepada pempengaruh Syafiqah Aina itu berkongsi pengalaman menziarahi kediaman murid tersebut yang terletak di Kelantan, di mana dia turut memberikan sumbangan berupa barang keperluan rumah.
Dalam perkongsian sama, dapat dilihat Hafiz membawa bapa murid tersebut ke sebuah kedai motosikal, dan memberi mereka peluang untuk memilih jenis motosikal yang diinginkan.
Setelah membeli motosikal berwarna kuning itu, Hafiz kemudian membawa keluarga tersebut berbelanja pakaian harian serta barang keperluan rumah.
Ads
“Waktu saya hadiahkan keluarga ni motor, saya melihat moment ni. Bila di kedai motor, Pakcik ni suruh anak-anak dia yang pilih colour apa yang nak. Bila di supermarket, banyak kali saya cakap, pakcik amik la baju untuk pakcik.
“Apa yang dicapai dulu oleh pakcik ni adalah susu anak dan barang sekolah anak-anak dulu sambil pimpin anak anak dia. Sampai di rak makan, dia teman anak-anak dia ambil makanan yang anak dia nak.
“Bila selesai semua perkara, Anak dia datang dan cakap. ‘Abe, terima kasih bantu keluarga’. Saya kata pada dia..’Dulu dan selama ni, Orang orang susah yang bantu, doa dan support business abe’. Hari ini abe nak wi balik dengan semampu yang boleh,” ujarnya.
Dalam pada itu, Hafiz berharap bantuan yang diberikan dapat meringankan beban keluarga murid tersebut dalam menjalani kehidupan seharian mereka, selain dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memudahkan urusannya untuk berkunjung ke kediaman keluarga tersebut.
Ads
“Saya tak sabar nak melihat 20-30 tahun akan datang, anak-anak ini akan melihat kenangan ini. Belajar dan carilah ilmu. Bila berjaya nanti, tarik dan didik anak anak kami di esok hari.
“Terima Kasih Abe hae, imam kampung abal, jep, guru guru dan semua yang terlibat untuk membantu keluarga ini mahu pun keluarga-keluarga yang lain,” kata Hafiz.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Steven Paul Steve Jobs ialah seorang usahawan dan merupakan pengasas kepada beberapa syarikat sebelum syarikat terakhirnya iaitu Apple Inc.
Baru-baru ini, sepasang selipar Birkenstock terpakai milik Steve Jobs yang mempopularkan idea eksekutif teknologi memakai pakaian yang sama dalam penampilan awam telah dilelong hampir AS$200,000 (RM998,250) oleh sebuah firma lelongan berpangkalan di California, Amerika Syarikat pada Ahad.
Firma Julien’s yang mengendalikan lelongan itu menjangkakan selipar tersebut akan dilelong antara AS$60,000 (RM272,250) dan AS$80,000 (RM363,000).
Sepasang selipar milik pengasas bersama syarikat Apple, Steve Jobs dilelong – Foto Julien’s Auctions via AP
Bagaimanapun, pembelinya tidak didedahkan. Selipar kotor itu dipakai oleh Jobs pada tahun 1970-an dan 1980-an dan diselamatkan daripada menjadi sampah oleh Mark Sheff yang menguruskan salah satu hartanah ahli teknologi itu di Albany, California, pada tahun 1980-an.
Jobs memakai sandal ini semasa detik-detik penting dalam sejarah Apple, kata firma lelongan itu dalam laman webnya. Pada tahun 1976, dia memulakan pengeluaran komputer Apple di garaj rumah keluarganya di Los Altos dengan rakannya, Steve Wozniak dan beberapa orang lagi sambil sekali-sekala memakai selipar tersebut.
Jobs meninggal dunia pada 5 Oktober 2011 ketika berusia 56 tahun selepas bertarung lama dengan kanser pankreas.
Orang hebat, selipar kotor pun ada nilai ratusan ribu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Fenomena tarian ‘Panama Dance’ yang hangat diperkatakan dan ditarikan sejak tahun lalu sememangnya merupakan tarian yang mudah berjangkit. Begitu ramai pemilik akaun media sosial seperti Facebook, Instagram dan YouTube terkejar-kejar untuk memuat naik versi Panama Dance masing-masing.
Namun, dalam pada kita seronok menggerakkan tubuh mengiringi lagu Panama nyanyian Matteo ini, Imam Muda Fakhrul telah mengambil inisiatif untuk menjelaskan hukum sebenar menarikan Panama Dance menurut Islam.
“Menari ini banyak hukum, ada wajib, harus dan haram.”
Katanya, jika suami yang menyuruh pasangan untuk menari, hukumannya wajib. Sekiranya kita bersama-sama rakan sama jantina atau sesama mahram menari, hukumannya pula harus. Namun, jika seseorang menari bersama dengan yang bukan mahram secara berdua atau beramai-ramai. ia boleh dianggap haram.
“Itupun kalau cara tarian dan lokasi seseorang menari itu tidak menimbulkan fitnah,” kongsinya melalui akaun Facebook.
Panama Dance pada asalnya hanya dilakukan oleh anak muda dan remaja di media sosial sekadar suka-suka saja bermula awal tahun ini. Namun, secara tiba-tiba, ia bertukar tular dan mula ‘berjangkit’ dengan mereka yang lebih berumur terutamanya di agensi kerajaan, lokasi kerja seperti di Pejabat Anggota Polis dan Balai Bomba serta di majlis kahwin.
Antara selebriti Malaysia yang pernah mencuba Panama Dance.
Ada yang bertanya kembali di manakah rasionalnya Panama Dance atau apa-apa jenis tarian ‘ringan’ jika ia dilakukan secara suka-suka. Jawab Imam Muda Fakhrul, “Tu yang kamu dok lenggok badan, pusing-pusing punggung, lompat terselak kain tu tak jelas ke haramnya.”
“Perlu dalil al-Quran, Hadith ke? Bagi saya, apa kata kita seronok sampai masuk syurga, Pasti tak stres kat sana,” katanya. Dia juga berharap orang ramai tidak mengajak rakan mereka untuk turut membalas semula dengan versi Panama Dance mereka.
“Kita buat benda haram, jangan ajak orang lain sama ya. Buat trend itu biarlah trend yang kita dapat pahala, pahala orang lain pun kita dapat sama. Islam itu mudah tapi jangan bermudah-mudah,” simpulnya.
Hhm, apa pendapat korang? Kalau tarian yang tak mengghairahkan seperti Panama Dance atau tarian poco-poco sekalipun, adakah ia wajar untuk dijatuhkan hukuman haram?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang Johor Darul Takzim (JDT), Liridon Krasniqi akhirnya secara rasmi telah pun diumumkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah rasmi menjadi warganegara Malaysia.
Di akaun media sosial rasmi FAM, Stuart Ramalingam telah mengumumkan bahawa pemain kelahiran Kosovo itu telah menerima kad pengenalan (MyKad) di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya.
Penerimaan MyKad ini telah menjadikan Liridon seorang warganegara Malaysia yang layak untuk menyarung jersi skuad kebangsaan selaku pemain naturalisasi.
FAM akan menghantar segera dokumen terbaharu berkaitan kelulusan dan pengesahan Liridon sebagai warganegara Malaysia ini kepada FIFA bagi melengkapkan proses dokumentasi yang diperlukan.
Diharap kehadiran Liridon sebagai pemain naturalisasi kedua selepas Mohamadou Sumareh dalam skuad Harimau Malaya nanti akan dapat memperkasakan lagi pasukan negara kita dalam menempatkan sukan bola sepak ke peringkat lebih tinggi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi dan komposer berbakat, Aisha Retno kini melakar satu lagi pencapaian besar dalam karier seninya apabila dipilih sebagai salah seorang pemegang watak utama bagi...